Nyawa

Moron

 

Kai POV

 

 

Pintu rumah…aku tolak perlahan. Bunyi derapan kakiku kedengaran tatkala aku melangkah masuk ke dalam  rumah yang sunyi tanpa sebarang bunyi itu.

 

Pelik!

 

Mana Hyung?

 

Selalunya dia akan menyambutku pulang di muka pintu. Tapi malam ini, batang hidungnya pun tidak kelihatan.

 

Dia pergi ke mana?

 

Atau jangan-jangan dia buat perangai lagi tak?

 

Haish…

 

Aku mencampakkan beg galasku yang telah lusuh itu ke tepi dinding. Dan seketika, aku seperti terdengar bunyi sesuatu dari arah dapur.

 

Bunyi apa tu?

 

Siapa yang ada kat dapur?

 

Takkanlah Kyungsoo Hyung?

 

Dia nak buat apa kat dapur ?

Dek kerana rasa ingin tahu yang memuncak, aku pun mula menapak  ke dapur dan disaat keadaan dapur yang seperti tongkang pecah itu menjamah pandanganku, mataku terus terbelalak.

 

Sebaliknya, lelaki yang menjadi punca keadaan dapur ini menjadi huru-hara seperti ini masih boleh tersenyum lebar sambil memegang sebilah pisau di tangannya.

 

“ Yeay! Adik hyung dah ba-ba-balik ! Cepat jongin ba-ba-balik hari ni. Tak se-sempat hyung nak sa-sambut jongin pu-pu-pulang kerja. ”

 

Dia…langsung tak menunjukkan riak bersalah.

 

“Apa kau buat ni ha, lelaki bodoh!!! ” jeritku sekuat hati. Nasib baik rumahku agak terpencil dan tidak berdekatan dengan rumah jiran…kalau tidak,mahu keluar semua jiran-jiranku kerana mendengar pekikanku di malam-malam buta ini.

 

Hyung… kelihatan sangat terkejut dengan  tengkinganku sehinggakan mulutnya ternganga luas dan tangannya yang sedang memegang pisau pemotong daging itu mula menggeletar.

 

“ Mianhae, Jongin-ah. Hyung cu-cuma...cu-cu-cuma…” Seperti biasa, percakapannya yang tergagap-gagap sejak azali itu akan bertambah lambat atau dia akan terlupa apa yang dia ingin katakan apabila dia berasa betul-betul bersalah.

 

“Cuma apa ??!! Cuma nak susahkan Jongin, macam tu?!”  Dadaku berombak. Nafasku turun naik dengan tidak stabil. Bibirku bergerak-gerak menahan kegeraman.

 

“Tak. Hyung cu-cuma nak ma-ma-masakkan makanan untuk Jongin. Jongin mesti la-la-laparkan?” Dia yang tertunduk tadi, mula memberanikan diri memandang wajahku kembali.

 

“ Apa?! Masakkan untuk aku? Huh! Potong sayur pun guna pemotong daging, ada hati nak masakkan untuk aku. Orang tolol macam kau ni tak layak untuk memasak.  Bukan kau tahu makan je ke?! Lepas makan, kau sepahkan satu rumah ! Dengar sini baik-baik, aku nak bagitahu kau satu perkara. Walaupun kau berjaya masak sekalipun, kau ingat ada ke orang yang sudi makan masakan kau? Aku …langsung tak teringin nak makan masakan kotor kau kau! Entah-entah, semua bahan yang kau bubuh dalam masakan kau tu,semuanya berpasir.” Aku mencampakkan semua  sayur-sayuran yang dipotong sampai hancur oleh Kyungsoo itu ke dalam tong sampah.

 

Hyung hanya melihat sayu sayuran-sayuran yang telah pun berada di dalam tong sampah yang hampir penuh itu. “ Masakan hyung tak ko-ko-kotor. Hyung ba-ba-basuh dulu…”

 

Aku dah malas nak dengar kata-kata hyung lagi. Oleh itu,aku memintas kata-katanya yang belum sempat dia habiskan. “Pada aku, semua yang berkaitan dengan kau…apa yang kau buat….semuanya jijik di mata aku ! ”

 

Aku terus merampas pisau di tangannya dan melemparkan pisau itu tepat mengenai meja makan kayu yang berada di tengah-tengah dapur yang agak kecil itu. Pisau itu kini tercacak pada meja itu.

