Pengakhiran....

Run. For. Live.

A/N : chapter ni sangat panjang. Have a nice day! ^^

 


 

“damn!”geram Jongsuk melihat 4 mayat hidup yang dapat terlepas daripada letupan bom mereka.

 

Keadaan semakin rumit, kini tinggal 1 biji bom yang tinggal. 4 mayat hidup berada tepat dihadapan mereka. Mata mereka yang terlalu dahagakan darah manusia segera mempercepatkan langkah mereka dan mula mengejar Jungkook dan Jongsuk. Jongsuk pula kelihatan sudah penat. Selama 8 jam dia dan Jungkook berlawan dengan mayat hidup, memang membuatkan badannya kehilangan hampir kesemua tenaganya. Jungkook pun kelihatan penat tetapi semangat juangnya masih membara untuk mempertahankan diri dan juga kawannya. Dia tak boleh mati dekat sini. Dia dah janji dengan Joshua, Luhan dengan Woozi.

 

“gwaarrghh!!!”jerit 4 mayat hidup walaupun badan mereka tidak stabil tapi tenaga mereka masih kuat.

 

“g-gila....,”Jongsuk tak sangka mayat hidup sekuat ini. Tenaga yang melampaui batas.

 

“buat apa tercegat ni?! Lari!!”arah Jungkook lalu berlari cepat bersama Jongsuk.

 

Mereka berlari kehadapan lalu mereka berdua sepatutnya masuk ke lorong kiri tapi tak disangka, Jungkook terus masuk lorong kanan manakala Jongsuk masuk lorong kiri.

 

“Jungkook!”Jongsuk memberhentikan langkahnya. Memandang ke arah Jungkook. “apa yang kau buat ni?!”

 

Jungkook memegang erat bebola bom itu lalu melemparkan ke arah Jongsuk. Jongsuk menyambut bebola bom tersebut dengan kedua tangannya. Wajahnya terkejut dengan tindakan Jungkook secara tiba-tiba.

 

“kau guna bom tu, aku ada rancangan lain!”jeritnya lalu kembali berlari.

 

Secara terpaksa, Jongsuk terus berlari disepanjang lorong yang dilaluinya tadi. Dia berharap rancangan yang dikatakan Jungkook dapat membunuh mayat hidup. Kini 2 mayat hidup mengejar Jongsuk dan 2 lagi mayat hidup mengejar Jungkook. Ni sememangnya idea yang buruk.

 

Selang beberapa minit, bunyi letupan telah pun berbunyi. Rupanya Jongsuk berjaya menjumpai lubang yang merupakan tempat pembuangan sampah bawah tanah dan membuatkan 2 mayat hidup tadi jatuh kedalamnya. Tanpa berlengah lagi, Jongsuk segera menjatuhkan bebola bom itu ke dalamnya dan meletup sepenuhnya.

 

Tapi 2 mayat hidup yang lain masih mengejar Jungkook. Dia berusaha menjauhkan dirinya daripada diterkam mayat hidup yang buas itu. Ni bukan idea yang baik bagi Jungkook yang terus melarikan diri daripada mayat hidup. Sehinggalah Jungkook berlari sampai ke penghujung lorong dan tidak mempunyai jalan keluar ataupun bilik untuk menyorok. Jalan mati. Jungkook terpaksa menghadapi 2 mayat hidup yang masih berlari ke arahnya.

 

“tak ada cara lain...,”kata Jungkook lalu dia melihat sekelilingnya dan menjumpai batang kayu serta serpihan kaca yang sedikit besar. “aku guna ni je..,”

 

 


 

 

“bunyi letupan lagi lah..,”kata Luhan setelah mendengar letupan yang kuat tadi. Dia memandang semula Seira yang asyik memandang skrin telefon pintarnya. “macam mana?”

 

“2 mayat hidup dah mati. Tinggal 2 tapi...,”kata Seira terhenti. “2 mayat hidup ni nampak buas sikit. Rasanya ni mayat hidup yang pertama kali dicipta saintis, lebih dikatakan test pertama,”kata Seira lebih terperinci, tiba-tiba bateri telefon pintar Seira habis. “a-alamak! Bateri dah habis!”

