Last : Our ending

Moron

 

 

 

10 tahun kemudian.

 

Autumn ; September 2015.
Osaka, Japan.

 

Kini, musim luruh yang dinantikan oleh segelintir manusia  sudah pun tiba.

 

Seorang lelaki sedang berpeluk tubuh sambil memandang ke arah luar jendela. Menghayati pergerakan setiap kelopak-kelopak bunga yang sedang berguguran dari pohon sakura yang tumbuh berhampiran dengan tingkap itu. Dan seketika, lelaki itu mengalihkan pandangannya dari tingkap itu kepada sesuatu yang dipegangnya. Sebuah patung yang penuh dengan kesan selotip dan tiga helai kertas-kertas kecil menjadi tatapannya sekarang. Dan serta-merta, air matanya mengalir tapi cepat-cepat dikesat apabila tiba-tiba seorang gadis memeluk tubuhnya daripada belakang.

 

Lelaki itu tersenyum nipis sambil membelai tangan mulus milik gadis itu yang sedang melingkari pinggangnya.

 

Gadis itu turut tersenyum manja sambil meletakkan dagunya di atas bahu lelaki tersebut.

 

“Sayang tengah tengok apa tu?” Gadis itu mula bersuara sambil matanya turut memandang ke arah luar tingkap.

 

“Tu...cantikkan kelopak-kelopak bunga sakura yang gugur tu. Ia mengingatkan abang pada diri abang 10 tahun yang lalu. Diri abang yang hampir gugur seperti kelopak-kelopak bunga itu.”

 

“Tapi takdir berkata sebaliknya kan? Abang masih hidup sehingga sekarang… dan menjadi suami kesayangan saya.” Gadis yang memakai dress purple paras lutut itu membisikkan kata-kata itu di tepi telinga suaminya dan mengucup lembut cuping telinga lelaki itu dengan penuh perasaan kasih sayang.

 

Pelukan akhirnya terlerai.

 

Lelaki itu lantas memusingkan badannya menghadap gadis itu. Perlahan-lahan, dia mula membelai pipi isterinya itu.

 

“Krystal.”

 

“Iya,sayang.”

 

“Saranghae.”

 

“Nado. Saranghae, Jongin-ah.”

 

Dan bibir mereka berdua mula mendekat dan akhirnya bersentuhan dan berpautan sambil bertemankan kelopak bunga sakura yang berguguran.

 

Dan setelah bibir mereka terlerai, Kai mendekatkan telinganya ke perut isterinya yang telah menampakkan kandungan yang telah berusia lima bulan itu . Kai mula memejamkan matanya seperti sedang mendengar bunyi yang terhasil daripada pergerakan bayi di dalam kandungan itu.

 

“Anak papa sihat? Tengah buat apa kat dalam tu? Jangan main tendang-tendang tau, papa tak nak mama sakit .”  Kai seperti sedang berbual dengan anak yang belum lahir itu sambil membelai perut isterinya.

 

Krystal hanya tertawa kecil melihat gelagat Kai yang seperti tidak sabar-sabar untuk menantikan kelahiran bayi lelaki yang di dalam perutnya itu.

 

Kai… semenjak 10 tahun yang lalu, perangainya mula berubah. Dia menjadi periang dan selalu membuatkan orang di sekelilingnya tertawa dengan jenakanya.

 

Kenapa dia berubah?

 

Siapa yang membuatnya berubah?

 

Mungkin jawapan bagi semua persoalan itu adalah kerana seorang insan yang digelar…Moron.

 

Seketika, Kai memandang ke dalam mata jernih milik Krystal. Anak matanya bergerak-gerak mengikuti setiap pergerakan anak mata isterinya itu.

 

“ Nanti… bila baby kita lahir… abang nak namakan dia Kyungsoo, Kim Kyungsoo. Boleh?”

 

Senyuman gadis itu kian pudar tatkala nama itu disebut oleh suaminya tapi kemudian, dia tersenyum kembali sambil merapikan rambut Kai dengan menggunakan tangannya.

 

“Tentulah boleh. Sedap nama tu.”

 

“Terima kasih,sayang...kerana memahami abang. Terima kasih juga sebab beri abang peluang kedua dan masih sudi mencintai abang.” Lembut suara Kai menembusi rongga-rongga udara di dalam deria pendengaran Krystal.

