Perasaan

Moron

Kai POV

 

“Selamat datang ke KFC, cik nak pesan apa?”  Seperti biasa, aku melayan pelangganku dengan ramah dan sebuah senyuman aku ukirkan buatnya. Tapi tiada jawapan yang aku perolehi daripada pelanggan wanita yang sedang tertunduk dan menyembunyikan wajahnya itu.

 

Dia senyap seribu bahasa. Hanya deru nafasnya sahaja yang kedengaran.

 

Pelik, dia tak dengar ke apa yang aku cakap?

 

“ Cik…boleh saya tahu, cik nak pesan apa?” Aku cuba bertanya buat kali kedua dengan penuh sopan. Berharap yang pertanyaan aku kali ini akan dijawab olehnya. Tapi tetap seperti tadi…dia langsung  tidak menunjukkan apa-apa respons terhadap soalanku.

 

Apa masalah perempuan ni? Dia nak order ke tak?

 

Dan pada ketika itu juga, dia menanggalkan hoodie yang dipakainya dari kepala dan dia mula mengangkat kepalanya dengan perlahan-lahan. Dan disaat wajahnya menghiasi pandangan mataku, aku terlopong. Rahangku seperti hendak jatuh ke lantai.

 

Macam mana… dia boleh ada kat sini?

 

Susah untuk aku percaya …bahawa gadis yang berada di hadapan aku ini adalah seseorang yang aku kenal. Malah sangat aku kenal.

 

“Krystal, a-apa kau buat di sini?” tanyaku sedikit gugup. Sedaya upaya, aku cuba melarikan mataku dari bertembung dengan mata miliknya.

 

Tak sanggup rasanya…bertentang mata dengannya yang sedang mencerlung tajam ke arahku.

 

“Kenapa? Tak boleh ke aku datang ke restoran ini sebagai pelanggan? “

 

“Eh,bukan macam tu maksud aku. Cuma…” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Krystal sudah dulu memintas kata-kataku.

 

 “ Sepatutnya ,aku yang tanya kau…apa yang kau buat kat sini? Bukan ke selalunya …waktu ini kau akan pulang ke rumah untuk memberi hyung kau makan. Kenapa kau berada di sini pula?” Suaranya penuh dengan kesinisan.

 

Apa patut aku jawab ni? Apa alasan yang aku perlu berikan?

 

Dengan bibir yang sedikit terketar-ketar, aku mula membela diriku. “Aku…aku…”

 

“Kenapa? Kenapa kau tergagap-gagap? Atau kau takut...sebab rahsia yang kau simpan selama ini dah terbongkar?” Gadis itu mula meletakkan sikunya di atas kaunter sambil memandang tepat ke wajahku. Lagaknya seperti Ahlong yang datang untuk meminta hutang.

 

“Apa kau cakap ni? Aku tak ada rahsiakan apa-apa dari kaulah. Cuma belum tiba masanya untuk aku beritahu kau perkara sebenar. Aku harap kau faham.”

 

”Bila?! Bila masanya yang kau nak bagitahu aku?!” Mata gadis itu menjegil memandang aku.

 

Aku masih cuba bersikap setenang yang mungkin. Aku tidak mahu kalau pertengkaranku dengan Krystal akan mengakibatkan kekecohan di restoran ini.

 

“ Krystal,kau balik lah dulu . Nanti kita bincang yer.” Aku cuba menolak tubuhnya sedikit tetapi dia terus menepis tanganku dengan kasar.

 

“Tak! Aku takkan balik selagi kau tak jawab soalan aku ! Buat kali kedua aku tanya kau, bila masanya yang kau nak bagitahu aku yang kau bekerja kat sini?!”

 

Aku mengeluh. “ Apabila tiba masa yang sesuai  untuk aku ceritakan segalanya pada kau.”

 

“ Masa yang sesuai? Huh, alasan! Kau masih cuba nak berdalihkan? Baiklah,kalau itu yang kau mahukan,aku terpaksa melakukannya.”

 

Aku tak faham maksudnya…apa yang dia cuba lakukan?

 

Dengan tidak semena-mena , gadis itu terus memusingkan badannya membelakangkan aku dan berdiri menghadap para pelanggan restoran itu.

 

Dan seketika, tangannya ditudingkan tepat ke arahku. “Buat pengetahun puan dan tuan semua, pekerja lelaki ini adalah seorang pelajar. Dia masih belajar di Seowon High School dan dia bekerja di sini tanpa kebenaran daripada pihak sekolah.”  Pertama kali, aku mendengar suara Krystal selantang dan setegas itu.

