Bilik Kawalan Utama

Run. For. Live.

Sementara Jungkook berada di tingkat 2. Perlahan-lahan dia berjalan dilorong yang sungguh panjang. Matanya masih berjaga-jaga. Tangannya memegang erat kertas peta yang dilukis oleh Seira, iaitu peta menuju ke bilik kawalan utama. Seluruh badannya dipenuhi darah mayat hidup. Bau darah yang hanyir masih membuatkan hidungnya menghembuskan semua hingus. Semua ni idea dari Dr. Allen sendiri.

 

1 jam yang lepas...

 

“habislah! Semua pintu keluar dari bangunan ni tertutup secara automatik!”risau Seira saat melihat telefon pintarnya. “k-kita tak boleh keluar dari bangunan ni!!”

 

“apa?! Habis tu macam mana??”risau Joshua lalu dia memandang Jungkook yang berjaga di tepi pintu bilik. “macam mana keadaan dekat luar?”

 

“semua ok. Kebanyakan mayat hidup mati sebab terkena bom tadi..,”jelas Jungkook sambil menjengah ke luar pintu.

 

Terdapat banyak mayat hidup bergelimpangan diluar bilik Eksperimen 005. Jungkook pun segera menutup pintu semula. Tetapi tiba-tiba Dr.Allen menyuruh Jungkook dan Luhan mengambil 2 badan mayat hidup di luar bilik ini. Semua terkejut. Apa Dr.Allen nak buat dengan badan mayat hidup tu?!

 

“D-Dr.Allen nak buat apa dengan mayat tu??”tanya Luhan dengan pernyataan Dr.Allen secara tiba-tiba.

 

“doktor ada plan,”kata Dr.Allen lalu dia terus on telefon pintarnya lalu mencari maklumat tentang mayat hidup didalamnya. “ok! dah jumpa!”dia tersenyum gembira apabila membacanya.

 

Selepas Jungkook dan Luhan menarik badan mayat hidup ke dalam bilik ini, Dr.Allen segera menyuruh Woozi mengambil serpihan besi yang terdapat ditepi pintu lalu beri serpihan itu kepadanya. Bila Woozi dah mengambil serpihan yang sepanjang lengannya, dia terus berikan kepada Dr. Allen.

 

“hiiyaaahh!!!”Dr.Allen segera menikam serpihan besi yang tajam ke dalam perut mayat hidup. Kemudian dia mengoyakkan perut mayat hidup itu sehingga semua organnya terburai dari perutnya.

 

“Dr.Allen!!”terperanjat Seira melihat adegan yang menakutkan dihadapan matanya. “apa doktor buat ni?!”katanya lagi.

 

Dr.Allen meletakkan serpihan besi di sebelahnya. “sebelum, doktor nak bagi tahu pasal mayat hidup dulu..,”kata Dr.Allen. Katanya lagi, “Doktor nak bagi tahu mayat hidup ni mempunyai hidung yang sensitif, mereka dapat kesan bau ‘manusia’ dan mereka suka dengan darah manusia yang segar..,”jelas Dr.Allen panjang lebar.

 

“oh...macam tu. Jadi, doktor nak buat apa dengan mayat hidup ni?”tanya Minhyuk, matanya masih tertumpu dengan perut mayat hidup yang terburai itu.

 

“doktor nak minta Jungkook pergi ke bilik kawalan utama...,”kata Dr.Allen yang telah mengejutkan semua orang kecuali Jungkook sendiri. “kamu boleh ke...Jungkook?”

 

Jungkook mendiamkan diri tapi ramai yang membantah terutama sekali Woozi, Luhan dan Joshua. Takkanlah mereka nak biarkan Jungkook mati begitu sahaja. Sudah sepuluh tahun mereka berempat hidup bersama dan disebabkan hal ini, salah seorang dari mereka terpaksa mati. Tapi nampaknya Jungkook faham kenapa Dr.Allen meminta pertolongannya. Jungkook merupakan manusia yang mempunyai keimunan yang sangat tinggi dan cepat sembuh jika dia terluka teruk. Dr.Allen rasa virus mayat hidup tidak dapat mengalahkan keimunan Jungkook yang amat luar biasa. Sebab itulah, Dr.Allen ingin meminta pertolongan dari Jungkook untuk kepentingan semua orang. Jungkook pun setuju dan dia tak nak sesiapa yang terkorban sekarang ni.

