Bonus Chapter

Run. For. Live.

 

Bonus Chapter : Brand New Life

 

“Woozi! Kau kena bangun!”Luhan menggoyang-goyang badan Woozi yang asyik memeluk bantal dengan erat. “kita kena pergi sekolah!!”

 

“hmmmm~”Woozi menepis tangan Luhan secara tiba-tiba.

 

“aish! Budak ni memang nak kena!!”dia segera menggeletek Woozi sehingga Woozi menjerit, ketawa dan terlompat-lompat diatas katil.

 

“HYUNG!!”marah Woozi dengan rambutnya yang kusut masai dan bajunya yang serabai. Matanya terus segar dan masih memeluk bantal sambil bersila memandang Luhan dihadapannya.

 

“cepat. Kita sarapan dulu,”kata Luhan sebelum keluar dari biliknya.

 

Dia keluar dari bilik dia dan Woozi lalu dia berjalan menuju ke bilik Jungkook dan Joshua pula. Dia perlu bangunkan mereka semua. Perlahan-lahan Luhan memasuki bilik mereka, lalu dia segera melompat atas katil Jungkook sehingga Jungkook terkejut dan menjerit kuat.

 

“yaah!! Kau buat apa ni?!”teriak Jungkook sebelum membaling bantal ke arah Luhan.

 

Luhan menangkap bantal tersebut. “hari ni sekolah lah! kejutkan Joshua lepas tu pergi sarapan! Nuna Seira tengah buat sarapan untuk kita,”kata Luhan sebelum keluar dari bilik Jungkook dan Joshua.

 

“ngantuknya~”Jungkook mengeluh sambil menyerabutkan rambutnya lalu baring sekejap dikatilnya yang empuk. “Joshua...bangun..,”katanya lagi sambil melihat Joshua tidur nyenyak disebelah katilnya.

 

Tanpa berlengah lagi, Jungkook turun dari katilnya lalu melompat macam nak buat sky dive di atas katil Joshua. Pap! Bunyi retakan pinggang Joshua kedengaran.

 

“sakit lah!!”marah Joshua sambil menggosok pinggangnya.

 

“jom lah. Kita kena pergi sekolah..,”kata Jungkook dan mereka berdua bersama-sama keluar dari bilik.

 

Saat mereka keluar dari pintu bilik mereka, mereka terserempak si Woozi yang jalan terhuyung-hayang menuju ke dapur. Jungkook dan Joshua tertawa kecil melihat aegyo semula jadi si maknae mereka pagi ini. Sesampai di dapur, Woozi mengambil tempat bersebelahan Luhan manakala Jungkook dan Joshua duduk menghadap mereka berdua. Seira yang kini merupakan penjaga mereka berempat, sentiasa menjaga mereka dan menyediakan sarapan untuk mereka setiap pagi.

 

“ngantuknya...,”Woozi meletakkan kepalanya di atas meja. Matanya dipejam rapat.

 

“bangun lah!”Luhan mengetuk kepala Woozi menggunakan sudu yang ada diatas meja.

 

“hyung! Sakit!”rungut Woozi.

 

“siapa suruh tidur!”kata Luhan dengan senyuman lebarnya sambil melihat wajah Woozi yang bulat itu. “kau ni makin gemuk lah!”Luhan memicit-micit pipi Woozi sehingga pipi Woozi merah.

 

“uwwuahh!! Sakit! Hyung!! Sakit!!”Woozi cuba melepaskan cubitan yang dibuat Luhan dan akhirnya mereka berdua dihempuk Seira menggunakan senduk kuah.

 

“owowwow...,”kata Luhan dan Woozi sambil menggosok kepala mereka yang sakit itu.

 

“nah, sarapan untuk korang,”Seira segera meletakkan bubur labu di atas meja dengan 6 mangkuk kosong. “mana Jongsuk?”

 

Luhan menggeleng kepalanya. “dia tidur mati..,”jawabnya ringkas.

 

“memang nak kena!”Seira mengetap bibirnya kerana geram lalu berjalan masuk ke bilik tidur Jongsuk.

 

“omo! Mommy dah marah!!”kata Joshua sambil menjengah pintu bilik Jongsuk.

