Halau

Moron
Autumn ; September 2005

 

Praaaaaaanggggg !!!!

 

Kaca bertaburan di lantai. 

 

Sebuah frame gambar bersaiz sederhana yang pada asalnya terletak pegun di atas para di ruang tamu sebuah rumah, kini telah terjatuh berderai di atas lantai bermozaic putih itu. Gambar sepasang pasangan suami isteri yang sedang tersenyum bersama dua orang anak lelaki mereka yang masih kecil.

 

Seorang lelaki yang bertubuh kecil dan rendah sedang berdiri kaku sambil memandang ke arah frame gambar yang pecah itu.

 

Matanya mulai kemerah-merahan… menimbulkan urat-urat halus di mata putihnya . Bibir tebalnya bergerak-gerak seperti ingin berkata sesuatu tetapi tidak dapat diluahkan kerana segala-galanya terlekat di kerongkongnya. Tubuhnya pula menggigil-gigil sambil memeluk erat sebuah patung pororo yang diperbuat daripada plastik itu.

 

“Apa bising-bising tu?” jerit seorang lelaki lain yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan kelam kabut. Dan tatkala…kedua-dua belah matanya yang jernih itu terarah pada lantai yang dipenuhi kaca itu, riak wajahnya terus menjadi keruh sebelum ianya bertukar menjadi bengis. Kelihatannya…api kemarahan mula menyala di dalam diri lelaki tinggi lampai itu. Kini,matanya mencerlung tajam ke arah lelaki bertubuh kecil yang sedang berdiri kaku itu.

 

“ Kyungsoo! Kau ni memang tak guna!” tengking Kai dan terus mengheret dengan rakus lelaki bertubuh kecil bernama Kyungsoo itu ke luar rumah . Sesampainya di luar rumah,tanpa sedikit pun riak muka bersalah, dia terus menolak tubuh Kyungsoo sehingga muka lelaki itu tersembam ke atas tanah merah yang kering itu.

 

“Kau ni, kalau sehari tak menyusahkan hidup aku…tak boleh ke?!  Kalaulah aku tak berjanji dengan arwah  ibu dan ayah untuk jaga kau,dah lama aku bunuh je kau. Buat apa simpan orang dungu dan bodoh macam kau ni dalam rumah. Buat habis beras je!” Segala kemarahan dan cacian,dihamburkan sekaligus oleh Kai terhadap Kyungsoo...tanpa belas kasihan.

 

Iya,Kyungsoo tidak dilahirkan seperti manusia lain. Dia menghidap sejenis penyakit atau kecacatan mental yang dikenali dengan ‘Moron’.  Otak dan pemikirannya lemah sejak dari lahir lagi. Dia tidak boleh membaca atau menulis, tidak boleh berfikir seperti orang yang seusia dengannya… dan percakapannya juga sedikit pelat dan tergagap-gagap.

 

Pada pandangan masyarakat sekeliling, Kyungsoo bukanlah manusia yang sempurna tapi… ada satu perkara yang mereka terlepas pandang.

 

Ketidaksempurnaan itulah yang membuatkan seseorang itu istimewa di mata pencipta.

 

Kyungsoo mula mengaduh kesakitan.  Siku kirinya terluka dan berdarah akibat tergesel pada seketul batu besar sewaktu dia terjatuh ditolak oleh Kai tadi. Tapi Kai langsung tidak mempedulikan keadaannya.

 

“Apa yang kau terhegeh-hegeh lagi tu?! Bangunlah cepat. Kau nak tidur atas tanah tu ke ha?” Kai masih memandang Kyungsoo dengan pandangan tidak puas hati.

 

Walaupun beberapa bahagian badannya sakit kerana terjatuh tadi, tapi Kyungsoo tetap cuba untuk bangun dengan susah payah untuk menuruti arahan adiknya itu .

 

Kini, Kyungsoo telah pun berjaya bangun dan berdiri menghadap Kai yang sedang bercekak pinggang itu.

 

“Jongin-ah... Jongin janganlah ma-ma-malah (*marah) hyung. Hyung se-se-dih bila jongin malah hyung.” Kyungsoo tertunduk sambil memegang sikunya yang terluka itu.

 

Kai tersenyum sinis ketika menyedari darah mengalir pada lengan Kyungsoo daripada luka disikunya itu. Dia kemudian memandang tepat ke wajah Kyungsoo yang berkerut menahan sakit itu. “Lepastu,kau nak aku buat apa?!  Kau nak aku puji kau? Tatang kau macam minyak yang penuh seperti arwah ibu dan ayah lakukan? Macam tu?! Huh! Jangan haraplah. Dalam mimpi pun aku tak hingin lakukannya ! Kebencian aku pada manusia macam kau tak kan pernah padam. Manusia macam kau…tak layak hidup di atas muka bumi ni ,tahu tak?!”

