007

Kerana Cinta

Soojung menekan butang di alat kawalan, mencari rancangan yang boleh menghiburkan dirinya ketika itu. Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Ada tetamu? Soojung kehairanan. Mungkinkah Sehun? Atau Ejen 044, Lee Eunhyuk? Soojung bergegas ke arah pintu.

Tetamu yang dia langsung tidak jangka berdiri di depan pintu.

“Annyeong!”, ujar gadis itu teruja. Di tangannya terdapat beg kitar semula, menunjukkan yang dia baru balik dari pasarraya.

“Sulli shi, awak buat apa kat sini?”, Soojung agak terkejut dengan kehadiran rakan sekerjanya itu. Sulli melangkah masuk tanpa diundang. Laju dia meluru ke arah dapur dan meletakkan barang-barang yang dia baru beli di atas meja. Soojung agak tidak biasa dengan gaya selamba kawan barunya itu.

“Errr, Sulli, kenapa awak datang tiba-tiba? Awak patut maklumkan dulu”

“Saya datang nak lawat awak lah, semalam awak tak datang kerja jadi saya risau. Saya dah cuba hubungi awak tapi tak dapat”, balas Sulli.

Soojung lantas teringat yang dia matikan telefonnya dari semalam. Dia menyalahkan diri sendiri.

“Saya beli buah untuk awak”, ujar Sulli sambil membawa keluar dan menyusun buah-buah segar yang dia beli tadi. “Oh ye, Sehun ada datang semalam?”, soalnya pula.

“Awak ke yang bagi alamat saya pada Sehun?”

“Dia nampak risau sangat jadi saya suruh dia pergi rumah awak”

Soojung hanya diam tidak memberi respon. Dia bergerak ke sinki dan membasuh buah yang Sulli bawa bersama tadi.

“Kenapa ni Soojung? Awak nampak tak suka je?”, Sulli bertanya, hairan dengan riak wajah Soojung.

“Hah? Maksud awak?”

“Ye la, awak  sepatutnya ‘happy’ yang orang awak suka, balas perasaaan awak. Kai cakap yang Sehun betul-betul dah sukakan awak”.

Soojung berlagak gembira. “Saya happy cuma sedikit segan”,dia melemparkan senyuman palsu.

“Haish awak ni”, Sulli menampar lengan Soojung. Gadis itu kemudian berjalan ke arah ruang tamu rumah Soojung.

“Waaa~ Daebak!”, ujarnya teruja memandang keadaan sekeliling. “Mana awak dapat duit beli apartmen mewah ni?”,soalnya ingin tahu. Mulutnya sedikit ternganga, terkejut kerana pekerja kafe seperti Soojung mampu memiliki rumah sedemikian.

“Saya sewa je, guna duit yang saya kumpul masa kerja di Manhattan dulu”,

Sulli mengangguk, terus melilau, memeriksa setiap inci rumah itu. Sejujurnya Soojung berasa tidak selesa. Tiada siapa pernah menganggu privasinya sebagaimana Sulli.

“Kakak awak?”, Sulli mendekati sebuah gambar yang digantung di dinding. “Perempuan sebelah awak ni kakak awak? Rupa dia macam awak”.

Soojung menhampiri Sulli, berdiri sebelah, memandang  dua orang perempuan yang tersenyum dalam gambar tersebut. “Ya, itu kakak saya, Jung Sooyeon”, jawabnya bangga.

“Waa, dah macam kembar. Abang? Awak ada abang?”, Sulli terus bertanya, ingin mengenali rakan sekerja yang baru itu dengan lebih rapat.

“Saya hanya ada seorang kakak, tiada abang”, Soojung jujur menjawab. Abang? Bagaimana rasanya memiliki seorang abang? Seorang lelaki yang ditakdirkan melindungi diri kita? Soojung tidak merasai kasih sayang seorang abang tapi dia masih bersyukur kerana memiliki kakak seperti Sooyeon.

“Saya ada dua orang abang dan seorang kakak, tapi saya lebih rapat dengan abang saya, mungkin kerana jarak umur kami yang beza hanya dua tahun.”, ujar Sulli bergerak kembali ke dapur.

Terdapat nota-nota yang ditulis dan ditampal di depan pintu peti ais yang menarik perhatian gadis itu. Antara nota yang ditulis ialah resepi masakan yang mudah bagi mereka yang bujang. Lantas Sulli teringat makanan yang Soojung bawa ketika mereka berkelah di Taman Rehat Dosan itu. Sandwich yang Soojung bekalkan sangat sedap.

