010

Kerana Cinta

Perlahan-lahan Soojung membuka mata, merasai kecerahan hari siang. Dia mengiring ke sebelah kanan, bercadang untuk melanjutkan lenanya dan kemudian dia terkejut mendapati sekujur tubuh terbaring di sebelahnya. Dia mengamati wajah tersebut. Sehun? Dia tidur dengan Oh Sehun?!

“AHHHHHHH!!!”, Soojung menjerit, mencapai selimut menutup badannya sendiri. Dilihat Sehun tidak berbaju mula membuka mata. Gadis itu melirik lihat diri sendiri, mujur baju tee yang dipakai malam tadi masih tersarung di badan. Apa yang berlaku? Adakah dia mabuk? Soojung pasti dia tidak mengambil sebarang minuman beralkohol malam tadi. Kenapa dan bagaimana Sehun boleh berada dalam bilik Soojung?

“Sehun shhi! Bangun!”,Soojung menampar lengan lelaki yang masih tidak bangkit bangun itu. Sehun menggeliat ke kiri ke kanan tapi masih mengantuk dan malas bangun.

“Oh Sehun!”, Soojung sekali lagi menjerit.

“Ok Ok, saya bangun”, jawab Sehun bangkit duduk sambil menggosok-gosok matanya dan menguap besar.

“Apa awak buat kat saya? Apa kita dah buat?”, soal Soojung panik.

“Buat apa pula? Kita tidur je la”, balas Sehun separuh mengantuk.

“Tipu! Awak bangun sekarang, keluar dari bilik saya!”

“Haish, saya tak buat sebarang yang bukan-bukan terhadap awak lah, tengok ni, saya masih lagi pakai seluar”, ujar Sehun sambil menyelak selimut. Memang seluar panjangnya masih tersarung. Dia menanggalkan baju kerana sudah menjadi tabiatnya tidur tidak berbaju.

“Ahhh!”, Soojung menutup mata, bimbang jika ternampak benda yang tidak sepatutnya. “Keluar dari bilik saya sekarang!”, dia menolak Sehun bangun.

Sehun mencapai baju tee yang dilempar tepi katil malam tadi. “Soojung ah betul saya tak buat apa-apa kat awak. Malam tadi kita berbual sampai awak tertidur jadi saya angkat awak bawa masuk bilik”,dia cuba menjelaskan.  

Soojung terus menolak lelaki itu ke arah luar bilik. “ Saya angkat awak ke bilik dan saya pon tertidur sekali sebab saya mengantuk dan malas balik rumah”.

“Baik awak balik rumah awak sekarang, mama awak pasti risaukan awak”, Soojung menolak Sehun ke arah pintu utama. Lelaki itu masih tidak memakai baju. Membuka pintu luas, Soojung menyuruh Sehun  keluar dan mereka berdua terkejut mendapati seorang lelaki berdiri di depan pintu.

Eunhyuk yang berada di muka pintu juga terkejut apabila pintu terbuka sebelum sempat dia menekan loceng. Dilihat Oh Sehun anak lelaki Oh Jae Hwan itu tidak memakai baju dan Ejen 411 dalam keadaan yang serabai. Padanlah tiada kelibat lelaki itu meninggalkan apartmen Ejen 411 itu malam tadi. Adakah mereka bermalam bersama?

“Siapa ni?”, soal Sehun. Penggera kecemasan dalam hatinya berbunyi, bimbang jika sebarang lelaki mendekati teman wanitanya.

“Ejen.. eh maksud saya  Lee Eunhyuk. Ya. Lee Eunhyuk.”, balas Soojung, hampir terlepas cakap mengenai identiti perisik lelaki itu. Dia juga tidak menduga kedatangan Ejen 044 itu.

“Lee Eunhyuk? Kawan?

Soojung diam seketika sebelum menjawab, “ Teman lelaki kakak saya. Dia datang nak ambil barang kakak saya”.

                >>

“Apa awak buat di sini?”, soal Soojung setelah Sehun keluar dari rumahnya. Dia membenarkan Ejen 044 itu masuk. Soojung yakin Eunhyuk tidak akan datang melainkan ada hal yang penting perlu disampaikan. Mungkin berkaitan dengan misinya.

