Hilang

Moron

Kai POV

 

Tuk ! Tuk !  Tuk !

 

Perlahan-lahan, pintu kaca yang bersifat lut cahaya itu aku ketuk beberapa kali.

 

Seketika, aku terdengar suara seseorang dari dalam bilik tersebut. “Masuk.”

 

Setelah mendapat kebenaran untuk masuk, aku segera menolak daun pintu itu .

 

“Ada apa Tuan Kim panggil saya?” tanyaku dengan sopan sambil bebola mataku bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan mengikut pergerakan pen  yang berpusing-pusing di tangan pemuda kacak yang bernama Kim Soo Hyun itu.

 

Secara jujurnya…aku tidak berapa mengenali pemuda yang berstatus anak Tan Sri ini. Yang aku tahu…dia adalah majikan di tempat aku bekerja.

 

Cuma…aku tidak dapat lari dari mendengar umpatan pekerja-pekerja wanita di sini yang asyik menjadikan pemuda kacak ini sebagai topik perbualan mereka setiap kali waktu rehat. Kata mereka, pemuda di hadapan aku ini adalah playboy kehormat, kaki clubbing dan yang paling teruk, ada yang cakap dia sudah mempunyai empat orang isteri…dan semuanya adalah janda-janda kaya yang berumur lebih tua daripadanya.

 

Tapi aku tidak mahu mempercayainya seratus-peratus. Mungkin pekerja-pekerja wanita itu yang sengaja mereka-reka cerita itu kerana meluat dengan sikap boss kami ini yang panas baran. Tapi memang betul pun…part banas baran tu aku setuju ! He ! He ! He !

 

Kalau nak ikutkan empat tahun pengalaman aku bekerja di beberapa tempat yang berlainan, aku rasa… Kim Soo Hyun adalah majikan yang paling kejam sekali yang pernah aku jumpa. Sikap panas barannya mengalahkan mak nenek ! Mana taknya, dia akan memotong gaji pekerjanya dengan sesuka hati jika pekerjanya itu datang lambat ke kerja walaupun seminit. Tak bertimbang rasa langsung! Bukannya dia nak tanya kenapa pekerja itu masuk lambat dan dengar penjelasan pekerja itu dulu…yang dia tahu setiap pekerja harus datang kerja on time dan mengikut peraturan yang telah termaktub dalam surat perjanjian antara pekerja dan majikan yang telah dipersetujui bersama.

 

“Kenapa kau pandang aku macam tu?” Lamunanku seperti burung-burung yang berterbangan dari sangkar apabila suara garau milik pemuda itu mendarat di gegendang telingaku. Aku betul-betul tak sedar… rupa-rupanya sejak tadi, aku memandang  majikanku itu tanpa berkelip sambil otakku memikirkan perihal hidupnya yang tidak bersangkut-paut denganku itu.

 

Aku segera menundukkan kepalaku .

 

“ *Jeoseonghamnida ! Jeongmal  jeoseonghamnida ! ” Aku meminta maaf dengan bersungguh-sunggguh.

 

“Sudahlah ! Sebenarnya, tujuan aku paggil kau ke mari adalah berkenaan dengan kejadian tadi. Macam mana kau boleh cuai sangat ha?! Kerja paling senang pun kau tak boleh buat degan baik?! Aku bukan suruh kau bina bangunan, kerja kau hanya mop lantai. Itu pun jadi masalah?” Wajah lelaki itu sudah mula kemerah-merahan dek kerana menahan marah. Nampaknya kejadian petang tadi itu sudah sampai ke pengetahuannya. Oleh itu, aku kena bersedia untuk menerima segala kemungkinan.

 

Aku mula menundukkan wajahku. “Maaf,tuan. Saya tak sihat sikit tadi.” kataku jujur dan nasib baiklah sakit itu telah hilang disaat tubuhku dipeluk oleh anak kecil yang bernama Taehyung itu.

 

“Alasan! Macamlah kau tu ada penyakit yang boleh bawak mati. Dan kalau kau sakit nak mati sekalipun, itu tak ada kena mengena dengan aku ataupun restoran ni. Kau tu… hanyalah pekerja aku yang boleh aku buang bila-bila masa sahaja yang aku mahu. Sekarang pun, kalau aku nak, aku boleh halau kau keluar dari restoran ni …persis macam anjing kurap . Kau sanggup ? ”Senyuman jahat mula terpamer di wajahnya.

