Perancangan

Run. For. Live.

“kita dah sampai!!”Dr. Allen segera buka pintu itu menggunakan kad imbasan sebelum masuk ke dalam dan di ikuti Luhan dan yang lain-lain.

 

BAAMMM!!!!

 

Bunyi letupan yang kuat sehingga bilik eksperimen 005 hampir meletup. Lagi pun, Dr.Allen tahu bilik eksperimen 005 ni mempunyai keistimewaan sendiri iaitu mudah rosak diluar tetapi tidak mudah rosak didalam. Tiada lagi bunyi letupan yang berlaku. Keadaan menjadi tenang semula dan inilah kali pertama eksperimen 001 (Jungkook, Luhan, Joshua & Woozi) berjumpa dengan eksperimen 005 (Jaejin, Minhyuk & Tomohisa).

 

“k-korang....eksperimen apa?”soal Minhyuk pada Jungkook, Luhan, Joshua dan Woozi setelah dia mendapati ada gelang kaki di kaki mereka dan dia tahu hanya gelang kaki sahaja dipakai oleh eksperimen seperti dia dan yang lain.

 

“kitorang eksperimen 001. Kitorang tahu korang bertiga ni eksperimen 005,”jawab Joshua pada Minhyuk dan yang lain.

 

“ooh...,”jawab mereka bertiga.

 

“kamu semua...,”Dr. Allen memandang Minhyuk, Jaejin dan Tomohisa. “doktor perlukan darah kamu bertiga untuk membunuh dan selamatkan diri kita semua dari mayat hidup,”

 

“m-mayat hidup? Apa tu?”soal Jaejin.

 

“mayat hidup tu hampir sama dengan kamu tapi mayat hidup ni sama sekali tidak sama seperti macam kamu yang jenis tidak mencederakan orang,”jelas Dr. Allen.

 

“maksudnya???”Minhyuk masih tidak faham dengan penjelasan Dr. Allen yang semakin rumit penjelasannya.

 

“ha’ihhh....,”keluh Dr. Allen. “macam ni, mayat hidup ni suka makan manusia tapi kalau korang bertiga ni tak makan manusia. Korang adalah mayat hidup yang ‘baik’ bukan mayat hidup yang ‘jahat’...,”jelas Dr. Allen lebih kebudakan.

 

“oowwhhh!!”baru sekarang mereka bertiga faham.

 

“kalau macam tu, doktor ambillah darah kitorang sekarang ni!”Tomohisa membenarkan Dr. Allen mengambil darahnya.

 

Tapi Dr. Allen menggelengkan kepalanya. “tak boleh. Tanpa alat pengambil darah, doktor tak boleh ambil darah kamu bertiga,”

 

“apa?!”terkejut Seira dengan yang lain. “habis tu macam mana?!”

 

“kita kena pergi ke makmal di tingkat G5,”jelasnya lagi.

 

“kalau macam tu kita semua pergi sekarang juga!!”kata Joshua yang bersiap sedia untuk keluar dari bilik ni.

 

“masalahnya.....bilik makmal tu berada di bawah tanah dan makmal itu dekat dengan bilik kurungan eksperimen 002,”jawab Dr. Allen yang hampir tidak kedengaran.

 

“hampir dekat?! Maksudnya tingkat G5 tu dipenuhi dengan mayat hidup ke?!”soal Seira yang begitu cemas.

 

Dr. Allen mengangguk kepalanya. Terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Semuanya menemui jalan buntu. Mulanya misi mereka untuk selamatkan eksperimen 005 berjaya tapi misi untuk keluar dari bangunan ni....rasanya tidak berjaya bagi mereka. Keadaan semakin rumit dan susah untuk memikirkan seuatu yang lebih baik. Woozi yang asyik terduduk diam mula bersuara.

 

Woozi menggenggam tangannya erat. “ta..k! ki..ta....ta..k....bo..leh.....me..nga..lah! ki..ta....pas..ti....ter..se..la..mat!”jawabnya bersemangat. “W-Woo..zi...pas..ti!”

 

Senyuman mereka semua mula terukir dibibir masing-masing. Semangat yang diberikan oleh Woozi, benar-benar membuatkan mereka bersemangat. Keyakinan diri mereka untuk selamat diri dari mayat hidup bertambah kuat. Mereka patut berterima kasih pada Woozi.

 

“ahaha! Itu lah Woozi kita yang comel!!”Luhan segera memeluk Woozi begitu juga Joshua dan Jungkook. “thanks...Woozi,”

 

“sama-sama...,”ucap Woozi dengan lancar yang membuatkan mereka semua terkejut.

 

“W-Woozi?! Kau betul-betul cakap dengan lancar lah tadi!! Cuba cakap sikit!!”Jungkook beria-ria ingin mendengar Woozi bercakap lagi.