 

“habis lah papa...,”Jungkook menggeleng kepalanya dan mereka berempat dapat dengar Jongsuk menjerit kuat.

 

“ARGHHH!!! ADOI!! SAKIT!!!”jerit Jongsuk, habis telinga dia di tarik kasar oleh Seira.

 

Telinga bersama tuannya sekali ditarik ke meja makan. Begitu ganas Seira sekarang ni. Bukan sahaja Jongsuk yang kena tarik telinga malah Luhan, Woozi, Jungkook dan Joshua turut mendapat nasib yang sama. Memang malang bagi mereka berlima duduk serumah bersama Seira sekali. Tapi makan tetap makan dan Seira tetap Seira. Tanpa masakan Seira, sudah pasti mereka berlima mati kelaparan. Yelah, siapa sahaja yang mampu masak? Jongsuk? Kalau macam tu, dah lama makanan tu jadi arang batu. Luhan? Dia tahu hidupkan api gas je. Jungkook? dia tahu makan dan dia kata makan itu untuk hidup. Joshua? Dia dah lama pengsan sebab takut dengan pisau. Woozi? Sudah pasti dia makan semua bahan masak termasuk bawang sekali. Siapa yang boleh harap dalam rumah ni? Tentu lah Seira yang sentiasa masak untuk mereka. Biar pun sibuk macam mana pun, Seira pasti akan balik dari tempat kerjanya dan masak untuk mereka semua.

 

“jangan gelojoh sangat!!”marah Joshua saat melihat mulut Jungkook dipenuhi bubur labu.

 

“hmmgh! Muff!! (sedapnya!! Nak lagi!!)”Jungkook mencedok bubur labu lagi. Bubur labu tadi masih berada di dalam mulutnya.

 

“wei, kau belum telan bubur tu lagi ke?! Telan lah!!”marah Joshua dan dia rasa nak muntah duduk disebelah Jungkook. Dah 2 minit Jungkook mengemam bubur labu dimulutnya.

 

Jungkook pun terus menelan bubur labu masuk ke perutnya. “ahh! Sedapnya~”

 

“eww...,”meremang satu badan Joshua melihat Jungkook berbuat sedemikian.

 

Mereka berlima makan sampai tak ingat dunia kecuali Seira yang asyik tertawa melihat gelagat mereka berlima sekarang ini. Luhan dengan teruja memberikan semangkuk bubur labu pada Woozi. Woozi mengambil mangkuk itu lalu menatapnya dengan penuh kelaparan. Dengan pantas Woozi menyedup bagaikan vakum sehingga licin berkilat mangkuk tersebut.

 

“yeah!!! Capai rekod!!”Luhan melihat jam randik dipegangnya. “10 saat! Lebih cepat dari semalam!”

 

“wooho!!”Woozi mengangkat tangannya seperti orang menang pingat emas sukan olimpik. Harap-harap ada pertandingan ‘vakum makanan’ dalam olimpik.

 

Jam tepat pukul 7 pagi. Sememangnya Luhan, Woozi, Jungkook dan Joshua selalu lambat ke sekolah. Setelah bersiap sedia, Jongsuk segera menghantar mereka berempat ke sekolah sebelum pergi ke tempat kerja bersama Seira sekali. Apa nak risau? Pengetua sekolah memang faham dengan keadaan mereka sekarang ni dan mereka berempat juga merupakan pelajar genius walaupun baru belajar disekolah selama 6 bulan. Terkenal juga dengan wajah tampan mereka sehingga semua perempuan mencair macam larva coklat di sekolah. Dah macam F4 pula. Walaupun mereka baru bersekolah selama 6 bulan, Luhan, Jungkook dan Joshua merupakan senior manakala Woozi masih junior. Mereka mempunyai ramai kawan, tapi mereka berempat sentiasa bersama walau dimana jua.

