004

Kerana Cinta

Alunan musik balada nyanyian Shin Si kyung berkumandang merdu di bilik lelaki itu. Sehun menarik selimut rapat ke dadanya, menikmati masa tidurnya.

“Yah!! tidur lagi?!” Bangun lah~”, satu suara memecahkan keamanan tadi. Ditarik buka langsir membenarkan cahaya matahari masuk ke dalam bilik itu. Sehun berasa cerak dengan cahaya matahari yang singgah di mukanya. “Haish~ tutuplah”,bebelnya.

“Bangunlah. Dah pukul berapa ni? Tak puas lagi tidur?”,Kai menegur perangai kawannya itu. Dia mengambil jam loceng di tepi katil dan membunyikannya, membuatkan rakannya yang masih meringkuk atas katil itu berasa sakit hati. “Kau memang takde kerja lain ke? Ganggu aku time cuti ni”, Sehun merungut dengan menekap kedua telinganya. Jelas dia berasa geram dengan Kai.

“Kan aku dah hantar pesanan kat kau malam tadi, aku dah maklumkan yang hari ni aku nak bawa kau keluar”

Bunyi jam loceng dimatikan. Sehun meraba di bawah bantalnya mencari telefon. Dia melihat jam dan pesanan yang tidak dibaca di skrin alat itu. Jam 12:00 tengahhari.  Sehun bangkit duduk perlahan-lahan. Dia meraup wajahnya.

“Keluar nak pergi mana?”

“Cari perempuan”

“Perempuan? Perempuan mana pulak dah ni”

“Untuk kau lah”

“Untuk aku? Malas lah. Tak berminat”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Dengan hanya sehelai tuala membaluti tubuh, Soojung berdiri di depan almari pakaian, membelek baju yang dirasakan sesuai untuk dipakai. Sebagai seorang gadis biasa, dia juga ingin kelihatan cantik. Dia mengacu cuba beberapa helai baju di badannya dan dilihat di cermin. Mana yang sesuai? Tiga tahun dia duduk di Manhattan menyebabkan gadis itu lupa akan fesyen remaja di Korea. Apa patut dia pakai? Soojung menggaru kepala.

Akhirnya dia memutuskan gaya bersahaja. Seluar denim paras paha, sehelai blause putih dan sweater  jingga labuh. Dia senyum puas hati. Pelembap bibir dan bedak asas dikenakan. Dia harap segalanya akan berjalan lancar.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Kenapa ajak aku? Korang yang dating, kenapa nak libatkan aku”, Sehun sedikit tidak puas hati. Sudahlah masa peribadinya diganggu dan sekarang dia bersama dengan Kai dan teman wanitanya di taman rehat Dosan itu.

Kai menepuk bahu kawannya itu. “Jangan risau, Sulli bawakan teman untuk kau”.

Sulli melirik jam di tangan. “Betul tu, tapi mungkin dia akan lewat sikit”

“Apa kata kita cari tempat untuk duduk dulu dan siapkan barang”, Kai memberi cadangan. Barang yang dimaksudkan ialah bekal makanan yang Sulli bawa bersama. Sehun mendengus kecil sebelum menuruti pasangan tersebut. Pada petang itu, seperti kebiasaan, Taman Rehat Dosan dikunjungi ramai orang beriadah. Mereka bertiga menhampiri sebuah kawasan lapang bawah pokok dan membentangkan tikar.

“Maaf, saya lambat”, Soojung datang memberi tunduk hormat.

“Takpe, mari duduk sini”, Sulli mengajaknya.

Mereka berempat duduk di atas tikar yang dibentang. Saling mengadap antara satu sama lain. Sehun memandang perempuan yang duduk di depannya itu. Kai menyiku cuit Sehun dan memberi isyarat ibu jari ke atas. Sehun hanya diam. Perempuan itu memang cantik. Sehun mengaku hatinya sedikit terusik.

“Guys, cheers~”, Sulli mengagihkan segelas wain merah kepada setiap orang. Mereka saling melagakan gelas masing-masing sebelum menghirup minum.

“Inilah kawan saya yang saya cakap tadi, nama dia Jung Soojung, kami kerja setempat”, Sulli memperkenalkan. Kai dan Sehun menganguk.

“Annyeonghaseyo. Nama saya Jung Soojung”, gadis itu menunduk sikit sambil memperkenalkan diri. Kedua-dua Sulli dan Kai bertepuk tangan puas hati.

“Oh ye, kalau nak tahu, Soojung ni dari Amerika tau, dia menetap sana 3 tahun”

“Waaa..yeke? amerika?”,kai bertanya.

“Manhattan”, Soojung memperincikan.

