015

Kerana Cinta

Bau darah dan alkohol menyucuk kuat. Sehun terasa sakit yang teramat. Dia membuka mata tidak dapat menanggung sakit. Sehun berasa lemah longlai, seperti separuh dirinya sudah mati. Dia tidak dapat merasai tangan kirinya manakala tangan kanannya berasa sangat sakit. Kakinya pula kebas. Sehun memandang ke atas, bumbung kelihatan sangat tinggi.

“AHHHh!!!!”, Sehun mengerang kesakitan. Pedih dirasakan apabila perempuan di sebelahnya itu seperti menekan lukanya. “AHHHH!!!”, Sehun terus menjerit. Matanya merah menahan sakit. Gigi depannya berdarah akibat terlalu kuat mengetap gigi.

“Shhhuuut, sikit je sikit je lagi”, suara perempuan itu cuba menenangkan. Sehun tak pasti apa yang perempuan itu lakukan. Sehun diberi tuala kecil untuk digigit, membenamkan jeritannya menahan sakit. Perempuan itu membersihkan darah di sekitar bahu Sehun dan mengikat dengan kain supaya luka tersebut tidak terbuka. Peluh menitik di dahi perempuan itu.

“Dah siap. Dah siap, bertahanlah Sehun shhi”, Soojung cuba memujuk Sehun yang dari tadi terus menahan sakit. Tangannya berlumuran dengan darah lelaki tersebut.

“Maaf, saya terpaksa buat pembedahan cara macam ni untuk selamatkan awak. Saya guna alkohol sebab tiada ubat bius dan ikat guna kain sebab saya tiada alat untuk jahit luka awak. Tapi semuanya dah selamat. Saya dah berjaya keluarkan peluru tu”, Soojung menjelaskan. Tangannya sedikit menggigil sebaik pembedahan siap dilakukan. Dia juga sedih melihat keadaan Sehun yang terlantar menahan sakit itu.

“Saya minta maaf”, Soojung memeluk Sehun yang terbaring di atas katil itu.

Sehun tidak berdaya untuk membalas. Kesakitan di bahu kanannya masih kuat dirasai. Nafas Sehun juga lemah.

“Kenapa?”,soalnya perlahan. “Kenapa selamatkan saya?”

“Kerana cinta”, jawab Soojung. Memandang tepat pada mata lelaki itu. Dia baring di sebelah Sehun, beralaskan tangan kiri Sehun.

“Kan saya suruh awak tunggu saya. Tak kira apa pun berlaku, awak mesti tunggu saya sebab saya pasti akan kembali. Saya bercadang nak kembali setelah semuanya selesai. Sebaik misi saya tamat, saya ingin kembali pada awak. Saya dah rancangkan semuanya tapi awak… kenapa awak cari saya malam tu?”

Sehun dan Soojung terbaring memandang bumbung gudang lama itu. Semalam Soojung telah menembak bahu kanan Sehun dan menipu pada ketuanya mengatakan Sehun sudah mati ditembak. Soojung membawa lari Sehun ke sebuah gudang lama di Kaesong. Soojung menjalan pembedahan secara manual ke atas Sehun untuk membuang peluru pada bahu lelaki itu. Ejen 411 itu lega pembedahan itu berjaya walaupun Sehun terpaksa menanggung sakit yang teramat.

“Saya takut awak tinggalkan saya”, suara Sehun seolah berbisik. Bibirnya kering dan berdarah.

“Saya takkan tinggalkan orang yang saya sayang. Saya cintakan awak Oh Sehun. Setiap pelukan dan ciuman awak sangat bermakna bagi saya. Saya tak sanggup berpisah dengan awak. Semalam saya terpaksa menipu sebab Ejen 044 yang berada di luar mendengar. Saya terpaksa tembak awak. Maafkan saya”

Sehun memejam mata rapat, menelan segala kesakitan yang dialami. Di sebalik penderitaan yang dialami, setidaknya gadis yang dia sayang berada di sebelahnya, dalam dakapannya. Jika ditakdirkan Sehun mati sekarang,dia rela setelah mendengar pengakuan dari Soojung. Ya. Soojung membalas cintanya. Ternyata Soojung juga sanggup berkorban deminya. Sehun masih mampu tersenyum, terasa seperti dunia berhenti berputar.