 

“Apa abang cakap ni? Mesti abang tengah teringatkan peristiwa kita bertengkar di restoran 10 tahun dahulukan? Sudahlah…Krystal nak abang lupakan semua tu.Semua itu hanyalah memori lama. Kata-kata Krystal pada hari itu bukanlah datang dari lubuk hati Krystal. Krystal terlalu ikutkan perasaan pada waktu itu dan tinggalkan abang macam tu je sampaikan Krystal tak tahu ,yang abang sebenarnya tengah bergelut dengan maut di dalam bilik itu sorang-sorang. Maafkan,Krystal.” Mata gadis itu mula kemerah-merahan…menahan sebak di dada.

 

Perlahan-lahan,Kai mengucup mata isterinya itu sambil tersenyum pahit. “ Abang dah lama maafkan sayang.”

 

“ Terima kasih,abang. Tapi ada sesuatu yang Krystal nak abang tahu, Krystal tak pernah lupakan abang, tak pernah lupakan memori kita, tak pernah lupakan cinta Krystal pada abang dan memori persahabatan Krystal,abang dan Kyungsoo pun masih segar di ingatan Krystal sampai sekarang.”

 

Kata-kata gadis itu membuatkan air mata Kai berlinangan dan tanpa dapat menahannya, air jernih itu akhirnya mengalir di pipi Kai.

 

Krystal menyapu air mata suaminya itu dengan menggunakan telapak tangannya.

 

“Kenapa abang menangis ni? Abang tak boleh lemah macam ni. Abang kan pernah cakap,abang tak suka orang yang suka menangiskan? Abang benci orang yang lemahkan?” Gadis itu cuba memujuk suaminya.

 

“Abang bersalah pada ibu dan ayah...dan juga hyung.  Abang rindukan mereka bertiga.” Dan serentak dengan itu ,esakan Kai mula kedengaran.

 

Krystal terus memeluk suaminya itu dengan seerat yang boleh. Kepala suaminya dibelai lembut. Dah terlampau lama rasanya Kai tidak menangis seperti ini.

 

“Shhh, dah..jangan menangis lagi. Mereka yang dah pergi tetap akan pergi, kita yang masih hidup haruslah teruskan kehidupan demi mereka yang telah tiada.”

 

“Tapi…hutang abang pada hyung banyak sangat. Walaupun nyawa menjadi cagaran untuk membayar semua hutang itu,ianya masih belum cukup. Kyungsoo hyung...dah melakukan pengorbanan yang paling besar untuk abang. Pengorbanan yang sampai mati pun,abang takkan dapat balas. Kerana dialah yang mengubah nasib abang dan kerana dia jugalah,takdir yang tertulis buat abang berbeza dengan takdir bunga-bunga yang berguguran itu. Hyung… penyelamat nyawa abang. ”

 

 


 

 

 

 

Flashback

 

“Sa-sa-saya abang Jongin. Ke-kenapa dia terbaring ma-macam tu doktor?” Kyungsoo memandang lelaki yang memakai kot putih di hadapannya dan Jongin yang sedang koma tidak sedarkan diri di atas katil itu silih berganti.

 

“Berat untuk saya katakan, tapi..adik kamu memang sedang menunggu ajalnya.” Doktor itu memandang Kyungsoo dengan penuh belas kasihan.

 

Melihat seorang abang yang tidak sempurna seperti Kyungsoo sedang membimbangkan adiknya yang sedang bertarung dengan maut memang akan membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya akan berasa sedih dan kasihan.

 

“Ajal? A-adik saya akan ma-mati ke doktor?” Kyungsoo memandang tepat ke arah wajah doktor lelaki yang berkaca mata itu sambil setia menunggu jawapan daripada doktor itu.

 

“Kalau itulah takdirnya…iya. Dia akan mati.”

 

Kyungsoo lantas menggelengkan kepalanya. Dia seperti tidak mahu mempercayai  kata-kata doktor itu dan terus berlari mendapatkan Jongin yang sedang tidak sedarkan diri itu.

 

“Jongin, do-doktor itu tipu hyung sebab hyung bo-bo-bodohkan? Jongin takkan ti-tinggalkan hyung kan? Ni…tengok ni …Hyung ada ba-ba-bawakan Jongin sesuatu. ” Kyungsoo menayangkan baju berwarna hitam yang telah lusuh milik Kai yang dijumpainya pagi tadi di dalam almari adiknya itu.

