Bongkar

Moron

 

Kyungsoo POV

 

 

Klakk ! Klakk! Klakk!

 

Bunyi jam loceng yang berbentuk burung yang berada di sebelah telingaku itu membuatkan aku terjaga dari lena tidur malamku...tidur yang ditemani sebuah mimpi yang aneh. Entah kenapa, aku dapat merasakan yang mimpiku itu seperti benar-benar terjadi di alam maya.

 

Dengan mata yang terpejam rapat, aku kembali membayangkan semula mimpi itu. Di dalam mimpiku itu, aku dan Jongin saling menyayangi dan kami berpegangan tangan  sambil berlari-lari ke arah ibu dan ayah yang sedang tersenyum menunggu kehadiran kami berdua. Tapi…setelah kami berdua hampir menemui ibu dan ayah ,tiba-tiba…Jongin  melepaskan tanganku . Kemudian, dia mula menjauhiku. Aku cuba memanggilnya dan menghalangnya dari pergi, tapi dia hanya tersenyum sambil melambaikan tangannya ke arahku. Dan kemudian, seperti buih-buih yang berterbangan,susuk tubuhnya mula menghilang dari pandanganku. Begitu juga ibu dan ayah…kelibat mereka berdua perlahan-lahan mula lenyap di hadapan mataku. Air mataku hampir sahaja menitis kerana ketakutan.  Dan aku langsung tidak tahu ,ke manakah mereka pergi tanpa membawaku bersama?

 

Aku lantas membuka mata apabila tiba-tiba, minda bawah sedarku menyedari yang aku sekarang tidak berada di tempat yang biasa. Ini bukan bilik tidurku dan katil yang aku sedang berbaring sekarang juga bukan katilku, sebaliknya semuanya milik Jongin.

 

Macam mana aku boleh tertidur di atas katilnya? Seingatku semalam, aku duduk disisinya sambil menatap wajahnya yang pucat-lesi itu dan berdoa agar matanya yang tertutup itu akan segera terbuka untuk melihatku. Kemudian, aku mulai rasa mengantuk dan menguap beberapa kali. Dan selepas itu, aku dah tak ingat apa-apa lagi.

 

Tapi sekarang…mana Jongin?

 

Mataku melilau memandang ke sekeliling bilik itu tapi aku tidak dapat melihat figura manusia lain di dalam bilik itu selain aku.

 

Dan seketika,aku terlihat almari pakaian adikku itu terbuka luas. Aku tidak pernah langsung meihat almari pakaiannya…kerana dia selalu melarangku dari masuk ke dalam biliknya. Katanya,kalau aku berani masuk ke dalam biliknya tanpa pengetahuannya, dia akan membunuh aku. Aku…tak nak dibunuh oleh Jongin…sebab kalau aku mati, aku tak dapat bertemu dengannya lagi.

 

Tapi entah kenapa,hari ini…kaki ku tanpa disuruh mula melangkah untuk mendekati almari kayu itu. Setelah aku berdiri betul-betul di hadapan almari yang terbuka itu…mataku tertancap pada beberapa keping  gambar yang tertampal pada bahagian dalam pintu almari itu. Gambar-gambar itu, semuanya adalah gambar aku bersama ibu dan ayah. Dan gambar yang paling menarik perhatianku adalah gambar yang bersaiz paling kecil antara gambar-gambar itu… gambar aku memeluk Jongin ketika kami masih kecil.

 

Jongin…dia masih menyimpan gambar lama ini?

 

Sungguh…aku sebak.

 

Kemudian, aku mula melihat satu persatu baju yang disangkutnya dengan hanger itu. Dan yang membuatkan aku bertambah sedih, tiada satu pun bajunya yang tidak lusuh…tiada satu pun bajunya yang tidak mempunyai kesan koyakan. Sedangkan aku…semua baju-bajuku…semuanya masih elok dan kelihatan seperti baru.

 

Aku mula menarik sehelai baju yang tersangkut itu…baju yang paling lusuh dan selalu dipakai oleh Jongin. Seketika,aku membawa baju itu mendekati deria pernafasanku dan bauan dari baju itu mula menusuk ke dalam rongga hidungku. Aku dapat menghidu bau badannya. Sungguh harum.