“Cinta itu indah kan”, Ejen 044 melepaskan satu tembakan ke udara. Beberapa seerpihan atap bumbung yang retak jatuh berkecai ke tanah. Kedua-dua Sehun dan Soojung terkejut. Nampaknya Eunhyuk telah mematikan mimpi indah Sehun, menghancurkan masa berharga Soojung. Ejen 411 lantas bangun, berdiri di depan katil tempat Sehun baring, melindungi Sehun dan menhadang Eunhyuk. Sepucuk pistol dikeluarkan , diacukan sebagai pertahanan. Soojung panik. Macam mana Eunhyuk boleh tahu tempat persembunyiannya? Dan masalah utama ialah Eunhyuk sudah tahu yang Sehun masih hidup. Soojung menjeling pandang teman lelakinya yang tidak berdaya. Dia mengetatkan genggaman pistol dan bertekad untuk melindungi Sehun, biarpun nyawanya dalam bahaya.

Satu senyuman sinis terukir di bibir perisik yang menggunakan kod 044 itu. Dia tahu setiap yang Soojung lakukan. Tempoh hari, dia dapat menghidu pembohongan di mata Soojung tatkala ejen tersebut mengatakan yang urusannya dengan Sehun akan berakhir sebaik misi tamat. Eunhyuk tahu gadis seperti Soojung mudah tewas dengan nafsu cinta. Eunhyuk mengesyaki Soojung pasti akan lakukan sesuatu untuk melindungi lelaki yang dicintainya itu.

“Nak tahu tak? Saya dapat misi baru. Misi tersebut ialah hapuskan Oh Sehun. Ejen 411, pihak atasan tahu yang awak berbohong”, ujar Eunhyuk lalu menembak tepat pada kaki Jung Soojung. Darah memercik keluar sebaik peluru menembus masuk pada sel dan tisu betis gadis itu. Soojung jatuh tersungkur ke lantai, lalu melepaskan satu tembakan sambil menahan sakit. Malangnya tembakannya tersasar dan satu lagi tembakan dilepaskan Eunhyuk mengenai kaki Soojung yang sebelah lagi.

“AHHH!”, Ejen 411 mengerang kesakitan. Dia tidak dapat bangkit. Kedua-dua kakinya tercedera. Dia dapat rasakan getaran apabila peluru berada dalam kakinya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melihat Eunhyuk berjalan mendekati teman lelakinya. Pistolnya dirampas dan Soojung hilang kekuatan untuk melawan.

“Jangan”, hanya itu yang keluar dari mulut Soojung sebelum gadis itu pengsan.

“Soojung ah”, Sehun melihat Soojung jatuh tersungkur. Bunyi das tembakan bermain di telinganya. Pandangan Sehun makin kabur. Dia lihat seseorang datang menhampirinya. Wajah lelaki itu  kelihatan kabur. Sehun mula tertanya-tanya adakah dia dah mati? Adakah itu malaikat yang datang menjemputnya?

“Tolong selamatkan saya”, tutur Sehun lemah.

>>> 

Keadaan sangat sesak dan kecoh. Orang awam mengerumuni kawasan kejadian. Sebuah ambulans, lori bomba, dan beberapa buah kereta polis turut berada di situ. Namjoo dan Oh Seohyun mencari ruang menyelit antara orang ramai. Bau bakar tersebar luas. Asap kotor mencemari udara.