 

“Hyung ba-bawakan baju ke-kegemaran Kai yang Kai selalu pakai. Mesti Kai nak pa-pa-pakaikan sekarang? Palli..palli. Kai kena tanggalkan ba-baju hospital ni dulu,baru bo-boleh pakai baju ni. Dan bila Kai dah siap pa-pa-pakai baju ni, kita ba-balik rumah yer. Kita ti-tidur sama-sama kat rumah. Bangunlah…janganlah ti-tidur kat sini. ” Kyungsoo bercakap sorang-sorang dengan muka yang excited sedangkan Kai …masih kaku dengan alat bantuan pernafasan yang ditekupkan di mulutnya.

 

“ Kai…bangunlah. Bangunlah. Bangunlah.“ Kyungsoo mula menggoncangkan tubuh yang terbaring lemah di hadapannya itu.

 

Doktor lelaki itu mula mendekati Kyungsoo dan perlahan-lahan, bahu Kyungsoo dipegangnya erat. “Takdir yang telah tertulis…tiada siapa pun yang dapat mengubahnya. Dia tidak mungkin akan bangun walaupun kamu memintanya bangun seribu kali sekalipun.”

 

Kyungsoo memusingkan badannya mengahadap doktor itu lalu tangan doktor lelaki itu diraihnya. Mata sayu miliknya seperti menembusi anak mata doktor itu. “Tak. Jongin tak bo-boleh mati. Adik sa-saya tak boleh mati ! Doktor kena se-selamatkan dia. Kalau dia mati, siapa yang nak ja-jaga saya? Siapa yang nak ma-masak untuk saya? Siapa nak te-teman saya kat rumah? Dan siapa yang nak ma-ma-marah saya bila saya bu-buat perangai?”

 

Doktor itu hanya tertunduk mendengar kata-kata Kyungsoo yang berbaur rintihan itu. Tak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Lagi-lagi kepada manusia seperti Kyungsoo.

 

Dengan mata yang bergenang, Kyungsoo kembali memandang wajah pucat Kai.

 

“Andwae…andwaeee!!! Jongin tak bo-boleh mati ! Jongin tak bo-boleh tinggalkan hyung so-sorang-sorang.” Kyungsoo terus teresak-esak sambil memeluk tubuh Kai.

 

Kyungsoo kemudiannya meletakkan baju milik Kai yang dibawanya itu ke atas tubuh Kai sambil tersenyum.  “ Se-selamat malam…Jongin.”

 

Dan akhirnya, Kyungsoo tertidur di sisi adiknya bersama air mata yang mula kering di pipi.

 

 

 

 

 

 

 

Pagi itu, tiba-tiba tubuh Jongin meronta-ronta dengan tidak menentu…buih-buih putih keluar dari mulutnya. Dan itu membuatkan Kyungsoo ketakutan melihat keadaan adiknya seperti itu.

 

“ Encik, encik kena keluar dulu. Nanti bila pesakit dah stabil, kami akan panggil encik semula.” kata  seorang doktor wanita yang merupakan isteri kepada doktor lelaki yang mengawasi  Jongin pada malam semalam. Doktor lelaki yang sama yang memberitahu kebenaran yang sukar untuk Kyungsoo terima.

 

Dalam kekalutan yang bermaharajalela di dalam bilik itu, Kyungsoo tetap berdegil. “Tak !  Sa-saya tak nak ke-keluar ! Sa-saya tak bo-boleh tinggalkan adik saya. Selama ni, di-dia tak pernah tinggalkan saya.”

 

Kyungsoo masih cuba mendekati Jongin walaupun dia telah ditolak dan dihalang banyak kali oleh jururawat dan doktor yang berada di dalam bilik itu.

 

Doktor wanita yang menyuruh Kyungsoo keluar tadi mula memberi isyarat kepada suaminya agar menangani keadaan Kai sementara dia akan membawa Kyungsoo keluar dari bilik itu.

 

 

 

 

 

 

 

Setelah puas dipujuk, akhirnya Kyungsoo akur dengan permintaan doktor wanita itu supaya keluar daripada bilik wad Kai sementara menunggu keadaan Kai stabil semula.

 

Dan di luar bilik itu… doktor wanita yang berumur awal 40-an itu mula tersenyum sambil melihat Kyungsoo.

 

“ Anak ni… adik kepada pesakit ke?”  Panggilan formal ‘encik’ sebentar tadi buat Kyungsoo telah pun ditukar menjadi panggilan yang lebih mesra...’anak’.

 

Air mata di pipi Kyungsoo dikesatnya perlahan.