 

“eh?!”terkejut yang lain.

 

“macam mana ni?! kita tak tau sama ada kita selamat untuk keluar dari bilik ni?!”cemas Tomohisa sambil memandang tangki nuklear.

 

Jaejin kelihatan putus asa. “kalau kita keluar pun...kita takkan selamat,”katanya pula.

 

“kau dah kenapa Jaejin?!”marah Minhyuk pula. “kau tak sepatutnya cakap macam tu!!”katanya lagi.

 

Tapi betul kata Jaejin...mereka tak dapat diselamatkan lagi walaupun mayat hidup mati kesemuanya. Alat kawalan tangki rosak. Kalau nak lari semestinya tak sempat kerana kuasa nuklear dapat menghapuskan separuh bandar. Mereka akan mati juga. Melihat masa tangki nuklear yang akan melepaskan nuklear semakin hampir. 

 

Tit! Tit! Tit! Tit!

 

Mereka semua terdiam. Siapa yang buka password bilik tangki nuklear ni? Cuma para saintis yang tahu. Takkanlah mayat hidup? Tapi siapa..? Jungkook ke?

 

Pintu bilik terbuka, seorang lelaki yang berambut serabut dengan kot bajunya di sangkut dilengannya. Jongsuk semestinya. Dia juga terkejut dan kagum melihat seramai 7 orang terselamat dari mayat hidup.

 

“wow. Aku ingat kan tak ada orang terselamat selain aku dengan Jungkook,”katanya membuatkan mereka yang lain terkejut.

 

“J-Jungkook masih hidup?!”terkejut Joshua sehingga dia bangun dari tempat duduknya.

 

“ha’ah. Korang kenal Jungkook ke?”tanya Jongsuk lalu menyarung semula kot putihnya itu.

 

“ya. kitorang ni kawan...,”jawab Woozi dengan perasaan lega. “t-tapi mana Jungkook?”

 

Semua orang tertumpu pada Jongsuk. Jongsuk tidak menjawab. Langkahnya terus mendekati alat kawalan tangki nuklear.

 

“Jungkook mana?!”suara Luhan kedengaran tinggi. Kalau Jungkook masih hidup kenapa dia tak ada bersama Jongsuk. “jawab soalan aku ni!!”

 

Jongsuk masih diam dan sibuk melihat alat kawalan yang rosak akibat gegaran letupan bom tadi. perbuatan Jongsuk menaikkan kemarahan semua orang kecuali Seira. Dia kelihatan tenang.

 

Minhyuk segera menarik dan menggengam kolar baju Jongsuk. “kau dengar ke tidak?! Mana Jungkook?!”dia kelihatan marah.

 

Hampir sahaja Minhyuk ingin menumbuk Jongsuk tetapi dihentikan oleh Seira.

 

“cukup!! Jangan gaduh lagi!”teriak Seira sambil melepaskan genggaman tangan Minhyuk dari Jongsuk. “buat apa nak gaduh?! Gaduh tak membawa jalan penyelesaian!”terus terang Seira menyebabkan mereka semua sedar dengan situasi sekarang ni.

 

Jongsuk menghela nafasnya. Melihat semua orang terlalu risau dengan Jungkook serta nyawa mereka sendiri. “aku bukan nak cakap apa. Jungkook masih hidup. Percayalah. Sebab dia kata dia ada janji dengan korang semua untuk teruskan hidup,”jelas Jongsuk yang ingin mereka semua yakin terhadapnya serta Jungkook.

 

“ya...Jungkook memang dah janji dengan kita semua,”Woozi masih ingat lagi janji yang dibuat mereka tadi.

 

“kalau macam tu, aku kena selamatkan nyawa kita semua dulu,”kata Jongsuk lalu dia melipat kot putihnya sehingga paras lengannya. “boleh bantu aku?”dia tersenyum lebar menunggu jawapan dari mereka bertujuh.

 

Terkejut. “k-kejap! Kau boleh baiki alat kawalan tangki nuklear ni ke?!”Tomohisa tak percaya bahawa harapan masih ada pada mereka semua.

 

“habis tu aku tengah buat apa ni? bertapa ke?”Jongsuk berlutut dihadapan alat kawalan tangki nuklear sambil menarik keluar beberapa wayar yang berwarna-warni.