 

 Tanpa sedar,baju itu telah pun berada di dalam pelukanku. “Jongin-ah…Jongin kat ma-ma-mana? Jongin dah si-si-sihat ke?” Aku berdialog seorang diri sambil terduduk di hadapan almari itu. Setitis air mataku mengalir.

 

Tapi kesedihanku itu hanya bertahan selama beberapa saat dan kian menghilang  apabila tiba-tiba,satu semangat berkobar-kobar mula menyelinap ke dalam jiwaku.

 

 ‘Aku mesti cari Jongin…mungkin dia masih ada di rumah. Aku ingin memeluknya. ‘  Aku terus berlari keluar daripada bilik Jongin itu dan mula mencari Jongin di setiap pelusuk rumah kami yang kecil ini tapi tidak juga ketemu.

 

“Jongin dah pe-per-pergi sekolah ke?” gumamku dan pada ketika itu juga,suatu benda yang terletak tegak di atas meja kecil itu menarik perhatianku.

 

Aku perlahan-lahan mendekati meja itu untuk melihat benda itu dengan lebih dekat . Aku ingin memastikan yang aku tidak tersalah lihat.

 

Dan setelah benda itu jelas dipandangan mataku…aku terus bersorak riang.

 

Nampaknya…aku tak tersalah lihat ! Benda itu …memang patung pororo kesayangan aku ! Patung yang semalam telah menjadi serpihan-serpihan kecil dan hari ini, seperti  terjadinya miracle…ia telah kembali ke wujud asalnya.

 

Aku sangat gembira !

 

Aku terus mencapai patung itu dan terus menciumnya beberapa kali.

 

Walaupun kini, ia sudah tidak secantik seperti sebelum ini,dan pada badannya penuh dengan tampalan selotip …tapi aku tak kisah, asalkan dia masih ada untuk menemani aku kembali.

 

“Nampaknya …sekarang ki-ki-kita berdua dah se-se-serupa ,patung.  Ki-ki-kita sama-sama tak se-sem-sempurna.”  Aku tersenyum.

 

Dan seketika, aku baru perasan… ada tiga keping kertas kecil berwarna biru,kuning dan pink tertampal pada belakang kepala patung ini. Aku mencabutnya satu persatu dan mendekatkan ketiga-tiga kertas itu di hadapan mataku.

 

Terdapat tulisan dakwat hitam pada setiap kertas itu...tapi malangnya,satu pun aku tak faham. Tetapi yang aku yakin,itu tulisan Jongin kerana aku pernah melihat tulisannya sebelum ini…tulisannya yang berangkai dan cantik itu.

 

Aku nak sangat tahu apa yang tertulis pada kertas-kertas itu.  

 

Seandainya …aku pandai membaca.

 

Seandainya… aku adalah manusia biasa yang sempurna.

 

Tapi tak apalah,aku tidak boleh menyalahkan takdir. Semuanya telah tertulis buatku...aku redha.  Aku tetap gembira,sekurang-kurangnya aku masih dapat melihat dan mengenal tulisan adikku sendiri. Melihat tulisan tangannya  itu sudah cukup membuatkan aku bahagia dan tersenyum.

 

Kemudian, aku terlihat terdapat beberapa juadah makanan yang telah disediakan buatku di atas meja makan.

 

Aku teruja melihatnya.

 

“Waah, banyaknya Jongin ma-ma-masak hari ini.”

 

Tanpa mahu menunggu lagi dan ditambah dengan perut yag lapar,aku segera duduk di hadapan makanan-makanan itu.

 

Tanpa aku sedari,ketiga-tiga kertas kecil tadi…terjatuh ke atas  lantai akibat ditiup angin.

 

 

Kyungsoo POV end

 

 

 

 


 

 

 

Flashback

 

 

Kai POV

 

 

Selotip dan gam yang aku gunakan tadi, aku biarkan dahulu bersepah di atas lantai. Perlahan-lahan,patung yang telah kembali ke wujud asalnya itu, aku letakkan di atas meja kecil di satu sudut dapur itu .

 

Aku tersenyum melihat wajah patung itu yang tidak jemu-jemu tersenyum setiap masa.

 

Seketika,aku mencapai sebatang pen hitam dan sehelai kertas kecil berwarna biru. Serangkai kata-kata aku semadikan di atas kertas itu.

