Bom & Nuklear

Run. For. Live.

“tak boleh! kau tak boleh letupkan bangunan ni!”terus terang Jongsuk selepas mendengar pernyataan Jungkook.

 

“apa masalah kau? kau nak ke mati dekat sini?! Itu baru kerja gila!!”Jungkook membalas balik.

 

“harrghh....,”Jongsuk memejam matanya dan mula menenangkan dirinya. Dia menghembus nafas sambil memandang Jungkook. “dengar sini. Kau nak tahu tak? bangunan ni mempunyai tangki kecil nuklear. Kalau kau letupkan bangunan ni, nuklear tu akan meletup dan poof! seluruh Korea Selatan akan musnah. Kau faham?”jelas Jongsuk sambil bercekak pinggang dihadapan Jungkook kebingungan.

 

“kejap. Ada nuklear dekat sini ke?”

 

“yup!”

 

“h-habis tu macam mana nak keluar dari bangunan ni dengan selamat?!! Kalau kita keluar, pasti mayat hidup tu akan serang orang ramai di bandar!”

 

Masalah makin teruk dan semakin teruk mayat hidup mengancam nyawa mereka. Apatah lagi Jungkook dan Jongsuk yang berada di tingkat paling atas dalam bangunan tersebut. Kebanyakan mayat hidup mula menuju ke tingkat atas berbanding tingkat bawah. Manakala Seira, Joshua, Luhan, Woozi, Minhyuk, Jaejin dan Tomohisa berusaha melarikan diri daripada beberapa mayat hidup yang asyik mengejar mereka ditingkat bawah.

 

“Seira!! Kita nak pergi mana ni?!”soal Luhan memandang Seira yang sibuk melihat telefon pintarnya.

 

“k-kita akan pergi bilik bawah tanah!!”Seira terus menyuruh yang lain mengikutinya dari belakang. “kita tak ada masa lagi!!”jeritnya lagi.

 

Mereka berlari pantas sambil membaling apa-apa barang yang ada pada mayat hidup untuk melambatkan perjalanan mayat hidup itu. Sesampai dipenghujung tingkat tersebut, Seira segera menekan nombor password di pintu tersebut dengan cepat, dan pintu itu terbuka.

 

“cepat masuk!!!”arah Seira dengan kuat.

 

Yang lain berpusu-pusu memasuki bilik tersebut, mayat hidup juga berpusu-pusu mendekati bilik mereka masuki. Dengan cepat, Seira dan lain-lain menolak pintu dengan kuat.

 

“grwaarghh!!!! Graawwrgh!!”beberapa mayat hidup mencakar pintu besi yang telah ditutup rapat dari dalam tetapi mereka tidak berjaya memasuki bilik kebal ini.

 

Nafas lega mula didengari dikalangan mereka. Mereka berjaya dan masih hidup sekarang ni. Tapi mereka kehilangan seseorang yang amat mereka sayangi, Dr. Allen. Joshua masih terkenang ayah angkatnya itu. Kasih sayang yang Dr. Allen pernah bagi padanya tetap tidak akan hilang dalam hatinya serta kenangan tentang Dr.Allen sekali.

 

Woozi menepuk bahu Joshua sambil memandangnya. “Joshua....tabah. Setiap orang akan mati, kita pun akan mati sekali. Kita semua...,”jelasnya sambil cuba mendengar respon dari Joshua.

 

“aku tahu. Dr. Allen dah banyak berjasa dengan kita semua. Tanpa dia, kita tak akan sampai disini dan masih hidup tidak terkena virus mayat hidup,”jawab Joshua. Dia berkata lagi, “jangan risau. Aku ok, kita semua ok. Cuma...seorang je...,”Joshua memandang ke atas.

 

“ya..agaknya dia akan ok ke?”fikir Luhan kerana terlalu risaukan Jungkook.

 

“Jungkook..,”kata Tomohisa, Minhyuk dan Jaejin.

 

“aku harap dia masih hidup....,”luah Seira sambil melihat telefon pintarnya. Dia dapat nampak kebanyakan mayat hidup mula bergerak ke tingkat atas berbanding tingkat bawah. Hampir semua mayat hidup berkumpul di tingkat 3.

 

 


 

 

Jungkook dan Jongsuk masih berada didalam bilik. Rupanya Jongsuk membawa banyak bom, rasanya lebih daripada 40 biji bom. Jungkook dapat tahu Jongsuk mempunyai plan yang memberangsangkan dan mengharapkan plan ni berjalan dengan lancar.

 

“kau nak bunuh semua mayat hidup ke?”tanya Jungkook sekali lagi.

 

“yup! asalkan kita tak letupkan tangki nuklear,”jelas Jongsuk dan ini menambahkan kerisauan Jungkook.

 

“tapi masalahnya tangki nuklear tu dekat mana? Itu yang aku risau kan!”soalnya pada Jongsuk.