 

Mereka semua mula tersenyum gembira pada Jongsuk. Kalau tak ada Jongsuk pasti mereka mati dalam bangunan ni. Dengan pantas mereka semua mencari pelbagai peralatan yang boleh dipotong, tahan haba, kecil, boleh memutar skru dan senang untuk dipegang. Ia agak sukar untuk mencarinya. Secara berkumpulan, iaitu Joshua, Tomohisa serta Woozi keluar mencari barang yang boleh dipakai. Mereka tidak mempunyai masa. Tinggal satu jam lagi. Ni memang saat mati-matian bagi mereka untuk mencari barang tersebut. Setiap bilik di tingkat G5 mereka cari tapi tak jumpa.

 

Memang menguji kesabaran mereka dalam pencarian mereka sambil tu boleh cari keberadaan Jungkook sekali. Berjalan disepanjang lorong yang panjang, mereka nampak banyak mayat hidup dah mati. Langkah kaki mereka semakin dicepatkan tapi entah kenapa Joshua kelihatan tercari-cari diantara mayat hidup yang banyak tu. Ya, dia tegah cari Dr.Allen. Dia langsung tak sempat ucapkan selamat tinggal pada Dr.Allen, walaupun dia dah terlambat untuk lakukannya tapi dapat jumpa dia pun dapat menghilangkan rasa bersalahnya pada Dr.Allen.

 

Bila mereka sampai ke hujung lorong terdapat lagi lorong ke kanan dan lorong ke kiri. Mereka memilih untuk berjalan ke lorong kanan. Sepertinya hati mereka mengarahkan mereka ke sana. Macam ada sesuatu tak kena dekat lorong ni. Itulah perasaan mereka sekarang ni.

 

“tak ada lagi jalan dekat depan tu..,”kata Tomohisa saat melihat mereka menuju ke jalan mati.

 

Joshua memberhentikan langkahnya. “a-ada benda bergerak dekat sana!”

 

Mereka berasa takut. Mayat hidup ke?! Perlahan-lahan mereka mengambil beberapa langkah kebelakang menjauhi benda yang bergerak dari tadi.

 

“ugh..hiks..,”

 

“nanti!”Woozi memberhentikan langkah mereka yang lain. “itu suara...suara Jungkook kan?”dia dapat kenal suara tu walaupun jarak yang jauh.

 

Kelihatannya badan Jungkook ditimpa dengan satu mayat hidup yang sedikit besar darinya, sebelah Jungkook juga ada mayat hidup tapi dah mati kerana kepalanya terputus. Joshua, Woozi dengan Tomohisa segera berlari mendekati Jungkook.

 

“Jungkook!!”teriak mereka kerisauan.

 

Melihat Jungkook menolak mayat hidup itu ke sebelahnya dengan air mata membasahi pipinya. Mereka bertiga hairan. Jungkook nangis? Sesampai disana mereka melihat keadaan Jungkook begitu teruk. Habis badannya dipenuhi darah mayat hidup.

 

“asal ni?”tanya Tomohisa yang berlutut sebelah Jungkook. Jungkook memandangnya termasuklah Joshua dan Woozi. Tangannya memegang serpihan kaca yang dipenuhi darah.

 

“D-Dr.Allen...,”kata Jungkook sambil memandang mayat hidup yang berada disebelahnya. “a-aku bunuh dia..,”

 

Joshua, Woozi dan Tomohisa terperanjat. Mereka segera terbalikkan mayat hidup yang menimpa Jungkook tadi untuk melihat dengan jelas wajah mayat itu.

 

Ya, mayat hidup itu memang Dr.Allen.

 

“Dr.Allen...,”Joshua dapat lihat kepala Dr.Allen berlubang disebabkan tikaman Jungkook tadi.

 

“a-aku tak sangka...tak sangka Dr.Allen jadi macam ni..,”ucap Jungkook tak percaya, matanya masih merah kerana menangis kesedihan.