 

Bunyi deringan lonceng sekolah berbunyi, bertanda waktu rehat telah bermula. Seperti biasa mereka berempat berehat disebuah pondok berbentuk cendawan. Sudah semestinya pondok itu merupakan tempat lepak mereka. Keempat-empat mereka meletakkan pelbagai hadiah bersama coklat mahal diatas meja pondok tersebut. Setiap hari mereka dapat hadiah. Entah macam mana mereka nak hentikannya. Mereka bukannya seorang pelakon mahupun penyanyi terkenal. Adakah ini cara layanan ‘manusia’ biasa selalu bagi?

 

“hyung dapat apa tu?”tanya Woozi saat melihat Luhan memegang beberapa kertas yang di stapler.

 

“entah. Macam Fanfic,”Luhan pun membaca description yang tertulis dimuka surat hadapan. Yang lain hanya mendengarnya.

 

 

 Tajuk : Fall In Love with YOU

 

Description

 

Luhan seorang lelaki yang terhensem dan merupakan kingka di Sekolah Menengah Goong. Tiba-tiba dia mula jatuh cinta dengan seorang lelaki yang sangat cantik disekolah itu iaitu Jungkook. Mula lah kisah hidup mereka yang mencabar di sekolah yang terkenal itu.

 

Foreword

 

“aku suka kau...,”Luhan memegang erat pergelangan tangan Jungkook sambil menatap penuh cinta ‘mati’ padanya.

 

“maaf kan aku...Luhan. Kau psycho aku!”Jungkook menolak Luhan lalu berlari diri meninggalkannya.

 

Adakah Jungkook akan terima Luhan untuk kali kedua?

 

 

 

Luhan terbatuk-batuk membaca description dan foreword manakala Jungkook pengsan tidak sedarkan diri. Joshua dan Woozi tertawa kuat mendengarnya. Ada juga sasaeng fans dekat sekolah ni sehingga berimaginasi luar biasa. Rasanya mereka berempat ni terlalu popular sehingga fanfic macam ni pun boleh wujud.

 

“biar betul?! Ni ke fanfic ?!”terbeliak mata Joshua tengok fanfic hasil karya oleh peminat Luhan dan Jungkook.

 

“aku nak baca, boleh tak hyung??”Woozi ingin membaca fanfic kerana dia tak pernah baca genre sebegitu.

 

“tak boleh!”Luhan merampas fanfic tersebut dari tangan Joshua. “kau tak boleh baca,”larangnya lagi.

 

“kenapa pulak?!”Woozi kelihatan kecewa. Terlepas peluang dia nak baca kisah cinta hyungnya itu.

 

“sebab fanfic ni rated M. Budak junior macam kau terlalu innocent untuk membacanya,”jelas Jungkook yang baru tersedar dari pengsannya. “kau buang je lah fanfic tu!!”dia begitu tertekan melihat fanfic ‘cinta’ dia bersama Luhan. Siap buat ship lagi, LuKook!!

 

“tak nak! Aku nak baca!”Joshua terus merampas fanfic tersebut dari tangan Luhan. “Wuahahaha!!”mulalah idea nakal Joshua untuk mengenakan Luhan dan Jungkook.

 

“woi!! kau takkan terlepas!!”Luhan serta Jungkook berlari mengejar Joshua manakala Woozi duduk di pondok sendirian sambil menikmati coklat yang diterima oleh peminatnya.

 

“mm! Sedap!!”kata Woozi sambil memegang 2 kotak coklat ditangannya.

 

Begitu lah setiap hari mereka lakukan di sekolah. Sekolah memang menyeronokkan bagi mereka. belajar sesuatu yang baru, kenal dunia baru. Semakin hari, semakin rapat hubungan mereka seperti isi dengan kuku. Tak kira apa-apa pun terjadi, mereka akan terus belajar, berkawan, bergurau, bergembira dan berimpian besar untuk mencapai sesuatu. Ya, mereka ingin berjaya dalam hidup dan tidak akan menjadi orang yang lemah malah melindungi antara satu sama lain.

 

Akhirnya waktu balik sekolah telah pun tiba. Mereka seperti kanak-kanak ribena menunggu Jongsuk mengambil mereka di sekolah. Seharian belajar disekolah membuatkan otak mereka menjadi penat. Sambil menunggu, ramai pelajar perempuan mula menghimpit-himpit mendekati mereka dari belakang. Luhan seperti orang gila memandang kiri kanan. Joshua rasa nak muntah sebab bau minyak wangi terlampau kuat macam minyak zaitun. Woozi kelihatan tersepit macam spongebob kerana dihimpit begitu hebat. Jungkook pula asyik bersabar melihat diri mereka berempat ditolak ke kiri dan ke kanan. Memang gila kalau tunggu Jongsuk selama satu jam. Boleh mati diorang dalam keadaan lemas udara.