“941030 ni apa?”, Sulli melihat satu nota yang hanya ditulis nombor di atasnya.

“Itu kata kunci rumah saya”

“Apartmen ni? Yah! Bahaya la, kalau orang lain masuk rumah awak nampak nota ni, mereka akan tahu password rumah awak”, Sulli sedikit terkejut. Tak pernah lagi dia jumpa orang yang menyalin nombor kata kunci rumah dan tampal pada pintu peti sejuk.

“Mana ada orang lain pernah masuk rumah saya, hanya awak dan Sehun”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Soojung berdiri di depan pintu dewan. Dia teragak untuk membuka pintu. Sulli memberitahunya tadi yang Sehun akan tamat latihan jam enam petang. Dia melihat jam di skrin telefon. Sudah melepasi jam enam petang, tapi masih kelibat orang yang ditunggu tidak keluar dari dewan. Adakah patut dia masuk sekarang? Entah kenapa dia mula berasa segan tiba-tiba.

Belum sempat pintu ditarik, tiba-tiba pintu ditolak buka dari dalam. Soojung melangkah ke belakang, terperanjat.

 “Soojung?”, Kai juga terperanjat melihat seseorang tercegat di depan pintu. Dia teringat gadis tersebut seperti yang Sulli perkenalkan  masa perkelahan tempoh hari.

“Annyeonghaseyo. Sehun dah balik ke?”, Soojung memberanikan diri bertanya.

“Tak, dia ada di dalam, tengah menyusun bola, masuklah”,Kai mempelawa gadis itu. Seketika dia tertanya-tanya, adakah Sehun dan gadis dari Manhattan itu bercinta?

Soojung menbalas Kai dengan sebuah senyuman sebelum melangkah masuk. Dilihat hanya tinggal Sehun yang tinggal. Mana pemain yang lain? Soojung tidak bertanya. Dia tidak mempedulikan yang lain. Dia berjalan menghampiri Sehun yang sedang leka memasukkan bola dalam bakul bola. Bunyi tapak kasut tumit tinggi yang dipakai Soojung bergema dalam dewan.

“Soojung ah~ awak buat apa kat sini? Tunggu saya ?”, soal Sehun sambil mengelap peluh di dahi dengan tangannya. Dia gembira. Sangat gembira dengan kehadiran gadis itu. Dia tidak jangka yang Soojung akan datang ke tempat latihannya.

Kai lantas mencapai beg kasutnya. “Sehun, aku gerak dulu”, dia meminta diri, memberi ruang kepada pasangan tersebut.

Soojung melihat Kai bergerak keluar sebelum menoleh ke arah Sehun.

“Saya bawakan kek untuk awak. Saya dan Sulli buat kek ni pagi tadi”, dia menyerahkan bekal makanan.

“Terima kasih”, sambut Sehun. Dia mengintai makanan dalam bekas itu dan  dapat menghidu bau coklat.

Soojung lalu mengeluarkan sapu tangan dan mengelap peluh lelaki itu. Rambutnya juga basah mandi peluh. Sehun sememangnya mempunyai rupa paras yang kacak, hidungnya, matanya, tulang pipinya. Jika bukan kerana misi, Soojung juga yakin akan cuba mengorat lelaki bernama Oh Se Hun ini.

“Soojung ah~”, lelaki itu memegang pergelangan tangan kecil gadis itu, menahannya. Soojung terhenti, kaku, memandang tepat ke mata Sehun. Kejujuran, dia dapat melihat kejujuran di dalam anak mata milik anak muda itu.

“Semalam…”, dia bersuara. “…saya dah beritahu kat awak perasaan saya terhadap awak, apa yang saya rasa, yang saya suka awak”, Sehun meluahkan.

“Sebab saya rasa saya suka kat awak… mungkin saya dah jatuh cinta”.

“adakah awak sama seperti saya? Awak suka saya seperti mana saya suka awak? Awak cintakan saya?”, soalnya. Dia ingin kepastian dari gadis itu. Oh Sehun bukan seorang yang suka bermain tarik tali dengan perasaannya.