 

“ Bukan…sa-saya abang Jongin.”  Mungkin kerana rupa paras Kyungsoo yang kelihatan agak kebudak-budakan itu menyebabkan doktor wanita itu menyangka yang dia adalah adik kepada pesakit yang tengah diselamatkan dengan sedaya upaya oleh beberapa orang doktor yang berada di dalam bilik itu .

 

“Ahh...jadi, anak datang sini untuk menemani pesakit la yer?” Doktor wanita itu bercakap dengan penuh kelembutan.

 

“Bukan. “ Mata Kyungsoo masih tertancap pada pintu bilik wad Jongin.

 

“ Kalau bukan…kenapa anak ada kat sini?” Doktor wanita itu terus bertanya...memperlihatkan betapa dia mula menyukai Kyungsoo.

 

“Saya da-datang sini…untuk menyelamatkan nyawa a-adik saya.”

 

Terpana doktor itu mendengar kata-kata Kyungsoo. Sungguh… dia tak pernah menyangka, manusia seperti Kyungsoo masih boleh memikirkan orang lain. Jarang orang yang moron boleh berfikir seperti itu.

 

Dan itu bermakna, Kyungsoo adalah satu dalam sejuta.

 

Dia bukan setakat istimewa… tapi mulia.

 

“Doktor…” Kyungsoo mula menunjukkan minat terhadap doktor wanita yang bermuka manis itu.

 

“Iya.” Doktor wanita itu tersenyum semula.

 

“Ma-macam mana sa-saya boleh se-se-selamatkan nyawa adik saya?”

 

Doktor wanita itu mula memeluk Kyungsoo. “ Hanya dengan satu cara, serahkan sebahagian daripada hati kamu kepadanya.”

 

 

 

 

 

 

 

Akhirnya,hari pembedahan untuk pemindahan organ hati Kyungsoo buat Jongin itu telah tiba.

 

Jongin dan Kyungsoo sama-sama dipakaikan pakaian hospital yang khas untuk masuk ke dalam bilik pembedahan.

 

Sebelum memasuki bilik yang agak besar yang dipenuhi alat-alat pembedahan itu,Kyungsoo mendekati doktor wanita yang memujuknya tempoh hari.

 

“Doktor,nanti to-tolong bagi ba-ba-barang ni pada Jongin.” Kyungsoo menghulurkan patung pororo miliknya berserta tiga helai kertas kecil itu kepada doktor wanita itu.

 

Doktor wanita itu menyambut huluran Kyungsoo sambil mengeluh. “Betul ni, kamu nak berikan hati kamu kepada pesakit?”  Doktor wanita itu bertanya sambil memandang Kyungsoo yang sedang tersenyum.

 

Tanpa teragak-agak,Kyungsoo terus mengangguk.

 

“Tapi macam mana kalau… pembedahan  ini tak berjaya dan salah seorang daripada kamu berdua akan mati?”

 

“ Ka-kalau itu yang terjadi, bi-biarkanlah yang mati itu...saya.”

 

Flashback end

 

 

 

 


 

 

Kai POV

 

‘Terima kasih,hyung. Walaupun sekarang hyung dah tak berada di hadapan mata Jongin,tapi Jongin sentiasa dapat merasai kehadiran hyung...kerana separuh daripada hati hyung sekarang berada di dalam tubuh ini. Hati hyung dan kasih sayang Jongin buat hyung telah pun bersatu.‘  kataku di dalam hati.

 

Pada waktu itu juga, tiba-tiba…aku terlihat susuk tubuh seorang lelaki sedang berjalan mendekati aku dan Krystal.

 

Dan wajah lelaki tu…

 

Wajahnya saling tak tumpah dengan hyung.

 

Atau lebih tepat, lelaki itu adalah Kyungsoo hyung.

 

“Hyung…”gumamku perlahan dan serta merta Krystal melepaskan pelukannya pada tubuhku.

 

Gadis itu turut menoleh…memandang ke arah yang sama denganku.

 

Dan seketika,Krystal tersenyum.

 

“Selamat datang ke teratak kami, Kim Kyungsoo.”  Krystal terus mendekati lelaki itu dan memeluknya.

 

Sementara mata lelaki itu masih tidak berganjak dari memandangku.

 

Begitu juga dengan aku.

 

Mata kami berdua seperti magnet yang berlainan kutub yang sedang menarik antara satu sama lain.

 

Setelah Krystal menjauhkan tubuhnya pada lelaki itu, dia memandang aku dan hyung silih berganti dengan wajah yang berkerut. Mungkin gadis itu pelik melihat kami berdua seperti patung bernyawa yang sedang berdiri menghadap antara satu sama lain.

