Real Killer

Moron

Kai POV

 

 

Seorang demi seorang pelanggan yang datang beransur keluar daripada restoran KFC ini. Semuanya keluar dengan muka yang tercalit senyuman lebar dek kerana perut yang lapar yang membawa mereka ke sini, kini telah penuh terisi .

 

Dan aku pula…masih terperangkap di sini… di dalam restoran yang mula lengang…untuk menyelesaikan tugas-tugasku yang belum aku siapkan. Bermula dengan mengangkat kotak-kotak barang yang baru sampai, disusuli dengan membuang sampah ke tempat pelupusan sampah yang agak jauh dari restoran ini dengan berjalan kaki sambil dipancari terik cahaya sang matahari  sehinggalah mengemop lantai restoran ini.

 

Semuanya aku lakukan sambil bermandikan keringat. Keletihan yang aku rasakan hari ini melebihi hari-hari biasa. Mungkin kerana hari ini adalah hari minggu dan kebiasaannya, aku bercuti dan duduk di rumah bersama hyung pada hari ini.

 

Tapi sekarang, aku rasa…aku sudah tidak boleh lagi duduk di rumah sambil goyang kaki  tanpa membuat apa-apa. Setiap hari yang aku bernafas di dalamnya dan setiap saat yang berdetik...aku harus gunakan dengan sebaik yang mungkin untuk mencari nafkah kehidupan buat kami berdua...atau lebih tepat buat hyung.  Oleh itu,aku mengambil keputusan untuk tetap bekerja pada hari ini .

 

Tanpa aku sedari... sejak dari tadi, seorang gadis yang memakai uniform sama sepertiku asyik memandang ke arahku. Pandangannya…penuh dengan belas kasihan. “ Baliklah Jongin. Tak payahlah mop lantai itu lagi. Biar akak je yang buat. Kamu baliklah berehat di rumah.”

 

Iya, gadis bertahi lalat di kelopak mata itu adalah Shinhye noona.  Seorang pekerja tetap di restoran ini dan merupakan pekerja yang paling lama sekali berkhidmat di sini. Dan tak lupa juga, dia adalah satu-satunya pekerja kepercayaan Tuan Kim. 

 

Aku tak pasti sama ada kabar angin itu benar atau pun hanya sekadar kabar angin yang ditiup dari mulut ke mulut...tapi apa yang pernah aku dengar, sebelum pemuda yang bernama Kim Soohyun itu menjadi playboy kehormat dan bersifat panas baran , dia pernah mencintai seorang gadis dengan setulus hatinya. Dan gadis itu adalah… Shinhye noona. Gadis yang bernama Park Shinhye ini adalah ex-girlfriendnya dan mereka hampir bertunang satu masa dahulu tapi takdir tidak menyebelahi jodoh mereka.  Hubungan mereka akhirnya terputus apabila keluarga Kim yang ternama itu tidak merestui dan memporak-perandakan hubungan mereka kerana perbezaan taraf.

 

Itulah sikap orang kaya...suka memandang rendah terhadap orang lain.

 

Aku lantas menoleh ke arah Shinhye noona yang telah pun berdiri di sebelahku itu. “Tak pe lah,akak.  Saya tak apa-apa …dan sekarang, saya dah sihat lepas makan ubat gastric tu. Lagipun ,ini memang kerja saya…takkan lah saya nak suruh akak buat untuk saya pulak.”

 

Dan tidak semena-mena, gadis itu memegang erat kedua-dua belah bahuku dan matanya memandang redup ke dalam mataku.

 

“Kim Jongin, akak mohon…untuk kali ini je…tolonglah dengar cakap akak . Please??  Pergi balik.  Nanti pandai-pandailah akak cakap dengan Tuan Kim. Lagipun akak tengok, muka kamu dari tadi pucat dan sejak kebelakangan ni, gastric  kamu seperti makin menjadi-jadi. Akak rasa lebih baik kamu pergi jumpa doktor. Periksa kesihatan kamu. “ Dahinya berkerut. Kedua-dua keningnya bercantum. Sepertinya…sudah lama dia memikirkan perkara ini dan hari ini,akhirnya…dia meluahkan kerisauannya padaku.

 

Aku hanya berdiam diri .

 

Entah kenapa…mulutku terkatup rapat.

