Bohong

Moron

Kai POV

 

 

Kringgg!!!!!!

 

Loceng kedengaran...memenuhi setiap pelosok kawasan sekolah yang super luas itu. Bunyinya yang nyaring pasti akan membingitkan telinga-telinga yang mendengarnya, tapi tidak bagi aku. Itulah bunyi yang aku tunggu dari tadi dan aku sangat gembira di saat mendengarnya kerana dengan berbunyinya loceng keramat itu, maka berakhirlah waktu persekolahan pada hari ini. 

 

Tanpa melengahkan masa, aku berlari selaju yang boleh  menuju ke pagar sekolah Seowon High School yang bersaiz gergasi itu. Aku mengerling sekilas jam tangan lusuh berwarna hitam yang mengelilingi pergelangan tangan kiriku. Nasib baiklah aku belum terlambat untuk pergi kerja…kalau tidak, lunyai aku dimarahi oleh boss yang bajet handsome tu.

 

Tapi…baru sahaja aku ingin melangkah keluar dari pintu pagar itu, aku tiba-tiba terdengar suara seseorang sedang menjerit memanggil namaku.  “Jongin-ah...Kim Jong in!”

 

Larianku serta merta terhenti.

 

Aku menoleh.

 

Dan disaat itu juga,wajah bujur sirih milik si gadis yang memanggilku tadi mula menghiasi pandangan mataku. Wajahnya bak kelopak bunga sakura yang berwarna merah jambu yang sedang mengembang di hadapan mata. Sungguh indah dan cantik senyuman yang diukirkannya buatku.

 

“Krystal.” gumamku tatkala mata kami berdua bertemu.

 

 Gadis itu mula berlari-lari anak sambil terlompat-lompat kecil untuk mendekatiku. Rambutnya yang dibiarkan tidak berikat itu berterbangan ditiup angin. Melihatnya berlari seperti itu membuatkan aku ingin tertawa .

 

Comel sungguh!

 

“Yaa! Kau nak pergi mana tergesa-gesa ni? “ Dia bertanya kepada aku dengan kening yang terangkat sebaik sahaja tubuhnya tegak berdiri di hadapan tubuhku.

 

“Errr...aku...aku...aku nak cepat balik rumah sebab…sebab takut abang aku dah lapar.” jawabku dengan penuh kebohongan.

 

Iya,aku tidak pernah memberitahu  gadis ini mahupun teman-teman aku yang lain tentang pekerjaan part time yang sedang aku lakukan. Aku khuatir, mereka semua akan melaporkannya kepada pihak sekolah jika aku memberitahu perkara itu kepada mereka. Dan kalau itu terjadi, aku mungkin akan digantung atau dibuang sekolah kerana kesalahan menipu pihak sekolah dan melanggar peraturan sekolah yang ke-10 itu.

 

 Rules

10: Semua pelajar Seowon High School dilarang bekerja.

 

 

Gadis itu mengangguk perlahan tanda menerima jawapanku sebelum mukanya tiba-tiba bertukar ceria. Sepertinya…sebuah idea yang tidak disangka-sangka timbul di lautan fikirannya.

 

“Ohh,kalau macam tu...aku ikut kau balik rumahlah,boleh? Please...” rayunya dengan bibir yang sedikit dimuncungkan ke hadapan dan matanya yang terkelip-kelip. Lenganku pula telah pun disilangkan dengan lengan miliknya.

 

Aku yang selalunya akan cair dengan telatahnya yang sangat comel ketika memujuk dan merayu, sebaliknya  hari ini, aku hanya menunjukkan expresi terkejut tatkala mendengar permintaannya yang tidak mungkin dapat aku penuhi itu.

 

Lantas… aku menggelengkan kepala beberapa kali.  Aku tak boleh termakan dengan pujukannya kali ini.

 

Iya. Krystal,aku dan Kyungsoo…kami bertiga merupakan kawan baik. Sewaktu ibu dan ayah masih hidup, gadis yang berambut sepanjang paras dadanya itu selalu datang ke teratak kami untuk bermain dan belajar bersama-sama.

 

Krystal…gadis pelik pertama yang aku kenal yang suka melayan karenah Kyungsoo. Menurutnya …aku beruntung mempunyai abang seperti Kyungsoo, tapi sampai sekarang… aku masih tidak tahu, apakah keberuntungan yang dimaksudkan Krystal. Yang aku pasti, Kyungsoo hanya membawa bala bukan keberuntungan.