 

Berdesing telinga Kyungsoo mendengar kata-kata tomahan yang keluar dari mulut Kai itu masuk ke dalam ruang pendengarannya.

 

“Jongin-ah,janganlah be-be-benci hyung. Hyung se-se-sedih dengar Jongin ca-ca-kap macam tu. Hyung… sa-sa-sayangkan Jongin…sangat-sangat.” Ikhlas Kyungsoo menuturkan kata sayangnya buat Kai sambil matanya memandang sayu wajah Kai.

 

“Apa?! Apa kau cakap?  Kau …sayangkan aku? Huh ! Pergi matilah dengan kasih sayang kau tu. Aku tak perlukan kasih sayang daripada orang bodoh macam kau ! Dan kalau betul kau sayangkan aku…kenapa kau rampas ibu dan ayah dari aku? Kenapa …kau bunuh mereka?” Suara Kai bertukar perlahan di akhir ayatnya.

 

Pertanyaan Kai itu seperti sebilah jarum kecil yang tajam …yang perlahan-lahan menusuk ke dalam jantung Kyungsoo dan apabila jarum itu ditarik semula, ianya akan meninggalkan lubang halus yang tidak dapat dilihat tapi cukup untuk membuatkan jantung itu berhenti berdegup lagi.

 

“Kau tahu tak,sejak aku kecil…ibu dan ayah tak pernah layan aku sepertimana mereka layan kau. Mereka layan kau macamlah kau tu raja dalam rumah ni. Sedangkan aku,sejak kecil …aku dah diajar untuk berdikari dan menyediakan semua keperluan aku sendiri tanpa bantuan dari sesiapa pun. Kau tahu tak…dari dulu lagi,aku sangat cemburukan kau. Semua yang kau inginkan,ibu dan ayah turuti. Semua yang kau nak,kau dapat… termasuk kasih sayang ibu dan ayah yang sepatutnya menjadi hak milik aku pun kau kebas. Kau tak pernah tau ,tak pernah nak tahu dan tak pernah ambil tahu …perasaan aku yang terpaksa menghadapi semua kesengsaraan itu seorang diri,tanpa ada sesiapun yang peduli. Tapi tak boleh salahkan kau jugak kan…sebab orang bodoh macam kau takkan pernah faham perasaan orang lain.” Kai menggigit bibir bawahnya…menahan geram, kemarahan, kesedihan dan kekecewaan yang berkumpul menjadi satu.

 

“Jong in –ah,kau salah. Ibu… ayah… sayangkan kita sa-sa-sama rata je. Ibu …ayah…  selalu bagitahu abang yang me-me-mereka sayangkan kita berdu-du-dua.” Kata-kata Kyungsoo itu berjaya membuatkan mata milik Kai menjadi redup untuk sementara.

 

Menyangka yang kemarahan adiknya itu telah reda, Kyungsoo cuba untuk memegang tangan adik lelakinya yang setahun lebih muda darinya itu…tapi dengan serta-merta ,tangannya ditepis kasar oleh Kai.

 

Kai kembali memandang Kyungsoo seperti mahu menelan abangnya itu hidup-hidup. “Bohong! Kau jangan cuba nak tipu aku untuk menagih belas kasihan daripada aku. Aku dah muak tengok muka kau. Dan lagi satu,buat pengetahuan kau…aku tak pernah dan takkan pernah sayangkan kau.  Ingat itu baik-baik !”

 

Kyungsoo tiba-tiba jadi panik tanpa sebab.“Ta-ta-tapi…”

 

“Tak ada tapi-tapi lagi. Aku tak nak dengar apa-apa lagi keluar daripada mulut kau yang busuk tu! Tolonglah Kyungsoo…jangan buat perangai lagi. Aku letih tahu tak ! Pagi-pagi lagi aku kena bangun awal, kemas rumah,siapkan kau sarapan…lepas tu,pergi sekolah. Dan lepas sekolah…aku kena pergi kerja sampai malam. Semua tu…aku lakukannya sorang-sorang. Kau tahu tak,aku terpaksa lakukan itu semua untuk siapa? “

 

Dengan jujur dan kelurusan akal, Kyungsoo menggelengkan kepalanya.