 

Hyung pula terkaku dengan tindakan aku itu tapi aku tak peduli. Kyungsoo...lelaki itu benar-benar sedang mencabar kesabaranku.

 

Aku terus menanggalkan apron yang dipakainya terbalik itu dengan rakus. Kemudian,rambutnya yang agak panjang itu aku tarik dengan sekuat hati.

 

“Aahhh…lepaskan ra-ra-rambut hyung. Hyung sa-sa-sakit.”rayunya dan cuba melepaskan rambutnya dari genggaman tanganku.

 

Tapi rayuannya tidak aku pedulikan. Rambutnya aku tarik dengan lebih kuat. “ Sakit? Tahu pun sakit ! Lepas tu, kenapa kau buat perangai lagi? Kan aku dah cakap,jangan sentuh apa-apa pun yang ada kat dapur ni selain makanan yang aku dah sediakan atas meja tu! Kenapa kau degil sangat ni ha !  Kau tak kesian kat aku ke? Aku penat tahu tak, baru balik kerja. Lepas tu, kau nak suruh aku layan karenah kau pulak? Ni sekarang,jawab… siapa yang nak kemas dapur ni ?! Jawablah ! ” Aku menghentakkan  kepalanya di atas meja kayu itu …melepaskan kemarahan yang sedang membuatkan aku seperti hampir menjadi gila pada ketika ini.

 

Hyung yang telah terjatuh ke lantai setelah kepalanya dihentak olehku mula memegang kakiku dengan air mata yang berjujuran dipipinya.  “Mianhae Jongin-ah…hyung ta-ta-tahu hyung sa-sa-salah. Hyung akan ke-ke-kemas balik da-da-pur ni. Hyung akan ke-ke-kemas bersih-bersih.”

 

Aku tertawa kecil melihat kelurusan-bendulannya itu. Mukaku aku raup berkali-kali.

 

Kenapalah aku dipilih oleh Tuhan untuk menghadapi semua ni? 

 

Kenapa aku mesti ada abang macam ni?

 

Apa dosa aku…sampai aku terpaksa dilahirkan macam ni?

 

“Kau nak bersihkan dapur ni?” Aku sengaja bertanyakan soalan itu kembali, walaupun siapa sahaja yang mendengar soalanku itu akan mengatakan aku ni bodoh. Bodoh kerana bertanyakan soalan yang bodoh kepada orang yang bodoh.

 

Tapi hyung…dia tetap mengangguk sambil mula tersenyum kembali.

 

“ Huh ! Aku ingat kau ni tolol dan lembap je… rupa-rupanya kau ni tak sedar diri jugak yer. Ada hati nak kemaskan semula benda yang dia sendiri sepahkan. Kalau kau nak tahu,kau ni sama je taraf dengan tikus-tikus  tu…ibarat tikus membaiki labu! Kalau aku biarkan kau yang kemas dapur ni, alamatnya lagi bersepah adalah !” tengkingku dengan sekuat suaraku sehinggakan air liur yang terpecik keluar daripada mulutku ketika aku berkata-kata membasahi wajah hyung.

 

Tanpa aku duga, hyung bangun dari jatuhnya tadi dan memegang erat tanganku. Matanya yang merah itu,memandang sayu ke dalam mataku.

 

“Percayalah. Hyung tak ti-ti-tipu. Hyung bo-bo-boleh kemas dapur ni. I-i-ibu pernah a-a-ajar hyung cara nak ke-ke-kemas barang.”

 

Huh! Dia sekarang gunakan ibu pula sebagai alasan?

 

Perasaan marahku yang sedikit reda tadi, kian meluap-luap kembali. Mungkin aku kembali merasai perasaan itu. Perasan kecewa, geram ,sedih …kerana dilayan dengan tidak adil oleh ibu dan ayah semasa mereka masih hidup.

 

Tanganku lantas sahaja mendarat di mukanya. Menampar Kyungsoo sehingga bibirnya berdarah.

 

Dan dia mula manangis teresak-esak sambil memegang pipinya yang merah akibat tamparanku itu.