 

“Aku bukan ibu… dan aku juga bukan ayah… yang boleh bersabar dengan sikap bodoh dan kebudak-budakan kau tu,faham?! Jangan sampai aku halau kau keluar dari rumah ni macam anjing kurap .”

 

 

Ya Tuhan, inikah balasan yang kau berikan padaku?

 

Adakah ini hukumanku?

 

Bibirku mula menggeletar.  Mataku juga turut memanas.

 

Tiba-tiba, beberapa helai kertas putih yang telah dicetakkan tulisan dakwat hitam itu dilemparkan ke arahku dan tepat mengenai wajahku. Dan kerana aku tidak menyambutnya…kertas-kertas itu berterbangan di udara sebelum ianya bertaburan di atas lantai.  “Untuk pengetahuan  kau , kertas-kertas itu adalah fax yang baru aku dapat sebentar tadi. Walaupun aku tak tahu apa sebabnya, tapi nasib baiklah ayah dengan ibu budak lelaki itu menarik balik saman mereka terhadap restoran ni…kalau tak,siapa yang nak bertanggungjawab? Kau ? Pengemis macam kau ni… ada ke duit nak bayar ganti rugi tu? Huh ! Makan pun makanan lebihan restoran ni.”

 

Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya kedengaran sangat angkuh dan lelaki ini seperti sedang cuba untuk bermain-main dengan kesabaranku.

 

Tapi dia harus ingat, kesabaran seorang manusia ada hadnya. Ianya sama seperti pemanduan di jalan raya… jika kita melebihi had yang ditetapkan, padah yang kita akan terima.

 

Aku mula menggenggam erat buku lima dengan menggunakan tangan kananku sehingga kelihatan urat-urat hijau yang timbul pada kulit tanganku itu.  Kalau tak disebabkan dia ni majikan aku… dah lama aku tumbuk muka dia ni. Biar rongak semua gigi ! Biar keempat-empat bini dia tu lari lintang pukang bila tengok muka dia ! Geram !

 

Tapi…ada betulnya juga kata-kata pemuda itu.  Aku memang tiada duit sebanyak yang dia ada. Setiap malam, aku hanya makan makanan lebihan restoran ini , dan kalau tiada makanan yang lebih pada hari itu, aku akan mengikat perut dan berlapar sehingga ke pagi kerana duit yang ada hanya cukup untuk memberi hyung makan dan membayar yuran sekolahku.  Aku sedar…nasib aku tak seberuntung pemuda yang  sedang tersenyum sinis di hadapanku ini . Dia mempunyai harta dan segalanya…sedangkan aku, satu-satunya harta yang aku miliki di dunia ini adalah seorang abang…abang yang akan menungguku pulang setiap malam. Walaupun realiti kehidupan kami berdua sangat berbeza seperti langit nan biru dengan bumi  nan hijau… tapi dia tetap tak perlu hina aku sampai begitu sekali !

 

Sedangkan orang yang tidak sempurna pun ada perasaan , inikan pula manusia biasa seperti aku.

 

Aku menarik nafas …mengisi peparuku dengan udara yang baru. Aku harus bersabar dan memendamkan sahaja kemarahanku itu. Aku tidak mungkin dapat melawannya.

 

Dan serentak itu,dengan minda yang waras…aku rebahkan kedua-dua belah lututku ke lantai.

 

Sambil melutut di hadapan tubuhnya yang sedang berdiri,dengan menjatuhkan maruah ku sendiri…aku kembali menagih kemaafannya.  “Sekali lagi, saya betul-betul minta maaf. Saya janji …lepas ni saya akan buat kerja dengan lebih berhati-hati.”

 

Dia… tersenyum puas apabila melihat aku telah tunduk dan mengaku kalah padanya. Tapi kemudian, dia kembali tersenyum sinis .

 

Sepertinya …dia tidak berapa mempercayaiku.

 

Dan sepertinya… dia tidak menyukaiku.

 

Tapi kenapa?

 

Dia akhirnya merebahkan punggungnya dengan selesa di atas sofa empuk berwarna merah hati yang terletak di sudut kanan bilik itu. “Baiklah,kali ini aku lepaskan kau…tapi ingat, kalau kau masih melakukan kesalahan yang sama atau melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan reputasi restoran ini seperti tadi, aku takkan teragak-agak untuk pecat kau dari kerja ini,faham?! ”

 

“Faham,tuan.”