 

“Apa yang korang berdua buat ni? Tak nak berjabat tangan ke ? Atau...berpelukan ke? Kan dah lama kita bertiga tak berjumpa macam ni.” Krystal petah memberikan cadangan.

 

Iya, inilah kali pertama aku berjumpa dengan Kyungsoo hyung semenjak aku dan Krystal membuat keputusan untuk berpindah ke Jepun pada 5 tahun lalu. Kyungsoo pula, sebaik sahaja pembedahan pemindahan hati itu berjalan dengan jayanya, dia diambil sebagai anak angkat oleh pasangan suami isteri doktor yang telah merawat aku itu.

 

Aku yakin, kemuliaan dan kesucian hati hyunglah yang membuatkan kedua-dua doktor itu mula menyayanginya dan ingin menjadikan hyung sebagai anak mereka.

 

Dan kerana sudah lima tahun tidak berjumpa hyung , aku amat merinduinya. Walaupun setiap minggu aku akan menelefon hyung, tapi rinduku padanya tetap semakin menebal.

 

Aku ingin berjumpanya seperti sekarang.

 

Aku mula melangkah mendekati hyung sambil membawa patung dan kertas kecil itu bersamaku. Dan aku mengembalikan barang kesayangan hyung itu kepadanya. 

 

Dan seketika, patung dan kertas itu berpindah tangan.

 

“Hyung…” Aku memanggilnya.

 

“Jongin…” Dan aku juga mendengar dia memanggilku.

 

Dan kemudian,dengan linangan air mata kegembiraan, aku terus mendakap tubuh hyung.

 

“Hyung...Jongin sayangkan hyung.”bisikku.

 

“Hyung pun…sa-sayangkan jongin…sa-sangat-sangat. ”

 

Dan akhirnya,pelukan aku dan Kyungsoo terlerai.

 

“Jongin, bo-boleh hyung minta to-tolong sikit?” Dengan mata yang terbuka luas dan bibirnya yang tersenyum…dia meminta bantuanku.

 

“Apa dia?”

 

“To-tolong bacakan apa yang tertulis pa-pada kertas-kertas kecil ini. Hyung tak re-reti nak baca.” Hyung mula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

 

Hyung masih seperti dulu.

 

Aku tersenyum.

 

 

“Kalaulah aku diberikan nyawa kedua…adakah kisahku dengan hyung akan berakhir dengan happy ending?”

 

10 tahun yang lalu, aku pernah bertanyakan soalan itu kepada diriku.

 

Dan kini,aku dah temui jawapannya.

 

 

 

 

TAMAT !

 

 


Authors note:

Akhirnya,tamat juga cerita ini iema tulis.

And thanks byk2 pada yg x jemu2 support iema selama iema tulis cite ni.

You all memang jjang!

And about the poll result...happy ending wins!!! And tada ! For you all semua...pengakhiran yg bahgia dari kaisoo.

And kpd yg vote for sad ending...i`m truely sorry because this ending is not what you want. Iema minta maaf banyak2 sbb sad ending memang kalah teruk dgn happy ending.XD

that`s all...Annyeong.^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Byun_Bacon99
#1
Chapter 9: bagusss TT TT cerita ni daebakk
baekki_kook #2
Chapter 9: Crita ni best... *tepuk tgn* great story :D
starlightkim_
#3
Chapter 9: Memang best gile cite ni..author mmg awesome..
hanah2212
#4
Chapter 9: Pergh pergh. Sedihhhhh T.T tak real x nangis punlah. Menciklah citer akk smua best best. Serius kalau baca komen jadi spoil tapi at least mcm tertnya-tnya gak ah kalau kyungsoo gi manaaaaaa. Haaaa daebak aa daebak!
JustMx #5
Chapter 9: Cite akk mmg gempak! Saye menangis beriya iya ingtkn kyungsoo mati rpenye tak nasib happy ending, cerite akk mmg best!
SWOL_JI88 #6
Chapter 9: Kyahh... aku iye² nangis tadi.. huhu xD happy endingla~~ Ingatkan sad ending.. huhuii.. apapun, ff ni mmg daebak. ;)
misz_dina #7
Chapter 9: Syukur...ingatkan Kyungsoo mati tadi.Nasib baik dua2nya selamat.memang dh rancang dari awl nk nangis kalau kyungsoo atau jongin mati.cter ni memang best + angst gila!*thumbs up*
yasminkhadijah
#8
Chapter 9: Wah..... I'm so happy