Eksperimen 005

Run. For. Live.

“eehhh??!! Kenapa??”terkejut Joshua dan Seira.

 

“sebab ‘penyelamat’ datang,”jelas Luhan lalu dia memutar tombol pintu itu.

 


 

Jungkook dan Woozi menyedari pintu bilik dibuka oleh seseorang. Rupa-rupanya Luhan.

 

“L-Luhan?!”Jungkook terperanjat melihat Luhan keluar dari pintu sebelum menutupnya semula.

 

“aku menyibuk ke??”Luhan tertawa kecil melihat reaksi muka Jungkook yang terkejut itu, dia juga menyedari terdapat banyak mayat hidup bergelimpangan di atas simen. “ugghhh....,”

 

“Luhan. Tengok ni, cuba teka siapa dekat belakang aku ni?”soal Jungkook dan dibelakangnya terdapat figura seseorang yang amat Luhan kenali.

 

“Dr. Allen!!”Luhan memeluknya erat. “macam mana doktor boleh terselamat dari semua mayat hidup ni??”soalnya selepas melepaskan pelukan Dr. Allen.

 

“sebab ni,”Dr. Allen menunjukkan sebuah pistol mainan yang diubah suai. “pistol mainan ini mengandungi DNA darah dari eksperimen 005. Jadi, semua mayat hidup akan mati selepas hirup ataupun terkena DNA ini,”jelasnya lebih lanjut.

 

“ohh...,”mereka bertiga kagum dengan kepintaran Dr. Allen.

 

“eksperimen 005 tu apa?”soal Jungkook.

 

“nanti doktor akan cerita. Sebelum tu, mana Joshua??”tanya Dr. Allen sambil melihat sekelilingnya.

 

“dekat dalam bilik ni bersama dengan Seira, salah seorang saintis yang jaga kitorang semua selama ni,”jelas Luhan panjang lebar.

 

“oh..kalau macam tu, apa kata kita semua masuk ke dalam dan berbincang untuk keluar dari bangunan ni. macam mana?”cadang Dr. Allen.

 

“bo..leh.....ju...gak...,”jawab Woozi.

 

Mereka berempat kembali masuk ke dalam bilik dan mengunci tombol semula sebelum mayat hidup sedar dengan kehadiran mereka didalam bilik. Selepas itu, Joshua kelihatan gembira dengan kedatangan Dr. Allen ke bilik ni. Dia betul-betul sayangkan Dr. Allen seperti bapanya sendiri.

 

“Doktor terselamat dari mayat hidup tu?! Woah! Hebatnya!!”gembira Joshua mendengarnya. “tapi siapa eksperimen 005 tu?”

 

“eksperimen 005 ni terdiri dari 3 orang manusia. Tapi mereka bukan manusia biasa. Mereka ialah hampir dengan mayat hidup,”kata Dr. Allen. Jelasnya lagi, “Mereka tu adalah mayat hidup yang baik dan sangat aktif. Mereka ialah Jaejin, Minhyuk dan Tomohisa,”

 

“macam tu. Dr. Allen, mana eksperimen 005 tu?”tanya Seira.

 

“mereka masih terkurung dalam bilik mereka. Sekerang ni doktor dalam perjalanan ke sana,”jelas Dr. Allen.

 

“apalagi! Jom pergi!”kata Joshua.

 

“tapi....air DNA ni hampir habis. Kita semua tak boleh keluar sesuka hati,”Kata Dr. Allen semasa dia lihat DNA yang tinggal di dalam tong pistol mainan tinggal sedikit. “macam mana ni?”

 

Mereka semua fikir dan fikir tapi tiada idea yang mereka dapat gunakan. Mereka kena keluar dari bilik ni kerana tidak selamat sebab pintu bilik ni hampir tercabut disebabkan tendangan mayat hidup tadi. Apa-apa pun, mereka mengambil keputusan untuk keluar dari bilik ni dan pergi ke bilik dimana eksperimen 005 berada.

 

“nah...,”Dr. Allen menyapu sedikit DNA pada tapak tangan Luhan dan yang lain-lain supaya mereka dapat mempertahankan diri daripada mayat hidup untuk menyentuh mereka.

 

“mari kita pergi,”Luhan berjalan mengikuti dari belakang Dr. Allen begitu juga Woozi, Joshua, Seira dan Jungkook.

 

Masing-masing membawa peralatan yang keras supaya dapat mempertahankan diri dari mayat hidup.