“Maaf, cik dilarang masuk ke kawasan kemalangan”, seorang detektif menahan Oh Seohyun. Terdapat tiga orang detektif di kawasan tersebut. Masing-masing sibuk dengan tugas tersendiri, meneliti, mengambil gambar kawasan kejadian, bimbang jika terlepas sebarang bukti malah untuk memudahkan laporan dibuat.

“Saya kakak Oh Sehun!”, balas Seohyun, jelas berasa risau. Tadi dia ditelefon oleh pihak polis mengatakan bahawa Sehun terlibat dalam kemalangan. Oh Seohyun ditemani Namjoo bergegas ke kawasan kemalangan. Detektif itu kemudian membenarkan Seohyun masuk ke dalam kawasan larangan manakala Namjoo terus berdiri di belakang garisan kuning yang ditanda menggunakan pita ‘awas’.

Kemudian pasukan kesihatan meminta laluan sambil mengusung seseorang di atas papan pengusung. Kakinya cedera teruk dan Namjoo sempat melihat wajah mangsa tatkala pasukan kesihatan itu melewatinya. Dia kenali mangsa itu. Namjoo lantas teringat perempuan yang Tuan Muda Sehun pernah bawa ke rumah tempoh hari.

“Oh ye, kau nak tau tak, sekarang ni kan, aku dah ada teman wanita”

Seohyun berlari ke arah sekujur badan yang baru sahaja dibawa keluar dari kereta yang terbabit. Pihak polis menutupi mangsa dengan plastik hitam, melindungi aib mangsa yang terbakar rentung itu. Seohyun menangis melihat mayat adiknya yang hitam terbakar dan yang paling memilukan Seohyun gagal mengecam mangsa. Api telah menyambar dan memusnahkan hampir 80 peratus badan mangsa. Pihak polis mendapatkan kepastian Seohyun dengan menanyakan mengenai jam tangan yang ditemui berdekatan. Jam tangan berjenama buatan Park Hee Kyung itu hanya dimiliki oleh Sehun dan merupakan jam tangan kalis api dan air.

“Sehun ah!!!!”, Seohyun menjerit hiba, di depan mayat adiknya sendiri. Siapa sangka ahli termuda dalam keluarga Oh itu akan mati dulu. Seohyun tidak dapat menahan sebak di dada. Air mata mengalir laju membasahkan wajahnya. Seohyun tidak mempedulikan orang awam yang memandangnya. Apa yang penting ialah adiknya. Seohyun rasa dirinya seorang kakak yang tidak berguna. Apa yang patut dijawab bila mama dan papanya pulang dari Switzerland nanti? Macam mana Seohyun nak terangkan pada mereka?

Namjoo melihat dari jauh Cik Muda Seohyun menangis di depan sekujur mayat. Adakah itu Tuan Muda Sehun? Namjoo tidak dapat mempercayainya. Baginya Sehun seorang yang kuat dan pandai jaga diri sendiri. Dia tidak pernah membayangkan Sehun akan ditimpa kemalangan. Sehun bukan seorang yang melepaskan marah ketika memandu, Sehun seorang pemandu yang berhemah. Namjoo berusaha menafikan kenyataan yang Sehun mati dalam kemalangan. Hatinya berbolak-balik untuk mempercayainya. Semalam, Tuan Muda Sehun dilihat berada dalam keadaan sihat dan hari ni, tuan mudanya itu tiada lagi. Suara jeritan Cik Muda Seohyun menyedarkan Namjoo. Tiada setitis air mata pun yang keluar. Namjoo masih lagi terkejut.

“Tengah hari ini, di lebuhraya Gangnam, sebuah kenderaan telah mengalami kemalangan. Mangsa yang selamat telah dikejarkan ke hospital manakala seorang lagi mangsa dipercayai mati terbakar akibat letupan yang berlaku. Pihak polis telah menyiasat dan mangsa yang mati terbakar dipercayai anak bekas Setiausaha Kerajaan, Oh Jae Hwan. Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengkaji punca kemalangan…..”