 

“Kau boleh senyap tak!  Tak habis-habis menangis. Kalau kau ingat, kau boleh menangis sesuka hati kau macam waktu ibu dan ayah masih hidup, kau silap. Aku… paling tak suka dengan orang yang suka menangis dan lemah macam kau ni !” Aku terus menolak tubuh kerdilnya .

 

Akibat tolakanku itu, badannya terhentak ke dinding sebelum dia terjelepuk jatuh ke atas lantai. Aku hanya melihat dia mengerang kesakitan sambil memegang kakinya. Mungkin,kakinya terseliuh semasa aku menolaknya tadi.

 

Padan muka dia!

 

Puas hati aku!

 

Dan seketika, aku terpandang sesuatu yang sangat aku kenal di atas meja kecil itu.

 

Aku mula tersenyum sinis.

 

“Baiklah,kalau kau masih jugak nak terus menangis. Dipersilakan!  Tapi jangan salahkan aku kalau lepas ni, kau dah tak dapat jumpa patung kesayangan kau lagi buat selama-lamanya.”

 

Aku segera ingin mencapai patung yang berada di atas meja kecil itu tapi Kyungoo bertindak lagi cepat daripada jangkaanku. Dia mengambil  dan terus memeluk patung pororo miliknya itu sebelum sempat aku menyentuhnya.

 

“Huh ! Bagi patung tu pada aku.” Aku menudingkan jariku ke arah patung itu sebelum aku menudingkan jariku ke arah diriku sendiri.

 

“Tak boleh! Jongin tak bo-boleh apa-apakan patung ni. Pa-pa-patung ni je yang hyung ada se-se-sekarang.  Patung ni je ha-ha-hadiah da-da-daripada ibu yang tinggal. Pa-pa-patung ni je yang sudi te-te-teman hyung bila Jongin tak nak teman hyung atau Jongin tak ada kat rumah. Ja-ja-jadi, jongin tak boleh ambil patung ni da-daripada hyung.” katanya sambil memegang kemas patung itu.

 

How childish you are! How stupid brother that I have ! Sekarang baru aku sedar, yang kata-kata majikan aku, Kim Soohyun itu ada betulnya juga. Aku boleh jadi bodoh dan gila… kalau hidup dengan orang yang tolol dan dungu macam kau ni!! ”

 

Tanpa menunggu lagi, aku terus merampas patung itu dari pelukannya dan melemparkannya ke lantai. Dan hanya dalam masa sesaat, patung itu telah hancur berkecai.

 

Mata hyung yang sudah sedia bulat itu membesar melihat keadaan patungnya itu dan dia terus berjalan dengan terdengkot-dengkot untuk mendapatkan serpihan patung kesayangannya itu.

 

Patungnya yang telah pun mati…dibunuh oleh aku !

 

Tiba-tiba,rasa sakit di perutku itu mula menyerang lagi dan tekakku juga mula terasa loya.

 

Aku cepat-cepat berlari masuk ke dalam tandas untuk mengeluarkan segala isi perutku ke dalam sink. Tapi apa yang keluar dari mulutku,bukanlah muntah sebaliknya …darah berwarna merah pekat yang berbau hanyir.

 

Dengan tangan yang mula menggigil, aku membuka paip air untuk menghapuskan darah itu dari sink.

 

Aku tak terkejut…malah aku sudah menjangka.  Ini bukanlah kali petama aku memuntahkan darah seperti ini.  Ianya sudah acap kali berlaku sebelum ini. Dan ianya sangat menyakitkan dan menyeksakan.

 

Tubuhku mula lemah…tapi cepat-cepat aku memegang sink itu untuk menghalang tubuhku daripada jatuh ke lantai. Hanya Tuhan yang tahu, betapa sakitnya perut aku sekarang.

 

Aku dah tak sanggup lagi menderita seperti ini.

 

Aku dah tak kuat.

 

Aku dah terlampau letih.

 

Adakah sudah tiba saatnya untuk aku pergi ?

 

Pergi buat selama-lamanya dari dunia ciptaan Tuhan ini ?

 

Pandanganku mula berpinar-pinar dan akhirnya peganganku pada sink itu terlepas dan tubuhku yang lemah terjelepuk jatuh ke lantai.