 

 Semua yang berada di dalam restoran itu mula menunjukkan reaksi terkejut dan mereka mula berbisik sesama sendiri. Sementara aku… masih terpana dengan tindakan Krystal itu. Nampaknya…dia benar-benar tekad untuk mempermalukan aku seperti ini.

 

Tanpa berlengah, dan kerana takut kalau Krystal akan berbuat macam-macam lagi yang diluar dugaanku, aku terus merembat tangannya dan menariknya ke belakang restoran walaupun dia meronta supaya dilepaskan .

 

Aku akhirnya menolak gadis beruniform sekolah yang memakai sweater pink diluar seragam sekolahnya itu masuk ke dalam bilik persalinan staff yang berada di bahagian belakang restoran itu.

 

Pintu bilik itu aku kunci.

 

Sambil tangannya  masih di dalam peganganku, aku mencerlung memandangnya. Begitu juga dengan dia, dia turut mencerlung memandangku dengan mata yang mula berair. Masing-masing sedang menahan api kemarahan yang sedang meluap-luap di dalam diri masing-masing.

 

Api yang boleh membakar diri kami sendiri.

 

Gadis itu mula meronta kembali. “Lepaskan tangan aku. Sakit tahu tak?!!”

 

Aku yang tak sampai hati mula melepaskan tangannya. Mungkin dengan tidak sengaja, aku terpegang tangannya dengan kuat sehinggakan terdapat kesan merah di kulitnya, kesan dari peganganku itu.

 

Aku menghembuskan nafas berat supaya dapat mententeramkan semula jiwaku sebelum mula bersuara.

 

“Macam mana kau tahu aku kerja kat sini ?”

 

“ Macam mana dan dari mana aku tahu itu tak penting, yang penting sekarang ni adalah…kenapa kau sanggup rahsiakan semua ni dari aku? Aku langsung tak bermakna ke dalam hidup kau? Dan kau sedar tak yang kau dah tipu pihak sekolah?  Kalau pihak sekolah dapat tahu,kau akan di…”

 

“Aku tahu !” Aku segera memotong kata-katanya. “Dan sebab itulah aku rahsiakannya. Tapi apa yang kau lakukan tadi dah musnahkan segalanya…kau buka rahsia aku yang selama ini aku pertahankan dengan susah-payah…dan kau dah khianati aku. Kau bagitahu semua orang kat luar tu tentang siapa aku yang sebenarnya . Kau puas? Atau kau sebenarnya…memang nak tengok aku dibuang sekolah dan tak berpelajaran seperti Kyungsoo hyung?!! ”

 

Paaanggg!!!

 

Perit terasa di wajahku kerana ditampar oleh gadis itu…tapi perit lagi hatiku kerana dikhianati oleh kawan baik sendiri.

 

Krystal seperti tidak mahu mengalah. “Huh? Aku khianati kau? Kau yang khianati aku ! Kau khianati persahabatan kita bertiga yang selama ini kita bina. Kau rahsiakan semua ni daripada aku dan buat aku kelihatan macam orang bodoh ! Langsung tak tahu yang sahabatnya sedang menderita dan langsung tak tahu yang sahabatnya perlukan bantuan. Sampai hati kaukan??”

 

“ Siapa kata aku perlukan bantuan? Tak . Aku tak perlukan bantuan sesiapa pun untuk menyara aku dan Kyungsoo hyung. Selagi tulang empat kerat aku ni masih berfungsi dan boleh digunakan untuk bekerja, aku akan lakukan apa sahaja demi meneruskan kehidupan aku dan hyung, walaupun aku terpaksa jadi hamba sekalipun.  Aku takkan sekali-kali mengemis untuk dapatkan sesuap nasi. Jadi, kau tak perlu risau, aku tak perlukan bantuan kau. “ kataku dengan suara yang mendatar. Wajahnya ku pandang dengan pandangan kosong.

 

“Huh! Begitu sombong jejaka di hadapan aku ini ! Aku menyesal …kerana begitu membimbangkan manusia yang sombong seperti kau ni. Baiklah, kalau itu yang kau mahukan …mulai detik ini, aku takkan pernah pedulikan kau lagi. Sama ada kau hidup atau mati, itu bukan urusan aku lagi. Aku pergi dulu.”