 

“tak apa. Bukan salah kau,”kata Joshua, akhirnya dia dapat jumpa dengan Dr.Allen. “terima kasih Dr.Allen atas semua budi baik dan juga kasih sayang doktor terhadap kita semua. Tanpa doktor, mungkin kita semua tak sampai sini dan masih hidup. Terima kasih lagi Dr.Allen,”kali ni suara Joshua kedengaran lemah-lembut dan tenang.

 

Kemudian mereka berempat pulang ke bilik tangki nuklear. Semua orang gembira menyambut kepulangan Jungkook setelah 8 jam berpisah dari mereka. Tapi kegembiraan ni belum lagi sepenuhnya dapat mereka raikan. Masih lagi satu masalah bagi mereka sekarang ni, tinggal 20 minit tangki ini akan membebaskan nuklear secara automatik.

 

“jumpa tak barang yang aku minta?”soal Jongsuk yang semakin berpeluh, dia cuma memotong beberapa wayar untuk memastikan alat kawalan ini berhenti daripada melepaskan nuklear daripada tangki.

 

“ni!!”Jungkook memberikan serpihan kaca yang dia gunakan tadi pada Jongsuk.

 

Perlahan-lahan Jongsuk memegang wayar merah yang bercantum dengan alat kawalan tangki nuklear. Dia potong. Kemudian dia memotong wayar warna hijau dengan dahinya yang tidak henti berpeluh.

 

Ti!

 

Nombor yang tertera pada alat kawalan tangki nuklear terhenti. Tepat-tepat 2 minit yang terakhir. Mereka semua menghembus nafas lega serta kegembiraan dan tangisan tanpa henti.

 

“kita selamat!!!”teriak mereka semua.

 

Akhirnya....mereka selamat juga. Segala ketakutan hilang bagaikan angin. Jungkook, Luhan, Joshua dan Woozi berpelukan antara satu sama lain. Selama 10 tahun mereka terkurung disini, dihina, diuji kaji, dipukul dan sebagainya. Segala keperitan akhirnya berakhir selama 10 tahun lamanya. Woozi pula menangis teresak-esak melihat semua perkara tamat macam itu sahaja. Segala perkataan hinaan diterima olehnya juga hilang begitu sahaja.

 

Tomohisa, Jaejin dan Minhyuk pula kelihatan gembira kerana mereka terlalu ingin melihat dunia luar. Selama ni, mereka hidup terkurng dalam bangunan ini dan tidak pernah sesekali pun dibawa keluar untuk melihat dunia luar yang indah ataupun merasakan kehangatan cahaya matahari. Dengan senang hati, Seira dan Jongsuk membawa eksperimen 001 dan eksperimen 005 melihat dunia luar yang serba indah.

 

Dalam perjalanan menuju ke arah pintu keluar dari bangunan tersebut, Jungkook, Luhan, Joshua dan Woozi mengenang semula peristiwa dimana mereka berempat dibawa kesini secara paksa dalam usia yang muda. Peristiwa 10 tahun yang lepas.

 

Flashback 10 tahun yang lepas,

 

Permainan lawan bantal semestinya kesukaan mereka. Jungkook, Luhan, Joshua dan Woozi membaling bantal sesama mereka. Sering mereka lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Bunyi pintu bilik mereka dibuka seseorang. Ya, Mak Jun. Mereka berempat ni sebenarnya berada di rumah anak yatim piatu. mereka kehilangan ibu bapa mereka sejak usia yang muda, jadi kehidupan mereka di rumah anak yatim menjadi baik sejak berkenalan antara satu sama lain.

 

“esok hari penting untuk kamu semua,”ucap Mak Jun dengan senyuman manisnya. “dah malam ni. pergi tidur,”katanya lagi.

 

“ya!”jawab mereka serentak. Mereka berempat terus pergi ke katil masing-masing lalu menyelubungi diri mereka dengan selimut yang tebal. “selamat malam!”

 

“selamat malam..,”kata Mak Jun kemudian menutup suis lampu dan berjalan keluar sebelum menutup pintu bilik mereka.

 

Sambil berbaring di atas katil masing-masing, mata mereka masih segar dan terlalu teruja pada hari esok. Esok merupakan hari penting bagi mereka kerana mereka berempat akan diambil oleh ibu bapa angkat nanti. Setiap hari berhajat dan akhirnya tertunai juga hajat mereka berempat.