 

Aku menyandarkan mop yang berada di tanganku itu ke dinding. Hembusan nafas berat keluar dari mulutku sebelum punggungku mendarat di atas anak tangga yang menghubungkan tingkat pertama dan tingkat  kedua restoran ini. 

 

Kemudian, aku membentangkan sapu tangan putih milikku itu di sebelah tempat aku duduk. Aku menepuk sekali sapu tangan itu sebagai isyarat agar Shinhye noona duduk di atasnya…di sebelahku. Sapu tangan itu sengaja aku letakkan...sebagai alas…kerana aku tidak mahu baju yang dipakai Shinhye noona menjadi kotor.

 

Wanita…harus dilayan dengan sehalus-halus layanan. Itulah prinsip hidupku.

 

Selang beberapa saat kemudian,Shinye akur dengan kemahuanku…dan dia kini,sedang duduk rapat di sisiku.

 

Aku mula membuka mulut . “Noona…”

 

“Ermm...”

 

“ *Nan gwaencanha. Jadi,akak tak perlu risaukan saya .” kataku sambil melukiskan potret senyuman di bibirku.

 

Mata gadis itu semakin redup…seredup awan hitam yang bila-bila masa sahaja akan menurunkan hujan. “Akak tak boleh lakukannya.  Akak tak boleh berhenti risaukan kamu dan memikirkan kamu selagi kamu masih hidup dan berada di hadapan mata akak. Jongin-ah…akak dah anggap kamu macam adik akak sendiri. Akak sayang kamu.”

 

Aku terharu mendengar kata-kata ikhlas dari mulut gadis itu. Itulah kali pertama aku mendengar sebuah ucapan sayang ditujukan buatku daripada seorang manusia yang sempurna …selepas aku mendengar ucapan itu buat kali pertama daripada Kyungsoo hyung.

 

Mata redupnya,aku tatap dengan penuh perasaan. “ Tapi macam mana kalau… esok saya mati? Adakah akak benar-benar...akan berhenti risaukan saya? Adakah…akak akan terus menyayangi saya? ”

 

Gadis itu kelihatan termangu mendengar pertanyaanku.  Rahangnya seperti jatuh menyembah lantai. Anak matanya dilarikan daripada terus menjadi tatapan mataku. Kini,dia memandang lurus ke hadapan tanpa sedikit pun menoleh ke arahku.

 

“ Nampaknya…kamu dah pandai cakap bukan-bukan sekarang.  Tak !  Kamu tak boleh mati ! Kamu baru berumur 19 tahun dan perjalanan hidup kamu masih panjang. Banyak lagi benda yang kamu harus terokai  dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik dan indah di dalam dunia ini yang belum kamu kunjungi . Jadi…”

 

Dia menoleh ke arahku dan menggenggam erat tanganku.

 

Air matanya mula bergenang.

 

“Jadi…akak nak kamu sentiasa sihat dan bersemangat untuk teruskan  hidup ini. Iya, memang hidup manusia penuh dengan pancaroba dan dugaan, lagi-lagi manusia seperti kita… yang selalu tidak disebelahi oleh takdir, tapi…kita sama-sekali tidak boleh cepat berputus asa kerana… takdir mungkin sedang menguji kita dan yakinlah, Tuhan akan memberi ganjaran yang istimewa terhadap usaha dan kesabaran kita.”

 

“ Wahh ! Akak ni macam Profesor Muhaya lah bila bercakap. Apa kata akak ganti dia? He! He ! He !” Aku ketawa mengekek walaupun di hati ini, aku sedang menangis.

 

“Aishh ! Budak ni…orang cakap serius … dia boleh main-main pulak.” Shinhye noona berpura-pura memarahiku sambil mengesat setitis air mata yang telah mengalir di pipinya .

 

Aku berhenti ketawa dan mula membalas genggaman tangannya.  “Jongin tak apa-apalah akak. Percayalah. Mungkin sebab kerja terlampau banyak sangat akhir-akhir ni, sampai Jongin terlupa nak makan...sebab tu gastric tu selalu menyerang.”

 

“Betul ni? Kamu tak apa-apa? Kamu...tak cuba rahsiakan apa-apa kan dari akak?”

 

Aku kembali tertawa perlahan. “ Rahsia? Saya mana ada rahsia. Kalau saya ada rahsia sekalipun, takkan lah saya nak bagitahu akak. Kalau saya beritahu, ianya bukan rahsia lagi. ”

 

“Jongin-ah….” Gadis itu mula merungut sambil memukul lembut lenganku. Wajahnya seperti seseorang yang dalam keadaan yang tidak tenteram. Mungkin dia masih takut kalau-kalau aku benar-benar menyimpan rahsia darinya.

