005

Kerana Cinta

Kakinya berasa sedikit sengal dan kebas. Beg kertas yang dibawa terus digenggam erat. Semua ini demi seorang perempuan. Sekali sekala, dia melirik jam di tangan. Menurut Sulli,perempuan itu habis kerja waktu petang namun Sehun masih tidak nampak kelibatnya. Mana dia? Sehun terus menunggu.

Soojung lega kerjanya tamat awal hari ini. Sebaik dia melangkah keluar melalui pintu belakang, dia ternampak seseorang menunggunya.

“Oh Sehun?”, dia memanggil mendapatkan kepastian,bimbang jika tersalah orang. “Apa awak buat kat belakang ni?”,soalnya.

Akhirnya perempuan yang ditunggu muncul jua. Dia kemudian menyerahkan beg kertas yang berisi baju sweater milik gadis itu yang dipinjam tempoh hari. “Saya datang nak pulangkan ni”,jawabnya. Entah kenapa dia rasa berdebar-debar.

“Awak datang semata-mata nak pulangkan ni? Saya tak kisah sebenarnya”, Soojung membelek beg tersebut. Sehelai baju sweater yang dilipat kemas di dalamnya.

“Saya tak tahu mana rumah awak, jadi saya datang jumpa awak di sini”,balas Sehun,menggaru kepalanya yang tidak gatal, menyembunyikan perasaan segannya.

“Ok. Terima kasih”, ucap gadis itu lalu memberi tunduk hormat. Sebelum dia beredar, Sehun menahannya.

“Awak suka tengok wayang?”,soal lelaki itu.

“Hah?”,Soojung tidak dapat menangkap maksud lelaki itu.

Sehun lalu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Ditunjukkan tiga keping tiket wayang kepada gadis itu. “Ada cerita seram,romantik dan aksi, awak nak tengok yang mana?”

Soojung menggigit bibir bawahnya sebelum dia memilih salah satu dari tiket filem tersebut.

“Aksi”,dia memilih yang ketiga. Sehun kemudiannya tersenyum.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sehun memeriksa wajahnya di cermin beberapa kali, bahkan dia menghidu nafasnya sendiri. Dia ingin kelihatan sempurna di depan gadis Manhattan tersebut. Dia ingin tampak ‘handsome’ berada di samping Soojung.

Gadis yang ditunggu akhirnya tiba jua. Soojung kelihatan manis dengan dress bercorak bunga paras lutut yang dipakai. Rambutnya beralun lembut sedang dia berjalan. Kakinya yang tinggi meyakinkan lagi setiap langkahnya. Sehun memandang tidak berkelip. Dirasakan seperti seorang bidadari yang menghampirinya. Dia betul-betul dah jatuh cinta dengan gadis itu. Kelihatan merah di pipi Sehun.

“Sehun sshi”, Soojung menegur, menhentikan lamunan lelaki itu.

“Hah? Awak dah sampai? Sorry”, Sehun sedikit menggelabah sebelum membuka pintu kereta untuk Soojung. Gadis itu ketawa kecil melihat riak wajah Sehun.

“Dah ready? Jom”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Saya tak puas hati betul dengan cerita tadi. Hero dia baik sangat”

“Kenapa? Bukan kah setiap hero mesti berpewatakan baik. Orang baik selalu jadi hero”

“Ya lah. Tapi kalau saya jadi hero tu, saya pasti bunuh perisik tu

Soojung tersenyum. Air minuman di tangan masih berbaki, begitu juga dengan bertih jagung yang Sehun belikan untuknya tadi.

“Soojung ah~ awak rasa perisik tu wujud ke?”

Hampit tersedak air yang diminum. Soojung terkejut dengan soalan Sehun itu.

“Saya tak tahu. Saya tak belajar bidang politik”, jawabnya tenang.

Sehun perlahan-lahan merapatkan tangannya dengan Soojung, cuba mencapai jari gadis tersebut tapi dia teragak.  Soojung lalu mengunci jarinya dalam genggaman Sehun membuatkan senyuman tidak lekang dari bibir anak muda itu.

“Sehun sshi”

“Hmmm?”

“Awak suka saya ke?”

Genggaman jari Soojung dieratkan. Tangan Sehun dirasakan hangat dan lembut. Sehun tidak menjawab soalan gadis itu.

“Soojung ah~ awak tak suka saya ke?”

Soojung juga tidak menjawab. Hanya senyuman sebagai tindak balas. Soojung tahu dan ingat akan misinya. Sehun hanyalah separuh dari misinya. Dia harus mendapatkan kepercayaan lelaki itu untuk mudah memperolehi maklumat sulit yang dikehendaki. Namun masalahnya, adakah membuat Sehun sukakannya adalah sebahagian dari misi? Apa perlu Soojung lakukan? Berpura-pura membalas cinta anak muda itu? Soojung akui dia lemah dalam bab perasaan. Dia tidak reti bercinta.