 

Dan sejak 4 tahun lalu, semenjak kejadian yang meragut nyawa ibu dan ayahku itu berlaku…Krystal sudah jarang datang ke rumah kami. Bukan dia yang tak nak,tapi aku yang melarang. Kerana padaku, persahabatan yang terbina antara kami bertiga hanyalah sebuah kepura-puraan dan aku ingin memusnahkannya.  Aku tidak sanggup lagi berpura-pura tersenyum dan gembira apabila kami bertiga berkumpul bersama sedangkan di hati ini, hanya Tuhan yang tahu.

 

“Ala..Jongin…kenapa tak boleh? Aku rasa sejak 4 tahun kebelakangan ni, baru dua tiga kali aku datang rumah kau. Bolehlah,Jongin…hari ni je. Lagipun, aku rindu nak jumpa Kyungsoo oppa.”

 

Nak termuntah aku mendengar gelaran ‘oppa’ itu disebut Krystal. Manusia yang terencat akal seperti itu …layakkah dia dipanggil abang?

 

Definisi abang …adalah seseorang yang berumur lebih tua dan boleh melindungi dan mencurahkan kasih sayang terhadap adiknya. Tapi aku ragu…bolehkah manusia seperti Kyungsoo melakukannya ?

 

“Maaf,Krystal. Lain kali je lah yer. Aku nak cepat ni. Jumpa esok. Bye.” Aku lantas  menarik lenganku dari silangan lengan kami berdua dan terus berlari meninggalkan gadis itu yang sedang terpinga-pinga di hadapan pintu gerbang sekolah.

 

‘Maaf Krystal ,kerana terpaksa membohongi kau.’

 

Apabila aku sudah berada agak jauh darinya, aku mengambil keputusan untuk bersembunyi di sebalik  benteng batu di pinggir  jalan itu sambil mengintai memandangnya. Dan tidak lama selepas itu, sebuah kereta Mercedes berwarna hitam berkilat berhenti betul-betul di hadapan gadis itu. Nampaknya,pemandu keluarga Jung sudah tiba untuk menjemputnya.

 

Sebuah hembusan nafas lega terkeluar dari mulutku.

 

“Nasib baik,dia tak syak apa-apa.”gumamku perlahan sambil memerhatikan kereta itu mula bergerak menjauhi kawasan sekolah. 

 

Aku yang tidak mahu terlewat sampai di tempat kerja mula menyambung perjalananku.

 

 

 

 


 

 

 

 

Aku akhirnya tiba di hadapan sebuah bangunan yang agak tinggi. Bangunan di mana terletaknya… tempat aku bekerja.

 

Restoran KFC-open 24hours…di situlah tempat aku melakukan kerja part timeku demi mencari sejamah rezeki kurniaan Tuhan.

 

Unifrom yang berbelang hitam putih itu, aku sarung dengan berhati-hati untuk menutupi badanku dan sebuah cap hitam ,aku pakaikan di kepalaku. Dan setelah yakin penampilanku sama dengan pekerja-pekerja lain, langkah kakiku aku atur dengan cermat… keluar dari bilik persalinan itu.

 

“Selamat datang. Encik nak pesan apa?” kataku ramah kepada setiap pelanggan yang datang dan membuatkan …aku kelihatan seperti bukan diriku yang sebenar.

 

Aku cuba mengukir senyuman semanis yang boleh untuk dipamerkan kepada para pelanggan yang mengunjungi restoran KFC ini. Pelbagai karenah pelanggan terpaksa aku layani dan aku cuba menanganinya dengan sebaik yang mungkin dan itu membuatkan aku terfikir, kenapa berpuluh malahan kadang-kadang mencecah ratusan pelanggan boleh aku layan, kenapa tidak abangku seorang ?

 

 

 


 

 

 

 

Jarum  jam berbentuk diamond yang tergantung pada dinding restoran ini terarah pada nombor 12 manakala satu lagi jarum yang lebih pendek sedang menunjuk ke arah nombor 6.

 

Dan itu bermakna,waktu sekarang adalah tepat pukul 6 P.M.

 

Lagi dua jam… sebelum masa kerjaku tamat.

 

Kini,tugasku adalah mengemop lantai restoran itu. Sedang aku melakukan tugas terakhirku pada hari ini, tiba-tiba aku dapat merasakan kesakitan di bahagian perutku. Kesakitan yang amat sangat  seperti ditusuk beribu-ribu bilah pisau itu membuatkan mataku mula berair dan berpinar-pinar.

 

Aku lantas memegang perutku serta memejamkan mataku sebentar … berharap agar rasa sakit itu hilang tapi ternyata ,apa yang diharapkan tidak berlaku. Perutku masih terasa mencucuk-cucuk dan kini,tekakku pula terasa mual.

 

“Aku tak boleh lemah!”  gumamku perlahan…memberi semangat kepada diriku sendiri untuk melawan rasa sakit itu.