“Tak mungkin!!!”, Namjoo menjerit sambil menekup kedua telinganya.

          >>

Hujan turun dengan lebat, seolah turut menangis bersama. Beberapa orang dilihat meninggalkan kawasan perkuburan. Seorang lelaki masih berlutut, meratapi pemergian kawan baiknya. Sut hitam yang dipakai dilenjuni hujan. Kai tertunduk, menangis dan terus menangis. Egonya sebagai seorang lelaki dibuang jauh dan jiwa persahabatannya berasa hiba. Oh Sehun, kawan baiknya sejak dari sekolah menengah rendah. Mereka berdua masuk ke universiti bersama-sama dan bermain dalam pasukan bola keranjang yang sama. Kehilangan Sehun adalah perkara terakhir yang difikirkan boleh berlaku dalam hidup Kai. Dia tidak pernah menduga Sehun akan meninggalkannya.

“Kai, jomlah balik. Hari dah lewat ni”, Baekhyun, rakan sebiliknya juga kawan Sehun turut merasa sedih. Hari ni mereka diselubungi pilu. Baekhyun cuba memujuk Kai untuk pulang namun lelaki itu degil, melayan perasaan.

Luhan memegang erat payungnya. Dia tidak pernah membayangkan suatu hari nanti dia akan ke majlis pengebumian kawannya sendiri. Tidak seawal ini. Mungkin benar yang orang katakan, maut tidak mengenali usia.

Langit mula bertukar keperangan dan hujan masih mencurah turun. Malam bakal menjelma dan Luhan, Baekhyun , Kai masih tidak berganjak.

“Kai, jom lah balik”, Baekhyun cuba memujuk sekali lagi, menarik tangan Kai. Biarpun air mata darah dikeluarkan, Sehun tidak akan hidup semula. Baekhyun percaya, Sehun juga pasti tidak gembira jika kawannya patah semangat, terus berduka akannya. Yang hidup mesti teruskan hidup.

Kai menepis tangan Baekhyun yang cuba menariknya. “Aku harap dia masuk neraka!”, Kai menyumpah geram.

“Yah Kim Jong In”, Luhan menegur mulut celupar Kai.

“Dia dah mungkin janji! Dengan aku! Dengan kita! Konon nak jadi kawan selamanya tapi apa yang tinggal? Dia pergi dulu! Tinggalkan kita!”, air mata Kai turun bersama iar hujan yang mengenai wajahnya. Dia meluahkan kesedihan di hati.

“Setidaknya, tunggu lah sampai kita tamat belajar. Dia dah janji nak buka firma guaman sama-sama, nak kejar cita-cita menjadi hakim suatu hari nanti tapi kenapa…..”, Kai mengenggam tanah merah yang mengambus bekas abu mayat tersebut.” ..kenapa kau tinggalkan aku!!”

Air hujan tidak lagi dapat menyembunyikan tangisan Kai dan keindahan senja tidak dapat menhilangkan kesedihannya.

        >>>>

Guruh berdentum di langit. Malam dirasakan sangat panjang. Angin dingin menyinggah masuk ke dalam bilik Jung Soojung. Buat seketika, hujan menenangkan kepiluan dan mengubati luka di hatinya.

Tiga lelaki datang masuk menziarahi Ejen 411 itu.

“Soojung ah, polis datang nak tanya beberapa soalan”, ujar Eunhyuk, segera menutup tingkap lalu menghidupkan pemanas. Bilik yang sejuk tadi bertukar hangat dan selesa. Eunhyuk mengambil tempat di sebelah katil Soojung, berlakon sebagai seorang abang yang prihatin.

“Kami dari Balai Polis Gangnam”, ujar Detektif Eun Dae Goo lalu menunjukkan kad keahlian polisnya. “Kami nak bertanya mengenai kemalangan tengah hari tadi. Boleh Cik Jung ceritakan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku?”

