013

Kerana Cinta

Antara persahabatan dan cinta, mana satu menjadi keutamaan ? Mana satu yang patut dipercayai lebih? Kawannya? Atau pempuan yang dia sayang? Siapa? Sehun keliru. Dia sudah arif dengan perangai Kai dan tahu benar bila kawannya itu bergurau atau serius. Namun dalam masa sama Sehun enggan menuduh teman wanitanya. Gadis itu dirasakan naïf dan tidak bersalah. Kai pula kelihatan serius pada malam tersebut bersungguh menyatakan yang Soojung terlibat sama dalam kes kehilangan Sulli.

Sehun baring terlentang atas katilnya, mengimbas semula setiap apa yang Kai katakan pada malam lalu. Sehun kemudian mencapai telefon pintarnya, melihar gambar ‘selfie’ dia bersama Soojung yang menjadi latar  belakang gajet tersebut. Senyuman Soojung sentiasa menceriakan hari Sehun dan Sehun teringat akan ciuman mereka tempoh hari. Sehun yakin Soojung juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Sehun yakin cintanya dibalas ikhlas. Gambar Soojung disentuh rasa seolah Soojung yang sebenar berada di depan mata. Bayangan Sehun mati apabila satu paparan muncul di skrin. Satu pesanan tiba. Mesej dari teman wanitanya.

      >>

Sebaik siang mula melabuhkan tirai, semua persiapan Ejen 044 sudahpun lengkap. Eunhyuk memerhatikan keadaan sekeliling, memastikan tiada siapa yang lalu atau berada di kawasan belakang rumah Oh Jae Hwan ketika itu. Eunhyuk dengan mahirnya membuka pintu belakang senyap dan perlahan. Gerak gerinya penuh dengan waspada dan hati-hati. Suasana malam dengan hanya bersuluhkan cahaya rembulan sedikit sebanyak berpihak kepada Eunhyuk. Dia mendongak lihat bangunan rumah banglo itu. Dia perlu curi masuk ke dalam bilik bacaan Oh Jae Hwan dengan segera.

    >>>

Namjoo membuka pintu luas, membenarkan gadis tinggi lampai itu masuk ke dalam rumah di mana Sehun sudahpun menunggu. Namjoo memberi tunduk hormat kepada tetamu tersebut dan mempersilakan Soojung masuk. Soojung bergerak ke ruang tamu di mana Sehun berada. Sehun lihat mata gadis itu sembab dan sedikit bengkak. Adakah gadis itu baru lepas menangis? Wajah Soojung kelihatan sedih dan tidak bermaya. Kenapa? Sehun mula bimbang jika ada apa-apa berlaku terhadap orang yang dia sayang.

“Kenapa ni?”, Sehun bertanya, menatap wajah Soojung.

Soojung mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan Sehun. Dia terus membenamkan wajahnya dalam dakapan Sehun, membiarkan baju Sehun basah dek air matanya. Sehun dapat rasakan getaran esakan Soojung.

“Tadi polis ada datang jumpa saya, tanya pasal Sulli”, Soojung bersuara dalam pelukan Sehun.

“Awak cakap apa?”, soal Sehun sambil mengusap belakang Soojung lembut.

“Saya tak tahu yang Sulli ekori saya. Saya tak tahu yang Sulli hilang hari tu. Kalaulah saya perasan akan Sulli, pasti dia takkan hilang.”

Soojung perlahan-lahan melepaskan pelukannya, mendongak pandang wajah Sehun yang kelihatan tenang. “Saya risau kalau ada apa-apa terjadi pada Sulli. Siapa yang buat Sulli macam ni?”

“Dia dah mati”

“Ya. Semua orang risaukan Sulli. Berita dah disebarkan dan kita hanya perlu menunggu laporan pihak polis serta harapkan yang terbaik. Sulli seorang yang kuat, dia pasti ok di mana saja dia berada”, Sehun menyeka air mata di pipi gadis itu. Dia tidak suka lihat perempuan menangis di depannya.

Soojung mengesat air mata yang berbaki. Dirasakan sedikit melekit di pipinya. “Boleh saya pergi basuh muka sekejap?

“Soojung ah~”, Sehun menahan gadis itu.

“Aku dan Sulli syak teman wanita kau tu ialah seorang ejen rahsia. Perisik. Sulli ada nampak pistol masa berada di rumah Soojung dan aku yakin Soojung telah menangkap Sulli kerana risau rahsianya akan terbongkar. Soojung hanya gunakan kau Sehun sebab ayah kau orang yang rapat dengan Tuan Presiden”,

Hatinya berasa berat memikirkan apa yang Kai katakan. Namun Soojung kelihatan seperti sangat risaukan Sulli. Permainan perasaan apakah ini? Kenapa Sehun yang menderita seksa?

