Eksperimen 002

Run. For. Live.

“L...u..han....!”Woozi memeluk Luhan. “Woo.....zi....tak...r.a..sa....sak..it..la..gi dah!! B-ba..ngu..lah...Lu...ha.n..”


Jungkook dan Joshua memandang Luhan dari jauh, tidak terkata apa-apa. Luhan. Takkan lah dia dah.....


“Luhan......!”teriak Jungkook, dia lihat Luhan terbaring dihadapan Woozi. Darahnya deras mengalir dari belakang badannya. “k-kau ok tak??!”


“kreaakk...”pintu yang berkunci kini dibuka oleh seseorang.


Woozi, Jungkook dan Joshua, mata mereka tertumpu pada seseorang yang membuka pintu itu. Mungkin saintis tadi datang balik ke bilik mereka.


“ahh...apa dah jadi dengan korang semua?!!”seorang saintis perempuan berlari ke arah Woozi dan Luhan. Dia Seira. “k-kenapa badan Luhan jadi macam ni??!”


“uurrr.......Jae....wa.....pu..kul...Lu..han..”jelas Woozi yang masih tersedu-sedu.


“apa?! Jaewa yang buat?!”Seira segera memeriksa belakang badan Luhan. “teruk ni...luka dia ni dalam. Jangan risau, kejap lagi aku rawat dia.”


Wajah Woozi sedikit lega. Joshua dan Jungkook hanya terdiam.


“n-ni..salah aku.”Joshua rasa bersalah.


“ni bukan salah kau.”Jungkook menepuk lembut bahu Joshua. “kaki kau ni luka teruk. Biar aku panggil Seira supaya dia rawat kaki kau sekali.”


Jungkook pun memanggil Seira. Seira pun segera pergi ke arah mereka berdua. Tanpa berlengah lagi, Seira segera memeriksa kaki Joshua.


“kaki kau luka teruk. Aku kena rawat kau dengan Luhan sekarang juga.”jelas Seira lalu dia bangun dari lantai. “aku akan bawa korang berempat pergi bilik rawatan”


“huh??! Tak pe ke?? Kami semua kan ‘eksperimen’. Boleh ke bawa kitorang keluar??”soal Joshua kebingungan.


“mestilah boleh! Korang merupakan ‘eksperimen’ yang tidak membahayakan”kata Seira dengan senyuman yang lebar. “jom pergi, tapi sebelum tu, pakai gelang kaki ni. Gelang ni boleh jejak korang semua kalau korang larikan diri.”jelasnya.


“ok”jawab Joshua dan Jungkook. Manakala Woozi masih terduduk disebelah Luhan. Seira memberikan 4 gelang kaki kepada mereka. Woozi memakaikan gelang tu pada Luhan dulu sebelum dia pakai gelang untuk dirinya sendiri. Jungkook pun sama. Dia menolong Joshua memakai gelang tersebut. Selesai memakai gelang kaki pengesan, Jungkook segera menggendong Joshua manakala Woozi menggendong Luhan.


“ikut aku”Seira segera membuka pintu.


Mereka pun keluar dari bilik itu. Ramai saintis melintasi bilik mereka dan saintis itu hanya menjeling ke arah mereka berempat sahaja kerana mereka[saintis] rasa jijik pada mereka berempat. Woozi kelihatan takut dan sedih apabila dipandang sebegitu.


“Woozi...pedulikan apa yang diorang buat..”jelas Jungkook sambil membelai rambut putih Woozi. “paling penting, kita pastikan Joshua dan Luhan dirawat, ok?”


“er..mm...”Woozi mengangguk faham sambil menggendong Luhan yang masih tidak sedarkan diri. “W-oo..zii...fa..ham...”


“bagus!”Jungkook tersenyum lemah. Dalam hati, dia juga terasa sedih kerana dipandang jijik.


“jom pergi bilik rawatan”Seira pun berjalan sambil menunjukkan mereka arah yang sepatutnya ke bilik rawatan.


Semasa berjalan, mereka dan juga Seira melewati beberapa bilik yang tertulis ‘eksperimen 002’. Jungkook dan Woozi hanya memandang hairan. Paling misteri sekali, mereka dapat mendengar jeritan kuat dari dalam bilik itu. Meremang habis bila mendengarnya.


“bi..lik...a..pa..tu??”soal Woozi pada Seira.


Seira berhenti melangkah kakinya. Wajahnya berubah pucat tapi dia dapat mengatasinya. “b-bilik eksperimen 002. Korang berempat ni dari bilik eksperimen 001”jelasnya.


“maksudnya..?”soal Joshua yang digendong oleh Jungkook.


“t-tak de apa-apa...lagi satu, korang tak boleh tanya lagi soalan berkaitan bilik-bilik yang ada dekat sini atau pun pasal benda yang dibuat oleh saintis, faham?”katanya lagi.


“y-ya...”jawab Joshua dengan kekok.


Seira hanya merenung mereka. Dia tak boleh mengatakan sesuatu pada mereka. Jika mereka mengetahui ‘kebenaran’ eksperimen 002.... pasti membuatkan mereka berasa dalam keadaan ‘tak tenang’. Seira sendiri mengatakan, Eksperimen 002 merupakan eksperimen yang tak patut dikaji oleh saintis. Seira memandang kehadapannya sebelum berjalan semula. Mereka berempat pun segera mengikuti Seira dari belakang. Mereka hanya diam dan tidak lagi menanyakan soalan pada Seira.