 

“Untuk kau lah ! Untuk beri kau makan ,minum dan selamatkan kau dari mati kebulur. Jadi ingat,kalau kau rasa kau masih nak duduk dalam rumah ni lagi, berhenti buat perangai .  Aku bukan ibu… dan aku juga bukan ayah… yang boleh bersabar dengan sikap bodoh dan kebudak-budakan kau tu,faham?! Jangan sampai aku halau kau keluar dari rumah ni macam anjing kurap .”  Sejurus menghabis kata-katanya, Kai terus masuk ke dalam rumah dan menutup pintu rumah yang dicat merah itu dengan kuat.

 

Hampir luruh jantung Kyungsoo tatkala mendengar bunyi hentakan yang sangat kuat seperti hali-lintar itu terhasil daripada pintu yang ditutup ganas oleh Kai.

 

Seketika,Kyungsoo menoleh ke belakang…mencari keberadaan patung kesayangannya yang turut terjatuh ke tanah tadi. Tak sampai seminit,dia telah berjaya menemui patungnya kembali. Dia membongkok untuk mengutip patung yang telah terbaring di sisi longkang itu. Badan patung  yang sudah sedikit kotor itu disapu dengan penuh kasih sayang oleh Kyungsoo.

 

Dan tak semena-mena, air mata Kyungsoo berjuraian di pipinya yang kemerahan itu. Hingusnya juga seperti tak sabar ingin keluar dari lubang hidungnya. Dan nasib baiklah darah di sikunya sudah berhenti mengalir.

 

Setelah hujan lebat di pipinya kian mereda…langkah kakinya diatur perlahan …setapak demi setapak… menuju ke arah pintu rumah yang tertutup… yang berada di hadapannya.

 

Dan tatkala Kyungsoo cuba untuk membuka pintu itu, tombol yang berbentuk bulat dan berwarna keemasan itu langsung tidak boleh dipusingkan. Nampaknya pintu itu telah dikunci dari dalam.

 

Sekali lagi,Kyungsoo menjadi panik tanpa sebab.

 

Dia terus mengetuk pintu itu bertalu-talu.

 

“Jongin-ah. Hyung nak masuk…bukaklah pintu ni. Hyung janji …hyung takkan bu-bu-buat perangai lagi dan hyung minta maaf se-se-sebab tak sengaja pecahkan felam (*frame)  tu.” rayu Kyungsoo dengan bersungguh-sungguh di hadapan pintu itu. Berharap yang adiknya itu akan membuka pintu ini buatnya.

 

Tapi…seperti yang telah dijangka…Kyungsoo tidak mendapat apa-apa balasan dari dalam rumah. Kai…tidak membukakan pintu itu buatnya.

 

Kyungsoo tersandar pada daun pintu itu…dan perlahan-lahan ,tubuhnya melurut ke bawah dan akhinya punggungnya menyentuh tangga kecil yang berada di hadapan pintu itu.

 

“Mianhae… Jongin-ah.” gumam Kyungsoo perlahan.

 

Dia kemudiannya kembali menatap patung yang berada di dalam pegangannya sejak tadi. Dia mencium patung itu dan mendakapnya.

 

“Aku …sayangkan kau,patung. Kau sudikan te-te-terima …kkkasih sayang dari orang bodoh macam aku ? Maaf…orang cakap aku tak sempurna dan a-a-aku tak ada kawan. Kaulah satu-satunya yang sudi berkawan dan bermain dengan aku. Adik aku sendiri pun… dah bencikan aku sekarang.  Mungkin dia malu agaknya …ada abang macam aku. Aku hodoh,bodoh ,cacat…sedangkan dia kacak,pandai dan… sempurna.”

 

Kemudian,Kyungsoo memejamkan matanya buat seketika. Mungkin cuba untuk mencari kedamaian dan kekuatan yang tersembunyi di dalam dirinya yang kerdil.

 

‘Omma ..appa… apa yang patut Kyungsoo lakukan? Kyungsoo tak boleh hidup tanpa Jongin. Kyungsoo tak boleh cari duit sendiri, tak pandai cari makan sendiri …dan tak boleh uruskan keperluan sendiri. Kyungsoo perlukan dia dalam hidup ini. Hidup tanpa dia …sama je seperti mati. ‘ Kyungsoo bermonolog sendirian.

 

Tanpa dia sedari, butiran jernih itu mula mengalir kembali… membasahi pipi dan ada yang termasuk ke dalam mulutnya.  Bahunya mula terhinjut-hinjut menahan esakan yang sedang menyesakkan dada .

 

'Kyungsoo rindukan ibu dan ayah. Kenapa ibu dan ayah pergi tanpa bawa Kyungsoo sekali? Kalau Kyungsoo tak ada,mesti  Jongin tak susah macam sekarang  kan?'