 

Tapi…walau bagaimanapun ekspresi wajahnya, sama ada gembira, sedih, marah, cemberut…aku tetap sukakannya. Kerana setiap kali aku melihat wajahnya…rasa sunyi yang selalu menemani siang dan malamku akan  hilang…kerana  keindahan senyumannya, mulus pipinya ,bunyian merdu hembusan nafasnya dan tajam pandangan matanya akan membuatkan aku sedar  bahawa masih ada seorang insan yang sudi menyayangi anak yatim piatu sepertiku.

 

“ Akak tak payah risaukan sayalah. Saya pandai jaga kesihatan diri saya sendiri. Lagipun, saya dah pergi buat medical checkup hari tu.”

 

“Macam mana keputusannya? ” Mata gadis itu membulat memandangku. Nampak sangat dia tak sabar menunggu aku meneruskan bicara.

 

“Keputusannya…keputusannya…saya sihat. Saya sangat sihat macam yang akak dapat tengok sekarang.” kataku sambil menunjuk-nunjuk otot lengan lelakiku yang sado itu.

 

Sebelum aku…tersenyum pahit.

 

“Kalau macam tu,lega akak dengar. Tapi akak sarankan kamu berhentilah buat kerja part time dan tumpukan pada pelajaran kamu. Lagipun, exam kemasukan ke universiti dah dekatkan? Tentang mencari nafkah tu, kamu serahkan je la kepada ibu dan ayah kamu. Itu dah memang menjadi tanggungjawab mereka…membesarkan kamu dan abang kamu. Jadi, kamu tak perlu seksa diri kamu macam ni lagi. Pagi, petang, siang, malam belajar dan berkerja, kamu tak penat ke?”

 

Aku mengeluh. Air mataku bergenang kerana teringatkan arwah ibu dan ayah. Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar…dah 4 tahun ibu dan ayah pergi tinggalkan aku dan hyung sendirian. Rasanya seperti baru semalam, aku mendengar suara ibu dan ayah…memarahi aku.

 

“Penat tu memanglah penat,akak. Tapi saya mesti lakukannya juga. Kalau tak, siapa yang nak bagi hyung makan…siapa nak sekolahkan saya ?  Semua harta arwah ibu dan ayah dah lenyap dalam kebakaran tu. Duit di bank pula…separuh daripadanya telah digunakan untuk membayar hutang-piutang ayah dan separuh lagi …tidak boleh diusik.”

 

“Maksud kamu…ibu dan ayah kamu …dah meninggal? Mianhae, Jongin-ah. Akak betul-betul tak tahu.”

 

“Tak apa. Kejadian itu dah lama pun berlaku. Saya dah tak berapa ingat pun.” bohongku walaupun sebenarnya setiap perkara yang berlaku pada malam kejadian itu… masih segar di ingatanku.

 

Tak mungkin aku bisa melupakan peristiwa yang tergelap dalam hidupku itu, peristiwa yang membuatkan aku menjadi anak yatim piatu yang dipandang hina oleh segelintir masyarakat, peristiwa yang terjadi disebabkan oleh manusia yang paling aku benci dalam dunia ini !

 

 

 

 

 

Flashback

 

 

12.01 A.M ;  1 January 2001

 

Malam itu adalah malam tahun baru, ibu dan ayah sedang melayani Kyungsoo hyung menonton kartoon pororo kegemarannya di televisyen. Mereka bertiga bergelak ketawa bersama-sama tanpa langsung mempedulikan aku yang sedang berdiri seperti patung bernyawa di belakang mereka.

 

“Ibu...Jongin lapar.” kataku tapi ibu…ibu seperti tak mendengar kata-kataku. Mungkin bunyi televisyen yang kuat itu menenggelamkan suaraku. 

 

Aku akhirnya berputus asa dan dengan langkah yang longlai, aku menuju  ke dapur. Nampaknya, nasi lebihan dari makan malam tadi masih ada…cuma lauk sahaja yang sudah habis. Jadi, aku buat keputusan untuk menggoreng telur mata kerbau kerana itu sahajalah masakan yang aku reti untuk  sediakan.