 

“Baiklah, kau boleh keluar dari bilik aku sekarang.” Dia membuat isyarat menyuruh aku keluar dengan menggunakan tangannya.

 

Aku bangun daripada terus melutut dan kemudian membongkokkan badanku 90 darjah sebelum berpaling.

 

“Nanti dulu.”

 

Haish…ada apa lagi?

 

Dengan terpaksa, aku kembali memusingkan badanku menghadap pemuda yang sedang duduk sambil menyilangkan kakinya itu.

 

“Aku ada sesuatu nak tanya kau dan kau kena jawab dengan jujur.”  Wajahnya sudah tidak sebengis tadi, tapi riak wajahnya sekarang membuatkan aku merasa ada sesuatu yang tak kena.

 

“Tanya apa,tuan?” Aku masih berlagak tenang walaupun hati aku mula resah.  Aku dapat merasakan yang soalannya itu bukanlah soalan yang biasa.

 

Dia tiba-tiba bangun dari duduknya dan berjalan menghampiri tingkap kaca lutsinar yang berada di dinding utama bilik itu.  Dan dari tingkap itu, suasana bandaraya Seoul yang pesat membangun itu dapat dilihat.

 

“Aku ada dengar khabar angin yang mengatakan kau mempunyai seorang abang kandung yang terencat akal. Betul ke?”

 

Aku dah agak ! Soalan itu bukan soalan biasa. Ianya merupakan soalan yang menentukan siapa aku sebenarnya dan hala tuju hidupku.

 

Patutkah aku mengaku?

 

Atau…

 

Patutkah aku terus menyembunyikan kewujudan abangku itu?

 

Aku menelan air liurku dengan susah payah sebelum akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menjawab soalan itu.

 

“Iya. Lelaki yang menghidap Moron itu abang saya. Nama dia Kyungsoo.” Itulah pilihanku,memberitahu kebenaran yang selama ini aku cuba sorokkan.

 

“Huh! Tak sangka, selama ini budak mentah macam kau ni dah berjaya membohongi aku.” Dia tiba-tiba ketawa berdekah-dekah. Mungkin mentertawakan dirinya sendiri?

 

“Ohh, patutlah saya nampak tuan macam tak suka saya. Tapi tuan dah salah faham. Saya tak pernah membohongi tuan. ”

 

“ Huh! Tak bohong kau cakap? Buat pengetahuan kau, merahsiakan hal sebenar itu sama dengan menipu!  Dan kau dah tipu aku dengan menyembunyikan identiti ahli keluarga kau yang sebenar.”

 

“Maaf tuan,tapi kalau ikutkan peraturan kerja yang telah termaktub dalam surat pejanjian yang tuan agung-agungkan sangat tu ...tiada dinyatakan yang saya perlu bagitahu semua perihal tentang ahli keluarga saya pada tuan.” Aku mula memberanikan diri untuk membidas kata-katanya.

 

Mungkin kesabaranku sudah melintasi hadnya.

 

“Huh ! Iya. Memang betul kata kau tu. Peraturan itu tak salah…tapi ianya boleh berubah mengikut keadaan. Kami tidak letakkan perihal keluarga dalam peraturan kerana semua orang tahu, keluarga tidak mempengaruhi pekerjaan sebagai pelayan di sini...tapi itu hanya bagi keluarga biasa...keluarga yang sempurna mentalnya. Dan seperti yang kita berdua sedia maklum, situasi kau adalah berbeza. Kau mempunyai seorang abang yang mempunyai kecacatan mental dan ibu bapa kau pula telah meninggal dunia dan kau terpaksa menanggung keluarga kau walaupun masih belajar…itu masalahnya ! Kau rasa…ada ke majikan dalam dunia ini nak ambil adik kepada orang gila dan berpenyakit mental menjadi pekerja mereka? ”

 

Berderau darahku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut manusia yang berhati busuk ini. Nafasku mula tidak teratur. “Heyy…jaga sikit mulut tu !  Abang aku memang cacat…dia memang dilahirkan tak sempurna macam kita…tapi dia bukan orang gila atau berpenyakit mental macam yang tuan cakapkan !”

 

Tanpa sedar,aku menukarkan kata ganti diri pertama itu daripada ‘saya’ kepada ‘aku’.

 

“Iya,betul cakap kau tu. Dan disebabkan itulah,ianya tidak boleh dipandang remah. Kecacatan mental abang kau bermula semenjak dia lahir lagi dan kau tak takut, entah-entah, kau pun sama…sama-sama bodoh macam abang kau!” Suaranya sengaja ditinggikan di akhir ayatnya.