Seperti semalam, kali ni Soojung juga berdiam diri. Jujur katakan hatinya tersentuh apabila Sehun meluahkan perasaannya, apabila dapat tahu yang Sehun mencintainya, menyukainya. Soojung rasa dihargai. Namun adakah dia juga sama? Mencintai Sehun? Menyukai Sehun? Mampukah dia membalas perasaan Oh Sehun? Anak kedua keluarga Jung itu keliru. Dia ber celaru. Sehun hadir dalam hidupnya untuk memudahkan misinya, bukan menyukarkannya.

“Jung Soojung..”, Sehun memperoleh kembali perhatian gadis itu.

“Jangan beri saya harapan palsu. Kalau awak tak suka saya, jangan layan saya dengan terlalu baik, saya takut saya tak dapat lupakan awak”

Soojung senyum dan membelai lembut pipi Sehun, sama sepertimana Sehun lakukan semalam. “Saya takkan layan awak kalau saya tak suka awak”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Saya dah pulang!!”

“Selamat pulang, tuan muda”, beberapa orang pembantu rumah menyambut lalu memberi tunduk hormat kepada tuan muda keluarga Oh itu.

Sehun meluru ke arah dapur, matanya melilau mencari kelibat seseorang. Dia kemudian menyapa kelibat Namjoo yang sedang mengelap gelas di kabinet dapur.

“Yah, Kim Namjoo”, Sehun menhampiri gadis pembantu rumah yang hanya muda setahun darinya itu. Kim Namjoo ialah salah seorang pembantu rumah yang paling lama bekerja di rumah agam milik Setiausaha Oh Jae Hwan itu. Dia dan Sehun telah berkawan dari kecil, menyebabkan mereka selesa menceritakan perihal masing-masing, terutama Sehun.

“Hey, buat apa tu?”, tegur Sehun.

“Basuh baju”, jawab Namjoo mendatangkan hilai tawa tuan mudanya itu. Gelas-gelas dilap dengan penuh cermat. Satu gelas itu mungkin berharga dengan gajinya sebulan.

“Buat lawak pulak kau ni”, Sehun mengusik, mencuit pinggang kecil milik Namjoo. “Oh ye, kau nak tau tak, sekarang ni kan, aku dah ada teman wanita”

“Teman wanita? Tuan muda dah ada teman wanita?”, membulat mata gadis pembantu rumah itu. Mujur gelas dipegang kuat, kalau tak, mungkin jatuh berderai ke lantai.

“Yup”, Sehun mengangguk laju, dapat mengagak reaksi Namjoo.

“Tipulah~ saya tak percaya”, Namjoo mencebik, enggan mempercayai. Dia mengagak itu mungkin salah satu onahan Sehun.

“Tak percaya sudah~”, Sehun menjelirkan lidahnya, sengaja membuat muka hodoh di depan Namjoo.

Namjoo menjeling lelaki itu, suka sangat menyakitkan hatinya. Kadangkala Sehun langsung tak berperangai matang. Riak muka Namjoo itu membuatkan Sehun geram lalu dia menarik cubit pipi gadis itu.

“Betullah, aku dah ada teman wanita, cantik dari kau,”, ujar Sehun merapatkan mukanya dengan Namjoo, membuat mata juling.

Buat seketika Namjoo rasa ingin tampar pipi lelaki tak matang di depannya itu.

“Ehem! Ehem!”, seseorang membuat bunyi, menegur mereka berdua. Sehun dan Namjoo segera berpaling belakang  ke arah  suara itu, melihat seorang perempuan separuh usia, memakai uniform yang sama seperti Namjoo.

“Puan Kang”, Namjoo cuak. Dia terus mengabaikan Sehun dan sambung melakukan kerjanya.

“Saya harap Tuan muda tidak ganggu Namjoo  ketika dia tengah buat kerja, kalau tuan muda perlukan…”

“ok ok. Saya tahu lah”, Sehun mencelah sebelum sempat ketua pembantu rumah itu sempat menyudahkan ayatnya.

“Oh ye, Puan Kang, esok saya ada tetamu istemewa, saya harap semuanya dalam keadaan teratur. Saya nak bawa tetamu saya makan malam, jadi sediakan makanan yang sedikit lain dari biasa, yang lebih istimewa”, Sehun tersenyum sambil menepuk bahu ketua pembantu rumah itu, lalu beredar masuk ke bilik. Dia teringat yang Soojung mahu ke rumahnya.

“Sehun sshi, awak dah pergi rumah saya, jadi boleh saya pergi rumah awak?”