 

Krystal mula melangkah untuk pergi , tapi aku cepat-cepat mencapai tangannya. Dan tindakan aku itu membuatkan langkah gadis itu terhenti.  Tanpa  memandang wajahnya, aku mula mengutarakan soalan yang bersarang di benakku sejak tadi. Dan aku tak boleh biarkan dia pergi,sebelum aku mendapat jawapannya.  “ Kau tak jawab lagi pertanyaan aku, macam mana kau tahu aku bekerja di sini? Tiada sesiapa pun yang tahu kecuali aku dan… Cakaman! Atau jangan-jangan...Kyungsoo hyung yang bagitahu kau? ”

 

Aku hanya mendengar keluhan yang keluar dari mulut gadis itu tanpa sebarang jawapan yang aku inginkan.  Dan kerana dia hanya berdiam diri, itu membuatkan darahku mula naik.

 

Aku merentap tubuhnya dan memusingkannya menghadap aku. “Aku tanya jawablah!!! ” tengkingku dengan sangat kuat sehinggakan Krystal  terduduk di salah satu bangku di situ akibat terkejut dengan tengkinganku yang seperti hali-lintar membelah bumi itu.

 

Mukanya pucat . Mungkin dia takut denganku.

 

Perasaan bersalah mula menular di dalam diri. Aku tak sepatutnya menengking dia sampai begitu sekali. Aku sepatutnya dapat mengawal amarahku.

 

Aku akhirnya melutut di hadapannya dan wajahnya yang putih bak salji itu, aku jadikan tatapan mataku. “ Mianhae,Krystal. Aku tak sengaja tinggikan suara aku pada kau. Aku cuma geram sebab kau tak jawab soalan aku.”

 

Kini,giliran dia pula menjadikan wajahku sebagai tatapan matanya. “ Huh! Kau geram sebab aku tak jawab soalan kau? Kau hilang sabar bila aku tak menjawab soalan yang kau berikan pada aku yang tak sampai seminit tu? Jadi,aku nak tanya…macam mana pula dengan aku? Kau tak rasa ke, orang yang sepatutnya hilang sabar itu…adalah aku bukan kau. Aku yang sepatutnya geram, aku yang sepatutnya rasa marah…sebab kau tak pernah jawab soalan aku yang aku berikan pada kau 4 tahun dahulu. Setiap tahun, setiap hari, setiap saat…aku menantikan jawapan kau.  4 tahun … 4 tahun,Jongin!  Ianya bukan jangka masa yang sekejap…tapi aku tetap bersabar menunggu dan berharap … yang satu hari nanti, aku akan dapat mendengar jawapan yang aku inginkan dari mulut kau.” Air mata gadis itu mula mengalir menuruni pipinya lalu mengalir di lehernya.

 

“Mianhae...” Itu sahaja yang keluar dari mulutku. Aku mula menundukkan  wajahku.

 

“Aku tak perlukan kata maaf dari kau kerana bukan kata-kata maaf itu yang aku inginkan. Kenapa? Rumit sangat ke soalan aku? Susah sangat ke kau nak jawab soalan aku tu?” Krystal mula meninggikan suaranya.

 

“Hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main,Krystal. Cinta …bukan dicipta untuk dipaksa.”

 

“Ohh…jadi, selama ini…kau ingat perasaan aku pada kau adalah main-main?” Suara gadis itu mula mengendur…tidak setegang tadi.

 

“Mianhae.” Sekali lagi, kata maaf itu meniti di bibirku.

 

Krystal menyapu air mata di pipinya dengan rakus. “Baiklah…aku akan ambil itu sebagai jawapan . Walaupun jawapan itu sangat menyakitkan buat aku tapi aku terpaksa menerimanya kan? Cinta...bukan dicipta untuk dipaksa. Huh ! Nampaknya, penantian aku dah berakhir. Pertanyaan aku 4 tahun yang lalu ‘adakah kau menyukai aku’, akhirnya, aku dah dapat jawapannya. Walaupun jawapannya adalah ‘tidak’…tapi aku tetap ingin berterima kasih pada kau,Jongin …sebab kau tak biarkan aku menunggu lebih lama lagi.”

 

“ Mianhae...” Tanpa aku sedar, kata maaf itu tidak henti-henti meniti di bibirku.

 

“Kan aku dah cakap, aku tak perlukan kata maaf dari kau. Kau buatkan aku rasa kasihan terhadap diri aku sendiri bila kau terus-terusan meminta maaf seperti itu. Jadi, berhentilah dari mengucapkan kata maaf itu.” rayu Krystal.