 

“dekat bilik bawah tanah. Jangan risau, kita dekat tingkat atas dan ni memudahkan kita untuk meletupkan semua mayat hidup tanpa rasa bimbang,”Jongsuk memberikan 25 biji bom pada Jungkook. “ni untuk kau. kita akan letupkan kesemua mayat hidup tidak kira masa! Kita akan serang mereka sampai tiada mayat hidup yang tinggal,”katanya lagi.

 

Jungkook tersenyum, ada juga saintis yang tak takut mati dan suka berjuang. Dah macam semangat patriotik pula. Jongsuk pula lagi gembira apabila mendapati banyak mayat hidup berkumpul di tingkat 3 ini. Ini memang memudahkan kerja mereka untuk menyerang.

 

“kita akan letupkan mereka sekarang juga!”Jongsuk tersenyum riang dan tidak sabar meneruskan misinya itu bersama rakan yang baru dikenalinya, Jungkook. “kau tak takut mati ke?”Jongsuk cuba menguji Jungkook.

 

“kau tengah bergurau ke? mestilah tak! aku ni mana nak takut kecuali mati kena bom sendiri je,”gurau Jungkook dan mereka tertawa perlahan.

 

“aku suka kau!!”luah Jongsuk sebelum menendang pintu bilik ini.

 

“aku harap luahan kau sekadar gurauan!”balas Jungkook dan mereka segera membaling bom yang telah mereka pasang ke arah mayat hidup.

 

 


 

 

Bilik yang Seira, Luhan, Woozi, Joshua, Tomohisa, Minhyuk dan Jaejin mula bergegar kuat. Mereka mula risau. Mereka dapat dengar bunyi letupan dari tingkat atas. Bunyi letupan itu tidak henti sehingga Seira terkejut melihat telefon pintarnya.

 

“apa?!”terkejut Seira melihat telefon pintarnya sambil menggosok-gosok matanya kerana tidak percaya.

 

“kenapa ni Seira?”soal Jaejin lalu melihat skrin telefon pintar Seira. “biar betul?!!”

 

“ada apa-apa masalah ke?”soal Woozi yang baru bangun tidurnya. Dia segera duduk bersila, menunggu jawapan dari mulut Seira sendiri.

 

“banyak mayat hidup dah mati!!”jelas Seira dengan terkejut lalu menunjukkan pada yang lain.

 

Mereka mengetahui hanya beberapa mayat hidup yang berkeliaran dalam bangunan ini. Rasanya tak lebih dari 20 mayat hidup.

 

“j-jangan cakap ni semua kerja Jungkook?!”kata Minhyuk tidak percaya apabila mengetahuinya.

 

“aku pun rasa macam tu juga!”jawab Tomohisa dan Joshua.

 

“aku pun...harap dia selamat sekarang ni,”kata Luhan pula.

 

Keadaan semakin selamat tapi hanya tinggal satu masalah sahaja dan ia akan melanda pada mereka semua. Cuma masa yang menetapkannya.

 


 

A/N : Anyeong! Dapat juga update untuk ff ni. Tinggal 2 chapter sahaja sebelum ff ni complete!! ^^ drop komen sekali! Saya rindu korang!! xD chia!! chia!!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hanna27
Fanfic Run. For. Live. dah complete! ada masa, sila baca ^^

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 11: waaaahahhhh!!! vakum makanan! xD
lawaknya chapter ni keep it up author hanna xD
aquariusxpisces
#2
Chapter 10: Waaaaa ff ni dah complete xD
Bonus chap pleaseeee~~ Hebat last chap ni huhu xD
k-hope
#3
Chapter 11: xD baik kau tubuhkan geng BudakTandasSekolah...kat tandas lagi banyak bakteria kalau kau nak jungkook xD....kat pizza ade ape je,kulat ade laa...hehehhe....nice chapter...sowy selama ni jadi silent reader ^^...harap fanfics yang lain mendapat sambutan...Fighting!!
mpreggoland
#4
Chapter 11: wah daebak la bonus chapter ni!
V: apa ni HanKook...tak sesuai...no no no...Kookie only for me, me only...XD
comei la Kookie saya buat experiment ttg bacteria hahaha
happy sgt tgk diorg happy! ^^
mpreggoland
#5
Chapter 10: wah tamat dah! thank god diorg selamat...
baca cite zombie ni, sy teringat berita ttg dadah zombie...takut betul la huhu
minta dijauhkan semua tu~
Chiko_Miari #6
Chapter 10: Jongsuk?? Wahh.,mcm tau² saya tgh rindu dia..muahaha
Nak bonus chapter!!
Seul-ssi #7
Chapter 9: wuaaahh!! xD
tak sabr nk tunggu!! update soon unnie!!
aquariusxpisces
#8
Chapter 9: waaaaahaaahahah bahayaaaaaaa xD
i bet tangki nuklear tu tak meletuppp!!!!

maybe? xD
aquariusxpisces
#9
Chapter 8: waaaaahahhhhhh xD
hebatnya jungkook dengan jongsuk!!!
tapi sedih dr. allen dah takda (ಥ_ಥ)