“rumah saya? Tapi rumah saya tak seronok.. bosan.”

“ala, saja je”

“boleh, tapi bila?”

“malam esok”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Kedengaran suara kanak-kanak riang berlari ke sana sini. Si ibu dan si ayah menikmati masa berdua sambil melihat keseronokkan anak mereka. Pasangan bercinta pula berkepit dengan pasangan masing-masing. Ada juga yang berjoging dan keluar berjalan dengan anjing peliharaan mereka. Manakala seorang lelaki duduk termenung di sebuah bangku rehat di bawah pokok. Dengan gayanya yang bersahaja, memakai beanie, berseluar jean lusuh dan tshirt biasa, sesiapapun pasti tidak menyangka bahawa lelaki itu ialah perisik kerajaan Korea Utara.

Sebiji bola datang bergolek ke kaki bangku tempat lelaki itu berehat. Dia tunduk mengutip bola itu. Tiba-tiba teringat kisah lamanya.

“Hyung! Tolong kembalikan bola saya”, seorang budak lelaki lingkungan 5 tahun menjerit padanya.

Lee Eunhyuk tersenyum lantas membaling bola tersebut, cukup jauh untuk sampai ke tempat budak lelaki tadi bermain.

“Main elok-elok!”, tambahnya.

“Terima kasih!”, balas budak lelaki tersebut sebelum menyambung permainannya.

Seorang perempuan berdiri tidak jauh dari tempat Eunhyuk.

“Oh! Terkejut saya!”, Eunhyuk terperanjat. Dia tidak sedar kehadiran perempuan itu. “Kamu lambat”, ujarnya sambil kembali duduk. Perempuan itu mengambil tempat di sebelah Eunhyuk.

“Maaf saya lambat. Saya cuma nak pastikan tiada siapa ekori atau datang cari saya”,perempuan itu bersuara. Rambutnya yang panjang diikat kemas dan disorokkan dalam topi.

“Siapa? Kawan? Waa nampaknya awak dah ada kawan baru di sini ye”, tutur kata Eunhyuk seolah memerli Soojung.

“Mereka cuma kemudahan yang membantu saya secara tak langsung dalam misi ni”,balas Soojung. “Jangan risau, saya bukan setahun dua jadi perisik, saya tahu apa yang patut dan tidak patut saya lakukan”.

Soojung faham maksud Ejen 044 itu supaya tidak campuradukkan antara kehidupan sebagai perisik dan kehidupan sebenar. Dia pernah terlibat dengan pelbagai kumpulan manusia dalam menjalankan misi, dia terpaksa menyesuaikan diri dalam setiap keadaan misi yang diberi. Kehidupan sebenar? Adakah Soojung mempunyai kawan dalam kehidupan sebenar? Soojung teringat rakan sekolahnya di Kaesong.  Park Sunyoung, Baek Suzy, Areum, Hyeri. Di mana mereka semua? Adakah mereka juga dipaksa menjadi perisik? Adakah mereka juga bernasib malang seperti dirinya? Soojung selalu menganggap dirinya malang dan dia menyalahkan takdir.

“Pernah dengar pasal bintang bola sepak pada tahun 2010? Nama dia Lee Donghae.”

Soojung diam berfikir seketika sebelum mengangguk perlahan. Pada tahun 2010, dia mendapat misi di Icheon, misi yang agak mudah. Berita kehilangan pemain bola sepak itu menjadi topik hangat di Korea Selatan ketika itu dan sehingga kini masih menjadi misteri. Fail kes sudah ditutup sebagai hilang tapi masih tidak diketahui status hidup atau mati. Sekarang 2014, berita itu makin pudar memandangkan tiada perkembangan terbaru berjaya ditemui pihak polis. Tapi kenapa Eunhyuk bertanya tentang itu?

“Saya ada dengar mengenai berita kehilangan dia beberapa tahun lalu, tapi kenapa?”, Soojung menyuarakan perkara di mindanya.

Eunhyuk memandang kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak tidak jauh dari tempat mereka. Mata Soojung juga melirik ikut pandangan lelaki itu.