“Cari seseorang dalam kem tawanan yang mempunyai ciri budak laki tu dan palsukan kematian. Bakar mayat dia pastikan mayat tersebut tidak boleh dicam”

Soojung diam seketika, dapat rasakan renungan tajam dari Ejen 044 yang berada di sebelahnya. Lee Eunhyuk. Kalau ada seseorang yang Soojung mahu hantar terus ke neraka, orang itu pasti ialah Lee Eunhyuk. Kebencian memuncak tinggi tatkala teringat kejadian pagi tadi di Kaesong. Ejen 044  tersebut menghapuskan masa depan impian Soojung, merosakkan rancangan Ejen 411 itu. Ejen 044 itu kini dianggap musuh utama Soojung.

“Malam tu saya ke rumah teman lelaki saya. Kami bergaduh dan bila dia nak hantar saya pulang, dia gagal mengawal kenderaan. Kereta yang dipandu jatuh dari bukit tinggi. Saya sempat buka pintu dan melompat keluar sebelum kereta tu meletup dan terbakar. Saya terselamat tapi teman lelaki saya….”

Air mata Soojung mengalir. Lelaki yang mati terbakar dalam kereta itu bukan teman lelakinya. Bukan Oh Sehun. Itu semua agenda pihak atasan untuk menutup kesilapan Soojung. Oh Sehun yang sebenar sudah mati ditembak Ejen 044. Soojung sedih kerana gagal melindungi orang yang disayanginya. Gagal melindungi oh Sehun. Peristiwa pagi tadi masih bermain dalam kotak ingatan Soojung. Tatkala Sehun memaafkannya dan mereka berjanji untuk hidup bersama. Saat itu saat paling bahagia pernah Soojung kecapi. Tiada rahsia antara dia dan Sehun. Soojung terharu kerana Sehun masih sudi menerimanya.

“Kami turut bersimpati. Teman lelaki cik yang dimaksudkan ialah Oh Sehun? Anak kepada bekas Setiausaha Negara, Oh Jae Hwan?”

“Ya”, jawab Soojung lalu mengesat air mata di pipi. Memandang kakinya yang dibalut. Luka yang datang akibat tembakan Eunhyuk bukan dari kemalangan kereta.

“Baiklah, itu sahaja yang kami ingin dapatkan kepastian. Kami harap Cik Jung cepat sembuh”, ujar seorang lagi detektif sambil menyimpan semula buku notanya.

Sebaik kedua detektif itu beredar meninggalkan Eunhyuk dan Soojung, gadis itu merenung tajam lelaki tersebut.

“Saya tak pernah jumpa manusia sekejam awak”, tutur kasar Ejen 411.

Eunhyuk tidak mempedulikan  Soojung. Dia menuang air kosong ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada Soojung. Gelas itu jatuh berkecai ke lantai kerana ditepis oleh Ejen 411.

“Kenapa awak selamatkan dia? Awak tahu misi harus diutamakan”, Eunhyuk berasa sedikit bengang dengan perangai Ejen 411.

“Sebab saya cintakan dia! Sebab saya tak sanggup nak bunuh orang yang saya sayang!”, balas Soojung sedang air matanya mengalir semula. Dia menahan sakit dalam setiap esakan.

“Kalau kau sayang dia, siapa suruh kau gagal kawal dia! Dia tak sepatutnya tahu identiti dan misi kita”, Eunhyuk bertindak kasar dengan mencengkam pipi Soojung. Ditenungnya mata gadis itu memberi amaran marah.

Soojung menepis tangan Eunhyuk yang menyakitinya. Luka-luka kecil di pipinya kembali berdarah. Terasa pedih apabila luka tersebut mengenai air matanya.

“Kau yang gagalkan semuanya. Rancangan aku berjalan lancar sehinggalah kau datang dan tembak Sehun. Bukan sahaja Sehun, malah Sulli turut menjadi mangsa. Kau memang tak berhati perut!”