 

Dengan kekuatan yang masih tersisa, aku meneruskan kerjaku seperti tiada apa-apa yang berlaku walaupun sebenarnya,hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya perutku ketika ini. Peluh-peluh kecil yang terembes di dahiku,aku sapu dengan sapu tangan putih yang aku sidai di bahuku.

 

Dan tatkala aku mengangkat baldi yang berisi air kotor itu,tanpa sengaja tubuhku terjatuh ke lantai dan baldi itu terlepas dari penganganku. Dan itu menyebabkan air di dalam baldi itu tertumpah dan tersimbah ke arah salah seorang pelanggan di situ. Pelanggan cilik… iaitu seorang budak lelaki yang telah kuyup dek kerana air kotor dari baldi ku itu.

 

Walaupun pada ketika itu,pandangan aku masih berpinar-pinar...tapi aku masih dapat melihat wajah seorang pelanggan wanita yang agak berusia sedang mencerlung memandangku. Dia sedang mengelap badan budak lelaki itu dengan tisu. Mungkin…wanita itu ibunya. Dan nampaknya…bila-bila masa sahaja,kemarahan wanita itu akan meledak dan terhambur kepadaku.

 

Tapi nampaknya,sangkaanku sama sekali meleset. Bukan wanita itu yang memarahiku …sebaliknya seorang lelaki yang juga berusia yang aku tidak sedar datang dari mana terus mencekak koler bajuku dengan kemas dan kemudian, menarik tubuhku ke atas dengan rakus sehingga aku berdiri kembali.

 

“Ya! Pekerja bodoh ! Kau ni pandai buat kerja ke tak ha? Atau kau memang sengaja simbahkan air kotor itu kat badan anak aku?!”

 

Oh,nampaknya lelaki ini adalah ayah kepada budak itu. Tapi entah kenapa,di kala aku melihat wajah budak itu yang sedikit tembam, aku seperti dapat melihat Kyungsoo hyung di dalam dirinya. Kenapa yer?

 

Lelaki yang masih tidak melepaskan kolar bajuku itu kembali bersuara.  “Kau jangan pernah pandang rendah terhadap budak moron macam anak aku ni. Memang dia tak sempurna macam budak-budak lain, tapi dia juga manusia yang punya hati dan perasaan. Dan kalau kau berani sentuh anak aku lagi, aku takkan teragak-agak untuk buat kau menyesal seumur hidup kau. Faham?!”  Lelaki itu menengkingku.

 

Suaranya sangat kuat dan lantang sehinggakan restoran itu seperti bergema dek kerana suaranya. Dan itu menyebabkan semua mata sedang memandang ke arah kami. Ada yang membulatkan mata… kerana terkejut, ada yang menjeling geram… kerana merasakan kajadian ini mengganggu ketenteraman mereka untuk melahap paha-paha ayam itu dan tidak terkecuali juga, ada yang memandang sayu ke arahku…dan satu-satunya insan yang melontarkan pandangan sayu itu kepadaku,tidak lain dan tidak bukan adalah …Shinhye Noona.

 

Dan…

 

Patutlah…

 

Patutlah…

 

Patutlah aku seperti dapat melihat diri hyung di dalam diri budak itu.

 

Rupa-rupanya ,nasib budak ini sama dengan hyung.

 

Moron.

 

Dan aku sangat mencemburuinya. Ibu dan ayahnya sangat menyayangi dan melindunginya…sama seperti ibu dan ayah melindungi Kyungsoo hyung dahulu dan disebabkan itulah…disebabkan layanan yang manja itulah…ibu dan ayahku terkorban.

 

Tiba-tiba,tanpa aku duga, budak lelaki itu mendekati dan menarik hujung lengan kemeja ayahnya.

 

“ *Appa, nan gwaencanha. Janganlah ma-ma-marah abang ni dah. Te-te-tengok ayah marah ma-ma-cam ni, Taehyung rasa se-se-sedih.” Perlahan suaranya seperti berbisik. Lembut tutur katanya,mencairkan hatiku.

 

Ya tuhan,kata-katanya sama dengan hyung.

 

Hampir sahaja air mataku menitis tatkala lelaki itu akhirnya melepaskan kolar bajuku kerana sebuah permintaan daripada anak kecil itu.

 

‘Terima kasih,Taehyung-ah.’

 

Walaupun lelaki itu sudah melepaskan kolar uniformku, tapi pandangannya terhadapku masih lagi tajam seperti satu aluran cahaya laser yang tepat mengenai sasarannya…iaitu mataku. “Ingat pesan aku, jangan ingat kau tu sempurna …kau boleh layan mereka yang tak sempurna sesuka hati kau. Melihat ahli keluarga yang tidak sempurna diperlakukan dengan tidak adil, perasaan sakitnya sama seperti ditikam berkali-kali tepat ke dasar  jantung. Dan aku yakin, kau tak akan faham perasaan itu… sebab kau tak pernah merasai mempunyai keluarga yang tidak sempurna seperti itu.” katanya berbaur amaran dan sekaligun peringatan dan nasihat buatku.