 

 

Kertas Biru.

‘Maafkan Jongin sebab dah pecahkan patung hyung. Jongin dah cuba baikinya dan Jongin harap hyung sukakannya. Jaga patung tu baik-baik tau. Bawa dia ke mana sahaja hyung pergi agar dia dapat menggantikan tempat Jongin untuk menemani hyung.’

 

 

Kemudian,aku bergegas ke dapur untuk memasak hidangan yang istimewa buat hyung pada hari ini. Dan setelah semua hidangan itu tersedia di atas meja makan ,aku kembali mencapai sehelai kertas kuning pula.

 

 

Kertas Kuning.

‘ Hyung,Jongin dah sediakan sarapan pagi dengan makan tengah hari kat atas meja tu. Jongin masak special untuk hyung! Makan banyak-banyak tau. He! He! He! .’

 

 

Dan yang terakhir, sebelum aku berangkat ke sekolah…dengan mata yang bergenang dengan air mata, aku mencoretkan coretan terakhirku di atas kertas yang berwarna pink .

 

 

Kertas Pink.

‘Hyung…kumao. Terima kasih sebab bantu Jongin semalam, terima kasih… sebab bersabar dengan sikap Jongin  selama ni ,terima kasih… kerana sudi hidup bersama dengan Jongin selama 4 tahun ini , terima kasih… kerana lahir ke dunia ini dan menjadi abang yang terbaik dan tiada galang ganti buat Jongin dan terima kasih … untuk segala-galanya.

 Jongin...sayangkan hyung…sangat-sangat. ’

 

 

 

Kai POV end

 

Flashback end

 

 

 


 

 

Krystal  POV

 

Aku dah buat keputusan. Dan keputusan aku itu adalah muktamad !

 

Dengan kebenaran atau tanpa kebenaran Kai, hari ni…aku tetap akan pergi ke rumah itu.

 

Aku… sangat merindui Kyungsoo oppa.  Dah lama benar rasanya aku tidak berjumpa dengan lelaki bertubuh kecil itu. Kalau Kai, boleh juga aku berjumpa dia di sekolah…tapi Kyungsoo…hanya rumah itulah tempat yang aku boleh bertemu dengannya kerana tidak kesempurnannya itu membuatkan dia tidak boleh bersekolah bersama kami semua.

 

Sungguh…aku kasihan dengan nasibnya.

 

Dia juga bernafas…sama seperti orang lain…tetapi hidupnya sangat berbeza dan aku tahu, itu sangat menyeksakan.

 

Terpaksa bernafas demi menjalani suatu kehidupan yang sangat menyakitkan.

 

Kai yang duduk di sebelah tempat dudukku ,aku pandang. Dia sedang tidur sambil kepalanya diletakkan di atas meja. Entah kenapa,hari ini aku ingin menatap wajahnya dalam diam…dan  tatkala itu, aku perasan yang wajahnya semakin cengkung sejak akhir-akhir ni. Bibirnya juga kering dan mengelupas dan pada hari ini,terdapat lingkaran hitam di bawah matanya.

 

Dia tak tidur ke malam tadi?

 

Dan aku juga perasan…sejak akhir-akhir ini, dia asyik tertidur di dalam kelas…sama seperti apa yang dia lakukan sekarang. Dia juga sudah jarang menumpukan perhatian apabila cikgu mengajar di dalam kelas. Dia banyak termenung kalau dia tidak tertidur.

 

Kenapa dia berubah yer?

 

Dia ada masalah ke yang dia cuba sembunyikan daripada aku?

 

 

 


 

 

Seperti biasa, apabila loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat,Kai akan bergegas keluar dari kelas untuk pergi ke suatu tempat. Tempat yang aku tidak pernah tahu di manakah lokasinya. Walaupun bila aku tanya, dia akan cakap dia hendak pulang ke rumah dan menjadikan Kyungsoo sebagai alasan, tapi entah kenapa… hatiku berkata yang dia sedang berbohong.

 

Tapi kalau betul, kenapa dia mesti membohongiku?  Tidak bolehkah dia berterus terang ?