 

Perlahan-lahan, aku mencurahkan minyak masak ke dalam pan yang berwarna merah di luarnya dan berwarna hitam di dalamnya itu. Dan sedang aku mencurahkannya dengan berhati-hati ,tanpa aku sengaja, minyak itu tertumpah sedikit ke lantai.

 

Perutku yang asyik berbunyi sejak tadi membuatkan aku tergesa-gesa memecahkan sebiji telur ke dalam pan yang telah aku tuangkan minyak tadi.

 

Aku tak tipu…aku benar-benar sangat lapar sekarang. Aku belum makan malam kerana aku tertidur ketika ibu,ayah dan hyung makan malam. Dan tanpa aku tahu kenapa, ibu tak mengejutkan aku,malah sekarang tiada secubit lauk pun yang ditinggalkan untuk ku.

 

Dan tiba-tiba, aku mendengar derapan langkah kaki seseorang sedang berlari memasuki dapur. Disaat aku menoleh,wajah hyung yang sedang tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang sedikit kekuningan itu kelihatan.

 

Aku hanya menjeling ke arahnya dan menyambung kerjaku yang terbengkalai kerana kehadirannya yang tak diundang itu.

 

“Jongin bu-bu-buat apa tuuu?” Dia bertanya dengan muka yang terlebih excited. Macamlah aku nak kongsi telur ni dengan dia. Tak hingin aku !

 

Dan lagi satu, dah habis ke rancangan kartoon pororo yang hodoh tu sampai dia kacau aku kat dapur ni ?

 

“ Haish. Kau menyibuk kenapa ha?! Pergilah tengok tv tu. ” tengkingku sambil memandangnya dengan penuh kebencian.

 

Tapi yang peliknya,walaupun aku memandangnya seperti itu, tapi Kyungsoo hyung tetap tersenyum ikhlas kepadaku. Dan itu yang membuatkan aku semakin membencinya.

 

Pemetik api yang sudah berada ditanganku,aku nyalakan. Tapi belum sempat aku mencucuhkan pemetik api itu pada dapur gas, bunyi dentuman seperti sesuatu yang jatuh berserta suara tangisan hyung tiba-tiba memenuhi ruang dapur.

 

Aku lantas menoleh dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat tubuh hyung tertiarap di atas lantai sehinggakan pemetik api yang masih menyala itu terlepas dari tanganku . Tanpa aku sedar, pemetik api yang aku tak sengaja lepaskan itu terjatuh betul-betul berhampiran dengan langsir tingkap.

 

Aku agak panik sekarang kerana tubuh hyung langsung tidak bergerak…hanya tangisannya sahaja yang kedengaran. Dan seketika, aku terlihat ada kesan minyak di kakinya. Alamak ! Hyung terjatuh sebab minyak yang aku tumpahkan tadi ke?

 

Pada ketika itu juga, dengan wajah yang kelam kabut…ibu dan ayah segera berlari ke ruang dapur apabila terdengar suara tangisan hyung.

 

Ibu terus mendapatkan hyung dan mengangkatnya bangun.

 

“ Sayang tak apa-apa? Ada luka ke? Bagitahu ibu, sakit kat mana?” Bertalu-talu pertanyaan keluar dari mulut ibu sambil tangannya ligat memeriksa setiap bahagian tubuh hyung…memastikan tiada luka atau kecederaan di tubuh anak kesayangannya itu.

 

Seketika, aku terdengar batinku ketawa. Ketawakan hyung yang jatuh kerana ulahku itu.

 

‘ Padan muka kau. Tak sia-sia aku tertumpahkan minyak tu tadi.’ Suara jahatku mula berkata-kata memenuhi dunia yang didiami iblis.

 

Tapi, batinku yang jahat itu tidak kekal lama. Perasaan cemburu, geram  dan kecewa menggantikannya…memenuhi ruang dadaku disaat melihat wajah panik ibu.

 

Kenapa …ibu tak pernah adil?

 

Kenapa… masa aku panggil ibu tadi, ibu langsung tak pedulikan aku…tapi… kenapa sekarang, ibu berlari mendapatkan hyung walaupun hyung langsung tidak memanggilnya ?

 

Kenapa ibu…kenapa?

 

“Ibu…” Aku kembali memanggil ibu. Berharap yang kali ini, ibu akan mempedulikanku dan sedar yang bukan hyung sahaja anak yang dia ada.

 

Aku juga anak ibu dan ayah !