 


 

“apa dah jadi ni??”soal Jaejin setelah medapati bilik yang mereka dikurung menjadi gelap.

 

“entah. Aku dengar ada suara para saintis berteriakan dan mengerang kesakitan. Betul ke??”Tomohisa menekup telinganya di dinding biliknya. “tak dengar apa-apa pun,”

 

“mungkin ada sesuatu buruk yang terjadi?!”Minhyuk seperti mendapat firasat yang tidak baik. “lebih baik kita duduk diam dalam bilik ni,”katanya lagi.

 

“ok,”jawab mereka berdua lalu duduk bersama didalam bilik yang gelap gelita ni.

 

Tiba-tiba bilik mereka bergegar kuat sehingga dinding bilik ini menjadi retak. Minhyuk segera memegang tangan Tomohisa dan tangan Jaejin. Mereka semua berpegangan tangan supaya tidak terlepas. Apa yang berlaku diluar sana tu??

 


 

“ahhh!!!”teriak Dr. Allen dengan yang lain.

 

Sepertinya lorong yang mereka lalui terdapat bom kecil dan jika mereka terpijak, bom itu akan meletup dengan sendirinya. Masalahnya mereka tidak memijat bom tapi mayat hidup dibelakang mereka yang mengejar mereka dan terpijak bom di situ.

 

“macam mana ni??”tanya Jungkook yang tercungap-cungap berlari dari mayat hidu dan bom.

 

“a-aku tak tahu!!”teriak Seira kerana bunyi bom yang terlalu kuat.

 

“kita kena terus lari!!! Tak lama lagi kita sampai bilik eksperimen 005!!”balas Dr. Allen dengan teriakannya yang cukup kuat.

 

“OK!!!”jawab mereka semua dengan senyuman yang cukup yakin dapat larikan diri dari letupan bom dan juga mayat hidup yang mengejar mereka sekarang ni.

 

“sikit lagi!!”teriak Dr. Allen kerana mereka semakin hampir dengan bilik eksperimen 005.

 


 

“wuuaagghhh!!”teriak mereka kerana mereka dapat rasakan letupan bom semakin kuat dan bilik mereka kuat bergegar.

 

“pegang kuat-kuat!!!”kata Tomohisa yang kuat memegang tangan Minhyuk dan Jaejin.

 

“kita takkan mati kan?!”tanya Minhyuk kerana rasa takut.

 

“kita takkan!”jawab Jaejin dengan pasti. “mesti ada seseorang yang selamatkan kita!!”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hanna27
Fanfic Run. For. Live. dah complete! ada masa, sila baca ^^

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 11: waaaahahhhh!!! vakum makanan! xD
lawaknya chapter ni keep it up author hanna xD
aquariusxpisces
#2
Chapter 10: Waaaaa ff ni dah complete xD
Bonus chap pleaseeee~~ Hebat last chap ni huhu xD
k-hope
#3
Chapter 11: xD baik kau tubuhkan geng BudakTandasSekolah...kat tandas lagi banyak bakteria kalau kau nak jungkook xD....kat pizza ade ape je,kulat ade laa...hehehhe....nice chapter...sowy selama ni jadi silent reader ^^...harap fanfics yang lain mendapat sambutan...Fighting!!
mpreggoland
#4
Chapter 11: wah daebak la bonus chapter ni!
V: apa ni HanKook...tak sesuai...no no no...Kookie only for me, me only...XD
comei la Kookie saya buat experiment ttg bacteria hahaha
happy sgt tgk diorg happy! ^^
mpreggoland
#5
Chapter 10: wah tamat dah! thank god diorg selamat...
baca cite zombie ni, sy teringat berita ttg dadah zombie...takut betul la huhu
minta dijauhkan semua tu~
Chiko_Miari #6
Chapter 10: Jongsuk?? Wahh.,mcm tau² saya tgh rindu dia..muahaha
Nak bonus chapter!!
Seul-ssi #7
Chapter 9: wuaaahh!! xD
tak sabr nk tunggu!! update soon unnie!!
aquariusxpisces
#8
Chapter 9: waaaaahaaahahah bahayaaaaaaa xD
i bet tangki nuklear tu tak meletuppp!!!!

maybe? xD
aquariusxpisces
#9
Chapter 8: waaaaahahhhhhh xD
hebatnya jungkook dengan jongsuk!!!
tapi sedih dr. allen dah takda (ಥ_ಥ)