“Apa awak buat di Manhattan? Belajar?”,Sehun menyoal. Pertama kali Soojung mendengar suaranya jelas. Tapi dia tidak tahu bagaimana nak jawab soalan tu. Dia ke Manhattan atas urusan misi yang diberikan, dia berkerja sebagai doktor palsu di salah sebuah hospital swasta di sana.

“Bekerja. Saya berkerja di kilang elektronik di sana”,soojung mengukir senyuman untuk menutup pembohongannya. Sulli, Kai dan Sehun mempercayainya.

“Soojung ah~, ini teman lelaki saya Kai dan tu kawan Kai, Oh Sehun”, Sulli mengeyit mata pada Soojung tatkala menyebut nama Sehun.

“Annyeonghaseyo”,kedua-dua lelaki tersebut memberi ucapan perkenalan.  

“Alamak! Nampaknya saya tertinggal barang saya di raga motorsikal saya”, Sulli mula berlakon. Dia berpura-pura mengeledah mencari sesuatu  barang dalam begnya.

“Barang apa? Mari saya teman awak pergi ambil”, Soojung menawarkan diri.

“Eh, tak mengape, biar Kai teman saya, awak dan Sehun dan tunggu sini dulu”

Dengan itu, Kai dan Sulli beredar meninggalkan Sehun dan Soojung bersendirian. Suasana mula jadi kekok.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“perhatikan ejen 411 agar misinya kali ni berjalan lancar”

Eunhyuk menanggalkan cermin mata hitam yang dipakai. Gula-gula lollipop berada di dalam mulutnya sedang dia bersandar pada tempat duduk kereta. Matanya tertumpu pada seorang gadis yang memakai seluar pendek dan sweater jingga labuh yang sedang duduk di bawah pokok dengan seorang lelaki.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Awak tertinggal barang apa?”, soal Kai.

Sulli senyum sinis kepada teman lelakinya sebelum menjawab, “Sebenarnya tiada tertinggal apa-apa barang pun, saya sengaja cakap macam tu, nak tinggalkan Soojung dan Sehun berdua.”

“Habis tu, sekarang kita?”

“Apa kata kite beli aiskrim, jomlah~”, Sulli membuatkan muka manja mengambil hati teman lelakinya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Awak buat sendiri ke sandwich ni?”, Sehun bertanya cuba menutup suasana kekok itu. Dia menyumbat masuk sandwich ke dalam mulutnya.

“Ya. Saya buat sendiri. Tak sedap?”

Sehun cuba menjawab tapi mulutnya penuh makanan. Hanya isyarat mata dibalas mengatakan yang sandwich itu sedap.

Soojung mencapai gelas dan menuang air lalu diberi kepada Sehun. “Makanlah perlahan-lahan”

“Terima kasih”,lelaki itu menyambutnya. Tangan mereka saling besentuhan tatkala Sehun mencapai gelas yang dihulur itu. Ini bukan kali pertama Sehun memegang tangan orang yang berlainan jantina tapi kali ni dia rasa seperti aliran elektrik mengalir masuk.

“Tolong! Tolong!” satu jeritan menhentikan lamunan mereka berdua.

Sehun dan Soojung bingkas bangun dan meluru ke arah suara kecemasan itu. Orang awam yang lain juga turut sama sebaik mendengar jeritan tadi. Seorang budak lelaki terkapai-kapai meminta tolong di tasik.

“Dia tidak boleh berenang!”,satu suara mencelah.

Tanpa berfikir panjang, Sehun menanggalkan kasut dan melompat terjun ke dalam tasik berkenaan. Orang awam mula mengerumuni kawasan kejadian. Beberapa saat kemudian, Sehun timbul ke permukaan bersama budak lelaki tadi. Dia memaut leher budak tersebut dan menyeret ke arah permukaan. Beberapa orang membantu Sehun menaikkan budak tu ke tebing.


“ Adik? Bangun dik”, Sehun menampar lembut pipi budak itu. Mereka berdua basah kuyup. Separuh matanya dilitupi rambutnya yang basah.

Soojung datang mendekati,menekan rasa nadi di pergelangan tangan budak tersebut. Dia kemudian menekap telinga pada dada mangsa. Sehun dan yang lain hanya memandang tidak pasti apa yang Soojung lakukan.

“Anak saya! Anak saya!”, seorang perempuan lewat 30-an datang mendekati mangsa. Dia mengoncang-goncang badan anaknya. “Dia dah mati ke?”,soalnya bimbang.

“Tak”,sepatah Soojung jawab yakin. Dia menekan tutup hidung mangsa dan cuba memberi oksigen melalui mulut. Pernafasan mulut ke mulut. Tiada respon. Budak lelaki tadi tidak memberi sebarang reaksi.

“1. 2 3!”, Soojung kemudian menekan telapak tangan pada dada mangsa beberapa kali sebelum air keluar memancut dari mulut budak lelaki tu.