 

‘ Hyung…tolong Jongin. Jongin tak nak mati lagi.’

 

 

 

 


 

 

 

 

 

Kyungsoo POV

 

Aku mengutip satu persatu serpihan patung itu. Cecair jernih yang mengalir dipipiku seperti tidak mahu berhenti.

 

Kenapa …Jongin kejam sangat? Sanggup dia lakukan semua itu terhadap aku,abang kandungnya sendiri! Padahal… dulu dia tak macam ni. Walaupun dulu dia tak layan aku dan selalu bersikap dingin terhadap aku…tapi dia tak pernah memarahi dan menengking aku sekuat itu dan dia juga tak pernah menyakiti aku.

 

Tapi sekarang...kenapa dia berubah?

 

Adalah aku yang membuatnya berubah?

 

Sedang aku mengutip serpihan patungku yang terakhir, aku tiba-tiba terdengar satu bunyi dentuman yang kuat datang dari arah tandas. Dengan menatang serpihan-serpihan itu di atas tapak tangan, aku berjalan dengan kaki yang sakit ke arah tandas untuk melihat apa yang sebenarnya berbunyi tadi.

 

Dan disaat tubuh longlai Jongin yang sedang terbaring di atas lantai tandas itu betul-betul berada di hadapan mataku, semua serpihan itu serta-merta terlepas dari tanganku.

 

Aku terus menerpa ke arah Jongin.

 

Aku panik.

 

Kepalanya aku angkat perlahan-lahan dan aku letakkan di atas ribaku.

 

Aku menatap wajahnya. Wajahnya sangat pucat dan bibirnya kebiru-biruan. Aku cuba menggoncang tubuh Jongin tapi tiada tindak balas darinya. Kemudian, aku menepuk perlahan mukanya pula tapi tetap juga tiada reaksi yang dia akan sedar.

 

Apa yang patut aku buat sekarang?

 

Ibu…ayah…apa yang patut Kyungsoo lakukan sekarang?

 

“Jongin-ah… ke-ke-kenapa ni? Bu-bu-bukalah mata. Hyung ja-janji yang hyung akan jadi abang yang ba-ba-baik lepas ni. Hyung takkan nakal-nakal lagi dan hyung takkan su-su-susahkan Jongin la-lagi. Jongin boleh ma-ma-marah dan tengking hyung  bila-bila je yang Jongin ma-ma-mahu tapi…tolonglah…bukaklah mata. Tolong...pandang hyung.”  Air mataku jatuh yang mengalir jatuh ke atas pipi pucatnya.

 

Tapi Jongin tetap kaku.

 

 

 

 


 

Kai POV

 

12.15 A.M.

 

Aku membuka kelopak mataku yang berat.

 

Nampaknya, aku masih hidup…dan masih dipinjamkan nyawa. Nyawaku belum diambil oleh Penciptanya.

 

Terima kasih, Ya Tuhan.

 

Seketika, aku terasa seperti ada sesuatu di atas dahiku. Ternyata ianya adalah sehelai tuala putih yang kecil dan suam.

 

Dan tatakala itu juga, aku melihat hyung sedang tersengguk-sengguk ketiduran sambil duduk di sisiku.

 

Aku cuba mengingat kembali apa yang telah terjadi tadi.

 

Aku pengsan di tandas.

 

Dan selepas itu, antara sedar dan tidak sedar, aku terdengar sayup-sayup suara hyung. Walaupun aku tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikatakan hyung pada waktu itu,tapi mendengar suaranya sahaja sudah cukup untuk memberikan aku kekuatan untuk terus hidup.

 

Buat pertama kali, aku suka mendengar suaranya. Dan aku harap,aku dapat mendengarnya lagi.

 

Dan apa yang terjadi selepas itu, aku terasa tubuhku di angkat dengan susah-payah oleh hyung sehingga ke bilikku ini dan seterusnya, kepalaku diletakkan tuala suam.

 

Aku tersenyum… tatkala melihat besen kecil yang berisi air suam ada di atas meja itu.