 

Kalau ikutkan hatiku, ingin sahaja aku mengekorinya secara senyap-senyap, tapi aku tak tergamak untuk melakukan itu terhadap kawanku sendiri. Aku takut kalau dia tuduh aku tidak mempercayainya dan aku juga takut,kalau-kalau disebabkan itu, persahabatan kami yang setelah sekian lama kami bina bersama… runtuh.

 

Tapi hari ini, aku betul-betul  dah bertekad…walau apapun yang bakal terjadi… aku akan mendatangi rumah itu.

 

Aku akan berjumpa sendiri dengan Kyungsoo oppa.

 

 

 


 

 

“Ahjussi…berhenti kat sini.” Aku meminta pemanduku yang berumur hampir separuh abad itu memberhentikan kereta di hadapan rumah kecil yang bercat putih itu. Rumah yang didiami oleh kedua-dua beradik itu setelah rumah ibu dan ayah mereka hangus terbakar dalam kejadian yang berlaku beberapa tahun dahulu.

 

Perlahan-lahan, aku melangkah keluar dari perut kereta dan menolak pintu pagar kayu yang mengelilingi rumah itu.

 

Aku mempercepatkan langkahku…mendekati rumah itu.

 

Seketika…aku terpandangkan meja kayu yang dicat merah yang terdapat di halaman rumah itu.

 

Dan tiba-tiba…bayangan aku,Kai dan juga Kyungsoo menjelma di bangku kayu itu. Kami kelihatan sangat gembira dengan senyuman menghiasi setiap wajah-wajah kami. Gelak tawa juga turut menemani kami bertiga.

 

Seketika,satu memori bertandang menghiasi pandangan batinku.

 

 

 

 

Flashback

 

Hari itu adalah hujung minggu,dan seperti biasa, aku akan datang ke rumah Mr. Kim untuk menyelesaikan kerja sekolahku bersama Kai dan Kyungsoo akan menemani kami. Kami bertiga duduk di bangku kayu di halaman rumah itu.

 

“Haish...susahnya soalan math ni. ” kataku dengan perasaan geram dan tanpa berfikir lagi, aku terus melempar buku latihan matematik itu ke atas tanah.

 

“Krystal, kenapa kau baling buku tu?” Kai bertanya sambil memandang pelik ke arahku. Keningnya terangkat sedikit.

 

“Sebab aku benci buku tu ! Dah nak dekat sejam aku cuba selesaikan soalan tu, tapi tetap juga salah. Setiap kali aku dapat jawapan, mesti tak pernah sama dengan jawapan yang disediakan di helaian belakang buku tu.  Benci !” Aku merungut sambil menyilangkan tangan ke dada.

 

Dan pada waktu itu juga, Kyungsoo mendekatiku dan menghulurkan sesuatu kepadaku. Dan alangkah terkejutnya aku, apabila buku yang aku baling tadi… kini,berada di dalam tangan Kyungsoo dan dia sedang menghulurkan buku itu kepadaku sambil tersenyum.

 

“Oppa…”

 

“ Krystal…ibu dan a-a-ayah oppa pernah ca-ca-cakap pada oppa…walaupun ki-kita tak suka atau benci pada se-se-sesuatu atau  se-se-seseorang tu…itu bu-bukan bermakna,kita boleh bu-buang dia macam yang kita ma-mahukan. Mungkin ki-ki-kita tak suka dia sekarang, tapi itu tak bermakna ki-ki-kita akan terus membencinya. Mu-mu-mungkin dia akan menjadi se-se-sesuatu yang kita paaaaling sayang …satu ha-hari nanti.” Kyungsoo tersenyum setelah dia menghabis kata-katanya.

 

Dan kata-kata Kyungsoo itu membuatkan aku dan Kai berpandangan antara satu sama lain. Kami berdua tak sangka yang Kyungsoo boleh memberi nasihat yang mendalam seperti itu.

 

Ingin sahaja aku menjerit sekuat hati di atas menara yang paling tinggi sekali di atas dunia ini...supaya semua orang di atas muka bumi ini dapat mendengar suaraku.

 

 ‘Jangan pernah pandang rendah terhadap manusia yang tidak sempurna!!’ Aku ingin menjeritkan kata-kata itu.

 

Aku kemudian bertepuk tangan, diikuti Kai.  Kyungsoo hanya tersenyum manja sambil memandang aku dan Kai bersilih ganti.

 

Aku menggosok lembut kepala Kyungsoo dan menyambut bukuku yang diserahkannya.