 

Tangisan Kyungsoo semakin menjadi-jadi. Sepertinya…air matanya akan habis sebelum tangisannya berhenti.

 

' Salahkah aku kerana dilahirkan ke dunia ini? Hina sangatkah aku kerana tidak sempurna seperti manusia lain? ' 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

Kai POV

 

Tubuhku hanya seinci sahaja dari pintu rumahku ini. Oleh itu, tangisan dan esakannya jelas kedengaran di pancaindera pendengaranku itu. Aku turut dapat mendengar setiap kata-kata halusnya yang menyayat hati itu dari sebalik pintu ini.

 

Tipulah kalau aku katakan …aku tidak merasa apa-apa tatkala mendengar semua itu. Hatiku runtun…jantungku berdetak laju…apabila mendengar esakannnya.

 

Tapi aku harus kuat…memujuknya hanya akan membuatkan dia bertambah manja. Dia harus berdikari, dia harus boleh hidup tanpa mengharapkan orang lain…supaya hidupnya akan lebih terjamin walaupun jika satu hari nanti, aku yang pergi dulu sebelumnya.

 

Aku menghembus nafas berat sebelum kakiku mula melangkah menjauhi pintu itu. Biarlah dia menangis sepuas-puasnya …kalau itu yang boleh mengurangkan kesedihannya terhadap kata-kata yang aku hamburkan kepadanya tadi.

 

Aku mula mendekati serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai itu. Frame gambar yang berada di tengah-tengah serpihan kaca itu,kupandang sayu. Gambar ibu,ayah,Kyungsoo hyung yang duduk di atas riba ayah dan aku yang masih bayi di dalam dakapan ibu.

 

Dan tidak semena-mena,aku seperti kehilangan seluruh tenagaku. Lututku menggeletar dan akhirnya,aku terjelepuk betul-betul di hadapan frame gambar yang pecah itu.  Air mata yang sudah lama tidak mengalir akhirnya tumpah. Dadaku yang berombak, ku pukul beberapa kali dengan menggunakan tanganku yang aku kepal ...untuk mengurangkan kesesakan yang bersarang di dalamnya.

 

Kemudian,dengan yang tangan yang terasa kebas…frame gambar yang sudah tidak sempurna itu aku kutip dan aku letakkan berhampiran dengan jantungku…di dadaku.

 

“Ibu…ayah…mianhae.  Jongin dah tak kuat untuk melalui semua ini. Kenapa ibu dan ayah terus-terusan menyeksa Jongin walaupun ibu dan ayah dah tiada? Kenapa ibu dan ayah tinggalkan hyung dalam jagaan Jongin sedangkan ibu dan ayah tahu ,setiap kali Jongin lihat muka dia,hati jongin sakit…sakit sangat macam nak mati.”

 

Aku terus menangis dan menangis.

 

“Jongin rindu pada ayah dan ibu.”

 

Kai POV end

 

 

Langit senja menjadi saksi air mata yang mengalir di pipi kedua-dua beradik itu.

 

 

 

 

TO BE CONTINUED !

 

 


 

 Author`s note:

Mula2 ingat nak buat twoshot je,tapi bila dah start tulis...rasa mcm panjang je.

Maybe five shot? Six shot? LOL

XD

Btw,happy reading.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Byun_Bacon99
#1
Chapter 9: bagusss TT TT cerita ni daebakk
baekki_kook #2
Chapter 9: Crita ni best... *tepuk tgn* great story :D
starlightkim_
#3
Chapter 9: Memang best gile cite ni..author mmg awesome..
hanah2212
#4
Chapter 9: Pergh pergh. Sedihhhhh T.T tak real x nangis punlah. Menciklah citer akk smua best best. Serius kalau baca komen jadi spoil tapi at least mcm tertnya-tnya gak ah kalau kyungsoo gi manaaaaaa. Haaaa daebak aa daebak!
JustMx #5
Chapter 9: Cite akk mmg gempak! Saye menangis beriya iya ingtkn kyungsoo mati rpenye tak nasib happy ending, cerite akk mmg best!
SWOL_JI88 #6
Chapter 9: Kyahh... aku iye² nangis tadi.. huhu xD happy endingla~~ Ingatkan sad ending.. huhuii.. apapun, ff ni mmg daebak. ;)
misz_dina #7
Chapter 9: Syukur...ingatkan Kyungsoo mati tadi.Nasib baik dua2nya selamat.memang dh rancang dari awl nk nangis kalau kyungsoo atau jongin mati.cter ni memang best + angst gila!*thumbs up*
yasminkhadijah
#8
Chapter 9: Wah..... I'm so happy