 

‘ Hyung,terima kasih. ‘

 

Aku mengambil keputusan untuk bangun dari baringku apabila perutku sudah tidak terasa sakit lagi. Aku memandang hyung kembali, hyung yang masih tersengguk-sengguk . Perasaan kasihan mula menjalar dan menjirut hatiku apabila melihat keadaan hyung yang kelihatan sangat keletihan itu. Mungkin dia letih kerana menggunakan seluruh tenaganya untuk mengangkat aku tadi.

 

Perlahan-lahan, aku menggendong tubuhnya dan membaringkannya di atas katilku. Kepalanya aku semadikan di atas bantal milikku. Dan selimut berwarna hijau muda itu aku tarik supaya menutupi tubuhnya hingga ke paras dada.

 

Dan aku… mula duduk disisinya sambil menatap wajahnya.

 

Dia seperti tersenyum dalam tidurnya. Mungkinkah dia sedang bermimpi indah? 

 

Tapi melihatnya tersenyum, aku turut berasa ingin tersenyum.

 

Tapi senyumanku tidak kekal lama apabila aku terpandangkan luka di tepi bibirnya akibat ditampar olehku tadi.

 

Aku segera mengambil ubat luka di dalam laci almariku dan aku sapukan dengan perlahan-lahan pada luka di tepi bibirnya itu. Dengan  berharap yang lukanya itu akan cepat sembuh, aku meniup ke arah luka itu beberapa kali.

 

“ Maafkan Jongin ,hyung. Dan Jongin berterima kasih sangat-sangat pada hyung. Jongin takkan pernah lupakan… apa yang hyung lakukan demi Jongin pada malam ini. ” Aku mula mencium dahinya.

 

Buat pertama kali ,aku merasakan bahawa bukan Kyungsoo hyung yang memerlukan aku…tapi sebenarnya aku yang memerlukan abangku itu untuk terus hidup.

 

Dan disaat itu juga,air mataku mengalir.

 

Aku menekup mulutku dengan tangan supaya esakan tangisanku tidak didengari oleh hyung. Aku tidak mahu membuatnya terjaga dari tidurnya yang lena.

 

Perlahan-lahan, aku menggengam tangannya. “Hyung…seandainya hyung tahu…semua yang Jongin lakukan selama ini, semuanya untuk hyung. Demi kebahagian hyung, Jongin mahu hyung membenci Jongin. Dan sebab itulah, Jongin berubah. Untuk membuatkan hyung membenci Jongin dan boleh hidup di dunia ni tanpa Jongin, Jongin berpura-pura mengherdik dan mencaci hyung walaupun tak pernah terlintas sekalipun di hati ini untuk mengatakan hyung seperti itu. Jongin berpura-pura memarahi dan menengking hyung…dan Jongin tahu,hyung mesti sedih dan sakitkan, bila Jongin berlaku ganas terhadap hyung. Maafkan Jongin. Jongin tak tahu perlu lakukan apa lagi untuk buatkan hyung bencikan Jongin sepertimana Jongin pernah membenci hyung suatu ketika dahulu. Setiap kali jongin marah, herdik hyung, caci hyung, salahkan hyung tentang semua yang telah terjadi…hyung hanya tahu meminta maaf dan terus meminta maaf. Kenapa hyung…kenapa hyung tak boleh membenci Jongin?? “

 

Air mata yang mengalir di pipi, aku kesat.

 

Aku kembali berkata-kata sambil membelai rambut hyung. “  Tolong Jongin…hyung.  Jongin takut. Jongin takut nak menerima kenyataan yang masa untuk kita berdua bersama di dunia ini dah hampir tamat. Jongin takut… jongin tak dapat jumpa hyung lagi. Jongin takut… tak dapat pegang tangan hyung lagi macam sekarang. Jongin…takut untuk mati.”

 

 

 

Flashback

 

 

3 bulan lepas…

 

“ Gastric yang awak hidapi sejak beberapa tahun dahulu bukanlah penyakit biasa. Ianya sebenarnya adalah barah yang sedang memakan hati awak sedikit demi sedikit. Buat pengetahuan awak, barah hati yang awak hidapi sekarang telah sampai ke tahap yang keempat. Jadi, saya sarankan awak menjalani pembedahan secepat yang mungkin.  “

 

“Tapi doktor, takkan tak ada cara lain selain pembedahan?” tanyaku sambil memandang doktor lelaki yang sedang duduk di hadapanku ini dengan penuh pengharapan. Iya, bukan aku tidak mahu menjalani pembedahan tapi aku tidak mempunyai wang untuk menjalaninya.