 

“Jungkook..?”sebut Woozi yang semakin lancar. “ehh??!”dia pun terkejut sendiri bila dia boleh cakap dengan lancar.

 

“yeay!! Woozi boleh cakap lancar semula!!”nampaknya mereka begitu gembira kerana dah lama tidak mendengar Woozi bercakap begitu lancar. Tak salahnya kali terakhir Woozi cakap dengan lancar sebelum dia masuk ke bangunan saintis ni.

 

Keadaan yang ceria bertukar menjadi cemas setelah mereka mendapati seorang mayat hidup berada di dalam bilik bersama mereka. Mereka memandang mayat hidup dan mayat hidup memandang mereka semua. Tidak bergerak. Hanya mendengar hembusan nafas yang semakin kuat didengari.

 

“ggraaahhhh!!!!”mayat hidup itu mula mengejar salah seorang dari mereka. Orang yang bertuah dikejar mayat hidup, semestilah Seira. “ggraaahhhh!!!!”

 

“kyaaaahhh!!!”teriak Seira setelah dia mendapati mayat hidup mengejarnya. Kemudian dia terlanggar batu kecil yang membuatkan dia terjatuh ke atas lantai. “T-TOLONG AKU!!”

 

“S-Seira!!”Luhan berlari ke arah mayat hidup itu sambil membawa kayu hoki yang dia jumpai di bilik sebelum ni. “ambil ni!!”dia menghayunkan kayu hoki ke arah kepala mayat hidup.

 

Kepala mayat hidup itu tercabut dengan darahnya yang memercik pada Seira dan Luhan yang berada dibelakang mayat hidup. Seira yang kali pertama melihat perkara yang mengerikan membuatkan dia pengsan. Dr. Allen berlari mendekati Seira untuk memeriksa keadaanya. Luhan pula menggigil sehingga kayu hoki dipegangnya terlepas. Dia rasa seperti dia sedang membunuh ‘orang’ bukan ‘mayat hidup’.

 

“Luhan...?”Joshua menepuk bahu Luhan yang dibasahi darah mayat hidup. “kau ok?”

 

“ya. mungkin...atau....tak,”jawabnya tidak pasti. “a-aku nak berehat kejap, boleh tak?”soalnya.

 

“boleh. aku harap tak lama sangat,”jawab Joshua begitu risau dengan tangannya yang asyik menggosok lehernya yang berpeluh-peluh.

 

“aku faham,”Luhan segera pergi ke penjuru bilik untuk bersandar.

 

Tomohisa pula tanya Jungkook pasal keadaan Joshua. Jungkook terdiam dan hanya memberi keluhan yang berpanjangan.

 

“dia akan ok...,”itulah yang mampu Jungkook jawab pertanyaan Tomohisa. “apa kata kita semua berehat..?”

 

“idea yang lebih baik,”Tomohisa tersenyum kecil.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hanna27
Fanfic Run. For. Live. dah complete! ada masa, sila baca ^^

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 11: waaaahahhhh!!! vakum makanan! xD
lawaknya chapter ni keep it up author hanna xD
aquariusxpisces
#2
Chapter 10: Waaaaa ff ni dah complete xD
Bonus chap pleaseeee~~ Hebat last chap ni huhu xD
k-hope
#3
Chapter 11: xD baik kau tubuhkan geng BudakTandasSekolah...kat tandas lagi banyak bakteria kalau kau nak jungkook xD....kat pizza ade ape je,kulat ade laa...hehehhe....nice chapter...sowy selama ni jadi silent reader ^^...harap fanfics yang lain mendapat sambutan...Fighting!!
mpreggoland
#4
Chapter 11: wah daebak la bonus chapter ni!
V: apa ni HanKook...tak sesuai...no no no...Kookie only for me, me only...XD
comei la Kookie saya buat experiment ttg bacteria hahaha
happy sgt tgk diorg happy! ^^
mpreggoland
#5
Chapter 10: wah tamat dah! thank god diorg selamat...
baca cite zombie ni, sy teringat berita ttg dadah zombie...takut betul la huhu
minta dijauhkan semua tu~
Chiko_Miari #6
Chapter 10: Jongsuk?? Wahh.,mcm tau² saya tgh rindu dia..muahaha
Nak bonus chapter!!
Seul-ssi #7
Chapter 9: wuaaahh!! xD
tak sabr nk tunggu!! update soon unnie!!
aquariusxpisces
#8
Chapter 9: waaaaahaaahahah bahayaaaaaaa xD
i bet tangki nuklear tu tak meletuppp!!!!

maybe? xD
aquariusxpisces
#9
Chapter 8: waaaaahahhhhhh xD
hebatnya jungkook dengan jongsuk!!!
tapi sedih dr. allen dah takda (ಥ_ಥ)