 

 “Abang, apa kata kita bawa Kyungsoo ke klinik.  Saya takut kalau-kalau ada luka dalaman yang kita tak nampak.” Ibu masih  risaukan hyung yang masih menangis di dalam dakapan ibu.

 

“Ibu…” Buat kali kedua…aku terus cuba memanggil ibu.

 

Aku tak minta ibu peluk aku seperti ibu peluk hyung sekarang… aku hanya minta ibu pandang aku…pandang anak bongsunya ini ! Hanya itu !

 

“Sshh…dah  sayang. Jangan menangis lagi . Sikit je ni. Sekejap lagi,kita pergi klinik,buat check up…lepas tu, ibu akan belikan kyungsoo coklat. Kyungsoo suka coklat kan? ” Ibu…dia tersenyum sambil memujuk hyung. Dan ibu…langsung tidak menoleh ke arahku.

 

Sampai hati  ibu…

 

“Ibu!!!!!” Aku dah tiada pilihan lain. Aku menjerit sekuat hatiku sambil menyebut perkataan…ibu.

 

Dan pada ketika itu, barulah ibu dan ayah memandangku.

 

“Kenapa dengan kamu ni Jongin?! Menjerit tengah-tengah malam macam ni. Malulah sikit pada jiran. Ibu kamu ada kat depan mata kamu ni, tak perlulah kamu sampai menjerit untuk panggil dia.” Ayah akhirnya bersuara.

 

Dan seperti biasa…bersuara untuk memarahiku.

 

Iya,memang betul ibu ada di hadapan mataku tapi…aku tetap merasa yang ibu berada jauh dariku.

 

Seandainya ibu dan ayah tahu, aku dah memanggil ibu banyak kali. Tapi…dia langsung tak pedulikan aku. Macam aku ni tak wujud !

 

“ Ibu jahat ! Ibu dan ayah kejam!” jeritku dengan sepenuh perasaan. Dan pada saat itu, aku mula dapat merasakan yang penyakit gastrikku menyerang lagi.

 

“Kim Jongin !  Kenapa kamu sanggup cakap ibu dan ayah macam tu?!  Ayah tak pernah ajar kamu bersikap biadap macam ni! ” Muka ayah mula merah,nampaknya ayah betul-betul dah marah.

 

Biarkanlah…aku dah tak kisah.

 

“ Iya ! Ayah memang tak pernah ajar Jongin. Ibu pula tak pernah layan Jongin. Ibu dan ayah tak pernah tanya apa yang Jongin inginkan…dan tak pernah nak tanya apa yang jongin perlukan. Sedangkan setiap hari, Jongin tunggu dan terus menunggu…saat ibu dan ayah akan tanya jongin soalan itu macam ayah dan ibu orang lain lakukan. Dan... ibu dan ayah tahu apa makanan kegemaran Jongin? Ibu dan ayah pernah tahu apa kartoon yang Jongin suka? Pernah?”

 

Kedua-duanya senyap membisu. Memandang antara satu sama lain.

 

“Kenapa tak jawab? Jongin tanya ni…kenapa tak jawab? Sebab ibu dan ayah tak tahukan? Sebab ibu dan ayah sibuk melayan budak bodoh ni kan!! ”

 

Panggg!!

 

Aku... ditampar?

 

Oleh ayahku sendiri ?

 

Ya tuhan,peritnya.

 

“Kamu jangan pernah panggil abang kamu bodoh. Walaupun mindanya tak secerdik kamu, tapi dia tetap abang kamu…dan kamu kena hormat dan sayangkan dia.” Jari ayah tertuding tepat ke wajahku.

 

Ayah…dia sanggup menamparku kerana hyung?

 

“Kalau semua orang asyik sayangkan hyung…siapa yang akan sayangkan Jongin? Siapa yang akan layan Jongin kalau semua orang asyik layan dia!! “ jeritku sambil air mataku berjujuran keluar dari empangan mataku sehingga ada yang menitis ke lantai. Perutku aku pegang bila rasa mencucuk itu datang menyerang.

 

Aku kembali memandang ibu dan ayah dengan sayu.

 

“ Ibu…ayah…Jongin pun perlukan belaian manja dan kasih sayang dari ibu dan ayah, bukan hyung sorang je.” kataku dengan nada suara yang lemah dan perlahan.