 

“Kumaopta,oppa.” Kyungsoo kelihatan gembira mendapat ucapan terima kasih dariku.

 

Kami bertiga tersenyum sebelum ketawa kedengaran menemani kami bertiga.

 

 

Flashback end

 

 

 

 

Lamunanku terganggu apabila seekor kucing hitam mengiau dan melintasiku. Aku mengurut dada kerana terkejut dengan kehadiran kucing itu secara tiba-tiba.

 

Dan aku mula menyambung langkahku mendekati pintu rumah itu.

 

Dek kerana tidak terdapat loceng rumah pada pintu itu, aku mengambil keputusan untuk mengetuk pintu itu beberapa kali.

 

Dan tidak lama selepas itu, pintu itu dibuka dan wajah Kyungsoo bersama mulutnya yang comot terjongol di muka pintu.

 

“Oppa…Krystal datang ni.” Aku memperkenalkan diri…khuatir yang Kyungsoo tidak lagi dapat mengecam wajahku kerana sudah lama tidak bertemu.

 

“Krystal? Ka-ka-kawan Jongin dengan hyung? ” Wajahnya mula kelihatan teruja.

 

Aku hanya mengangguk dan dia terus melompat seperti anak kecik dan terus memelukku.

 

Aku membalas pelukannya.

 

Dan seketika, dia tiba-tiba meleraikan pelukan kami dan tanganku terus ditarik masuk ke dalam rumah. Lebih tepat,dia membawa aku ke ruangan dapur. Dan di situ, dia terus melepaskan tanganku lalu duduk di hadapan meja yang penuh dengan makanan …makanan yang separuhnya di atas pinggan dan separuhnya lagi bersepah di atas meja.

 

Sejak aku masuk tadi, aku langsung tidak melihat Kai. Dan itu membuktikan rasa hatiku selama ini betul yang dia sedang membohongi aku dan menyembunyikan sesuatu dari aku. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya pergi ke tempat lain.

 

Ke mana dia pergi sebenarnya?

 

Aku kembali memandang Kyungsoo yang sedang melahap semua makanan di hadapannya dengan gelojoh.

 

“Oppa, makanlah perlahan-lahan sikit…nanti terkecik pulak.”nasihatku sambil mula duduk di kerusi yang berhadapan dengan Kyungsoo. Kini,hanya sebuah meja kecil yang bersepah dengan makanan ini sahaja yang memisahkan aku dengan Kyungsoo .

 

“ Tak nak!  Oppa tak nak ma-ma-makan perlahan-lahan…se-sebab Jongin masak seeeedap sa-sangat hari ini, lain de-de-dengan hari-hari sebelum ni. La-la-lagipun,kalau hyung tak ha-ha-habiskan makanan ni nanti…Jongin marah. Ka-ka-kalau Jongin marah, na-nanti oppa sedih.”  Muka Kyungsoo mula berubah sayu. Matanya yang bulat tadi,mula mengecil.

 

Aku mengerutkan dahi.

 

Betul ke apa yang Kyungsoo oppa katakan ini? Takkanlah Kai sanggup marah abang dia yang moron ni? Mana letaknya sifat kemanusiaan Kai kalau betul dia sanggup marahkan abang dia yang tak tahu apa-apa ni.

 

Aku mula membetulkan dudukku. Mataku tepat memandang Kyungsoo. Nasi yang melekat di pipinya, aku cubit satu persatu. “ Betul ke Jongin marah oppa? Selalu ke dia marah oppa?”

 

“Ermm...tak delah. Op-oppa gurau je tadi.  Jongin tak pernah ma-ma-marah oppa pun. Oppa yang selalu bu-bu-buat salah, selalu buat pe-perangai, selalu su-su-susahkan Jongin walaupun tahu dia penat baru ba-balik kerja.”

 

Pergerakan tanganku serta-merta terhenti tatakala perkataan ‘kerja’ itu menyentuh gegendang telingaku. Sepertinya… aku sudah hampir dengan jawapan yang aku cari.

 

“Jongin kerja??  Boleh Krystal tahu…dia kerja apa?”

