Tingkat G5

Run. For. Live.

Selepas setengah jam berehat. Mereka bersiap sedia untuk keluar dari bilik ni. Bila Tomohisa menjengah kepalanya keluar dari bilik ini. Tiada lagi mayat hidup berkeliaran diluar pintu bilik ni. Bagus, Tomohisa menunjukkan isyarat selamat, kemudian, mereka semua terus bergerak keluar dari bilik sambil membawa peralatan untuk mempertahankan diri.

 

“arah mana kita patut pergi?”tanya Minhyuk pada Dr. Allen yang masih melihat telefon pintarnya.

 

“kita akan ke tingkat bawah. Tapi kita kena guna tangga,”jawab Dr.Allen saat dia memeriksa ditelefon pintar, dia nampak terlalu lampu merah(mayat hidup). Mayat hidup juga turut berada didalam lif. Jadi pilihannya, mereka perlu menggunakan tangga.

 

Perlahan-lahan mereka melangkah kaki kehadapan. Diri mereka sentiasa berjaga-jaga untuk melindungi diri dari mayat hidup. Setiap masa jantung mereka berdegup dengan kencang. Bila Joshua perlahan-lahan menolak pintu tangga, dia mendapati tiada mayat hidup disana. Jadi dia pun memasuki pintu tersebut, diikuti Dr. Allen, Luhan, Woozi, Minhyuk, Tomohisa, Seira dan yang berada dibelakang sekali ialah Jaejin.

 

Semasa menuruni tangga, mereka semua berada dalam keadaan berpasangan. Joshua dengan Dr.Allen, Luhan dengan Woozi, Minhyuk dengan Tomohisa dan pasangan yang berada dibelakang sekali, Seira dan Jaejin.

 

 


 

 

“macam mana ni?!!”kata saintis yang lain saat melihat CCTV diseluruh bangunan penyelidikan dipenuhi mayat hidup.

 

“tak tahu!! Tak lama lagi mayat hidup berada di tingkat ni!!”risau saintis yang lain kerana ini merupakan tingkat yang paling atas dan disini terdapat beberapa bahan bom yang masih disimpan di dalam bilik kebal. “kita kena keluar dari sini!!”arahnya lalu mengemas semua kertas kerja termasuklah fail-fail penting.

 

Beberapa pakar saintis turut mengemas barang mereka lalu berlari menuju ke lif untuk turun dari tingkat tersebut. Tapi mereka dah terlambat. Beberapa mayat hidup terus menerkam mereka tanpa belas kasihan. Suara jeritan mereka didengari kuat sehingga mayat hidup yang lain datang mengelilingi mereka.

 

“AARRGGGHHHHH!!!!!!”teriak salah seorang dari mereka, badan mereka digigit oleh mayat hidup sehingga terputus. Begitu menakutkan mayat hidup ini.

 

 


 

 

“apa tu?!”soal Jaejin pabila dia terdengar bunyi jeritan orang dari atas.

 

“mesti mayat hidup makan saintis kitorang lagi..,”kata Seira lalu melihat telefon pintarnya. “nampaknya mayat hidup telah menguasai bangunan ni,”katanya lagi.

 

“apa-apa pun kita kena cepat!!”kata Luhan lalu dia pun menuruni tangga begitu cepat, diikuti Woozi dan yang lain-lain.

 

Sesampai ditingkat G5, mereka semua pelik. Tiada langsung mayat hidup berkeliaran ditingkat tersebut. Dr. Allen memeriksa telefon pintarnya sekali lagi. Semua mayat hidup telah pun bergerak ke tingkat atas. Hanya tinggal beberapa mayat hidup berkeliaran ditingkat tersebut.

 

“m-mayat hidup!”kata Dr. Allen apabila melihat telefon pintarnya lalu dia segera menunding jarinya ke arah sebuah bilik. “ada mayat hidup dekat sana!!”

 

Tomohisa dan juga Luhan bersedia memegang kayu ditangan mereka. Semakin langkah mereka mendekati pintu bilik tersebut, semakin berdebar hati mereka. Tomohisa segera menolak pintu menggunakan kayu dipegangnya. Gelap. Dia memanggil Dr. Allen untuk menyuluh lampu telefon pintarnya. Dr. Allen pun berjalan perlahan mendekati mereka. Bila dia nak suluh je, mayat hidup terus menerkam Dr. Allen.

 

“ARRGHHH!!”tangan Dr. Allen digigit oleh mayat hidup.

 

“Dr. Allen!!!”Tomohisa segera menghayunkan kayunya kearah kepala mayat hidup itu.

 

“lepaskan Dr. Allen!!”Luhan memukul lutut mayat hidup sehingga tulangnya retak. Mayat hidup itu menoleh kearah Luhan dan ingin menerkam Luhan tapi malangnya Minhyuk sempat menendang mayat hidup ke tepi.

