Bilik Bawah Tanah

Run. For. Live.

Menitik-nitik peluh Jungkook didahinya. Jongsuk tersenyum lebar. Melihat sekeliling mereka terdapat banyak mayat hidup bergelimpangan diatas lantai. Semuanya dah mati. Jongsuk melihat telefon pintarnya lagi.

 

“Cuma 21 mayat hidup yang tinggal. Tu pun dekat tingkat G5..,”jelas Jongsuk lalu memasukkan telefonnya di kocek kot makmalnya. “jom pergi,”ajaknya.

 

Jungkook hanya mengangguk dan berlari mengikuti Jongsuk dari belakang. Ia mengambil masa lama untuk sampai ke tingkat G5 kerana ada satu atau dua mayat hidup mengejar mereka di tingkat lain. Tapi mereka tetap berjaya mematikan mayat hidup tanpa menggunakan bom yang mereka simpan tadi.

 

“kita dah sampai ke belum?”tanya Jungkook, dia kelihatan lelah berlawan dan berlari daripada diserang mayat hidup. Kali ni mereka menuruni tangga sehingga menemui pintu tingkat G5

 

Jongsuk menolak pintu tersebut. “kita dah sampai. Siap sedia. Banyak benda boleh berlaku kalau kita hilang fokus,”nasihatnya pada Jungkook.

 

“yelah...,”jelas Jungkook. Dia memegang 2 biji bebola bom.

 

Langkah kaki mereka semakin perlahan, pandangan mata sentiasa mencari mayat hidup manakala badan mereka berwaspada daripada serangan mayat hidup nanti. Jantung Jungkook berdegup kencang. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya saat memasuki tingkat G5 sekarang ni. Lampu disepanjang lorong tingkat G5 malap malah ada yang terpadam.

 

Jongsuk memberhentikan langkahnya menyebabkan Jungkook terlanggar badan Jongsuk dari belakang. Jongsuk sempat menahan badannya daripada terjatuh, tangan Jungkook pula terlepas sebiji bebola bom ke lantai. Mereka terkejut. Bebola bom itu automatik On untuk meletup.

 

“LARI!!!”teriak Jongsuk lalu dia dan Jungkook lari.

 

Mereka berdua segera masuk ke sebuah bilik makmal yang terbiar. Mereka terus menyorok bawah meja makmal yang lebar. Berdentum! Bergegar sehingga banyak barang terjatuh ke lantai dan pecah. Hampir separuh bahagian tingkat G5 hangus disebabkan letupan bom tadi.

 

“Kau ni dah kenapa?! Kita berdua hampir mati tahu tak?!”marah Jongsuk disebabkan kecuaian Jungkook tadi.

 

“asal kau marah aku pulak. Salah kau juga sebab berhenti tiba-tiba tadi!”balas Jungkook kerana dia pun tak nak dipersalahkan juga.

 

“salah kau juga sebab cuai tadi!!”Jongsuk pun tak mahu kalah. “aish...lain kali jangan buat lagi. Kita dah bazirkan sebiji bom....,”lama-kelamaan kemarahan Jongsuk semakin reda.

 

“yelah....,”ucap Jungkook sambil memasukkan semula bebola bom ke dalam beg belakangnya semula.

 

Jongsuk mengeluarkan telefon pintarnya untuk memeriksa keadaan. Dia berpaling muka ke arah Jungkook.

 

“k-kenapa ni?”soal Jungkook melihat muka Jongsuk sepucat yang mungkin.

 

“k-kita d-dikelilingi mayat hidup...,”jelasnya perlahan membuatkan Jungkook baru tersedar terdapat 10 mayat hidup berada di bilik makmal yang sedang mereka menyorok sekarang ni.

 

“oh tidak..,”kata Jungkook dengan wajahnya semakin ketakutan.

 

 


 

 

Pada waktu yang sama, Seira, Luhan, Joshua, Woozi, Tomohisa, Minhyuk dan Jaejin panik. Masalah yang menimpa mereka lebih teruk daripada Jongsuk dan Jungkook. Rupanya mereka semua berada di dalam bilik tangki nuklear dan lebih teruk lagi, alat pengawal tangki tersebut rosak disebabkan bunyi letupan tadi dan kemungkinan beberapa jam lagi bahan nuklear akan dibebaskan dari tangki tersebut.

 

“Seira buat sesuatu!!”panik Woozi memandang alat kawalan nombor yang menunjukkan 2 jam 23 minit. Menunjukkan bahan nuklear tersebut akan dibebaskan dalam masa dua jam lebih.

 

“a-aku tak tahu nak baiki alat pengawal tangki ni!!”jawab Seira sambil menyerabutkan rambutnya yang lurus. “kita kena keluar dari sini!”

 

“kita tak boleh!”larang Jaejin. Katanya lagi, “mayat hidup masih lagi dekat luar!”

 

“kita terperangkap!!”kata Minhyuk yang melihat keadaan semakin tegang daripada dia sangkakan.

 

“habis lah kita semua!!”Tomohisa dapat rasakan ketakutan menyelubungi dia.