 

“agaknya macam mana muka mak angkat kita nanti?”soal Joshua yang memandang ke luar tingkap bersebelahan katilnya itu.

 

“cantik!!!”jawab Woozi dengan teruja. “dia mesti cantik! Appa pula mesti kacak macam saya!”

 

Mereka berempat tertawa kecil mendengar pernyataan Woozi. Woozi merupakan maknae kesayangan mereka sejak dulu lagi. Orang yang paling tua diantara mereka semestilah Luhan diikuti Jungkook, Joshua dan maknae atau lebih dimaksudkan adik paling muda dekat sini, Woozi.

 

“agaknya macam mana kehidupan kita nanti..?”Jungkook cuba bayangkan keadaan mereka berempat hidup bersama ibu bapa angkat nanti. Dah terlalu lama tidak merasakan kasih sayang dari ibu bapa.

 

“gembira...kasih sayang...,”luah Luhan. Dia memang tertunggu-tunggu hari yang penting seperti esok. Nasib baiklah mereka berempat sama-sama menjadi anak angkat dari Tuan Choi dan Puan Choi.

 

“waaah~”mereka kelihatan sungguh gembira.

 

Tapi mereka salah. Angan-angan mereka hanya sekadar buih-buih di dalam lautan. Mereka ingatkan akan hidup bahagia tetapi menjadi sengsara. Ibu bapa yang mengambil mereka sebagai anak angkat bukan lah benar, mereka cuma inginkan sesuatu dari mereka. Ya, mereka dijadikan eksperimen. Rupanya ibu bapa angkat mereka merupakan saintis di dalam bangunan penyelidikan sains ini. Secara paksa mereka dikurung di sebuah bilik yang kosong. Tiada tingkap, tiada tv dan tiada katil langsung.

 

Setiap hari para saintis mengambil sampel darah mereka serta menyuntik pelbagai cecair ke dalam badan mereka. Mereka akan dipukul teruk kalau ingkar arahan para saintis di situ. Pernah juga mereka dipukul saintis sehingga hampir pengsan. Perasaan ketakutan yang melampau menyebabkan Woozi mempunyai masalah ingin bercakap. Dia tergagap-gagap bila nak bercakap.

 

Tetapi setiap kesusahan, pasti ada kebaikannya. Setiap hari, seorang lelaki sentiasa melawat mereka. Tangannya dipenuhi buku cerita-cerita dongeng. Dia pernah menceritakan cerita dongeng itu sehingga mereka tertidur. Pernah juga, dia merawat luka mereka berempat dengan teliti terutama sekali Joshua, belakang badannya dijahit sebanyak 12 jahitan kerana disebat menggunakan rotan tali yang panjang. Ya, lelaki yang sentiasa disisi mereka sepanjang 10 tahun ini, Dr.Allen. Dan mereka juga menganggap Dr.Allen sebagai ibu bapa bagi mereka.

 

Setiap malam, merupakan waktu yang paling tenang kerana tiada para saintis yang datang ke bilik kurungan mereka.

 

“luka awak ok?”tanya Luhan terhadap Joshua yang berbaring disebelahnya.

 

“emm..,”jawabnya dengan suara yang perlahan.

 

“s-saya nak balik...,”kata Jungkook dengan suara yang sedih. “sampai bila...kita nak duduk sini..?”

 

“s-saya takut...,”jawab Luhan sambil melihat sekeliling bilik yang putih dan kosong itu.

 

Woozi pula duduk dihujung sudut bilik sambil menangis. Jungkook tak sanggup melihatnya menangis seorang diri. Dia segera datang ke sisinya sambil duduk disebelahnya, menatap wajah Woozi yang telah pun dibasahi air matanya. Dia memeluk Woozi dengan erat. Joshua serta Luhan bangun lalu duduk berdekatan dengan Woozi dan Jungkook. Walaupun mereka berasa sedih dan takut, senyuman lebar sentiasa muncul diantara mereka berempat untuk menghilangkan kesemua perasaan ketakutan dan kesedihan.

