014

Kerana Cinta

“Bodoh!”, Soojung ditampar beberapa kali. Dia ditampar bukan dengan tangan biasa tapi tangan yang memegang pistol. Terasa pedih apabila alat tersebut mula mengenai kulit pipi Soojung. Adakah ini yang dikatakan senjata makan tuan? Darah mula mengalir apabila luka-luka muncul di pipi Ejen 411 itu.

“Bodoh! Bangang!” satu lagi tamparan kasar mengenai Soojung. “Misi macam ni pun boleh ada masalah”

“Tapi saya dah berjaya dapatkan maklumat yang Tuan mahukan tu”, Soojung berlagak biasa. Dia tegak berdiri dalam keadaan senam diri, penuh berdisplin di depan ketuanya. Dibiarkan sahaja darah mengalir di pipinya.

“Memang misi kau dah lengkap! Tapi macam mana dengan budak lelaki tu?!”, lelaki yang berdiri di depan Soojung melepaskan geram, menhentak pistolnya pada meja. Lelaki yang digelar tuan itu mempunyai tubuh yang sasa dan beberapa parut di muka. Wajahnya bengis. Wajah milik pengkhianat dan pemberontak.

“Jadi apa kau nak buat dengan budak laki tu? Kalau pihak Korea Selatan tahu kita culik bawa dia ke sini, peperangan akan berlaku! Pihak utara tidak bersedia lagi! Korea Selatan akan mendapat bantuan Amerika! Kita?!”

Soojung hanya diam tidak membalas. Ya. Ayah Sehun merupakan salah seorang yang penting di Korea Selatan. Kehilangan Sehun akan terus dikaitkan dengan pihak Korea Utara. Peperangan akan berlaku jika terbukti Sehun diculik ke Korea Utara. Peperangan dunia akan meletus dan kali ni mungkin Korea akan tercatat sebagai negara yag terlibat.

“Ejen 044!”

Eunhyuk masuk dengn keadaan penuh disiplin, seperti seorang askar di sempadan yang bersedia menerima arahan.

“Ya Tuan”, Eunhyuk menjawab.

“Cari seseorang dalam kem tawanan yang mempunyai ciri budak laki tu dan palsukan kematian. Bakar mayat dia pastikan mayat tersebut tidak boleh dicam. Tembak budak laki tu dan campak ke laut”, ketuanya memberi arahan. Marahnya mula reda.

“Baiklah Tuan”

“Tuan…”, Soojung bersuara mencelah. “Saya, Ejen 411 ingin menguruskan Oh Sehun. Ini kesilapan saya, biar saya bunuh dia. Ejen 044 boleh uruskan penukaran mayat tu”

“Baiklah, pergi buat sekarang! Sebelum keadaan bertambah teruk”

           >>

Kakinya laju melangkah, terus berlari di sebalik bangunan-bangunan konkrit. Kakinya melanggar mana-mana lopak air dan melompat mana-mana batu yang menhalang. Kakinya terus berlari. Malam pula terus meningkat tua, bulan juga kelihatan penat. Bandar Seoul seperti tidur keletihan malam itu. Anjing dan kucing juga tidak larat bergaduh lagi. Lampu-lampu ditutup. Bersuluhkan kepada cahaya rembulan yang masih setia, Lee Donghae terus berlari.

“Berhenti!”, satu tembakan dilepaskan, hampir mengenai pemain bola sepak itu namun tembakan itu tersasar.

Donghae terkejut dan langkahnya tidak seimbang. Dia jatuh tersungkur ke lantai. Menyembah ke jalan tar yang hitam berkurap. Donghae menyumpah geram.

“Kau tak boleh nak terus larikan diri”, seseorang berdiri di belakang Donghae.

Kedua mereka bernafas kasar. Penat berlari. Kedengaran bunyi kucing mengamuk seketika kemudian lenyap. Bunyi satu dua kereta yang lalu berdekatan mereka kemudian senyap. Donghae dan Eunhyuk berhenti berlari dan kini mereka berada di lorong belakang deretan kedai yang sunyi dan dan separuh gelap.

“Memang kau tetap akan bunuh aku? Hah?! Lee Eunhyuk?”, Donghae bangkit berdiri, enggan terus melarikan diri sebaliknya bersemuka dengan kawannya itu.