 

“ Jongin kerja kat KFC, kat bandar . Alamak ! Oppa lupalah..Jongin pernah ca-cakap,ja-jangan bagitahu orang la-la-lain pasal kerja dia tu...sebab dia cakap, tu rahsia ka-ka-kami berdua dan oppa kena simpan dan ja-jaga rahsia tu baik-baik. Ta-tapi sekarang oppa dah terlepas ca-ca-cakap. Macam ma-mana ni??”

 

Kyungsoo hampir menangis tatkala dia menyedari yang dia sudah pun membocorkan rahsia Kai kepadaku.

 

Aku cepat-cepat memujuknya. “Gwaencanha.  Kita bertiga kan kawan. Jadi,mulai sekarang, perkara tu akan menjadi rahsia kita bertiga, okey??”

 

“Be-betul ni? Krystal takkan ba-bagitahu orang la-la-lainkan tentang kerja Kai? Oppa ta-takut kalau Kai ma-marah oppa.” Kyungsoo mula menundukkan wajahnya.

 

Aku menepuk belakang badan Kyungsoo dengan perlahan untuk mententeramkannya. “ Oppa tak perlu risau..Krystal janji…Krystal takkan bagitahu sesiapa pun tentang perkara tu. Ianya akan kekal menjadi rahsia kita bertiga… selamanya.”

 

“Janji?”

 

“ Krystal janji.”

 

Dan kami memautkan kedua –dua jari kelingking kami bersama tanda sebuah janji dimetrai.

 

 

 

 


 

 

Pintu restoran KFC itu aku tolak dengan rakus dan mataku terus melilau mencari kelibat Kai. Dan tatkala figura seorang jejaka yang sedang tersenyum manis sambil melayan pelanggannya di kaunter itu menghiasi anak mataku…aku terus mengukir senyuman sinis.

 

‘ Akhirnya,aku dah jumpa kau, Kim Jongin.  Maaf Kyungsoo oppa, Krystal tak dapat pegang janji kita. Krystal tak boleh berpura-pura tak tahu apabila kawan baik Krystal sendiri bertungkus-lumus sendirian mencari nafkah untuk menanggung keluarganya,sedangkan Krystal bermewah-mewahan tanpa rasa bersalah sedikitpun.  Dan kalau Krystal biarkan je, itu bererti Krystal ni memang kawan yang tak berguna. Tapi…kenapa dia tak pernah beritahu aku selama ni? Kenapa dia merahsiakan semua ni daripada aku dan tak pernah bagitahu aku tentang pekerjaannya?  Susah sangat ke dia nak minta pertolongan aku? Ibu bapa aku lebih dari mampu untuk membantu mereka berdua.'

 Aku… harus mendapatkan penjelasannya!

Right now!

 

 

 

TO BE CONTINUED !

 

 


 

Author`s note:

Thanks kpd para readers yg sudi meninggalkan feedbacks and comments.

Bukan setakat cerita ni yg menyayat hati,komen-komen para readers pun ada yg lebih menyayat hati .

Good job,readers! XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Byun_Bacon99
#1
Chapter 9: bagusss TT TT cerita ni daebakk
baekki_kook #2
Chapter 9: Crita ni best... *tepuk tgn* great story :D
starlightkim_
#3
Chapter 9: Memang best gile cite ni..author mmg awesome..
hanah2212
#4
Chapter 9: Pergh pergh. Sedihhhhh T.T tak real x nangis punlah. Menciklah citer akk smua best best. Serius kalau baca komen jadi spoil tapi at least mcm tertnya-tnya gak ah kalau kyungsoo gi manaaaaaa. Haaaa daebak aa daebak!
JustMx #5
Chapter 9: Cite akk mmg gempak! Saye menangis beriya iya ingtkn kyungsoo mati rpenye tak nasib happy ending, cerite akk mmg best!
SWOL_JI88 #6
Chapter 9: Kyahh... aku iye² nangis tadi.. huhu xD happy endingla~~ Ingatkan sad ending.. huhuii.. apapun, ff ni mmg daebak. ;)
misz_dina #7
Chapter 9: Syukur...ingatkan Kyungsoo mati tadi.Nasib baik dua2nya selamat.memang dh rancang dari awl nk nangis kalau kyungsoo atau jongin mati.cter ni memang best + angst gila!*thumbs up*
yasminkhadijah
#8
Chapter 9: Wah..... I'm so happy