“Datang nak ambil barang kakak awak lah”, balas Eunhyuk ketawa kecil.

“Tolong serius, Ejen 044”, ujar Soojung sambil membetulkan rambutnya.

                >>

Sehun menyarung bajunya sambil menekan butang di lif. Separuh dirinya berasa gembira kerana dapat bermalam dengan teman wanitanya tapi separuh lagi berasa cemburu apabila Soojung menarik lelaki asing tadi masuk ke dalam rumahnya.

Sehun meraba-raba poket seluar sebelum perasan yang dia tertinggal telefonnya dalam bilik Soojung.

                 >>

“Nampaknya awak seronok malam tadi”, perli Eunhyuk menjeling ke arah tin-tin minuman di atas meja di ruang tamu Soojung itu. Minuman yang Sehun dan Soojung minum malam tadi.

“Jangan risau, ini cara saya, misi saya”, balas Soojung lalu mengemas buang tin-tin tersebut.

“Saya ada sesuatu yang mungkin awak perlukan untuk misi kali ni, Ejen 411”, Eunhyuk mula kelihatan serius.

Soojung segera mengambil tempat duduk di sofa berhadapan Ejen 044. Bersedia mendengar apa saja yang makluman dari mulut Eunhyuk.

“Sebelum tu, laporkan dulu berapa peratus kelulusan misi awak kali?”.

“Saya dah berjaya masuk ke dalam rumah Oh Jae Hwan dan kenal pasti bilik bacaannnya. Saya guna cip kamera untuk mencuri masuk namun tiada sebarang lubang yang membolehkan alat itu mencelah. Pintu juga saya yakin dikunci. Jadi saya bercadang untuk pergi sendiri sekali lagi, membuka pintu itu secara paksa dan mencari maklumat tersebut.”

“Pihak atasan dapat tahu bahawa minit mesyuarat yang asal berada dalam pejabat Presiden yang mana mustahil untuk kita dekati. Maklumat yang awak dikehendaki ini ialah salinan. Satu-satunya salinan yang disimpan di luar Rumah Biru. Oleh itu kita perlu bertindak segera sebelum salinan tersebut dihapuskan”, jelas Eunhyuk. Dia kemudian membawa keluar segugus kunci dan dilletakkan di atas meja, depan Soojung. Terdapat beberapa cebisan kulit kacang yang Sehun dan Soojung makan malam tadi bersepah di atas meja.

Soojung mencapai gugusan kunci tersebut. “Sebelum ia dihapuskan? Jadi saya perlu segera masuk ke dalam bilik bacaan  dan ambil salinan dokumen tu?, soalnya sambil membelek gugusan kunci tersebut. Terdapat 20 kunci yang tergantung diikat bersama.

“Yup”, Eunhyuk mengangguk. “dalam tempoh minggu ni”, dia memperincikan.

Soojung menelan air liur. Minggu ni? Mampukah dia? Soojung akui dia tidak sukakan tekanan masa. Bagaimana jika gagal melakukan dalam minggu ni?

“Baiklah”, Soojung menetap kata putus. “Saya akan lakukan dalam minggu ni, tapi kunci ni?”

“Untuk pengetahuan awak,ada seorang Ejen yang telah diberi misi ini sebelum awak. Ejen 407, menyamar sebagai pembantu rumah Keluarga Oh dan berjaya mendapatkan kunci pendua bagi setiap pintu bilik yang terdapat dalam rumah tersebut. Salah satu kunci tersebut ialah kunci bilik bacaan Oh Jae Hwan dimana salinan dokumen tersebut disimpan.”, Ennhyuk tenang berkata-kata. Dia dapat lihat ketakutan dalam anak mata Soojung.

“Tapi sekarang saya yang bawa misi ni. Jadi adakah Ejen 407 itu gagal?

“Betul tu. Dia telah ditangkap oleh ketua pembantu rumah kerana disyaki cuba mencuri. Kemudian dia dibunuh pihak atasan kerana gagal melengkapkan misi.

Soojung tertunduk. Mesti dia akan terima nasib yang sama jika gagal dalam misi tersebut.