 

“Woozi!! Cepat tikam dia!!!”arah Minhyuk pada Woozi yang sedang memegang pisau yang dipenuhi darah Jaejin.

 

Woozi segera melompat ke atas mayat hidup lalu menikam mayat hidup dikepalanya. Tiba-tiba mayat hidup mati disebabkan darah Jaejin. Selepas menyelesaikan mayat hidup itu, mereka semua pergi mendekati Dr. Allen. Seira terus memeriksa tangan Dr. Allen yang berdarah itu.

 

“habis lah! dia dijangkiti virus mayat hidup tu!!”risau Seira berkata yang melihat luka Dr. Allen yang sungguh dalam.

 

“k-kalau macam tu..bagi darah diorang ni!”kata Woozi lalu meminta darah diantara Tomohisa, Jaejin dan Minhyuk untuk menyelamatkan Dr. Allen.

 

“tak boleh...sebab virus ni telah mengjangkiti seluruh badan Dr. Allen begitu cepat. Kalau bagi darah antibiotik tu...mungkin...Dr. Allen akan mati seperti mayat hidup tu,”jelas Seira lebih terperinci.

 

“habis tu nak buat macam mana?!!”Joshua tidak sanggup melihat Dr. Allen ditinggalkan disini. Dia amat menyayangi Dr. Allen seperti ayahnya sendiri. “takkan lah korang nak biarkan Dr. Allen jadi mayat hidup!! Seira! Buat sesuatu!!”Joshua berusaha meminta Seira menyelamatkan Dr. Allen tapi jawaban Seira, tidak.

 

Dr. Allen terus memegang tangan Joshua yang berada disebelahnya. “Joshua..tak apa. Memang....doktor tidak dapat diselamatkan lagi. Seira...,”panggil Dr. Allen.

 

“y-ya doktor!”Seira mendekatinya.

 

“tolong jaga diorang...dan doktor nak korang bunuh doktor sebelum doktor berubah jadi mayat hidup nanti..,”kata Dr. Allen sambil melihat mereka semua.

 

“TAK!! doktor tak boleh mati!!!”kata Joshua yang hampir menitiskan air matanya. Dia tak nak kehilangan Dr. Allen selamanya.

 

“Joshua...perlu terus kan h-hidup..,”Dr. Allen, nampaknya dia telah mencapai limitnya.

 

“graawwhhh!!!”tiba-tiba beberapa mayat hidup yang lain ternampak mereka semua yang sedang mengelilingi Dr. Allen.

 

“alamak!! Mayat hidup!!”jerit Jaejin lalu dia mengarahkan mereka untuk beredar dari sini.

 

Mereka semua terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Dr. Allen keseorang disitu. Joshua dengan berat hati, terpaksa meninggalkan Dr. Allen. Dia tahu..tak lama lagi Dr. Allen akan menjadi mayat hidup akhirnya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hanna27
Fanfic Run. For. Live. dah complete! ada masa, sila baca ^^

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 11: waaaahahhhh!!! vakum makanan! xD
lawaknya chapter ni keep it up author hanna xD
aquariusxpisces
#2
Chapter 10: Waaaaa ff ni dah complete xD
Bonus chap pleaseeee~~ Hebat last chap ni huhu xD
k-hope
#3
Chapter 11: xD baik kau tubuhkan geng BudakTandasSekolah...kat tandas lagi banyak bakteria kalau kau nak jungkook xD....kat pizza ade ape je,kulat ade laa...hehehhe....nice chapter...sowy selama ni jadi silent reader ^^...harap fanfics yang lain mendapat sambutan...Fighting!!
mpreggoland
#4
Chapter 11: wah daebak la bonus chapter ni!
V: apa ni HanKook...tak sesuai...no no no...Kookie only for me, me only...XD
comei la Kookie saya buat experiment ttg bacteria hahaha
happy sgt tgk diorg happy! ^^
mpreggoland
#5
Chapter 10: wah tamat dah! thank god diorg selamat...
baca cite zombie ni, sy teringat berita ttg dadah zombie...takut betul la huhu
minta dijauhkan semua tu~
Chiko_Miari #6
Chapter 10: Jongsuk?? Wahh.,mcm tau² saya tgh rindu dia..muahaha
Nak bonus chapter!!
Seul-ssi #7
Chapter 9: wuaaahh!! xD
tak sabr nk tunggu!! update soon unnie!!
aquariusxpisces
#8
Chapter 9: waaaaahaaahahah bahayaaaaaaa xD
i bet tangki nuklear tu tak meletuppp!!!!

maybe? xD
aquariusxpisces
#9
Chapter 8: waaaaahahhhhhh xD
hebatnya jungkook dengan jongsuk!!!
tapi sedih dr. allen dah takda (ಥ_ಥ)