“Ini semua salah kau. Siapa suruh kau siasat pasal aku. Kalau kau terus kekal tidak tahu, aku tak kan buat semua ni. Aku tak akan dapat arahan untuk hapuskan kau”, ujar Eunhyuk sambil mengetatkan genggaman pistol ‘glock’ di tangan. Mengacu tepat ke arah Donghae.

“Aku ingat kau akan jadi kawan aku buat selamanya. Aku ingat kau lain dari orang lain yang pernah tinggal dan khianati aku. Aku betul-betul sangka yang kau berkawan dengan aku sebab diri aku, bukan kerana kepopularan aku. Tapi ternyata silap, kau berkawan dengan aku sebab kau nak pergunakan aku supaya misi kau berjalan lancar.”

“Kau tak patut siasat latar belakang aku. Itu kah yang kau kata kawan? Kau curigai kawan kau sendiri. Kau tak sepatutnya masuk campur dalam urusan aku dan mungkin kita boleh kekal kawan”

Donghae mengeluh. Tak sangka akan ada satu hari di mana lelaki yang dianggap kawan itu akan mengacukan pistol padanya. Langsung tidak menduga di sebalik senyuman ceria Eunhyuk itu ternyata sembunyinya seorang perisik Korea Utara yang kejam.

“Aku siasat sebab aku kisah pasal kawan aku. Kau yang sepatutnya jujur pada aku. Aku boleh simpan rahsia yang kau merupakan pembelot kerajaan”

“Apa yang kau harapkan? Aku akan datang jumpa kau, beritahu yang aku ialah ejen rahsia dari utara dan sedang menjalankan tugas khas di Seoul ni. Macam tu? Identiti aku mesti kekal rahisa! Tiada siapa boleh tahu terutamanya rakyat Korea Selatan macam kau. Saksi mesti dihapuskan. Sekarang ni, memandangkan kau dah tahu identiti aku yang sebenar, aku kena hapuskan kau”

Kedua Eunhyuk dan Donghae bertentang mata, meluahkan perasaan tidak puas hati masing-masing. Perasaan seorang sahabat. Eunhyuk lihat mata Donghae mula berair. Dia tahu kawannya itu seorang yang baik, naïf, dan membuatkan Eunhyuk merasa kasihan tapi misi untuk hapuskan pemain bola sepak itu harus dilengkapkan. Jika tidak, Eunhyuk yang akan dihapuskan sebagai ejen yang gagal.

“Sampai hati kau nak bunuh aku! Selepas apa kita lalui bersama. Aku ingat nak jadi kawan kau sampai mati. Aku nak jadi tua bersama kau, nak ajak kau jadi pengapit majlis kahwin aku, nak jemput kau ke majlis hari lahir anak aku nanti, nak kahwinkan anak kita dan berjalan di taman mengunakan tongkat bersama-sama. Aku ingat kau ialah sahabat sejati aku. Jangan bunuh aku, Lee Eunhyuk!”, nada Donghae meninggi. Setiap kata-kata diucapkan dengan perasaan sebak dan marah.

“Kau tak faham Lee Donghae! Kau tak faham! Aku anak tentera Korea Utara. Aku seorang perisik. Aku kena hapuskan kau kalau tak nyawa aku jadi taruhan. Aku terpaksa buat semua ni, Donghae ah”

“Memang ni ke Eunhyuk yang aku kenal? Hah? Sanggup nak kotorkan tangan dengan darah manusia? Berapa banyak nyawa yang kau dah bunuh? Kalau kau tak pernah anggap aku kawan kau, bunuh lah aku, tembak aku! Tapi kalau persahabatan kita penting buat kau, lepaskan aku dan aku berjanji akan jaga rahsia kau”, Donghae mengangkat pegang pistol Eunhyuk dan mengacu tepat ke dahinya sendiri. Menyerahkan nasibnya pada Ejen 044 itu.

Buat seketika Eunhyuk teragak untuk menarik picu pistol. Kalau Donghae mati, mayatnya akan diuruskan pihak atasan dan tiada siapa akan tahu malam tu Donghae ditembak mati. Donghae akan dianggap ghaib.