“Jangan lupa pastikan misi ni berjalan lancar tanpa diketahui siapa-siapa pon yang awak adalah seorang perisik, tak kiralah Oh Sehun mahupun…”, Eunhyuk memandang tepat mata Soojung apabila gadis itu mendongak,”….. Choi Sulli”.

“Choi Sulli? Dia tidak terlibat langsung dalam hal ni. Dia cuma rakan sekerja saya di Kafe”, balas Soojung. Dia dapat rasakan Eunhyuk mengetahui sesuatu mengenai Sulli.

“Dia pernah ke rumah awak bukan? Awak pasti dia tidak terlibat? Awak tahu kan yang identiti perisik kita harus kekal rahsia”, tutur kata Eunhyuk berbaur amaran.

“Saya tahu. Jangan risau, Choi Sulli mahupun Oh Sehun tidak akan terlibat. Urusan saya dengan mereka akan tamat sebaik misi ni selesai. Kalau mereka tahu identiti saya, saya sendiri akan hapuskan mereka”, tegas Ejen 411. Dia tidak mahu Eunhyuk berasa sangsi dengan keupayaannya.

“Saya harap awak pegang kata-kata awak. Ingat kalau awak gagal misi awak bermakna saya juga gagal misi saya dan kita mungkin berakhir seperti Ejen 407”, Eunhyuk mengukirkan senyuman sinis di bibirnya.

            >>

“Fokus Oh Sehun!”, Lee Junki membaling bola ke arah salah sorang pemainnya.

Sehun menangkap bola tersebut, menerima baik kritikan jurulatihnya. Dia akui sejak kebelakangan ni dia sedikit hilang fokus dalam gelanggang. Entah kenapa, dalam setiap langkah dan degupan, dia membayangkan teman wanitanya. Rasanya dia sudah kemaruk cinta.

“Baiklah, latihan kita tamat di sini. Esok latihan dibatalkan dan kita sambung lusa”, Junki menutup acara latihan bola keranjang pada petang itu.

Para pemainnya mula beredar balik dan menukar pakaian. Minggu ni giliran Kai untuk mengutip dan mengemas bola. Oh Sehun pula tunggu menemani kawannya itu.

“Wei, mana phone kau? dah tak reti nak jawab bila aku call?!”, Kai memarahi Sehun, membaling kasar  sebiji bola pada rakannya itu.

Sehun menangkap bola tersebut. “Sorry lah, phone aku tertinggal kat rumah Soojung”.

“Rumah Soojung? Kau pergi rumah dia?’

Sebelum sempat Sehun menjawab, seorang gadis datang mendekati mereka berdua. Berbeza dengan gaya Soojung, gadis ini kelihatan lebih comel dan ringkas.

“Sulli shi”

“Awak nak jumpa saya ke?”, soal Kai sambil menyusun bola masuk ke dalam bakul bola.

“Hmmm, saya ada perkara sikit nak cakap dengan awak”, balas gadis itu. Beg tangan tali yang digalas di bahu kanan digenggam erat.

“Ok, kalau macam tu, aku tinggalkan korang berdua ya. Aku balik dulu”, ujar Sehun sebaik meneguk habis sebotol kecil air mineral.

“Sehun shi,  awak tak apa-apa kan? Kalau ada perkara pelik berlaku, beritahulah saya atau Kai”

Kedua-dua Kai dan Sehun memandang Sulli aneh. Kenapa dia cakap macam tu?

“Hmmm, ok. Saya akan maklumkan jika ada sebarang perkara pelik berlaku”, balas Sehun, tidak memahami maksud perkara pelik yang dinyatakan Sulli itu. Dia kemudian beredar keluar dari dewan latihan, meninggalkan Kai berdua dengan Sulli.

“Kenapa awak cakap macam tu kat Sehun tadi?”, Kai bertanya.

“Hmm, dia masih dengan Soojung kan?, Sulli tidak menjawab sebaliknya mengacukan soalan yang lain.

“Rasanya lah, sebab tadi dia cakap yang dia tertinggal telefon di rumah Soojung. Tapi kenapa awak tanya macam tu?”

