Chapter 003

Pembunuhan Di Sekolah: Jack The Ripper
Please Subscribe to read the full chapter

CHAPTER 003

KRINGG!

Waktu rehat telah pun tiba menyebabkan ramai pelajar yang akan bersegera menuju ke kantin. Cikgu Hyuk juga sudah lama keluar kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Hanya Taehyung yang masih berada di atas kerusinya. Luhan yang berada di sebelahnya menyimpan barang-barang ke dalam beg sandangnya sebelum dia memandang ke arah Taehyung yang masih duduk di atas kerusi dengan tenang.

“Kau tak nak pergi rehat ke?” tanya Luhan kembali duduk di atas kerusinya. Taehyung segera mengalihkan pandangannya ke arah lelaki comel di sebelahnya sebelum menganggukkan kepala dan kembali memandang ke arah hadapan kelas.

“Nanti kau lapar macam mana?” tanya Luhan. Taehyug sekali lagi memandang ke arahnya dan kembali memandang ke arah hadapan semula.

“Aku tak lapar. Dah biasa dah tak pergi rehat sebab biasanya aku akan makan dalam pukul 1:00 petang nanti,” ujar Taehyung dengan wajahnya yang tenang.

“Betul ke ni?” tanya Luhan ingin pastikan jawapan yang terkeluar daripada mulut Taehyung adalah benar yang datang dari hati.

“Ya, betul. Kau pergilah,” kata Taehyung. Matanya kemudian ditutup rapat.

“Okey,” Luhan terus menyelesaikan kerja mengemasnya sebelum pergi meninggalkan Taehyung keseorangan di dalam kelas.

Apabila dipastikan tiada lagi sesiapa di dalam kelas, Taehyung membuka matanya dan terus bangun daripada duduknya. Lagaknya yang melihat sekeliling itu bagaikan seorang pencuri yang mahu mencuri harta yang perlu memastikan tempat itu clear atau tidak.

Langkahnya tearah ke pintu kelas yang terbuka luas apabila dipastikan line clear. Dia ingin menuju ke bilik gym supaya dapat menyiasat di sana. Mana tahu dapat klu di sana. Namun belum sempat hajatnya ditunaikan, ada tiga orang muncul, menghalang laluannya keluar dari kelas.

“Korang ni kenapa? Halang laluan aku?” tanya Taehyung dengan nada yang tidak puas hati.

“Hey, pelajar baru! Kami belum selesai lagi dengan kau,” Joshua menjawab bagi pihak S.Coups.

“Belum selesai apanya? Aku ada kerjalah yang perlu diselesaikan,” kata Taehyung bengang kerana hajatnya ingin menyiasat bilik gym semakin tipis.

“Kau tu pelajar baru. Jangan buat aku hilang sabar dengan kau,” kata S.Coups menuding jarinya tepat ke muka Taehyung.

‘Hello, sesedap kau je nak tuding jari kat muka aku. Aku ni lagi dewasa dari kaulah. Harap je yang aku ni menyamar kalau tak dah lama aku lunyai-lunyaikan korang bertiga,’ jerit hati kecil Taehyung.

“Kalau kau berani sangat, kita berlawan petang nanti kat bilik gym,” kata S.Coups dengan wajah geramnya. Taehyung apa lagi. Bukan main sukalah kerana hajatnya untuk ke sana akan tercapai.

“Aku setuju!” sahut Taehyung dalam kadar segera. Jadi, kesempatan untuknya menyiasat masih ada.

“Okey, kami tunggu kat bilik gym. Aku harap kau tak tersesatlah,” kata Mingyu yang berada di sebelah kanan S.Coups dalam nada mengejek.

“Dahlah, malas aku nak layan korang ni. Lebih baik aku pergi berehat sekejap. Penat!” kata Taehyung sebelum dia berlalu ke mejanya yang berada di sebelah kiri kelas. Jauh daripada pintu masuk. Manakala tempat S.Coups, Mingyu dan Joshua berada berdekatan dengan pintu masuk kerana tempatnya di sebelah kanan.

Dia terus melabuhkan punggung di atas kerusinya dan meletakkan kepalanya di atas meja. Matanya ditutup rapat. Dia mahu ‘berehat’ sekejap kerana semalam seharian dia dan Jimin mencari maklumat tentang Jack The Ripper.

Bunyi helaian kertas diselak mengganggu tumpuan Taehyung yang sedang menaip berkenaan hal Jack The Ripper. Lalu dia berpusing, memandang ke arah Jimin. Kelihatan Jimin sedang membelek dalam keadaan mengantuk di atas katil milik Taehyung. Sesungguhnya, mereka sudah bercadang untuk mencari maklumat berkenaan Jack The Ripper di rumah Taehyung memandangkan lokasi rumah Jimin yang tidak sesuai bagi seorang penyiasat.

“Kau dah jumpa?” tanya Jimin. Wajahnya jelas menampakkan yang dia sedang mengantuk sekarang ni.

“Tak banyak. Kau mengantuk ke? Pergilah tidur dulu. Nanti aku kejut,” balas Taehyung.

“Takpelah. Aku teman kau. Lagipun, kesian kau nanti sebab cari maklumat tu seorang diri,” kata Jimin. Dia menyandarkan badannya pada dinding.

“Takpe. Aku boleh cari seorang diri. Aku kan yang siasat kes ni jadi, kau tak payah susah-susah nak cari maklumat Jack The Ripper. Kalau kau ada maklumat nanti, bagi je tahu aku,” kata Taehyung dengan senyuman. Kerusi berodanya dipusingkan menghadap Jimin.

“Aku tahu kau penat sangat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Saya dah hbiskan cerita ni di Wattpad. Perlu ke sy update jgk di sini? Hurm

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Min_Arisu
20 streak #2
Just dropping by to say, what a beautiful poster you got there! :)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Uishh.... Bahaya laaa taehyung TTTT
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: rasanya cikgu yang jadi pembunuh.... hmmm
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 9: Ntah tak tahu siapa pembunuh. Cuma..saya rasa S.Coup bukan lah pembunuh misteri tu. Hehe..
Xia_Bing
#6
Chapter 9: Dah bace sampai 9 Chapter tapi still x dapat agak sape yang jadi pembunuh .