 

Kalau mereka keluar, mereka akan mati jadi mayat hidup. Kalau tunggu dekat sini, mereka akan mati disebabkan nuklear. Jalan mati. Kedua-dua pilihan mereka untuk selamatkan diri adalah mati. Hanya mampu mendengar bunyi detikan dari alat kawalan tangki. Semakin lama semangat mereka hilang dibawa arus ketakutan. Hidup ini tak adil ke? sememangnya salah mereka. Salah Saintis yang melawan ciptaan tuhan. Mereka fikir boleh hidupkan manusia, salah! Seseorang itu akan mati juga. Semua manusia akan mati. Penyesalan Seira semakin marak dalam ingatannya. Salah dia juga menyertai projek mayat hidup yang dikendalikan pihak atasan. Rasa taksub dalam sains dan duit yang diberikan oleh pihak atasan hanya memberi dia dan para saintis yang lain sengsara duduk di dalam bangunan tersebut.

 

“kenapa....,”Seira mula terduduk di tepi pintu. Bunyi cakaran dan jeritan mayat hidup masih didengarinya disebalik pintu besi yang kukuh itu.

 

“tak ada siapa yang dapat selamatkan kita semua...,”luah Luhan sambil bersila dan menghadap tangki nuklear tersebut. “kita akan mati juga..,”

 

 


 

 

“haah....haah...kau ok tak?!”soal Jongsuk sambil menghayun batang besi panjang ke arah kepala mayat hidup sehingga tercabut. “ambik ni!!”dia memukul kepala mayat hidup yang lain pula.

 

“aku ok je..,”Jungkook membalut lengan kirinya yang berdarah akibat terkena serpihan kaca tadi. “kita kena keluar dari makmal ni dulu!”katanya lagi selepas selesai mengikat balutan kain dilengannya.

 

“sekarang ke?”

 

“ya!! kita kena bawa mayat hidup ni jauh daripada tangki nuklear dulu!!”

 

Jongsuk dan Jungkook segera berlari pecut keluar dari makmal menuju ke lorong kanan yang menjauhi lorong menuju ke bilik kebal tangki nuklear. Ni memang serius! Mayat hidup ni memang nampak bermaya tapi tenaga dalam badannya kuat bagaikan harimau. Dengan sedaya upaya mereka berdua berlari menjauhi mayat hidup.

 

“Jungkook!! Kau dah On ke bebola bom tu?!!”soalnya cemas memandang beberapa mayat hidup mendekati mereka.

 

“dah!!”

 

“cepat baling bom tu!!”

 

Jungkook melempar bebola bom itu ke arah beberapa mayat hidup kemudian menarik pantas lengan Jongsuk ke dalam sebuah bilik dipenghujung lorong.

 

3, 2 dan 1! Boom!

 

Bunyi letupan sekali lagi bergema di tingkat G5. Gegarannya hampir sahaja meruntuhkan tingkat G5. Memang tak disangka bebola bom yang kecil ni mempunyai letupan yang sangat kuat.

 

“haahh...haahh...Jongsuk dari mana kau dapat bom ni??”soal Jungkook sambil bersandar di dinding, dadanya berombak-ombak mencari udara untuk di isi semula.

 

black market lah,”jawabnya dengan senyuman lebar diwajahnya. Sekarang ni bom mereka tinggal 3 biji. Haraplah ia mencukupi kalau berjumpa mayat hidup yang lain.

 

“sekarang ni tinggal berapa mayat hidup dekat dalam bangunan ni?”soal Jungkook lagi.

 

“tinggal 11 mayat hidup lagi. Siap sedia lah bila berjumpa mayat tu nanti..,”jelas Jongsuk sambil membuka kot makmalnya itu. “panas betul pakai baju kot ni..,”rungutnya pula.

 

“ahaha...,”Jungkook tertawa kecil memandang Jongsuk.

 


 

A/N : tak lama lagi ff ni nak habis!! jumpa lagi! ^3^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hanna27
Fanfic Run. For. Live. dah complete! ada masa, sila baca ^^

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 11: waaaahahhhh!!! vakum makanan! xD
lawaknya chapter ni keep it up author hanna xD
aquariusxpisces
#2
Chapter 10: Waaaaa ff ni dah complete xD
Bonus chap pleaseeee~~ Hebat last chap ni huhu xD
k-hope
#3
Chapter 11: xD baik kau tubuhkan geng BudakTandasSekolah...kat tandas lagi banyak bakteria kalau kau nak jungkook xD....kat pizza ade ape je,kulat ade laa...hehehhe....nice chapter...sowy selama ni jadi silent reader ^^...harap fanfics yang lain mendapat sambutan...Fighting!!
mpreggoland
#4
Chapter 11: wah daebak la bonus chapter ni!
V: apa ni HanKook...tak sesuai...no no no...Kookie only for me, me only...XD
comei la Kookie saya buat experiment ttg bacteria hahaha
happy sgt tgk diorg happy! ^^
mpreggoland
#5
Chapter 10: wah tamat dah! thank god diorg selamat...
baca cite zombie ni, sy teringat berita ttg dadah zombie...takut betul la huhu
minta dijauhkan semua tu~
Chiko_Miari #6
Chapter 10: Jongsuk?? Wahh.,mcm tau² saya tgh rindu dia..muahaha
Nak bonus chapter!!
Seul-ssi #7
Chapter 9: wuaaahh!! xD
tak sabr nk tunggu!! update soon unnie!!
aquariusxpisces
#8
Chapter 9: waaaaahaaahahah bahayaaaaaaa xD
i bet tangki nuklear tu tak meletuppp!!!!

maybe? xD
aquariusxpisces
#9
Chapter 8: waaaaahahhhhhh xD
hebatnya jungkook dengan jongsuk!!!
tapi sedih dr. allen dah takda (ಥ_ಥ)