“Aku janji kau akan jadi yang terakhir. Maafkan aku, Lee Donghae”, air mata Eunhyuk mengalir perlahan.

“Tak”, Donghae menggeleng, masih tidak berganjak. “Aku nak jadi yang pertama kau selamatkan”

    >>

Sehun membuka mata perlahan-lahan, berasa cerak dek cahaya yang menyuluh tepat ke arahnya. Kepalanya terasa berat dan pinar berdenyut-denyut. Sehun dapat rasakan tangan dan kakinya diikat pada kerusi yang dia duduk. Dia melihat keadaan sekeliling. Sehun dikelilingi dinding besi yang ditampal bendera Korea Utara dan satu lampu di atas kepala Sehun.

Apa yang berlaku? Sehun cuba mengimbas semula. Dia teringat akan seseorang  memukul belakang kepalanya. Dia teringat nampak Soojung di bilik bacaan ayahnya. Soojung? Mana Soojung? Mana dia berada sekarang?

Kedengaran bunyi pintu besi dibuka dan dua pasang kaki kelihatan menghampiri. Sehun mendongak namun cahaya yang cerak, menghalang Sehun melihat wajah dua orang itu.

“Saya boleh uruskan dia seorang diri. Saya akan hapuskan dia”, satu suara membangkitkan Sehun sepenuhnya. Sehun kenal suara itu. Suara milik gadis yang Sehun cintai.

Eunhyuk meninggalkan Soojung dan Sehun. Soojung terus menghampiri Sehun.

“Soojung ah~”, Sehun bersuara sambil tangannya masih mencuba lerai dari ikatan yang menyakitinya.

“Jung Soojung! Apa semua ni! Lepaskan saya!”, Sehun melepaskan geram.

“Awak tak faham lagi? Oh Sehun? Saya perisik dari Korea Utara dan target saya sekarang ni ialah awak!”, Soojung membalas sambil mengacu pistol tepat ke arah Sehun. Disimpan dan sorok ketakutan dalam dirinya.

“Saya patut percaya cakap Sulli yang dia jumpa pistol dalam bilik awak dan maklumat saya. Saya patut  agak dari awal lagi yang awak seorang perisik.”, tutur kata Sehun seperti mengalah, menyerah nasib. Dia langsung tidak gentar akan pistol yang berada di depan mata.

“”Jadi selama  ni, awak pergunakan saya, perbodohkan saya, permainkan perasaan saya kan? Adakah selama ni, layanan awak terhadap saya ikhlas? Adakah awak cintakan saya? Saya dapat rasakan dari pandangan awak. Setiap pelukan dan ciuman kita. Semua itu bermakna bukan?”, mengalir air mata dari mata Sehun yang mula kelihatan merah.

Soojung cuba menahan sebak di dada. Dirasakan berat umpama dihempap batu besar. Seolah dirinya dipanah panahan berbisa. Soojung berasa sakit dari dalam jiwanya. Soojung berharap jantungnya berhenti berdegup kerana saat itu dia rasa terganggu oleh setiap degupan. Jantungnya bagai nak meletup.

“Maaf Oh Sehun. Saya tak pernah fikirkan semua tu. Saya berlakon demi misi saya. Misi untuk dapatkan maklumat yang ayah awak simpan. Saya tak pernah cintakan awak. semuanya hanya…..”, Soojung memandang tepat ke dalam anak mata Sehun, “……. lakonan”.

“Tipu!”, Sehun menengking marah. Tidak dapat mempercayai apa yang Soojung katakan. Perasaannya membuak marah. “ Awak boleh tipu saya tapi awak tak boleh tipu diri sendiri. Jung Soojung!”

“Saya tak tipu! Saya tak pernah cintakan awak”

Bang! Satu tembakan dilepaskan oleh Jung Soojung. Darah mengalir apabila peluru masuk tepat ke dalam daging Sehun. Soojung jatuh tertunduk di depan Sehun yang tidak sedarkan diri.

“Maafkan saya”, bisik Soojung perlahan, menyesali perbuatannya.

 


*alamak, makin lama makin pendek la plak..atoyai..sorry.. next part last part..be prepare.. 
 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^