 

“Ok. Biar aku yang pergi..,”kata Jungkook lalu dia bertanya pada Dr.Allen. “jadi, doktor nak buat apa dengar mayat hidup ni?”

 

“doktor nak letakkan darah ni di seluruh badan kamu. Kemungkinan besar, mayat hidup tidak dapat jejak bau manusia kamu tapi mereka hanya dapat hidu bau darah mayat hidup dari kamu. Jadi, mayat hidup tidak akan mengejar kamu..,”jelas Dr.Allen panjang lebar.

 

Jungkook pada mulanya rasa geli tapi demi untuk menyelamatkan mereka semua, dia terpaksa bersetuju dengan cadangan Dr.Allen. Kemudian, Dr.Allen dan Woozi segera menyapu darah mayat hidup pada badan Jungkook. Bau darah mayat hidup ni seperti bangkai haiwan. Semua orang menutup hidung masing-masing.

 

“dah siap..,”kata Woozi sambil mengelap peluhnya yang mengalir di lehernya. “J-Jungkook...kau ok?”

 

“aku tak ok...,"keluh Jungkook. Bila melihat dirinya, dia bagaikan mayat hidup ‘sebenar’ yang sedang kelaparan mencari darah manusia. “bau darah ni terlalu busuk!”rungutnya lagi.

 

“Seira. Doktor nak kamu lukiskan peta ke bilik kawalan utama. Doktor takut Jungkook sesat nanti,”kata Dr.Allen pada Seira.

 

Dengan segera Seira mengeluarkan buku nota miliknya lalu mengoyakkan sekeping kertas sebelum melukis peta menggunakan pen yang sedia ada ditangannya itu. Selepas melukis peta, dia menunjukkan peta dilukisnya pada Jungkook. Seira terus memberi penerangan yang sungguh terperinci pada Jungkook. Kemudian, seorang demi seorang mengucapkan kata-kata semangat sebelum Jungkook bersedia untuk menjalankan misinya itu.

 

“J-Jungkook..pastikan kau hidup! Aku tak nak jumpa kau kalau kau berupa mayat hidup nanti!”kata Joshua dan Woozi pulak mengangguk kepalanya.

 

“Jungkook, jangan mati. Sebab kau, aku, Joshua dan Woozi dah janji untuk teruskan hidup walaupun diri kita tidak senormal manusia biasa..,”kata Luhan yang membuatkan Jungkook teringat janji yang dibuat oleh dia dan yang lain sewaktu mereka kecil lagi.

 

“ok. Aku takkan memungkiri janji tu. Lepas semua ni selesai...kita semua akan hidup seperti manusia biasa,”kata Jungkook lalu dia pergi menjengah ke luar pintu bilik eksperimen 005, bila tiada mayat hidup berkeliaran, dia pun melangkah keluar dari bilik dengan perlahan. “aku pergi dulu..,”

 

“Jungkook....,”risau Seira pabila melihat Jungkook terus melangkah keluar dari bilik tersebut sebelum pintu bilik ini ditutup semula.

 

Dr.Allen menepuk bahu kiri Seira. “aku pasti dia selamat,”

 

“betul tu!”jawab Tomohisa, Minhyuk dan Jaejin secara serentak. Mereka semua mula tersenyum dan berharap Jungkook berjaya pergi ke Bilik Kawalan Utama itu.

 

Endflashback

 

Jungkook yang baru berjaya sampai di tingkat 3 melalui lif private yang Seira beritahu pada dia, selepas keluar dari lif, dia masih berhati-hati walaupun mayat hidup tidak mengapa-apakan dia. Bila dia nampak mayat hidup mendekatinya, Jungkook berdiri kaku dan tidak bergerak dan apabila mayat hidup itu pergi meninggalkannya, dia segera menyorok ditepi dinding ataupun masuk ke dalam bilik kosong yang berdekatan. Dia dapat rasakan keadaan semakin teruk. Terlalu banyak mayat hidup berada didalam bangunan ni dan dia perlu segera pergi ke bilik utama kawalan sebelum terlambat.