Sulli merapati teman lelakinya dan memeluk Kai erat. Mengabaikan bau peluh badan lelaki itu.

“Sulli? Kenapa ni? Awak ok?”, soal Kai, berasa tidak sedap hati. Sulli kebiasaanya tidak begini. Gadis itu biasanya menyambutnya dengan ceria dan gelak tawa tapi hari ni Sulli kelihatan lain. Kai dapat merasa aura pelik pada Sulli.

“Saya takutlah”, jawab Sulli perlahan-lahn merenggangkan pelukannya.

“Takut kenapa? Ada orang ganggu ‘baby’ saya ni ke?”

Sulli menggeleng. “Saya takutkan Soojung”.

Soojung? Gadis dari Manhattan itu? Teman wanita Sehun? Tapi kenapa? Kai mula mencurigai sesuatu. “Kenapa pula awak takut dengan Soojung?”

“Dia ada pistol. Saya bimbang jika dia adalah seorang perisik”, jawab Sulli berterus terang. Dia memandang mata Kai supaya Kai tahu yang dia tidak bergurau. Dia serius akan hal ni.

“Hah? Pistol? Perisik? Soojung kawan sekerja awak tu? Maksud awak?”,minda lelaki itu kosong, langsung tidak dapat menangkap maksud Sulli.

Sulli menarik mengajak teman lelakinya duduk di bangku rehat pemain di tepi gelanggang. Dia kemudian membuka mulut menceritakan apa yang dia lihat di rumah Soojung tempoh hari dan apa yang dikatakan oleh abangnya Choi Minho malam tadi. Dia cuba sedaya upaya membuat Kai percaya padanya.

           >>

“Lain kali jangan tinggal merata. Pegang sendiri”, ujar Soojung lalu menyerahkan telefon bimbit yang dijumpai atas katilnya, kembali kepada tuannya, Oh Sehun.

“Takkan masa tidur pun nak pegang telefon jugak? Saya cuma terlupa nak ambilnya”, Sehun memberi alasan. Dia tersenyum melihat gadis yang duduk di tempat duduk penumpang bersebelahannya itu. Lantas teringat peristiwa pagi tadi tatkala dia bangun dan mendapati dirinya berada di sebelah Soojung. Pagi terbaik dalam hidup Sehun.

Soojung menjeling lelaki di sebelahnya, masih berbaki perasaan marah dan geramnya apabila peristiwa pagi tadi menyinggah di fikirannya. Tidak pernah lagi dia tidur sekatil dengan mana-mana lelaki, termasuk ayahnya. Sehun yang pertama dan Soojung tidak menyukai hakikat tersebut.

Mereka berdua berada dalam kereta di tepi jalan Jamwon itu. Orang ramai mula dilihat berjalan di sekitar kawasan tersebut, menikmati pemandangan Sungai Hangang pada waktu petang.

“Soojung ah~, boleh saya panggil awak ‘baby’?”

“Tak boleh!”

“Kenapa? Kai selalu panggil Sulli ‘baby’”

“Sebab awak bukan Kai dan saya bukan Sulli!”

“Garangnye”, komen Sehun ketawa kecil.

“Apa dia?!”

“Awak masih marah pasal pagi tadi?”

Soojung memasamkan muka. “Jujur, awak ada buat apa-apa kat saya?”

“Hmm, saya cuma angkat awak masuk dalam bilik, baringkan awak, cium dahi awak, cium pipi awak dan tidur sebelah  sambil peluk awak. Tu saja, dan bila pagi, awak kejut saya dengan satu jeritan. Tak sweet langsung”.”, jawab Sehun sambil buka lepas tali pinggang keselamatan yang dipakai, dia merapati Soojung.

Mata Soojung membulat besar. “Apa dia?!”

Gadis itu benar-benar mencuit hati remaja Sehun.  Anak kelahiran Seoul itu memang telah jatuh cinta dan setiap apa yang dilakukan Soojung dianggap comel.

“Habis tu, awak nak saya buat apa?”, Sehun mengusik gadis itu. “Jangan risau, bila saya nak, saya akan lakukan dengan minta kebenaran awak dulu”, ujar Sehun sambil melarikan jarinya pada hidung Soojung jatuh ke bibir gadis itu. Soojung kemudian menggigit jari lelaki itu, mendatangkan jeritan kecil dalam kereta mereka.