Soojung membalas pandangan Sehun. Dia ingin meluahkan segalanya. Dia ingin jerit beritahu yang dia cintakan Sehun. Dia ingin bercinta seperti mana pasangan lain, bergaduh manja, berkahwin, mempunyai anak dan menghabiskan masa tua bersama. Soojung ingin Sehun menjadi sebahagian dari itu semua. Soojung ingin melahirkan anak yang mempunyai rupa paras seperti Sehun. Soojung mahu memberi kebahagiaan sebenar kepada lelaki itu.

“Sehun shhi. Apa pun berlaku, saya nak awak tunggu saya. Harap awak sanggup tunggu saya”

Sehun tahu ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya kerap berbolak balik kebelakangan ni. Sesuatu akan berlaku. Sehun seolah dapat melihat masa depan. Dia dapat rasakan dia dan Soojung akan berpisah untuk satu tempoh yang lama. Gadis itu akan meninggalkannya.

“Kenapa? Awak nak tinggalkan saya?”

“Tak. Saya takkan tinggalkan awak. Percayalah saya. Saya takkan tinggalkan orang yang saya sayang”, jujur Soojung memberitahu.

     >>>

“Soojung! Jung Soojung, bangun, bangun.”

Satu suara lembut mengejutkan gadis 12 tahun itu. Soojung membuka mata, melihat kakaknya berada di depan mata.

“Unnie!”, Soojung lega kakaknya datang. Kebelakangan ni, Soojung jarang dapat bertemu dengan Sooyeon kerana kakaknya itu sibuk menjalankan misi di Korea Selatan.

“Sshhhuuut”, Sooyeon menekup mulut adiknya. “Jangan bising, nanti kawan kamu terjaga”

Soojung mengangguk lalu Sooyeon melepaskan tangannya. Sooyeon sibuk mengemas barang-barang adiknya masuk ke dalam beg. Kelihatan Sooyeon cemas dan terburu-buru. Suasana malam yang kelam langsung tidak membantu. Soojung berasa aneh melihat kakaknya berkelakuan sedemikian.

“Unnie, kenapa ni?”

“Cepat kemas barang-barang kamu. Akak akan bawa kamu lari dari sini”

“Lari ke mana?”, soal seseorang dari katil tingkat atas Soojung tidur.  Bilik tersebut menempatkan du buah katil bertingkat yang terdapat empat orang pelatih atau tawanan yang dipaksa menjadi perisik. Salah seorang dari mereka ialah Jung Soojung.

“Akak nak bawa Soojung lari ke mana?”, Hye Ri sekali lagi bertanya.

“Akak nak bawa Soojung lari ke Korea Selatan. Akak tak nak Soojung dipaksa menjadi perisik macam akak. Kami akan mohon perlindungan kerajaan di sana”

“Bawa saya bersama”, Minzy yang berada di katil sebelah, memcapai pegang tangan Sooyeon. “Boleh akak bawa saya pergi sekali?”, soalnya merayu.

Sooyeon menoleh pandang wajah kanak-kanak itu. “Kakak pasti akan datang semula dan selamatkan kamu semua. Akak akan bawa kamu keluar dari tempat ini nanti”, Sooyeon memberi harapan pada rakan sebilik Soojung itu.

“Tapi Soojung takut. Askar kawal tempat ni 24jam. Kita tak boleh nak keluar dari tempat ni. Soojung takut nanti mereka tembak kita. Soojung tak nak mati lagi”

Sooyeon duduk melutut di depan Soojung yang masih duduk di atas katil. Dia mengusap lembut ubun-ubun adiknya. “Akak akan lindungi kamu, percaya kat akak”

Hye Ri bangkit turun dari katilnya dan meluru peluk Soojung. Mereka senasib. Ibu bapanya hilang dan mereka dipaksa menjadi perisik. Minzy juga menyertai mereka.

“Janji? Nanti bila kau dah selamat keluar dari sini, kau akan datang selamatkan kami semua”, Minzy menhulur keluar jari anaknya pada Soojung.

“Janji!”, Soojung menyambung ikat jari anaknya juga. Sebagai tanda perjanjian.

          >>

Janji hanya tinggal janji. Soojung dan Sooyeon akhirnya ditangkap dan kaki Sooyeon dipotong. Mereka terus dipaksa menjadi perisik dan belajar untuk tidak berharap. Tiada siapa akan bantu mereka selain diri sendiri. Tiada siapa boleh dipercayai dalam dunia ini. Dunia yang mana kebajikan dan belas kasihan hanyalah sebesar titik hitam.

Perasaan bersalah terus menhantui Jung Sooyeon. Bersalah kerana gagal melindungi adiknya, bersalah kerana gagal menunaikan janji pada ibu bapanya, bersalah kerana tidak berjaya selamatkan budak-budak yang tidak berdosa. Setiap kali dia memandang bahagian bawah badannya, lihat kedua kakinya yang sudah tiada, Sooyeon hanya mampu menangis. Sedih bukan kerana dia cacat tapi kerana teringatkan peristiwa ketika malam itu dia cuba melarikan diri bersama Soojung. Semua ini berlaku kerana sikapnya yang terburu-buru dan silap mengatur rancangan.