 

Dia dah melampau !

 

Aku menggigit bibir bawah ku sekuat hati tanpa aku sedar, bibirku pecah dan berdarah. Tapi aku langsung tidak merasa pedih atau sakit kerana pada saat ini, perasaan geramku terhadap tomahan yang dilemparkan lelaki ini melebihi segalanya .

 

Patutkah aku menamatkan riwayat lelaki ini sekarang?

 

Tanpa aku tahu dari mana aku dapat keberanian, aku mencekak kolar baju majikan aku itu dan menarik tubuhnya mendekati tubuhku.

 

Kini, jarak antara wajah kami hanya seinci.

 

“Maaf tuan,aku memang dah tak boleh bersabar lagi dengan sikap kau. Kau boleh hina dan caci aku seteruk dan sebanyak mana pun yang kau mahukan, aku tak kisah…aku boleh telan semua tomahan tu walaupun ianya sangat perit bagi aku tapi …kau tak ada hak untuk cakap apa-apa pun tentang abang aku! Dia satu-satunya abang aku…dan aku akan lindungi dia walau terpaksa jadi pembunuh sekalipun.” bisik ku di telinganya dengan nada yang sangat halus tapi cukup untuk membuatkan majikanku itu ketakutan.

 

Aku melepaskan kolar bajunya dengan kasar sehingga tubuhnya terdorong ke belakang.

 

Aku menjeling lelaki yang sudah berwajah pusat lesi itu. Penakut rupanya ! Panas baran konon !

 

Tanpa menunggu lebih lama lagi, aku terus  keluar dari bilik itu.

 

Aku tidak kuat untuk berada lebih lama lagi di dalam bilik itu. Berada di dalam bilik bersama dengan manusia seperti Kim Soo Hyun itu,hanya membuatkan aku susah untuk bernafas.  Alat penghawa dingin yang dipasangkan di dalam bilik itu seperti tidak berfungsi  terhadapku... aku tetap berasa panas dan keringatku juga memancut-mancut keluar dari liang roma di wajahku.

 

 Aku tersandar pada dinding kaca yang bersebelahan dengan bilik Kim Soohyun tadi. Perlahan-lahan ,aku menutup kedua-dua kelopak mataku.

 

Seketika,aku cuba membayangkan wajah Kyungsoo hyung yang sedang tersenyum. Tapi semua bayangan yang hadir di hadapan mata mindaku kini adalah bayangan wajah hyung pada 4 yang lalu.

 

Dan adakah itu bermakna, senyuman ceria milik hyung telah hilang sejak dia berada di dalam jagaanku?

 

Untuk kesekian kalinya…

 

‘Jongin minta maaf,hyung.’

 

 

 

 

 

TO BE CONTINUED !

 


Korean dictionary:

Jeoseonghamnida. Jeongmal jeoseonghamnida.

rasanya semua orang tau kan maksud dia?

tak yah bgtau la maksud dia..kite cite lain kali je la. LOL

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Byun_Bacon99
#1
Chapter 9: bagusss TT TT cerita ni daebakk
baekki_kook #2
Chapter 9: Crita ni best... *tepuk tgn* great story :D
starlightkim_
#3
Chapter 9: Memang best gile cite ni..author mmg awesome..
hanah2212
#4
Chapter 9: Pergh pergh. Sedihhhhh T.T tak real x nangis punlah. Menciklah citer akk smua best best. Serius kalau baca komen jadi spoil tapi at least mcm tertnya-tnya gak ah kalau kyungsoo gi manaaaaaa. Haaaa daebak aa daebak!
JustMx #5
Chapter 9: Cite akk mmg gempak! Saye menangis beriya iya ingtkn kyungsoo mati rpenye tak nasib happy ending, cerite akk mmg best!
SWOL_JI88 #6
Chapter 9: Kyahh... aku iye² nangis tadi.. huhu xD happy endingla~~ Ingatkan sad ending.. huhuii.. apapun, ff ni mmg daebak. ;)
misz_dina #7
Chapter 9: Syukur...ingatkan Kyungsoo mati tadi.Nasib baik dua2nya selamat.memang dh rancang dari awl nk nangis kalau kyungsoo atau jongin mati.cter ni memang best + angst gila!*thumbs up*
yasminkhadijah
#8
Chapter 9: Wah..... I'm so happy