 

“aku dah tak tahan ni. Kau pergi hinoptis semua budak perempuan tu!”bisik Jungkook di telinga Luhan.

 

“ok!”Luhan pun membisik ke telinga Jungkook semula.

 

Salah anggap. Budak perempuan mula menjerit kegembiraan melihat Jungkook dan Luhan membuat ‘fanservice’ dihadapan mereka. Jeritan mereka semakin kuat bila Luhan mengusap kepala Jungkook sambil memandang mereka semua. Lalu tangannya melambai-lambai di hadapan mereka semua. Bibirnya mula tersenyum lebar.

 

“dalam kiraan 3 saat, aku nak korang semua tak kenal aku, Jungkook, Joshua dan Woozi sementara waktu..,”Luhan segera memetik jarinya selepas 3 saat.

 

Automatik budak perempuan terkelip-kelip mata tak tahu apa yang terjadi. Mereka menggaru kepala lalu beredar dari situ. Luhan, Jungkook, Joshua dan Woozi menghela nafas lega. Bagus juga Luhan belajar hinoptis dari internet. Tak sia-sia belajar. Tapi gila betul budak perempuan sekarang ni. Pernah sekali tu, ada perempuan buat ‘potion’ cinta untuk mereka. Meremang bulu roma mereka bila terkenangkan hal itu. Ada juga orang buat benda pelik-pelik zaman sekarang ni. sebagai contoh, ciptaan mayat hidup. Saintis gila. Itu lah mereka kata dan pernah terfikir macam mana boleh terciptanya eksperimen tersebut.

 

Tin! Tin!!

 

Kereta Jongsuk telah pun tiba disekolah. Apa lagi?! mereka menjerit kegembiraan. Segera mereka masuk ke dalam kereta. Woozi terjerit-jerit di telinga Jongsuk supaya kereta bergerak sebelum kehadiran peminat gila mereka. Sakit telinga Jongsuk. Kereta tersebut mula bergerak laju. Jongsuk terus memandu pulang ke rumah. Semasa memandu, dia nak tanya pendapat ‘anak buahnya’ itu.

 

“ada benda hyung nak tanya dekat korang..,”Jongsuk masih memandu. Memegang stereng kereta lebih erat.

 

“apa dia?”tanya Luhan yang duduk disebelah Jongsuk.

 

“hyung nak k-ke...ka....w..in..,”tergagap-gagap Jongsuk nak berkata. Dia berasa sungguh malu.

 

“apa yang hyung cakap ni?”Woozi garu kepala tak faham apa yang dikatakan oleh Jongsuk.

 

“cuba hyung bertenang sikit. Be more mature!”jelas Jungkook tapi siapa yang paling tua dekat sini?

 

“ok. dengar sini. Sebenarnya hyung nak KAHWIN dengan Seira,”kata Jongsuk dan pernyataan tersebut membuatkan mereka berempat melopong kerana terkejut. Jongsuk....dan...Seira? nuna mereka?!!

 

“hyung nak kahwin?!!”terkejut Luhan, matanya bulat memandang Jongsuk yang semakin segan.

 

“aish...kenapa tak luah je dekat nuna Seira?”kata Jungkook, dia dah lama tahu Jongsuk ada crush dengan Seira tapi tak sangka pula keputusan dia lebih dari itu.

 

“yeah!! papa betul-betul nak kahwin dengan mommy garang!!”teriak Woozi kegembiraan, habis gegendang telinga mereka yang ada didalam kereta.

 

“Woozi!!!”marah Joshua yang duduk bersebelahan Woozi. Dia memicit-micit pipi Woozi sebagai balasan.

 

“Sakit!!!”Woozi pun terus memicit-micit pipi Joshua. Mula pergaduhan ‘picit-picit pipi tomato’.