 

Selepas mereka menenangkan antara satu sama lain, mereka membuat satu janji setia. Menyatakan mereka semua akan teruskan hidup walaupun kehidupan disini sengsara dan berfikir kehidupan akan datang adalah lebih baik daripada sekarang. Mereka pasti akan dapat membebaskan diri daripada seksaan saintis suatu hari nanti. Pasti hari itu akan datang juga.

 

“janji?!”soal Luhan memandang Jungkook, Joshua dan Woozi.

 

“janji!”jawab mereka serentak.

 

End Flashback.

 

Jejak sahaja kedua kaki mereka diluar bangunan penyelidikan sains yang besar itu, mata mereka terus melihat keindahan alam yang mengelilingi mereka. Dikelilingi dan dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang segar. Udara yang segar menambahkan lagi ketenangan fikiran mereka. Keindahan dan kecantikan alam disekeliling mereka segera menyembuhkan parut yang berbekas di dalam hati mereka. Setiap belenggu yang ada dalam diri mereka terlepas dibawa angin yang sejuk. Akhirnya janji mereka tercapai jua. Hidup dengan bebas bagaikan rama-rama yang cantik berterbangan diantara bunga-bunga yang indah dan berwarna-warni.

 

 

-Tamat-

 


 

A/N : 2357 patah perkataan. Panjangnya?! Saya tak sangka akan menulis sepanjang ni. *regangkan badan*

Huhuhu....akhirnya ff ni complete dengan 10 chapter didalamnya. Rindu, gembira dan sedih juga bila ff ni dah complete tapi rasa nak sambung semula, tapi kalau sambung balik nanti malas pula nak update, kekeke! xD *terkenal dengan sikap pemalas tapi dah berubah ‘sikit’*

Yang upvote, subs dan juga komen di ff ni, terima kasih kerana support fanfic ni sampai ke penghujungnya. Tak sangka ff ni habis dalam 10 chapter. Saya sangka ff ni habis lebih kurang 20 chapter....tapi sangkaan meleset. Sepanjang saya menulis ff ni, saya terhibur dan bersemangat sepanjang update chap-chap yang sebelum ni dan ff ini berakhir disini juga. *sedih tahap 200%* :’)

Pada masa akan datang, saya janji akan buat fanfic yang lebih menarik lagi dan buat kali ke berapa saya pun tak ingat! Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan sayang korang! xD *campak bebanyak love dekat korang semua*

 

 

Hmm...bonus chapter? xD

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hanna27
Fanfic Run. For. Live. dah complete! ada masa, sila baca ^^

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 11: waaaahahhhh!!! vakum makanan! xD
lawaknya chapter ni keep it up author hanna xD
aquariusxpisces
#2
Chapter 10: Waaaaa ff ni dah complete xD
Bonus chap pleaseeee~~ Hebat last chap ni huhu xD
k-hope
#3
Chapter 11: xD baik kau tubuhkan geng BudakTandasSekolah...kat tandas lagi banyak bakteria kalau kau nak jungkook xD....kat pizza ade ape je,kulat ade laa...hehehhe....nice chapter...sowy selama ni jadi silent reader ^^...harap fanfics yang lain mendapat sambutan...Fighting!!
mpreggoland
#4
Chapter 11: wah daebak la bonus chapter ni!
V: apa ni HanKook...tak sesuai...no no no...Kookie only for me, me only...XD
comei la Kookie saya buat experiment ttg bacteria hahaha
happy sgt tgk diorg happy! ^^
mpreggoland
#5
Chapter 10: wah tamat dah! thank god diorg selamat...
baca cite zombie ni, sy teringat berita ttg dadah zombie...takut betul la huhu
minta dijauhkan semua tu~
Chiko_Miari #6
Chapter 10: Jongsuk?? Wahh.,mcm tau² saya tgh rindu dia..muahaha
Nak bonus chapter!!
Seul-ssi #7
Chapter 9: wuaaahh!! xD
tak sabr nk tunggu!! update soon unnie!!
aquariusxpisces
#8
Chapter 9: waaaaahaaahahah bahayaaaaaaa xD
i bet tangki nuklear tu tak meletuppp!!!!

maybe? xD
aquariusxpisces
#9
Chapter 8: waaaaahahhhhhh xD
hebatnya jungkook dengan jongsuk!!!
tapi sedih dr. allen dah takda (ಥ_ಥ)