             >>

Soojung menggunakan alasan ke tandas untuk mencuri lalu ke tingkat atas rumah Keluarga Oh itu dan mencuri masuk ke dalam bilik bacaan secara senyap-senyap. Nampaknya bilik tersebut tidak banyak berubah dari kali terakhir Soojung masuk. Ejen 411 segera mencari komputer riba yang disimpan dalam bilik itu. Sebaik jumpa, Soojung membawa keluar dua pendrive. Satu mempunyai maklumat sulit yang pihak atasan mahukan manakala satu lagi mengandungi virus untuk mengodam komputer tersebut.

          >>>

Hampir 20 minit berlalu dan Soojung masih tidak kembali. Dejavu seolah berlaku, Sehun dapat rasakan. Lalu Sehun naik ke tingkat atas bercadang untuk mencari Soojung sebelum mungkin Soojung balik secara senyap-senyap seperti tempoh hari. Sedang Sehun berjalan menuju ke biliknya, kakinya terhenti di depan bilik bacaan ayahnya, sesuatu seperti menariknya.

“ Soojung hanya gunakan kau Sehun sebab ayah kau orang yang rapat dengan Tuan Presiden”

Sehun mencapai daun pintu bilik tersebut dan membuka perlahan-lahan. Anehnya kerana Sehun menyangka bilik itu sentiasa berkunci. Keadaan gelap gelita dan Sehun tidak arif mengenai susun atur perabut serta keadaan bilik bacaan tersebut. Dia tidak ingat bila kali terakhir dia menjejak kaki ke dalam bilik yang hanya digunakan  ayahnya itu. Sehun ternampak sesuatu bercahaya. Sehun meraba-raba mencari suis lampu yang rasanya berdekatan pintu lalu dipetik buka.

Keadaan bilik yang gelap gelita bertukar cerah sekelip mata. Cahaya yang dilihat Sehun tadi rupanya ialah cahaya dari skrin komputer riba ayahnya. Sehun lalu perasan akan seorang gadis yang berada di hadapan komputer tersebut.

“Soojung?”

        >>>>

Soojung yang leka memindah dan menyimpan data terkejut apabila lampu dibuka, menerangkan keadaan sekeliling. Dia sangat terkejut melihat Sehun berdiri berdekatan suis lampu.

“Soojung?”, ternyata Sehun mempunyai reaksi yang sama.

“Sehun shhi”, Soojung hilang kata-kata. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberi tindak balas. Tergamam.

“Apa awak buat di bilik kerja ayah saya?”, Sehun bertanya, meluahkan persoalan yang berada di minda.

“Saya… saya..ahh..ummm…..”

“Sulli sendiri cakap dia nampak Soojung simpan dua pucuk pistol dan maklumat penuh pasal kau dan ayah kau”

“Jadi betullah apa yang Sulli cakap tu? Soojung, awak perisik? Betul la kan?”, Sehun melangkah ke belakang setiap kali Soojung melangkah ke depan menhampirinya.

“Sehun sshi, saya boleh terangkan kat awak, awak kena percayakan saya”, Soojung mengigil. Dilihat lelaki yang disayanginya itu semakin menjauhkan diri. Soojung takut kalau Sehun membencinya. Tidak. Soojung tidak mahu Sehun salah faham.

“Awak pergunakan saya sebab ayah saya? Apa awak nak dari ayah saya? Apa awak cari dalam bilik ni?”

“Sehun sshi, tolong dengar cakap saya. Saya akan beritahu semuanya”, Soojung cuba memujuk.

Lampu terpadam tiba-tiba dan keadaan gelap gelita. Kedua Sehun dan Soojung tidak tahu apa yang berlaku, mereka kelihatan cemas.

“Soojung, kali ni apa yang awak……”

Soojung lihat Sehun rebah di depan matanya. Eunhyuk yang mencuri masuk telah menhentak belakang kepala Sehun.

“Apa awak buat? Sehun sshi”, Soojung jatuh terduduk, meluru mengejutkan Sehun yang rebah ke lantai. Keadaan gelap memakan mereka bertiga yang berada dalam bilik bacaan itu.

“Dia hanya pengsan. Bagaimana dengan maklumat tu? Kita kena keluar dari sini cepat”, kedengaran suara Eunhyuk.

“Sehun? Kita tak boleh biarkan dia terbaring di sini?”, Soojung memangku riba Sehun yang tidak sedarkan diri itu.

“Kita bawa dia sekali. Dia dah tahu identiti awak, kita tak boleh biarkan dia hidup. Cepat! Sebelum elektrik kembali hidup”


Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^