 

Jungkook yang duduk disebelah Joshua tak senang tengok pergaduhan itu. Makin bising dan tak tenang. Perbualan tentang Jongsuk pun belum selesai. Dia terus melonjat ke tengah dan akhirnya Jungkook duduk diantara Joshua dan Woozi. Selesai.

 

“a-agaknya...dia terima hyung ke?”tanya Jongsuk dan memerlukan jawapan tetap dari mereka berempat.

 

“hyung nak jawapan kan? ni...,”Jungkook menunjukkan telefon pintarnya dan Seira mendengarnya melalui panggilan telefon Jungkook secara senyap.

 

“J-Jungkook?! k-kau!”Jongsuk terkejut dan mengambil telefon dari Jungkook. dia segera bercakap dengan Seira di telefon. “S-Seira..aku--”

 

“[aku terima....terima untuk berkahwin dengan lelaki yang nerd, pemalas, kelakar dan sentiasa disisi aku, Lee Jongsuk..,]”suara Seira kedengaran manis di dalam panggilan tersebut.

 

Jongsuk terdiam, mukanya merah padam begitu juga Luhan, Jungkook, Joshua dan Woozi. Macam ni manusia jatuh cinta. Yelah, kali pertama Luhan, Jungkook, Joshua dan Woozi merasakan perasaan ni walaupun bukan mereka yang jatuh cinta. Cinta memang segala-galanya.

 

2 bulan kemudian...

 

Walaupun Seira dan Jongsuk dah kahwin, mereka berdua tetap duduk bersama Luhan, Jungkook, Joshua dan Woozi. Bukan senang nak tinggalkan mereka berempat malah risau. Takkan nak tinggalkan Luhan, Jungkook, Joshua dan Woozi terbiar dalam rumah?!! habis satu rumah terbakar hasil kerja mereka nanti. Seira dan Jongsuk sentiasa mengajar mereka tentang kehidupan kerana mereka berempat masih ada efek tentang kehidupan mereka di dalam bangunan saintis. Semua pukulan, hinaan, diseksa dan pelbagai lagi mereka terima. Dan itulah apa yang akan Seira dan Jongsuk lakukan. Kerja mereka adalah untuk menjadikan mereka berempat seseorang yang lebih baik dari sebelumnya. Perbaiki masalah diri dan harungi cabaran dengan lebih tabah.

 

Selepas makan malam, Seira terus menyuruh mereka tidur awal walaupun pada esok hari tiada persekolahan. Hari ini istimewa sikit bagi mereka. Jadi mereka berempat tidur bersama di dalam bilik Jungkook dan Joshua. Sambil mengemas tempat tidur, Joshua menemui pizza sejuk dibawah katil Jungkook.

 

“yaah!! Ni pizza kau ke?!”teriak Joshua sambil menunjukkan bawah katil Jungkook ada pizza sejuk yang dimakan bakteria.

 

“oh? Aku simpan..,”

 

“Simpan?! Buat apa??”

 

“buat eksperimen,”

 

“kau pengotor tak padan dengan muka comel kau tu!!”hempuk Joshua lalu menyuruh Jungkook membuang pizza tersebut ke dalam tong sampah. “pergi buang!!”

 

“ok-ok. Oh ye, terima kasih sebab puji aku,”Jungkook terus keluar dari bilik sambil memegang pizza bakteria itu.

 

Sesampai di ruangtamu, Seira menjerit ketakutan melihat bakteria hijau telah memenuhi pizza itu. Dahsyat betul Jungkook ni. Kalau nak buat eksperimen pun biarlah bertempat. Mungkin sebab Jungkook bergaduh dengan cikgu sebab tertidur dalam kelas sains sehingga cikgu memanggilnya dia bakteria. Dia cuba buktikan bahawa bakteria boleh hidup dimana sahaja. Dia memang terkesan kata-kata cikgu dia.

 

Luhan dan Woozi pula berjalan masuk ke bilik sambil membawa beberapa bantal ditangan mereka. Pergi sleepover bilik sebelah je. Seira dan Jongsuk pun masuk ke dalam bilik mereka sambil membawa cadar. 