Sehun memegang bahu gadis itu. Tidak mengharapkan sebarang jawapan. Separuh darinya bimbang jika ditolak. Mereka baru sahaja berkenalan, padanlah jika gadis itu masih kabur mengenai perasaannya.  “Dahlah, apa kita pergi makan? Saya laparlah”

“Ok. Jom makan, saya belanja”

“No no no. Saya yang ajak awak keluar jadi saya yang harus belanja awak”

Sedang Soojung dan Sehun menikmati masa mereka berdua, seseorang memerhatikan mereka dari jauh.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Kai dan Sulli memberhentikan basikal mereka. Mereka berdua penat mengayuh. Peluh membasahi sekitar dahi mereka.

“Dah lama kan, kita tak keluar berbasikal”, Kai bersuara, masih menstabilkan hembusan nafasnya.

 Sulli meneguk air botolnya, menghilangkan penat dan dahaga. “Betul tu, saya sibuk kerja, awak pula sibuk dengan ‘study’ dan latihan bola keranjang”, dia mengelap sisa air di sekitar mulutnya.

“Oh ya. Yang pasal kawan awak tu, betulke dia sukakan Sehun?”,Kai bertanya, tiba-tiba teringatkan perempuan yang Sulli perkenalkan di Taman Dosan tempoh hari.

“Maksud awak Soojung? Ya. Dia yang minta saya perkenalkan dia dengan Sehun. Dia kata Sehun ‘handsome’”

Kai ketawa mendengar jawapan teman wanitanya. “Kalau nak ikutkan ‘handsome’, saya lagi ‘handsome’lah dari Sehun tu”.Sulli kemudian melempar tuala lembap ke arah teman lelakinya. Mereka saling ketawa.

“Saya bukan  apa, Sehun tu kawan saya. Saya tak dia kecewa lagi”, Kai berhenti ketawa.

“Dia pernah kecewa?”

“Pernah. Dia ditinggalkan. Sebab tu dia susah nk jatuh cinta lagi”

Sulli menggangguk. Sekarang dia faham kenapa Sehun tidak mempunyai teman wanita. Dia teringatkan rakan sekerja yang bernama Soojung itu.

“Saya nak minta tolong”

“Tolong apa?”

“Boleh tolong aturkan pertemuan saya dengan lelaki ni?”

“Lelaki ni? Sehun? Kenapa? Awak suka Sehun?”

“Ya. saya suka dia”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Selalunya seorang gadis akan berpura-pura makan dengan sopan dan perlahan di depan lelaki tapi tidak Soojung. Dia seorang gadis yang kuat makan. Hanya dalam beberapa minit, pasta di pinggannya lenyap, habis dimakan. Sehun gembira melihat Soojung senyum kekenyangan. Soojung mencapai tisu dan mengelap sekitar mulutnya. “Saya dah kenyang”,ujarnya.

Manakala Sehun masih lagi menyuap makanan ke dalam mulut. Dengan melihat gadis di depannya  itu makan, dia berasa separuh kenyang.

“Saya tak tahu pula yang pasta di sini sedap”, ujar Soojung sedikit teruja. Rasa makanan tadi masih berlegar dalam ruang mulutnya.

“Awak nak lagi? Saya boleh order lagi”

“Eh, tak perlu”, Soojung menggeleng. “Cukuplah tu”

“Saya gembira yang awak menikmatinya”, Sehun berhenti makan, meletakkan tepi garpunya.

“Dah tak nak makan? Takpe, saya tunggu awak makan”, Soojung berkata sambil menyedut air minumannya.

“Saya dah kenyang tengok awak makan”, balas Sehun.

Soojung kemudian menarik pinggan Sehun yang masih mempunyai pasta tidak berusik. “Mari sini, saya suapkan”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Terima kasih sudi keluar dengan saya, seronok dapat luangkan masa dengan awak. Tapi betulkah tak nak saya hantar awak balik?

Soojung menggeleng perlahan. “Hantar saya ke Kafe je, saya ada barang nak ambil di sana, kemudian saya boleh pulang dengan teksi atau bas”, dia berbohong. Sebenarnya dia sudah meninggalkan keretanya di kafe tadi.

“Tapi saya dah bawa awak keluar, tak sedap lah kalau tak hantar awak pulang”, Sehun mencuba.

“Tak mengapa”tegas gadis itu. Malahan dia tidak mahu Sehun tahu di mana rumahnya, tidak buat masa sekarang. Dia berjengket sedikit sebelum memberi satu kucupan di dahi Sehun.


*. :D tak salah komen dn upvotes kan? hehe..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^