 

“Maaf. Buat masa sekarang, hanya pembedahan sahaja cara yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa awak. Tapi walaubagaimana pun, saya tak dapat memberi seratus peratus kepastian yang pembedahan itu akan berjalan dengan jayanya kerana barah yang awak hidapi dah berada ditahap yang sangat kritikal dan mungkin ianya dah pun merebak ke tempat lain.” kata doktor itu dengan perasaan bersalah.

 

“Kalau saya tak menjalani pembedahan itu…saya akan mati?”  Berhati-hati, soalan itu akhirnya keluar dari mulutku.

 

Doktor itu kelihatan teragak-agak untuk menjawab soalanku itu tapi akhirnya… dia mengangguk perlahan.

 

“Tapi itu bergantung pada cara hidup awak. Saya sarankan awak jangan biarkan diri awak keletihan dan banyakkan berehat. Cara pemakanan awak juga harus dijaga dengan betul…jangan sesekali makan makanan segera atau makanan yang berminyak,berlemak dan lain-lain. Dengan cara itu,sistem immunisasi badan awak akan menjadi lebih kuat dan dapat melawan sel barah itu. Dan jika takdir menyebelahi awak, ianya akan dapat memanjangkan tempoh hidup awak.”

 

“Berapa lama lagi masa yang saya ada?”

 

“ 3 bulan.”

 

Flashback end

 

 

 

 

Aku terus menatap wajah suci hyung  yang sedang terlena itu. Semakin lama aku menatapnya, paras rupanya langsung tidak menampakkan yang dia adalah Moron. Dia kelihatan seperti orang normal dari luaran dan seandainya… dalamannya juga normal.

 

“ Hyung…nanti bila Jongin dah tak ada… hyung jaga kesihatan diri baik-baik tau. Jangan lupa makan, mandi dan pakai baju yang bersih dan wangi . Mengenai wang, hyung jangan risau, separuh duit arwah ibu dan ayah di dalam bank itu Jongin tak pernah usik…sebab duit tu…untuk hyung.”

 

 

“Kenapa… separuh lagi duit di dalam bank itu… tak boleh diusik?”

 

' Suatu hari nanti ,noona akan tahu. ’

 

 

 

Malam ini, aku tidak mahu tidur. 

 

Aku ingin menatap wajahnya hingga ke pagi kerana mungkin ini kali terakhir aku dapat melakukannya sebelum aku tidak dapat lagi melihat wajahnya buat selamanya.

 

 

 

BERSAMBUNG!

 

 


 

Author`s note :

Thanks for reading this chapter.

Keep support me okey,my beloved readers.^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Byun_Bacon99
#1
Chapter 9: bagusss TT TT cerita ni daebakk
baekki_kook #2
Chapter 9: Crita ni best... *tepuk tgn* great story :D
starlightkim_
#3
Chapter 9: Memang best gile cite ni..author mmg awesome..
hanah2212
#4
Chapter 9: Pergh pergh. Sedihhhhh T.T tak real x nangis punlah. Menciklah citer akk smua best best. Serius kalau baca komen jadi spoil tapi at least mcm tertnya-tnya gak ah kalau kyungsoo gi manaaaaaa. Haaaa daebak aa daebak!
JustMx #5
Chapter 9: Cite akk mmg gempak! Saye menangis beriya iya ingtkn kyungsoo mati rpenye tak nasib happy ending, cerite akk mmg best!
SWOL_JI88 #6
Chapter 9: Kyahh... aku iye² nangis tadi.. huhu xD happy endingla~~ Ingatkan sad ending.. huhuii.. apapun, ff ni mmg daebak. ;)
misz_dina #7
Chapter 9: Syukur...ingatkan Kyungsoo mati tadi.Nasib baik dua2nya selamat.memang dh rancang dari awl nk nangis kalau kyungsoo atau jongin mati.cter ni memang best + angst gila!*thumbs up*
yasminkhadijah
#8
Chapter 9: Wah..... I'm so happy