“Ibu”, budak itu bersuara, memanggil perempuan tadi. Dia terbatuk-batuk dan rasakan pedih di tekaknya. Soojung menterbalikkan badan dan menepuk belakang badan mangsa. “Kamu tertelan banyak sangat air tasik”

“Anak ibu! Terima kasih kerana selamatkan anak saya”, perempuan itu memeluk anaknya.

Sehun yang berada di sisi agak terkejut. Pertama kali dia melihat rawatan kecemasan ke atas orang yang lemas dilakukan di depan matanya. Buat seketika, dia teruja dan kagum dengan gadis yang dia baru kenal itu.

Orang ramai mula beredar meninggalkan kawasan kejadian dengan harapan tidak berlaku lagi kejadian sedemikian lain kali. Sehun mencapai kasutnya. Baju dan seluar yang dipakai kini basah kuyup. Dia terasa sejuk.

“”Apa yang berlaku? Kenapa kau basah kuyup?, Kai bertanya sebaik baru sampai.

“Soojung, awak ok?”, Sulli bertanya kepada kawannya yang kelihatan letih. Dia dan Kai terlepas kejadian tadi.

“Saya ok”,balasnya. Dia kemudian menanggalkan baju sweaternya sebelum menyarung pada Sehun. “Pakailah, awak mesti sejuk”.

“Terima kasih”, ucap Sehun. Hatinya tersentuh.

Perkelahan pada petang itu tidak berjalan lancar. Sehun pulang dalam keadaan basah dan Soojung pulang dalam keadaan penat. Rancangan untuk mndekati Sehun nampaknya bukan  mudah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sehun memerhatikan seorang gadis yang berbual di telefon di sebalik pasu bunga besar. Kedengaran suara ketawa gadis itu. Entah apa yang dibualkan. Sehun ingin tahu. Dia perlahan-lahan mendekati gadis itu dari belakang, berjalan senyap tanpa bunyi sebelum menyergahnya.

“Hah!”

Hampir tercampak telefon yang dipegang Namjoo. Terasa jiwanya seperti tercabut keluar pisah dari badan. Matanya membulat besar.

“TUAN MUDA!!!”

Sehun ketawa melihat reaksi Namjoo dan berpuas hati berjaya mengenakan gadis itu.

“mujur saya takde sakit jantung, kalau tak, confirm dah mati katak!”, gadis yang bekerja sebagai pembantu rumah Keluarga Oh itu mendengus marah dan geram. Dia selalu menjadi mangsa kenakalan tuan muda Oh Sehun.

Berair mata Sehun. Dia sukar berhenti ketawa. Dari dulu sampai sekarang,dia suka mengusik Namjoo. Dia kemudian berhenti ketawa dan memaut pada bahu gadis itu.

“kau tu yang leka, khusyuk sangat berbual dengan teman lelaki kau”

Gadis itu mencebik. Sehun memang telah menganggu perbualannya dengan Daehyun tadi.

 “Sorry la”, ujar sehun lalu mencubit manja pipi Namjoo. “Aku bosan lah, jangan asyik layan teman lelaki kau je”

“Tuan muda~ saya ni pembantu rumah je, bukan pembantu peribadi yang perlu berkepit 24 jam dengan tuan muda”,luah Namjoo. “Tuan muda sepatutnya cari la teman wanita satu”, dia menepis tangan Sehun dari bahunya.

“Ala~ aku mana ada teman wanita”

“Siapa suruh tuan muda jual mahal.”, Namjoo yakin pasti ramai perempuan yang sudah  cuba mendekati dan mengambil hati tuan mudanya itu. Namun Oh Sehun seorang yang tidak mudah terpengaruh.

Jual mahal? Apa yang dimaksudkan Namjoo jual mahal? Sehun tak pasti kenapa dia dilabelkan sebegitu. Dia tidak sombong dan berlagak kepada mana-mana perempuan. Dia layan semua perempun dengan sama,layanan baik seperti kawan. Sehun memikirkan maksut ayat Namjoo.

“Aku bukan jual mahal, aku cuma…. Cuma..”, Sehun menhadapi kesukaran menghabiskan ayatnya. Dia ingin mengatakan yang antara perempuan yang dia kenal, tiada seorang pun yang membuatkan dia jatuh cinta.

“Cuma apa?”, Namjoo bertanya,memandang tepat wajah tuan mudanya.

“Aku cuma tak jumpa orang yang sesuai lagi”, luah Sehun.

“Annyeonghaseyo. Nama saya Jung Soojung”

Secara tiba-tiba bayangan gadis Manhattan itu muncul di kotak fikiran Sehun.

“Eleh~ konon tak jumpa lagi”, Namjoo mengejeknya.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^