 

“Jongin-ah,dengar cakap ibu. Berhentilah membicarakan dan mempersoalkan perkara-perkara yang tak penting dan kebudak-budakan macam tu? Kamu dan hyung kamu berbeza. Kamu fahamkan kata-kata ibu? ” Kini,giliran ibu pula bersuara. Wajah ibu tak setegang wajah ayah. Ibu masih mempamerkan wajah tenang miliknya. Dan hyung pula,telah tertidur pulas di dalam dakapan ibu.

 

“Apa?!  Kebudak-budakan? Tak penting? Kasih sayang terhadap Jongin tak penting bagi ibu dan ayah??” Aku seperti tidak percaya akan semua ini.

 

Pada waktu itu juga, aku rasa…lebih baik kalau aku mati je sekarang. Atau…lagi baik kalau aku tak dilahirkan langsung ke dunia ini.

 

Kewujudan aku tidak bermakna di hadapan ibu dan ayah…dan itu perkara yang membuatkan aku paling kecewa.

 

Aku berundur setapak demi setapak ke belakang. Pandanganku mula berpinar-pinar.

 

“Jongin-ah, bukan itu maksud ibu…kami sayangkan Jongin cuma...”

 

“Cukup !! Tolonglah ibu… tolong jangan cakap apa-apa lagi . Cukuplah. Jongin tak sanggup nak dengar apa-apa lagi. Jongin tahu, pada ibu dan ayah,anak kalian berdua hanya seorangkan…hanya hyungkan? Jongin…menyesal dilahirkan sebagai anak ibu dan ayah.” Dan disaat itu juga, telingaku tiba-tiba berdengung, aku tidak dapat mendengar apa-apa lagi dan seketika, aku terjerumus ke dalam dunia yang gelap.

 

Aku pengsan.

 

 

 

 

 

 

 

Apabila aku buka je mata, aku telah pun berada di hospital . Dan orang pertama yang aku dapat lihat adalah hyung.

 

Hanya hyung seorang.

 

Hyung sedang tersenyum kepadaku sambil duduk di sisi katil tempat aku terbaring pada ketika ini. Dan di tangannya, terdapat sebuah patung pororo yang dipegang erat.

 

Patung pororo pemberian ibu dan ayah pada ulang tahunnya pada tahun lepas.

 

Aku segera memandang ke sekeliling… cuba mencari susuk tubuh milik ibu dan ayah. Tapi ternyata… mereka tiada.

 

Mana ibu dan ayah?

 

Adakah mereka benar-benar tidak sayang padaku lagi?

 

 

 

 

 

 

 

Setelah beberapa hari di hospital,baru aku diberitahu yang ibu dan ayahku telah pun meninggal dunia dalam kebakaran rumah kami. Hanya aku dan hyung sahaja yang sempat diselamatkan.

 

Dan aku juga diberitahu bahawa… kebakaran itu berpunca daripada pemetik api yang tidak ditutup lalu membakar langsir dapur dan merebak ke seluruh rumah.

 

Dan itu bermakna… akulah orang yang patut dipersalahkan dalam kejadian itu.

 

 Akulah punca kebakaran itu berlaku !

 

Kalaulah malam itu,aku tidak tertidur dan makan bersama ibu dan ayah…kalaulah malam itu,aku tidak cepat berputus asa memanggil ibu lalu memberitahunya bahawa aku lapar…kalaulah pada malam itu, aku tidak mejejakkan kaki ke dapur untuk memasak…dan kalaulah pada malam itu, aku tidak menumpahkan minyak di atas lantai…adakah semua ini akan tetap berlaku?

 

Adakah ibu dan ayah akan tetap pergi meninggalkan kami ?

 

Aku terus memeluk hyung sambil menangis teresak-esak tatkala semua kebenaran itu terbentang di hadapanku. Dan hyung membalas pelukanku sambil tersenyum.

 

Dan sebenarnya, ada sesuatu yang aku tidak tahu pada malam itu.

 

Ibu…sebenarnya tidak melupakan aku. Dia ada meninggalkan lauk-pauk hidangan makan malam itu di dalam kabinet dapur. Cuma aku je yang tak mencari dan terus menuduh ibu macam-macam. Dan ibu tidak mengejutkan aku tidur pada malam itu bukan kerana dia tidak kisahkan aku… tapi dia kasihan dan tidak sampai hati untuk mengganggu tidur anaknya yang sangat lena  itu. Sebelum dia keluar dari biliku pada malam itu,dia mencium dahiku lalu menyelimutkan aku . Dan kerana kasih sayang dari seorang ibu itulah, tidurku setelah itu lebih selesa dan lebih lena dari sebelumnya.