 

Seperti yang diberitahu oleh Seira, Jungkook bukan sahaja perlu pergi ke bilik kawalan utama malah dia perlu meletupkan semua bilik dan setiap tingkat yang ada dalam bangunan kecuali lorong bawah tanah kerana lorong bawah tanah merupakan tempat dia bertemu dengan yang lain sebelum meninggalkan tempat ini.

 

Langkah kaki Jungkook terberhenti secara tiba-tiba. Wajah Jungkook berubah drastik. Dihadapannya terdapat berpuluh-puluh mayat hidup berkeliaran bilik kawalan utama.

 

“m-macam mana ni?”Jungkook perlahan-lahan melangkah kaki kebelakang. Belum sempat Jungkook nak pergi bersembunyi, dia ternampak bebola kecil bergolek perlahan ke arah mayat hidup. “a-apa tu?”

 

Tiba-tiba seseorang menarik Jungkook ke dalam bilik yang sedikit jauh dari bilik kawalan utama. “cepat masuk!!”kata dengan cemas.

 

Jungkook terperanjat tapi nampaknya lelaki yang berpakaian saintis kelihatan normal dan boleh berfikiran waras. Apabila mereka berdua selamat masuk ke dalam bilik itu, beberapa saat kemudian, Jungkook dapat dengar bunyi letupan yang kuat sehingga bergegar kuat didalam bilik yang dia dan lelaki saintis ni berada. Rupanya, bebola yang dia nampak tadi tu bom.

 

“s-siapa kau ni?!”tanya Jungkook apabila dia melihat lelaki saintis itu sedang menjengah ke luar pintu lalu menutup pintu semula. Dia memandang Jungkook pula.

 

“nampaknya semua mayat hidup dah mati kena meletup. Oh ye! aku Jongsuk...,”jawabnya sambil memegang fail berwarna coklat. “nama kau Jungkook kan?”tekanya dengan tepat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hanna27
Fanfic Run. For. Live. dah complete! ada masa, sila baca ^^

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 11: waaaahahhhh!!! vakum makanan! xD
lawaknya chapter ni keep it up author hanna xD
aquariusxpisces
#2
Chapter 10: Waaaaa ff ni dah complete xD
Bonus chap pleaseeee~~ Hebat last chap ni huhu xD
k-hope
#3
Chapter 11: xD baik kau tubuhkan geng BudakTandasSekolah...kat tandas lagi banyak bakteria kalau kau nak jungkook xD....kat pizza ade ape je,kulat ade laa...hehehhe....nice chapter...sowy selama ni jadi silent reader ^^...harap fanfics yang lain mendapat sambutan...Fighting!!
mpreggoland
#4
Chapter 11: wah daebak la bonus chapter ni!
V: apa ni HanKook...tak sesuai...no no no...Kookie only for me, me only...XD
comei la Kookie saya buat experiment ttg bacteria hahaha
happy sgt tgk diorg happy! ^^
mpreggoland
#5
Chapter 10: wah tamat dah! thank god diorg selamat...
baca cite zombie ni, sy teringat berita ttg dadah zombie...takut betul la huhu
minta dijauhkan semua tu~
Chiko_Miari #6
Chapter 10: Jongsuk?? Wahh.,mcm tau² saya tgh rindu dia..muahaha
Nak bonus chapter!!
Seul-ssi #7
Chapter 9: wuaaahh!! xD
tak sabr nk tunggu!! update soon unnie!!
aquariusxpisces
#8
Chapter 9: waaaaahaaahahah bahayaaaaaaa xD
i bet tangki nuklear tu tak meletuppp!!!!

maybe? xD
aquariusxpisces
#9
Chapter 8: waaaaahahhhhhh xD
hebatnya jungkook dengan jongsuk!!!
tapi sedih dr. allen dah takda (ಥ_ಥ)