“Jangan cakap macam kau suci sangat. Kau pun pernah kotorkan tangan kau dengan darah! Kau pun pernah tembak orang tak bersalah. Kau pun sama manusia tak berhati perut!”

“Ya! Memang. Tapi itu dulu. Aku dah tak nak buat kerja kotor ni lagi. Aku tak bunuh orang lagi tambah pula orang yang aku sayang macam Sehun dan Sulli”

“Ini semua salah kau. langsung tak professional menguruskan orang sekeliling. Sepatutnya aku nak hapuskan kau tapi ketua larang. Kau akan digunakan untuk misi lain”

Misi lain? Soojung menggeleng. Dia sudah tiada hati ingin meneruskan hidup apatah lagi menjalankan mana-mana misi.

“Saya tak mahu”, Soojung merayu pada Eunhyuk. Namun pandangan Eunhyuk tetap mengatakan yang dia harus mendengar cakap pihak atasan. Soojung terus menangis. Menyesali dan besedih dengan takdir hidupnya. Sampai bila dia harus jadi perisik? Bila nasibnya akan berubah?

>>> 

Tergempar! Pemain bola sepak kebangsaan dilaporkan hilang dari kediamannya semalam

Lee Donghae hilang. Siasatan dijalankan.

Pemain bola sepak terkenal Lee Donghae masih belum ditemui baik hidup atau mati.

Misteri kehilangan Lee Donghae masih menjadi tanda tanya.

Polis buntu menyiasat kes kehilangan pemain bola sepak negara.

Prestasi pasukan bola sepak kebangsaan merundum akibat ketiadaan Lee Donghae

Sehun cuba bangkit bangun namun kesakitan di bahu kanannya menghalang. Dilihat tompokan darah di bajunya. Sehun kehairanan. Dia memerhati keadaan sekeliling. Sebuah bilik kecil dengan beberapa kotak lama disusun. Keratan akhbar lama yang kebanyakannya bercakap mengenai Lee Donghae ditampal di dinding. Memandang ke luar tingkap, dilihat malam ditemani hujan lebat. Pandangan dan fikiran Sehun kosong. Apa yang berlaku? Malah Sehun tak pasti di mana dia berada.

Kemudian seorang gadis datang dengan semangkuk air dan tuala. Dia terkejut melihat Sehun yang sudah sedarkan diri.

“Oppa! Dia dah bangun!”, gadis itu meluru keluar kemudian kembali dengan seorang lelaki. Sehun tidak mengenali mereka berdua. Lelaki itu tunduk menyentuh dahi Sehun.

“Badan dia panas lagi. Rasanya dia demam ni”, lelaki itu bersuara lalu meletakkan sehelai tuala lembap yang dilipat kemas di atas dahi Sehun.

“Sehun tak apa-apa kan? Nasib baik. Saya lega sangat”, ujar gadis yang berdiri di sebelah lelaki tadi. Sehun rasakan wajah gadis itu seperti selalu dilihat tapi Sehun tak tahu siapa dia.

“Bahu kamu sakit kan? Sebab bahu kamu baru je dibedah tanpa menggunakan ubat bius. Ni ada ubat tahan sakit. Makan lah jika kamu perlukan. Buat masa ni kamu jangan…”

“Siapa saya?”, Sehun mencelah bertanya. Suaranya perlahan tapi masih didengari oleh lelaki dan gadis tersebut. Donghae dan Sulli memandang antara satu sama lain, terkejut.

“Apa maksud awak siapa awak? Awak Sehun”, balas Sulli, kelihatan risau. Dia duduk berdekatan katil Sehun, memegang tangan Sehun.

“Siapa Sehun? Saya? Siapa awak? dan siapa awak?”, Sehun menolak genggaman Sulli, terus bertanya, memandang Sulli dan Donghae tepat meminta jawapan.

