Hell

Run. For. Live.

 

Disebuah bilik yang kosong. Hanya dipenuhi percikan darah. Tinggal 4 orang lelaki yang berpakaian berwarna putih seperti pakaian penjara. Hanya mendengar jeritan salah seorang dari mereka didalam bilik itu.


“AARRRRGGHHHHHH!!!!! ARRGGHHHHH!!!!”teriak Joshua kesakitan.


Dia disebat oleh seorang lelaki berpakaian kot makmal. Dia tersenyum kejam sambil menyebat Joshua menggunakan rotan tali yang mempunyai panjang lima kaki. Beberapa kali dia menyebat Joshua sehingga Joshua sendiri tak dapat berdiri lagi. Dia terduduk kerana kakinya dipukul beberapa kali sehingga kulit dagingnya terkeluar dengan darah mengalir dengan banyak. Dia hanya mengerang kesakitan dan tak dapat mengelak sebatan lelaki berkot makmal yang digelar saintis.


“aarrhh......J-Jos...h..ua...”Woozi menggigil-gigil duduk disudut bilik itu.


Melihat Joshua dipukul amat memeritkan. Kalau dia tolong Joshua pasti dia dipukul dengan teruk lagi. Dia tak dapat nak buat apa-apa untuk Joshua. Di sebelahnya, terduduknya Luhan dan Jungkook. Mereka kelihatan geram namun tak dapat berbuat apa-apa. Berkali-kali lihat Joshua, mereka tak sanggup untuk duduk diam. Mereka nak tolong dan lindungi Joshua......sebab Joshua senasib dengan mereka bertiga.


Luhan menggeleng-geleng kepalanya. Dia bangun dari tempat duduknya dengan tangannya yang digenggam kuat sekali. Belum sempat Woozi menoleh ke arah Luhan semula, dia nampak Luhan sedang berlari ke arah saintis itu lalu menolaknya. Saintis itu terjatuh lalu memalingkan wajahnya ke arah Luhan. Dia kelihatan marah sekali. Luhan hanya tercegat melihat saintis itu. Wajahnya mula pucat dan berpeluh-peluh. Dia tahu apa yang akan berlaku pada dia nanti.


“kauu!!!! Tak guna!!!”saintis itu segera mengambil rotan tali itu lalu menghayunkannya ke arah Luhan. “budak tak guna!!”


“Waaarrghhhh!! Arghhhhh!! Sakitt!! S-ssakitt!!!”Luhan teriak dengan kuat sekali. Dia disebat-sebat oleh saintis kejam itu.


Manakala Jungkook segera berlari ke sisi Joshua. Dia segera memegang kaki Joshua yang berdarah-darah. Joshua hanya terdiam dengan air matanya deras mengalir di pipi. Tekaknya sakit menjerit. Entah berapa banyak kali dia jerit dalam seumur hidup dia di penjara ni.


“Joshua....”Jungkook melihat Joshua yang masih menangis tidak henti.


“kenapa.......ughh.......kenapa kita hidup macam ni!!!! aku rela dibunuh daripada hidup dekat sinii!!! Aku nak maatiii!!!”jerit Joshua, beberapa kali tangannya menserabutkan rambutnya yang sedikit panjang.


“bertenang Joshua!! Bertenang!!”Jungkook segera memegang kedua belah lengan Joshua. “kita perlu teruskan hidup jugak....!!!”jelas Jungkook.


“taakkk!!! Aku tak sanggup!!! Aku nak matiii!!!! Aku naakkk!!! Aaaaahhhhhhhh!!!!”teriak Joshua sekali lagi.


Dia terluka dari dalam dan luar. Fizikal dan mentalnya hancur. Dah sepuluh tahun dia dan yang lain tinggal disini. Dipukul, dikaji, dihina dan kalau mereka tak berguna bagi saintis....mereka akan terus dibunuh. Nak teruskan hidup untuk bahan uji kaji bagi saintis? Dia tak sanggup lagi. Dia memilih kematian daripada dikaji oleh saintis kejam ni. Dia tak tahan lagi. Kehidupan disini bagaikan neraka baginya. Dia tak larat lagi. Biarlah saintis itu memukulnya hingga dia menghembuskan nafas terakhir. Dia dah tak kisah lagi.


“Joshua!!!”jerit Jungkook dengan cemas. Dia tak nak Joshua hilang kawalan seperti rakannya yang lain, yang telah mati disebabkan hilang kawalan.


“ughhh.....hik...hik...Jungkook-ah....”Joshua merenung Jungkook dihadapannya. “bunuh aku..”


Belum sempat Jungkook memberi reaksi, jeritan Luhan menjadi kuat. Jungkook terkejut. Tak pernah dia dengar jeritan Luhan sekuat ni. Dia nak pergi menolong Luhan tapi....kalau dia biarkan Joshua di sini, pasti Joshua buat benda yang paling bodoh dekat dunia ni.