 

Kemudian,lelaki itu terus membawa anak dan isterinya keluar dari restoran ini. Aku hanya dapat memandang mereka berjalan pergi dengan perasaan yang susah untuk aku gambarkan.

 

 ‘Seandainya mereka tahu…yang hyungku juga seperti itu. Seandainya aku bukan pengecut…seandainya aku mempunyai hanya secebis keberanian …untuk mengatakan bahawa orang yang telah memperlakukan hyungku dengan tidak adil bukanlah orang lain…tetapi adiknya sendiri…iaitu aku.’

 

Dan tiba-tiba,langkah budak itu terhenti. Dia berbisik sesuatu kepada ibunya sebelum dia berpaling semula ke arahku.

 

Dengan wajah yang tenang, dia mula berjalan mendekatiku. Entah kenapa, jantungku berdebar tatkala dia semakin mendekatiku.

 

Dan setelah dia sudah pun berada di hadapanku,perasaan berdebarku tadi hilang…dan aku merasa lega sekaligus gembira. Kini,baru aku faham,aku berdebar sewaktu dia berjalan mendekatiku tadi kerana aku takut...takut kalau-kalau  dia akan berhenti melangkah dan berpaling semula sebelum dia sampai di hadapanku.

 

Aku merebahkan lututku ke lantai supaya mata budak itu selari dengan mata milikku dan dia tidak perlu lagi mendongak untuk memandangku.

 

“Hyung…”

 

“Iya.” Jawabku sepatah dan tersenyum kepadanya.

 

Dan tanpa aku duga, budak itu terus memelukku.

 

Erat.

 

Dan itu membuatkan seluruh badanku kaku...beku...dan darahku seperti berhenti mengalir.

 

“Hyung…ja-ja-jangan marah ibu dan ayah sa-saya. Mereka je yang sa-sa-saya ada da-da-lam dunia ni. Sa-sa-ya sayangkan mereka. Dan sa-sa-ya juga sa-sa-sayangkan… hyung.”  Memang tutur katanya tidak lancar…memang kata-katanya merupakan kata-kata yang keluar daripada mulut seorang anak kecil yang tidak sempurna...tapi…kata-kata itulah yang membuatkan air mataku akhirnya mengalir.

 

 

“Jongin-ah, janganlah be-be-benci hyung. Hyung se-se-sedih dengar Jongin ca-ca-kap macam tu. Hyung… sa-sa-sayangkan Jongin…sangat-sangat.”

 

Kyungsoo juga mengatakan yang dia menyayangiku.

 

 

“Apa?! Apa kau cakap?  Kau …sayangkan aku? Huh ! Pergi matilah dengan kasih sayang kau tu. Aku tak perlukan kasih sayang daripada orang bodoh macam kau!”

 

 

Tapi aku...

 

Aku...

 

Aku...

 

Esakan yang aku tahan sejak tadi akhirnya terlepas jua.

 

' Maafkan Jong-in ,Hyung.’

 

Dan aku mula membalas pelukan budak lelaki itu.

 

 

 

 

TO BE CONTINUED !

 

 

 


Authors note :

Senyum selalu.

Smile.^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Byun_Bacon99
#1
Chapter 9: bagusss TT TT cerita ni daebakk
baekki_kook #2
Chapter 9: Crita ni best... *tepuk tgn* great story :D
starlightkim_
#3
Chapter 9: Memang best gile cite ni..author mmg awesome..
hanah2212
#4
Chapter 9: Pergh pergh. Sedihhhhh T.T tak real x nangis punlah. Menciklah citer akk smua best best. Serius kalau baca komen jadi spoil tapi at least mcm tertnya-tnya gak ah kalau kyungsoo gi manaaaaaa. Haaaa daebak aa daebak!
JustMx #5
Chapter 9: Cite akk mmg gempak! Saye menangis beriya iya ingtkn kyungsoo mati rpenye tak nasib happy ending, cerite akk mmg best!
SWOL_JI88 #6
Chapter 9: Kyahh... aku iye² nangis tadi.. huhu xD happy endingla~~ Ingatkan sad ending.. huhuii.. apapun, ff ni mmg daebak. ;)
misz_dina #7
Chapter 9: Syukur...ingatkan Kyungsoo mati tadi.Nasib baik dua2nya selamat.memang dh rancang dari awl nk nangis kalau kyungsoo atau jongin mati.cter ni memang best + angst gila!*thumbs up*
yasminkhadijah
#8
Chapter 9: Wah..... I'm so happy