003

Kerana Cinta

“Awak budak baru jadi buat masa ni awak jaga di kaunter dahulu, sambil tu perhatikan bagaimana pekerja yang lain melakukan kerja”,pengurus itu memberi taklimat ringkas kepada Soojung. Hari ni Soojung tidak lagi memakai jubah doktor dan berlegar-legar di bilik pesakit lagi. Hari ni baju t-shirt pekerja kafe yang dipakai dan aroma kopi latte memenuhi ruang. Untuk misinya kali ni, dia terpaksa berkerja sementara di sebuah Kafeteria di Seoul untuk menarik perhatian dan memerhati Oh Sehun. Jauh di sudut hati, Soojung berharap dalam misi kali ni, tiada lagi nyawa tidak berdosa akan diragut.

“Sulli~, mari sini”, pengurus bernama Lee Jong Sok itu memanggil seorang lagi pekerja. Gadis itu berambut panjang lebat tapi diikat satu kemas. Topi kerja yang dipakai menutup separuh dahinya. “Ini Jung Soojung, pekerja baru kafe ni, dia akan bekerja di kaunter dengan kamu”

Sulli dan Soojung berjabat tangan. “Welcome to the hell”, ujar Sulli bergurau.

“Yah!”, Lee Jongsuk memarahinya dalam nada tidak serius. Gadis itu ketawa. “Hey, gurau. Gurau je la”

Sulli menarik Soojung ke arah kaunter. Melihat kepada senyuman gadis itu, Soojung dapat rasakan yang mereka mungkin boleh serasi bersama.  Dia memulakan dengan memerhati keadaan sekeliling dan mengenal cam muka-muka pekerja yang lain. Berdasarkan info yang diterima, kafe tersebut merupakan tempat remaja selalu kunjungi di masa terluang dan salah seorang dari mereka ialah Oh Sehun.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Setelah beberapa jam kafe dibuka, Soojung dan pekerja lain mulai sibuk dengan tugasan masing-masing. Agak kekok bagi gadis itu untuk melakukan kerjanya. Dia tidak biasa. Selama tiga tahun dia sudah biasa dengan terma-terma perubatan, ubat-ubat, darah dan stetoskop tapi kali ni dia berdepan dengan pelbagai ragam manusia yang membuat tempahan makanan dan minuman.

Sekumpulan remaja bergerak masuk. Dilihat dari gaya pakaian,beg dan buku yang dipegang,jelas mereka ialah pelajar universiti.

“Eh, Kang Jun, pergi order”

Seorang lelaki menhampiri kaunter tempat Soojung berdiri. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

“Macam biasa eh”,ujar Kang Joon lalu mengeluarkan beberapa not wang kertas.

Macam biasa? Soojung tak tahu apa makanan yang biasa mereka order. Dia kelihatan bingung.

“Takpe, biar saya urus yang ni”, Sulli mengambil alih tempatnya. 

Sedang itu, mata Soojung tertumpu pada seseorang dalam kalangan mereka yang duduk. Dia teringat maklumat peribadi yang dia baca malam tadi.

“Tinggi 181. Berat 53. Waa~ kira dia mcm model la”

Lelaki itu memang seperti apa yang Soojung bayangkan. Mukanya juga seperti dalam gambar. Matanya bersinar dan mengecil sepet apabila dia ketawa, senyumannya menawan. Dia tampak seperti putera yang akan datang menjemput puterinya dengan kuda putih.

“Jadi tarikh perlawanan ditunda?”

“Yup, nampaknya jurulatih Lee betul-betul nak memenangi pertandingan ni”

“Baguslah, bolehlah aku tumpukan sedikit perhatian nak siapkan tugasan kelas Seni aku”

Soojung mendengar setiap apa yang mereka bualkan. Dia teringat kata-kata Eunhyuk yang misi ni bukan mudah. Macam mana cara nak damping dan dapatkan kepercayaan lelaki bernama Oh Sehun tu? Bagaimana nak keluar masuk ke dalam rumahnya dengan mudah? Soojung mula bimbang. Jika dia gagal menyempurnakan misi ini, maut akan menantinya. Atau mungkin ibu dan kakaknya yang menjadi tawanan akan menjadi mangsa. Soojung takut perkara sedemikian berlaku.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Pintu lokar ditutup. Soojung baru saja selesai menyalin pakaian. Dia tidak sabar hendak bertemu katilnya. Hari pertama yang memenatkan bagi gadis itu.

“Mesti penatkan? Hari pertama bekerja,”, Sulli menegur, sambil membuka lokarnya. “Nanti awak akan biasa”

Soojung hanya senyum sebagai tindak balas. Dia kemudian tertarik pada sekeping gambar yang diterlekat di sebalik pintu lokar Sulli.

“Mereka kawan awak?”, soalnya sebaik melihat Sehun antara yang berada dalam gambar tersebut. Sulli tercengang seketika sebelum dapat menangkap maksud Soojung. “Ahhh~ gambar ni?”,dia mengambil cabut.

“Sebenarnya ini gambar teman lelaki saya dengan kawan-kawan dia, ni teman lelaki saya”, jari Sulli menunjuk kepada salah seorang dalam gambar, tersenyum memandang kamera. Soojung tidak mengenali lelaki itu.

“Awak kenal dia ni?”, Soojung bertanya mengenai Sehun yang berdiri sebaris dengan teman lelaki Sulli.

“Ouh~ ini Oh Sehun, kawan baik Kai, saya kenal dia”, jawab Sulli tidak tahu niat sebenar Soojung. “kenapa?’

“saya nak minta tolong awak boleh?”, soojung menjalankan rancangannya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Ejen 411 sudah pun tiba di Korea. Misinya sedang berjalan”

“Bagus. Pastikan misinya tiada kesilapan dan rahsia. Jangan sampai pihak polis terlibat”

Eunhyuk mengangguk. Suasana bilik kelam menyebabkan dia tidak dapat melihat wajah ketuanya dengan jelas.  

“Perhatikan ejen 411 agar misinya kali ni berjalan lancar”,ketuanya memberi arahan.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^