“yyaahh!! Woozi!! Apa kau buat ni??!! Tolong Luhan!!!”teriak Jungkook pada Woozi yang asyik menggigil di sudut bilik itu.


“eerrrr....eeerr......W...oozi.....n-nak...t...olong..L...u...han...”Woozi menggigil-gil saat dia berdiri dari tempat duduknya.


Dia mengigil-gigil berjalan ke arah saintis itu. Dia tak tahu nak buat apa. Apa yang dia tahu, dia perlu tolong Luhan.


“k..k..e..te..pi..!!!”teriak Woozi sambil menolak ke tepi saintis itu.


“arrghh!!”saintis itu terjatuh ke atas lantai sekali lagi. “yyahhh!!! Budak lembap!!!”


“eergggh!!”Woozi mula menggigil-gigil, tak tahu nak buat apa. “Wo--Woozi....c-cuma...to..lak...je..”jelasnya lagi.


“diam!! Budak masalah pertuturan!!!”hina saintis itu pada Woozi.


“uuurrr.......”Woozi sepertinya nak nangis. Tapi dia cuba bertahan apabila mendengar kata-kata hinaan yang dia terima selama sepuluh tahun ni.


“Wooziii!!!”teriak Luhan dengan kuat apabila melihat saintis itu pula menghayunkan rotan tali itu pada Woozi.


“wwaaarrgghhhh!!!!”jerit Woozi kesakitan. Dia segera duduk bercangkung lalu memeluk badannya dengan erat. “W...Woo...zi...!! Ra....sa....s..sa..kit....ugghhh..”


“Woozi!!”Luhan berlari ke arah Woozi lalu memeluknya.


Kali ni badan belakang Luhan disebat beberapa kali sehingga kulit dagingnya terkoyak. Namun dia tetap melindungi Woozi.


“Lu...han...”Woozi menangis melihat Luhan di sebat-sebat beberapa kali.


“tak pe.....asalkan Woozi tak rasa sakit..”Luhan masih tersenyum manis walaupun dia disebat beberapa kali oleh saintis kejam itu.


Selepas beberapa minit kemudian, saintis itu berhenti merotan Luhan. Dia penat. Dah banyak kali dia sebat, tapi Luhan tetap memeluk Woozi tanpa melepaskannya. Dia nak sebat lagi tapi deringan henfon di kocek seluarnya berbunyi.


“ughh!! Panggilan dari Ketua Kim....”dia mengeluh lalu menjawab panggilan tersebut. Selepas menerima arahan dari Ketua Kim, dia terpaksa keluar dari bilik itu bersama rotan tali itu.


Akhirnya tinggal mereka berempat di bilik itu. Memori yang memeritkan bertambah di ingatan mereka lagi. Hari ni merupakan sebuah hari yang panjang bagi mereka.


“L...u..han...”panggil Woozi yang masih dalam pelukan Luhan.


“ughh......”kedua belah tangan Luhan yang masih memeluk Woozi, kini....kedua tangan itu terlepas dari Woozi.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hanna27
Fanfic Run. For. Live. dah complete! ada masa, sila baca ^^

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 11: waaaahahhhh!!! vakum makanan! xD
lawaknya chapter ni keep it up author hanna xD
aquariusxpisces
#2
Chapter 10: Waaaaa ff ni dah complete xD
Bonus chap pleaseeee~~ Hebat last chap ni huhu xD
k-hope
#3
Chapter 11: xD baik kau tubuhkan geng BudakTandasSekolah...kat tandas lagi banyak bakteria kalau kau nak jungkook xD....kat pizza ade ape je,kulat ade laa...hehehhe....nice chapter...sowy selama ni jadi silent reader ^^...harap fanfics yang lain mendapat sambutan...Fighting!!
mpreggoland
#4
Chapter 11: wah daebak la bonus chapter ni!
V: apa ni HanKook...tak sesuai...no no no...Kookie only for me, me only...XD
comei la Kookie saya buat experiment ttg bacteria hahaha
happy sgt tgk diorg happy! ^^
mpreggoland
#5
Chapter 10: wah tamat dah! thank god diorg selamat...
baca cite zombie ni, sy teringat berita ttg dadah zombie...takut betul la huhu
minta dijauhkan semua tu~
Chiko_Miari #6
Chapter 10: Jongsuk?? Wahh.,mcm tau² saya tgh rindu dia..muahaha
Nak bonus chapter!!
Seul-ssi #7
Chapter 9: wuaaahh!! xD
tak sabr nk tunggu!! update soon unnie!!
aquariusxpisces
#8
Chapter 9: waaaaahaaahahah bahayaaaaaaa xD
i bet tangki nuklear tu tak meletuppp!!!!

maybe? xD
aquariusxpisces
#9
Chapter 8: waaaaahahhhhhh xD
hebatnya jungkook dengan jongsuk!!!
tapi sedih dr. allen dah takda (ಥ_ಥ)