“Ahh!”, Sehun menggosok jari telunjuk, kesan gigitan Soojung. Mujur soojung hanya menggigit perlahan. Soojung memberi jelingan amaran padanya.

              >>

Hwayoung mengetuk pintu bilik  anak kepada majikannya. “Tuan Muda”

“Ya, ada apa?”, satu suara menyahut dari dalam, dia malas bangkit membuka pintu.

“Ada tetamu  datang nak jumpa Tuan Muda”, Hwayoung sedikit menguatkan suaranya.

“Siapa? Kai? Suruh dia datang ke bilik saya”, balas Sehun. Pintu masih lagi tidak terbuka.

“Bukan”, ujar Hwayoung. “Perempuan yang datang makan malam tempoh hari”

Lantas pintu terbuka laju,memeranjatkan pembantu rumah itu. Sehun berlari ke arah pintu utama rumahnya. Perempuan? Hanya seorang. Hanya dia. Jung Soojung.

           >>>

“Kenapa tak cakap nak datang? Saya boleh pergi jemput awak”.

Gadis itu berjalan melilau sekitar bilik Sehun, memerhati sekeliling  dalam bilik anak lelaki Oh Jae Hwan itu. Sama sahaja seperti bilik anak orang kaya yang lain. Bilik yang mengaplikasikan konsep bandar moden Paris itu dihiasi dengan beberapa barang kegemaran Sehun. Terdapat sebuat teleskop di suatu sudut tepi tingkap, rak buku majalah fesyen dan sukan, jaring kecil bola keranjang dan papan dart. Di dinding pula, lukisan lampu bandar Paris menjadi peneman Sehun waktu malam.

“Kenapa? Kalau awak boleh datang tempat saya secara mengejut, takkan saya tak boleh buat yang sama?”

“Amboi, balas dendam nampak”, balas Sehun. Dia tahu Soojung bukan gadis yang ‘mudah’ dan dia sukakan personaliti Soojung yang ‘kuat’.

“Awak orang ketiga yang masuk dalam bilik ni selain keluarga dan pembantu rumah saya”

“Ketiga? Siapa yang pertama dan kedua?”

“Kai dan kapten pasukan saya, Suho”

Soojung mengangguk. Dia faham maksud Sehun yang mengatakan bahawa dia merupakan orang istimewa kerana dapat masuk ke dalam bilik lelaki itu. Soojung merapati Sehun, memaut lengannya pada leher teman lelakinya itu, memandang tepat mata Sehun yang berwarna coklat gelap.

“Awak…. betul-betul sayangkan saya?”, Soojung bertanya.

Sehun merangkul pinggang gadis itu. “Tentulah saya sayangkan awak”,balas Sehun perlahan, cuba merapati ingin mengucup bibir Soojung tapi gadis itu menjarakkan mukanya.

“Bagaimana kalau saya hilang dari hidup awak suatu hari nanti?”, soal Soojung lagi. Ini persoalan yang bermain di hatinya. Bukan sebagai Ejen 411 tapi sebagai seorang gadis bernama Jung Soojung. Dia teringat akan kata kakaknya supaya pergi jauh meninggalkan dunia perisikan dan hidup normal. Ya. Soojung terfikir ingin berbuat demikian. Dia ingin menyempurnakan misi ini dengan cepat dan melarikan diri dari pihak Korea Utara. Namun masalah yang ditempuhi ialah lelaki yang berada dihadapannya ini. Lelaki yang mengucapkan perkataan sayang padanya. Lelaki yang mencintai Jung Soojung.

“Kenapa awak cakap macam tu? Saya pasti takkan lepaskan awak. kalau awak hilang, saya akan cari awak walau ke hujung dunia”.

“Saya cuma cakap, kita tak tahu apa akan terjadi masa depan. Mungkin nanti cinta kita akan berubah”, jawab Soojung cuba tersenyum sedang hatinya bercelaru. Apa yang dia buat ni salah. Dia tidak patut terus menerus memberi harapan pada Sehun.