Sampai dibilik rawatan, Seira mengetuk pintu sebelum masuk kedalam bersama Jungkook, Joshua, Woozi dan Luhan. Keadaan dalam bilik itu kelihatan bersih. Cat bilik tu berwarna putih, termasuklah warna pada perabot didalamnya. Terdapat beberapa katil disana.


“baringkan Luhan dekat katil ni, Joshua pula baring dekat sebelah katil Luhan”suruh Seira, dia sibuk mengeluarkan alatan yang sesuai untuk merawat Luhan dan Joshua. “korang berdua pula pergi duduk sofa dekat tepi pintu”katanya pada Jungkook dan Woozi.


Woozi dan Jungkook akur dengan arahan Seira. Selepas baringkan Luhan dan Joshua dekat atas katil, Mereka pun melabuhkan punggung diatas sebuah sofa yang lembut ni. Ni kali pertama mereka duduk atas sofa yang begitu lembut. Perasaan sedikit teruja bila duduk di atasnya.


“b-be..st!!”seronok Woozi menghenjut diatas sofa.


“ahaha!! Ya!!”Jungkook pun turut berhenjut bersama Woozi.


Seira pula sibuk merawat Luhan dulu sebelum merawat kaki Joshua. Sebanyak 24 jahitan dia jahit pada belakang badan Luhan. Perasaan bersalah Seira semakin bertambah. Telah banyak keperitan dilalui oleh mereka berempat selama 10 tahun ni. Seira faham perasaan mereka. Namun dia tak dapat berbuat apa-apa walaupun dia seorang saintis bijak. Lamunannya tersentak bila terdengar bunyi deringan loceng. Begitu jugak Jungkook, Woozi dan Joshua. Luhan masih tidak sedarkan diri.


 


 


“krinnnggggg!!!”


Lampu merah menyala dimana-mana dinding. Ada sesuatu buruk berlaku.


“Lari!!!!!!!! Benda tu terlepas dari makmal!!!!”teriak salah seorang saintis disitu.


“ggraaaagghh!!!! Grraaahhhhh!!”


Semua saintis lari lintang-pukang kerana takut dikejar oleh sesuatu iaitu benda yang ‘dihidupkan’. Matanya merah, darahnya berada disekeliling baju putihnya, badannya menggigil-gigil dan juga lemah longlai saat berjalan. Ramai yang kata mereka adalah zombie, lebih tepat.....mayat hidup. Keadaan semakin memburuk, sebanyak 30 ‘mayat hidup’ terlepas dari bilik Eksperimen 002.


 


 


“a-apa dah jadi??!”soal Jungkook, dia bingkas bangun dari sofa. “Seira??!”


Seira pula sibuk memeriksa keadaan bangunan ini melalui telefon pintarnya. Apa dia nampak dalam telefon, pintu eksperimen 002 terbuka dan semua eksperimen 002 terlepas dari bilik itu.


“h-habislah...”Seira terkejut sehingga telefonnya terlepas dari genggamannya.


“huhh....???”Woozi kebingungan. Dia terdengar bunyi jeritan saintis dari luar bilik rawatan. “Se..ira?? Bu..nyi...a..pa....tu??”


Seira bergegas ke arah pintu bilik rawatan lalu mengunci tombol pintu. “Jangan keluar!!”jeritnya ketakutan.


“k-kenapa ni?? Apa yang dah jadi dekat luar sebenarnya??”soal Jungkook bertubi-tubi. Seira hanya diam dan cemas. “kalau kau tak cakap, Biar aku bukak pintu ni dan tengok sendiri...”


“J-jangan!!!”teriak Seira. Jungkook terberhenti dari membuka pintu, dia menunggu jawapan dari Seira. “t-tadi aku ada cakap pasal eksperimen 002 k-kan?? Sebenarnya....apa yang kami kaji sekarang ni...pasal m-mayat hidup..”

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hanna27
Fanfic Run. For. Live. dah complete! ada masa, sila baca ^^

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 11: waaaahahhhh!!! vakum makanan! xD
lawaknya chapter ni keep it up author hanna xD
aquariusxpisces
#2
Chapter 10: Waaaaa ff ni dah complete xD
Bonus chap pleaseeee~~ Hebat last chap ni huhu xD
k-hope
#3
Chapter 11: xD baik kau tubuhkan geng BudakTandasSekolah...kat tandas lagi banyak bakteria kalau kau nak jungkook xD....kat pizza ade ape je,kulat ade laa...hehehhe....nice chapter...sowy selama ni jadi silent reader ^^...harap fanfics yang lain mendapat sambutan...Fighting!!
mpreggoland
#4
Chapter 11: wah daebak la bonus chapter ni!
V: apa ni HanKook...tak sesuai...no no no...Kookie only for me, me only...XD
comei la Kookie saya buat experiment ttg bacteria hahaha
happy sgt tgk diorg happy! ^^
mpreggoland
#5
Chapter 10: wah tamat dah! thank god diorg selamat...
baca cite zombie ni, sy teringat berita ttg dadah zombie...takut betul la huhu
minta dijauhkan semua tu~
Chiko_Miari #6
Chapter 10: Jongsuk?? Wahh.,mcm tau² saya tgh rindu dia..muahaha
Nak bonus chapter!!
Seul-ssi #7
Chapter 9: wuaaahh!! xD
tak sabr nk tunggu!! update soon unnie!!
aquariusxpisces
#8
Chapter 9: waaaaahaaahahah bahayaaaaaaa xD
i bet tangki nuklear tu tak meletuppp!!!!

maybe? xD
aquariusxpisces
#9
Chapter 8: waaaaahahhhhhh xD
hebatnya jungkook dengan jongsuk!!!
tapi sedih dr. allen dah takda (ಥ_ಥ)