 

“Mianhae...” Seperti langsung tidak mendengar rayuannya, aku masih menyebut perkataan maaf itu.

 

“Huh! Lelaki jahat.  “ Krytal kemudiannya cuba tersenyum walaupun aku tahu batinnya masih menangis. “Jongin ah, terima kasih kerana beri aku masa ,ruang dan peluang untuk menunggu , menyukai dan mencintai kau. Dan demi kebaikan kita bersama…mulai sekarang, aku akan melupakan kau. Aku akan cuba lupakan segala-galanya tentang kau termasuk cinta aku pada kau. Cuma satu je permintaan terakhir aku, jangan pernah marahkan Kyungsoo lagi. Memang betul, kau pernah membenci dia…kerana manusia  yang tidak sempurna sepertinya tidak boleh lari dari menyusahkan kita dan membuatkan kita rasa marah…tapi kau masih ingatkan kata-katanya 4 tahun yang lalu?”

 

“Walaupun kita tak suka atau benci pada sesuatu atau  seseorang tu…itu bukan bermakna, kita boleh buang dia macam yang kita mahukan. Mungkin kita tak suka dia sekarang, tapi itu tak bermakna kita akan terus membencinya. Mungkin dia akan menjadi sesuatu yang kita paling sayang …satu hari nanti.”

 

 

Aku hanya mengangguk.

 

Iya, aku mengingati dengan jelas setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya pada hari itu.

 

Iya, kini aku sedar…kata-katanya itu memang benar. Kerana orang yang aku benci suatu masa dahulu… kini telah menjadi seseorang yang istimewa dan paling aku sayang dalam hidupku .

 

‘ Hyung…Jongin sayang hyung.’

 

 “ Baguslah…kau masih ingat. Jadi, aku nak kau jaga Kyungsoo oppa baik-baik, selalu berada di sisi dia dalam susah atau senang dan menyayangi dia sepenuh hati kau.  Kerana dia satu-satunya abang kau. Abang kandung kau. Darah daging kau.”

 

Dan setelah menghabiskan kata-katanya, Krystal terus bangun dari duduknya  dan tanpa memandangku lagi,dia terus keluar dari bilik ini …meninggalkan aku yang sedang melutut kaku.

 

“Krystal...seandainya kau tahu, masaku dah suntuk untuk melakukan semua itu. Aku dah tak mampu menjaganya dan berada di sisinya lagi…kerana bila-bila masa sahaja maut akan datang menjemputku. Tapi satu je yang aku boleh janjikan pada kau,  aku akan menyayangi Kyungsoo hyung sepenuh hati aku buat selama-lamanya. Dan aku harap… bila aku dah tiada nanti, hyung akan hidup bahagia, hidup seperti manusia normal yang lain…bergurau senda , berbual mesra dan menjadi dewasa tanpa aku disisinya. Barulah aku tak rasa bersalah, walaupun aku terpaksa meninggalkannya …seperti arwah ayah dan ibu.”

 

Air mata yang bergenang di tubir mataku sejak tadi…mula tumpah. Entah kenapa,aku terasa ingin menangis sepuas-puasnya. Esakanku mula bermaharajalela sehinggakan bahuku terhinjut-hinjut menahan esakanku itu.

 

Dan tiba-tiba, rasa sakit itu kembali menyerang . Rasa sakit itu seperti sebilah pisau yang tajam sedang menyiat-nyiat setiap kulit-kulit badanku dengan rakus. Dan kemudian, dijiruskan dengan air panas.

 

Ya,Tuhan…sakitnya.

 

Air mataku yang mengalir sejak tadi masih belum berhenti sehinggakan aku sudah tidak tahu…adakah air mata ini mengalir kerana kesedihan ataupun kesakitan.

 

Aku cuba memegang kerusi di hadapanku ini untuk bangun dan mengambil ubatku, tapi malangnya kerusi itu tidak dapat menampung berat badanku dan ia juga terjatuh bersama badanku ke lantai.

 

Aku mengerang kesakitan sambil terbaring sendirian di dalam bilik yang kosong itu. Perutku aku tekan untuk menahan kesakitan yang sedang menjajah diriku tapi ianya tidak membuahkan hasil. Sakitku langsung tidak berkurang sedikit pun.