“Cinta tak pernah berubah, manusia yang berubah”, balas Sehun yakin. Dia kelihatan serius. Sehun lalu menyelak bajunya, menunjukkan kesan parut di badannya. “Parut ni hodoh kan? Parut yang sama akan berbekas di ‘sini’ sekiranya suatu hari nanti awak berubah”. Dia mencapai tangan Soojung, diletakkan pada dada kirinya. ‘Sini’ yang dimaksudkan ialah hatinya. “Awak tengok parut  tu pon awak cakap sakit kan, jadi tolong jangan sakiti hati saya. Kalau tak, nanti akan ada parut yang hodoh”.

“Jangan tinggalkan saya”, ujar Sehun lalu mengucup tangan kecil milik Soojung.

“Saya harap awak pegang kata-kata awak. Ingat kalau awak gagal misi awak bermakna saya juga gagal misi saya dan kita mungkin berakhir seperti Ejen 407”

Soojung tersentak lantas kembali ke alam realiti. Misinya. Mendapatkan maklumat sulit mesyuarat Kerajaan Korea Selatan yang dipegang bekas Setiausaha Kerajaan itu. Soojung sedar akan misi yang masih belum lengkap.

“Apa aku buat ni? Aku harus selesaikan misi dalam tempoh minggu ni”, bisik hati Soojung memberi amaran. Dia ke rumah Sehun untuk mencuri masuk ke dalam bilik bacaan Oh Jae Hwan, mencari maklumat sulit yang disimpan dalam bilik tersebut, bukan bermain cinta dengan Sehun. Soojung menolak lembut lelaki itu.

“Sehun shhi, saya nak ke tandas sekejap”

“Pergi la, dalam bilik saya ni ada tandas, kat hujung sana”, Sehun menunjuk arah.

“Tak. Saya tak nak guna tandas di bilik awak. kat luar? Bilik sebelah?”

“Kenapa? Awak takut saya mengintai?”

“Yah!”, lengan Sehun dipukul.

Ketawa kecil di hujung bibir lelaki itu sebelum dia membalas, “Sebelah ni bilik kakak saya, sebelah kiri pula bilik tetamu dan bilik bacaan”

“Bilik tetamu sebelah bilik bacaan? Saya guna tandas bilik tu eh”, Soojung lalu beredar keluar dari bilik anak lelaki Oh Jae Hwan itu.  Dia memerhati keadaan sekeliling sebelum bergerak ke hujung lorong. Setiba sampai di depan pintu sebuah bilik. Soojung mejeling lihat jika ada sesiapa yang lalu di kawasan itu. Dia mengeluarkan gugusan kunci dari begnya dan mencuba buka pintu yang berkunci itu. Dia tidak mahu nasibnya jadi seperti Ejen 407. Akhirnya salah satu kunci tersebut berjaya membuka pintu. Soojung melangkah masuk dan menguncinya semula.

Sehun memandang air minuman di meja. Kelihatan ais sudahpun cair dan menghasilkan  titik-titik air di sekitar gelas. Bahagian bawah gelas basah dek ais yang mencair. Sudah lebih 30 minit berlalu dan Soojung masih belum pulang dari ‘tandas’. Dia sesat ke? Atau berlaku sesuatu padanya? Sehun tidak dapat bertahan tunggu lagi dan bergerak keluar. Mencari Soojung di bilik tetamu. Dia mengetuk pintu tandas di bilik tetamu itu.

“Soojung ah? Awak masih di dalam?”

Tiada jawapan didengari. Sehun lalu menolak buka pintu yang tidak berkunci itu.  Kosong. Bilik air kosong merenungnya kembali, membuatkan anak muda itu kehairanan. Mana Soojung?  Sehun berlari keluar.

“Bomi? Mana teman wanita saya? Awak nampak dia?”, Sehun menahan salah seorang pembantu rumah yang sedang mengangkut baju yang siap dilipat.

Pembantu rumah itu lalu menjawab,” Tadi saya nampak dia keluar. Rasanya dia dah balik”.


err.sye harap masih ada yang sudi baca lagi cita ni..sory late update. 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^