“Dia kawan saya, Lee Donghae.”, lelaki itu bersuara, kedengaran sayu. Melihat kepada kanak-kanak tersebut mengingatkannya pada kawan baik yang dia pernah miliki. “Saya tembak bunuh dia. Dia mati di tangan saya”

Soojung terkejut dengan apa yang rakan perisiknya itu katakana. Jadi Lee Donghae pemain bola sepak yang terkenal itu sudah mati? Kenapa? Soojung mengagak yang dia mesti ada berkait dengan sesuatu misi yang Ejen 044 jalankan. Hidup sebagai perisik kadangkala terpaksa mengorbankan beberapa nyawa. Dan itu sudah dijadikan sebagai norma dalam kehidupannya. Kod nama yang dipegang setiap ejen membawa tanggungjawab yang berat. Tanggungjawab secara tidak langsung kepada kerajaan Korea Utara.

“Mesti awak tertanya kenapa kan?”, Eunhyuk seolah dapat membaca minda gadis itu. “ Lee Donghae dapat tahu yang saya seorang perisik dari Korea Utara dan saya dapat arahan supaya hapuskan dia. Saya tiada pilihan lain selain menjalankan arahan yang diberi. Ya. Saya menyesal seumur hidup saya sebab melibatkan dia secara tidak langsung. Misi saya berjalan lancar dan mendapat pujian ketua tapi sehingga kini saya masih tak dapat maafkan diri saya.”

Soojung tersentuh mendengar kisah sebahagian hidup Ejen 044 itu. Setidaknya dia tahu yang masih ada orang yang senasib dengannya. Hidup sebagai perisik yang kejam, mereka terpaksa membunuh mana-mana saksi yang mengetahui identiti rahsia mereka sebagai perisik. Itulah kenyataan pahit yang ditempuh Jung Soojung dan Lee Eunhyuk sebagai Ejen 411 dan Ejen 044.

“Saya faham yang awak tak mahu saya berakhir macam awak”, luah Soojung. “Jangan risau, saya takkan benarkan perasaan saya terumbang-ambing. Misi adalah misi. Rahsia tetap rahsia. Saya bertahan buat misi ni demi…”

“Demi kakak awak yang berada dalam tawanan pihak Korea Utara? Jung Sooyeon?”

Soojung terdiam apabila Eunhyuk mencelah antara kata-katanya, mengutarakan perkara yang betul. Bagaimana Ejen 044 tahu tentang satu-satunya keluarga Jung itu?

“Adakah misi awak kali ni ialah perhatikan saya?”, soal Soojung berterus terang. Pada mulanya dia agak hairan kerana kereta Ejen 044 sering dilihat di luar apartmen dan kawasan tempat letak kereta berdekatan. Dia menyangka yang pihak tentera Korea Utara tidak mempercayainya lagi atau mereka menghantar seorang ejen untuk membunuhnya. Mungkin misi yang Soojung terima kali ni ialah misi palsu untuk menhapuskannnya. Soojung tertanya-tanya.

Eunhyuk tersenyum sinis. Dia tahu benar apa yang Ejen 411 fikirkan. “Awak ingat saya tak tahu yang awak ke Pyeongyang tempoh hari? Awak berjumpa dengan kakak awak dalam kem tawanan”, dia memberi jelingan tajam kepada gadis itu.

“Ingat, jangan sesekali lakukan perkara di luar batasan. Lengkapkan misi awak”, nada Eunhyuk berbaur amaran. “ Bagaimana dengan Oh Jae Hwan? Dapat masuk ke rumah dia?”, sambungnya tidak mahu membuang masa lagi.

Keluhan kecil didengari di hujung nafas Jung Soojung.

“Malam ni saya akan masuk ke rumahnya. Saya akan cuba perhatikan keadaan sekeliling terlebih dahulu sebelum mengenal pasti mana-mana bilik rahsia dan bilik bacaan yang ada”, Soojung mendedahkan rancangannya.

Eunhyuk lalu mengeluarkan sebuah kotak dari begnya. “Guna ni”,dia menghulurkan kepada gadis di sebelahnya itu. “Ini cip kamera yang boleh dikawal dari jarak jauh. Letak cip di mana-mana bahagian rumah Oh Jae Hwan, bila saat yang sesuai nanti atau keadaan yang terkawal, awak gunakan alat ni untuk perhatikan keadaan rumahnya. Kenal pasti di mana maklumat tersebut disimpan”

Soojung mengangguk faham atas penjelasan Eunhyuk “Copied that”.


*sigh.puas nak perah idea fikir macam mne nak sambung cerite ni.. takde semangat.  anyway, slamat mmbace 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^