 

“jangan tidur sampai lewat malam tau!”kata Seira, dia taknak mereka berempat ni mempunyai panda eye nanti.

 

“ok!”jawab Luhan, Joshua dan Woozi.

 

Jungkook baru sahaja masuk ke bilik selepas membuang pizza bakterianya itu. Selepas mengucapkan selamat malam, Luhan dan Woozi tidur di atas katil Jungkook manakala Joshua dan Jungkook tidur di atas katil Joshua.

 

“jangan berbual sampai lewat malam tau!!”pesan Seira beberapa kali.

 

“dah lah tu, Seira..,”Jongsuk terus memeluk pinggang Seira sebelum menutup suis lampu dan pintu bilik. “selamat malam..,”kata Jongsuk kemudian bilik menjadi gelap.

 

“sejuk...,”Woozi memeluk erat bantal sambil memandang langsir tingkap yang terbuka luas. Cahaya bulan menerangi hampir separuh bilik mereka. “bulan malam ni nampak terang,”

 

Yang lain mengangguk benar. Keindahan malam menambahkan lagi suasana yang tenang. sunyi sepi menguasai bilik. Mata mereka masih segar dan belum lagi terasa ingin tidur. Mengenang kembali semasa mereka terkurung didalam bilik putih yang kosong itu dan ia memang jauh beza dengan bilik mereka tidur sekarang ni. Kalau boleh mereka macam nak lempang pipi masing-masing. Mimpi? Atau...angan-angan? Mereka betul-betul didunia realiti. Baring diatas katil yang empuk, ada tv dalam bilik, tingkap, dan pelbagai kemudahan yang ada.

 

“ni semua realiti..,”Luhan tersenyum lebar. “kita masih hidup dan bersama sekarang ni,”

 

“ya. Pertama kali aku rasa gembira jalani hidup seperti manusia yang lain. Selama 8 bulan keluar dari bangunan penjara tu. Aku bersyukur sangat...,”luah Woozi panjang lebar.

 

“aku harap kita kekal macam ni sampai kita tua,”kata Jungkook, berharap ia berterusan sampai mereka tua.

 

“sampai kita tua?! Kau tak nak kahwin ke?!!”risau Joshua, dia baru fikir ingin berkahwin 4 orang isteri.

 

“aish!! Kahwin je kau tahu!!”Luhan menggeleng kepalanya. Dia dapat dengar Joshua tertawa dari jauh.

 

Joshua memandang Jungkook disebelahnya. “Jungkook! kalau kau nak kahwin nanti, kau nak berapa anak??”tanya Joshua kerana teruja. Dia belum ada rasa untuk tidur segera.

 

Jungkook tertawa mendengar soalan Joshua. “hmm...kalau aku kahwin nanti? Mungkin...7 orang anak. Lepastu tubuhkan kumpulan bernama BTS!! Woohoo!”ucapnya teruja.

 

“BTS? Apa tu?”tanya Woozi. Nak tahu juga sebalik nama BTS tu.

 

“BakTeriaSoup!!”kata Jungkook dengan teruja. Ok, cukup dengan kau punya bakteria!

 

“ish! geram betul aku dengan kau ni!! asyik cakap bakteria! Bakteria je!!!”runsing Joshua yang berkongsi katil dengan Jungkook. “kau pakai sabun lifebuoy tak??”

 

“tak!”gurau Jungkook dan dia ditendang Joshua sehingga terjatuh ke lantai.

 

“sakitnya! Joshua! Aku pakai lah!”marah Jungkook, dia memang kenal sikap Joshua yang penting akan kebersihan itu.

 

“ye ke?”kaki Joshua bersedia untuk menendang Jungkook dari katil. “kau dah pakai lifebuoy?”Jungkook mengangguk. Disebabkan Jungkook dah pakai sabun, dia tak jadi tendang Jungkook.

 

Jungkook segera naik ke atas katil lalu berbaring semula. Hubungan mereka rapat macam biasa.

 

“dah lewat malam ni. Jom tidur sekarang..,”kata Luhan, matanya mula rasa berat. Bertanda ngantuk.

 

“hyung..,”panggil Woozi, menyebabkan Luhan membuka matanya semula.