 

“Jongin…menyesal dilahirkan sebagai anak ibu dan ayah!”

 

Kini, aku menyesal kerana meluahkan kata-kata itu.

 

 

Flashback end

 

 

 

 

Manusia  yang paling aku benci itu adalah… diriku sendiri.

 

Dan kerana aku takut menerima kenyataan itu, aku lemparkan kesalahanku itu kepada manusia yang tak salah apa-apa pun.

 

“Kalau betul kau sayangkan aku…kenapa kau rampas ibu dan ayah dari aku? Kenapa …kau bunuh mereka?”

 

Aku tak sepatutnya menggelar hyung pembunuh sedangkan pembunuh sebenar adalah …aku.

 

Seketika,aku terasa bahuku dipegang .

 

“Bersabarlah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.” Shinye noona mula memberi semangat kepadaku sambil tangannya masih di bahuku.

 

Aku hanya mengangguk sebagai memberi tindak balas terhadap kata-katanya.

 

Tapi sebenarnya…aku juga pernah terfikir seperti itu. Mungkin ada sebab semua ini terjadi. Mungkin Tuhan mahu  menyedarkan aku bahawa ibu dan ayah bukanlah seperti yang aku fikirkan…mereka menyayangi aku dan hyung sama rata…buktinya,mereka meminta anggota penyelamat menyelamatkan aku dan hyung dahulu sebelum menyelamatkan mereka dan kerana itulah mereka terkorban apabila satu letupan tiba-tiba berlaku di bahagian dapur, memusnahkan sebahagian daripada rumah kami itu.

 

Dan mungkin juga kejadian itu ditakirkan berlaku untuk merapatkan hubungan aku dan hyung ? Walaupun sampai sekarang…hubungan aku dengan dia tidak pernah rapat. Aku tidak pernah melayan dia seperti seorang abang atau menghormati dia seperti permintaan ayah.

 

“ Boleh akak tanya sesuatu? ” Shinhye noona mula bersuara kembali setelah kami berdua berdiam diri untuk beberapa minit...melayan perasaan masing-masing.

 

Aku tersenyum nipis. “Tanyalah. Apa?”

 

“Kenapa… separuh lagi duit di dalam bank itu… tak boleh diusik?” tanyanya ragu-ragu. Mungkin dia takut kalau-kalau pertanyaannya itu menyentuh soal peribadi.

 

Aku mengambil keputusan untuk tidak menjawab soalan itu dan terus bangun .

 

‘ Suatu hari nanti ,noona akan tahu. ’

 

 

 

BERSAMBUNG !

 

 


 

Author`s note :

saje nak share, kalau readers nak tau,inspirasi sy utk buat cite ni adalah drpd cite hello monster.

siapa tgk cite tu?

Sy suke bromance yg dipaparkan dlm cite tu !

Hyeon and min !

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Byun_Bacon99
#1
Chapter 9: bagusss TT TT cerita ni daebakk
baekki_kook #2
Chapter 9: Crita ni best... *tepuk tgn* great story :D
starlightkim_
#3
Chapter 9: Memang best gile cite ni..author mmg awesome..
hanah2212
#4
Chapter 9: Pergh pergh. Sedihhhhh T.T tak real x nangis punlah. Menciklah citer akk smua best best. Serius kalau baca komen jadi spoil tapi at least mcm tertnya-tnya gak ah kalau kyungsoo gi manaaaaaa. Haaaa daebak aa daebak!
JustMx #5
Chapter 9: Cite akk mmg gempak! Saye menangis beriya iya ingtkn kyungsoo mati rpenye tak nasib happy ending, cerite akk mmg best!
SWOL_JI88 #6
Chapter 9: Kyahh... aku iye² nangis tadi.. huhu xD happy endingla~~ Ingatkan sad ending.. huhuii.. apapun, ff ni mmg daebak. ;)
misz_dina #7
Chapter 9: Syukur...ingatkan Kyungsoo mati tadi.Nasib baik dua2nya selamat.memang dh rancang dari awl nk nangis kalau kyungsoo atau jongin mati.cter ni memang best + angst gila!*thumbs up*
yasminkhadijah
#8
Chapter 9: Wah..... I'm so happy