“Saya Sulli! Awak tak ingat? Teman wanita Kai, kawan baik awak”, jawab Sulli. Aneh apabila Sehun bertanya soalan demikian.

Dahi Sehun berkerut, memandang Sulli seperti orang asing. Sulli, Sehun , Kai nama yang pertama kali didengari. Sehun pana.

Donghae juga terkejut dengan reaksi Sehun. Tengah hari tadi Eunhyuk telah membawa lelaki yang bernama Oh Sehun itu datang ke tempat persembunyiannya di Daegu. Lelaki tersebut dalam keadaan lemah dan berdarah akibat baru dibedah. Sama seperti tempoh hari, di mana Eunhyuk membawa seorang gadis bernama Sulli dan meminta Donghae menjaganya. Namun keadaan Sulli sihat dan normal manakala Sehun? Donghae tidak tahu apa yang berlaku menyebabkan Sehun tidak mengenali diri sendiri.

“Oppa, kenapa dengan Sehun?”, Sulli bertanyakan kepada Donghae.

Donghae lalu menarik tangan Sulli, mengajak gadis itu berbincang di luar bilik. Enggan didengari Sehun.

“Kenapa ni?”, soal Sulli lagi.

“Rasanya kawan kamu tu dah hilang ingatan. Dia tak ingat nama sendiri dan dia tak ingat kamu”, Donghae mengeluarkan teorinya sendiri.

“Hilang ingatan? Tapi dia bukan kemalangan, dia cuma ditembak di bahu. Tu pun pelurunya dah berjaya dikeluarkan dan dia dah selamat. Macam mana boleh hilang ingatan pula?”

Mungkin dia trauma. Saya tak pasti.Namun saya yakin ,dia hilang ingatan”

“Saya akan cuba buat dia ingat semula. Saya akan cerita kat dia apa yang berlaku, semua pasal dia, saya, Soojung, dan Eunhyuk.”,tekad Sulli. Sewaktu Eunhyuk membawa Sehun ke tempat persembunyiannya, Eunhyuk telah menceritakan mengenai misi Soojung dan Sehun yang telah ditembak oleh Soojung. Sehun kelihatan amat lemah ketika itu. Namun Sulli lega kerana Sehun masih hidup. Ya. Eunhyuk yang selamatkan Sehun seperti mana dia diselamatkan dulu. Bukan seperti berita yang memberitahu Sehun mati terbakar dalam letupan kereta.

“Jangan”, Donghae menghalang. “Tu cuma akan burukkan keadaan. Buat masa ni, biar dia kekal tak ingat. Biar ingatan dia datang sendiri. Ingat, awak ialah Lee Sulli dan dia ialah abang awak, Lee Sehun. Kita tak boleh orang tahu identiti betul kita. Hanya ini yang mampu dilakukan kalau kita bertiga masih nak hidup”

“Tapi….”, Sulli mula bersedih.

“Sulli ah, kita mesti balas budi Eunhyuk yang mengambil risiko, menyelamatkan kita, menyembunyikan kita. Ini saja caranya, kita guna identiti palsu. Saya akan jaga awak dan Sehun macam adik saya”, Donghae memberi semangat dan menyakinkan Sulli.

Sulli lantas teringat ketika dia diculik dan dibawa ke kem tawanan Korea Utara. Kemudian dia dengar yang seseorang bernama Ejen 044 mendapat arahan supaya menhapuskannya. Sulli berasa sangat takut. Dia tak pernah terfikir untuk mati dengan cara sedemikian. Eunhyuk kemudian datang menyelamatkannya. Sulli dibawa ke Daegu, tempat persembunyian pemain bola sepak yang dikatakan hilang empat tahun lepas. Sulli lega masih hidup dan dijaga baik oleh Lee Donghae.

“Semuanya tak akan apa-apa”, Donghae mengesat air mata Sulli dan memeluk pujuk gadis itu.


Tamat!
sekian terima kasih 

-Aina 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^