 

“hmm?”Luhan memandang Woozi. “ada masalah ke Woozi?”

 

“Woozi harap kita semua kekal hidup dan sentiasa rasa bahagia...,”jawab Woozi sambil memandang syiling bilik. Dia tak nak lagi menempuhi kesengsaraan seperti dulu. Seksa.

 

Luhan menatap wajah Woozi. Dia perlu bagi tahu satu perkara penting pada maknae mereka. “Woozi, dekat dunia ni mana ada ‘kekal hidup dan perasaan bahagia’. Semua orang tidak hidup kekal didunia ni, Woozi. Semuanya akan mati dan perkara ni tidak dapat dielakkan. Setiap orang, ya, kita semua pasti akan melalui kesusahan dan keperitan sebelum mendapat kebahagian. Setiap yang manis pasti ada yang pahitnya. Contohnya, kita semua berempat dikurung selama sepuluh tahun kan? dan resultnya, kita mempunyai kehidupan yang lebih baik sekarang ni,”nasihat Luhan pada Woozi.

 

Joshua dan Jungkook tersenyum mendengarnya. Walaupun kadang-kadang perangai Luhan macam budak pelik, tapi dia diantara hyung yang paling berfikiran terbuka dan sentiasa menjaga mereka dengan baik.

 

Woozi mengangguk faham. “Woozi ingat ayat hyung tu. Selamat malam hyung..,”dia pun memejam matanya yang kini berat dan terus dibuai mimpi.

 

Luhan kembali tidur. Begitu juga Joshua dan Jungkook. Kini.....mereka semakin matang dalam mengetahui dunia yang semakin mencabar. Banyak lagi perkara mereka ingin tahu. Setiap persoalan mesti ada jawapannya. Apa yang patut mereka lakukan? mereka ‘perlu’ lalui setiap halangan yang telah menghalang perjalanan mereka menuju ke arah kejayaan. Bukan senang untuk hidup didunia ni. Dunia yang berputar setiap masa dan banyak membuatkan hidup seseorang berputar tidak tentu arah. Kenapa boleh terjadi? ‘Mereka’ ingin mencari jawapan sepanjang mereka berlari di dunia untuk mencari erti kehidupan. Run. For. Live.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hanna27
Fanfic Run. For. Live. dah complete! ada masa, sila baca ^^

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 11: waaaahahhhh!!! vakum makanan! xD
lawaknya chapter ni keep it up author hanna xD
aquariusxpisces
#2
Chapter 10: Waaaaa ff ni dah complete xD
Bonus chap pleaseeee~~ Hebat last chap ni huhu xD
k-hope
#3
Chapter 11: xD baik kau tubuhkan geng BudakTandasSekolah...kat tandas lagi banyak bakteria kalau kau nak jungkook xD....kat pizza ade ape je,kulat ade laa...hehehhe....nice chapter...sowy selama ni jadi silent reader ^^...harap fanfics yang lain mendapat sambutan...Fighting!!
mpreggoland
#4
Chapter 11: wah daebak la bonus chapter ni!
V: apa ni HanKook...tak sesuai...no no no...Kookie only for me, me only...XD
comei la Kookie saya buat experiment ttg bacteria hahaha
happy sgt tgk diorg happy! ^^
mpreggoland
#5
Chapter 10: wah tamat dah! thank god diorg selamat...
baca cite zombie ni, sy teringat berita ttg dadah zombie...takut betul la huhu
minta dijauhkan semua tu~
Chiko_Miari #6
Chapter 10: Jongsuk?? Wahh.,mcm tau² saya tgh rindu dia..muahaha
Nak bonus chapter!!
Seul-ssi #7
Chapter 9: wuaaahh!! xD
tak sabr nk tunggu!! update soon unnie!!
aquariusxpisces
#8
Chapter 9: waaaaahaaahahah bahayaaaaaaa xD
i bet tangki nuklear tu tak meletuppp!!!!

maybe? xD
aquariusxpisces
#9
Chapter 8: waaaaahahhhhhh xD
hebatnya jungkook dengan jongsuk!!!
tapi sedih dr. allen dah takda (ಥ_ಥ)