 

Peluh dingin mula mengalir di dahi dan seluruh wajahku. Tubuhku mula menggeletar dan nafasku mula tercungap-cungap. Dan akhirnya, aku perlahan-lahan memejamkan mataku dan bermula saat itu, aku sudah tidak sedarkan diri lagi.

 

Mungkin…inilah pengakhiranku.

 

 

 

 


 

 

Kyungsoo POV

 

 

Aku menatap patung yang dibaiki Jongin dan kertas-kertas kecil yang ditinggalkan olehnya pagi tadi silih berganti sambil menunggu kepulangannya di luar rumah.

 

“Apa yang Jongin tu-tulis agaknya yer, a-a-aku teringin sa-sa-sangat nak tahu.” Aku menggumam dalam kepekatan malam.

 

Seketika, aku mendongak melihat ke langit hitam. Langit malam yang cerah oleh cahaya bulan dan bintang.

 

“ Cantiknya…” Aku seperti terpukau.  Anak mataku tidak beralih dari terus melihat keindahan langit malam ciptaan ilahi.

 

Dan seketika, aku tersenyum gembira apabila aku dapat melihat wajah Jongin sedang tersenyum yang terbentuk oleh bintang-bintang yang bertaburan di dada langit .

 

“Jongin…a-a-adikku. ” Aku turut membalas senyumannya dan seketika wajahnya yang aku dapat lihat di dada langit tadi, tiba-tiba menghilang,

 

Aku terkejut.

 

“Ma-mana Jongin pergi?” Aku cuba memandang ke serata langit, tapi wajahnya tetap tidak dapat aku temui.

 

Akhirnya …aku berputus asa.

 

Dan memandang patung itu kembali.

 

“Patung…ma-ma-mana Jongin? Ke-ke-kenapa dia tak ba-balik lagi? Kyungsoo lapar...” gumamku pada patung yang tidak bernyawa itu.

 

Dengan perut yang semakin rancak berbunyi…aku terus menunggu kepulangan Jongin di luar rumah sambil ditemani angin musim luruh yang bertiup dan membuatkan bulu romaku menegak kerana kedinginannya.

 

Tunggu… dan terus menunggu.

 

Jongin…kenapa dia belum pulang agaknya yer? Selalunya waktu sekarang dia sudah pulang sambil membawakan aku makanan lebihan dari restoran.

 

Jongin…kenapa dia masih belum pulang agaknya yer? Selalunya waktu sekarang dia sudah berada di rumah, menemani dan meleteriku.

 

Jongin…buat pertama kalinya, seperti ada satu perasaan menyelinap ke dalam jiwaku. Aku tidak tahu apakah perasaan itu tapi yang aku pasti, aku tidak menyukai perasaan itu. Perasaan itu membuatkan aku seperti susah untuk bernafas dan juga membuatkan aku seperti ingin menangis tanpa tahu apa sebabnya.

 

“Jongin-ah, pu-pulanglah. Jebal. “

 

 

 


 

10 Tahun kemudian...

 

 

 

 

 

BERSAMBUNG !

 

 

 

 


Author`s note:

Next chapter is the LAST CHAPTER !

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Byun_Bacon99
#1
Chapter 9: bagusss TT TT cerita ni daebakk
baekki_kook #2
Chapter 9: Crita ni best... *tepuk tgn* great story :D
starlightkim_
#3
Chapter 9: Memang best gile cite ni..author mmg awesome..
hanah2212
#4
Chapter 9: Pergh pergh. Sedihhhhh T.T tak real x nangis punlah. Menciklah citer akk smua best best. Serius kalau baca komen jadi spoil tapi at least mcm tertnya-tnya gak ah kalau kyungsoo gi manaaaaaa. Haaaa daebak aa daebak!
JustMx #5
Chapter 9: Cite akk mmg gempak! Saye menangis beriya iya ingtkn kyungsoo mati rpenye tak nasib happy ending, cerite akk mmg best!
SWOL_JI88 #6
Chapter 9: Kyahh... aku iye² nangis tadi.. huhu xD happy endingla~~ Ingatkan sad ending.. huhuii.. apapun, ff ni mmg daebak. ;)
misz_dina #7
Chapter 9: Syukur...ingatkan Kyungsoo mati tadi.Nasib baik dua2nya selamat.memang dh rancang dari awl nk nangis kalau kyungsoo atau jongin mati.cter ni memang best + angst gila!*thumbs up*
yasminkhadijah
#8
Chapter 9: Wah..... I'm so happy