chapter 3

Who Are You ?

Suasana petang itu agak damai di perkarangan rumah banglo milik keluarga Lee Anne. Ibunya yang agak berusia selalu menghabiskan masanya menjaga, menyiram dan menanam bunga di sekeliling rumah mereka.

“Omma… what are you doing?” tegur Lee Anne sambil melabuhkan punggungnya di kerusi santai luar rumah banglo milik keluarganya.

“Tak ada apa, omma tengah siram orkid omma ni. Nampak layu pula. Mana cucu omma? Dah baik ke belum?”

“Belum lagi, tadi Anne periksa demam Nana dan Nara dah tak panas macam semalam. Rasanya belum bangun lagi tu.”

“Ohh… nanti dah makin pulih Anne jgn lupa bagi makan ubat kat cucu omma tu, supaya kembar tu betul-betul sihat. Kita ikut nasihat doktor bagi ubat ikut aturan, mereka tu masih kecil lagi. Omma takut jadi apa-apa kat cucu-cucu kesayangan omma tu.”

“Dae omma! Omma jangan risau, Anne dah tengok dah. Demam diorang dah turun tu. Maafkan Anne sebab buat omma risau, salah Anne sebab tak jaga Nana dan Nara betul-betul. Salah Anne juga sebab biarkan mereka terkena hujan.” Ada sendu bertamu di hatinya setiap kali wajah yang semakin berusia itu dipandang. Dia tahu betapa omma dan appanya kecewa tapi apa daya dia hendak menolak takdir. Biarlah! Sampai mati pun dia sanggup memikulnya.

“Hishh… tak lah. Anne tak buat omma risau lah. Bukan salah Anne pun kembar tu sakit. Kita tak boleh nak halang takdir, Anne. Semua yang berlaku mungkin ada hikmahnya.

“Gumawo omma! Terima kasih sebab memahami Anne. Anne tak ada tempat lain nak mengadu selain kat omma dan appa. Ohh.. Anne tengok si kembar dulu omma, rasanya dah bangun tu” Lee Anne berkata lembut sambil melangkah pergi.

“Pergilah! Tadi omma dah suruh pembantu siapkan bubur untuk si kembar. Anne bagi makan kat diorang. Rasanya dari semalam cucu-cucu omma tu tak makan lagi.” Sedetik direnung wajah Lee Anne yang semakin hilang dari pandangan.

“Kasihan Nana… kasihan Nara dan kasihan Anne..” bisiknya sedih. Dia dengan seikhlas hati sudah memaafkan kesalahan anaknya itu. Biarlah orang sekeliling mengata, padanya Anne tetap bidadari suci di matanya.

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

 

Tepat pukul 11.00 malam.  Lee Nara masih terus menangis dengan mata terpejam rapat. Hati Lee Anne terasa perih melihat keadaan anaknya. Seingatnya, petang tadi anaknya itu sudah semakin sihat dan mula bermain-main dan ketawa bersama kakaknya kembarnya, Lee Nana.

“Hish.. wae bising-bising ni? Orang nak tidur pun tak boleh lah.” Marah Lee Ash

“Mianhae, eonni minta maaf kalau tangisan Nara buat kamu terjaga”

“Itulah, orang pun ada anak juga! Tapi.. tak adalah susah macam eonni ni. Ash nak tidur pun susah” Marahnya lagi.

“Maafkan eonni. Eonni tak ada niat nak bangunkan kamu tengah-tengah malam ni” Kata Lee Anne separuh memujuk.

“Eonni ingat Ash ni nak sangat ke menghadap eonni malam-malam ni? Ash nak ingatkan eonni tentang kenyataan yang mungkin eonni dah lupa. Maklumlah… dah tujuh tahun!

“Apa yang Ash nak ingatkan?”

“Pasal… pasal… eonni, Nana dan Nara..”

“Wae? Kenapa nak libatkan Nana dan Nara”

“Jangan buat-buat tak fahamlah, eonni! Semua orang dah tau kisah eonni masa belajar kat universiti dulu. Nampak aje baik tapi kat belakang… huh! Dah tu nama keluarga Nana dan Nara sama pula dengan kita. Yelah macam mana nak letak nama keluarga kat budak-budak tu kalau diorang tak ada appa.” Kata Lee Ash.

Merah padam wajah Lee Anne. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Dia menarik nafas panjang.

“Kenapa gaduh-gaduh tengah malam ni? Dah la tu, Lee Ash masuk bilik kamu sekarang juga! Tegur Mr Lee tiba-tiba.

 “Wae Anne? Wae cucu appa menangis macam ni?” Mr Lee yang sudah terjaga dari tidur dan berada di sisi Lee Nara bertanya dengan tenang.

“Mol lah yo appa… tadi dah macam okay! Tiba-tiba menangis macam ni, badan pun dah panas balik. Anne takut sangat ni, appa… apa Anne nak buat ni?” Lee Anne yang panik memandang wajah anaknya.

“Nara… bangun sayang…” panggilnya perlahan.

Tiada reaksi. Lee Nara masih juga seperti keadaan tadi. Terus menangis dengan matanya yang tertutup. Segera dia menggerakkan tubuh kecil anaknya itu. “Nara… bangun…” sekali lagi dia memanggil. Kali ini dia terasa ingin menangis.

Melihat keadaan itu, Mr Lee segera membantu Lee Anne membangunkan cucunya yang menangis itu.

“Siap sekarang, kita bawa Nara pergi klinik. Ppali!” katanya ayahnya dan menghilangkan diri dari pandangan Lee Anne.

“Dae appa!” tanpa berlengah lagi Lee Anne terus saja menyalin pakaiannya.

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

 

“Hmm… kenapa pula banyak klinik tutup malam ni?” kata Mr Lee sambil melihat klinik yang gelap itu. “Oh! KLINIK DR KIM! Mungkin klinik tu masih buka agaknya.” Sambung Mr Lee.

Kai! Sangka Lee Anne pagi tadi adalah kali pertama dan terakhir dia akan bertemu dengan doktor kacak itu. Tidak sangka pula kerana Lee Nara, dia harus mengadakan pertemuan kali kedua dengan lelaki itu. Cukup kuatkah dia untuk melihat wajah yang sama sekali lagi? Andwae… demi Lee Nara dia harus kuat!

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

 

“Kenapa ni?” Tanya Kai setelah melihat Lee Anne bergegas masuk kedalam bilik kliniknya sambil mendukung seorang anak kecil.

“Entahlah doktor… tadi petang nampak macam dah sihat tapi tiba-tiba jadi macam ni. Dia asyik nangis tak henti-henti. Saya tak tahu nak buat apa lagi.”

Kai merenung lama wajah cantik Lee Anne yang sedih itu. Timbul simpati di hatinya melihat kasih sayang Lee Anne terhadap anaknya. Sungguh dia tidak tahu, wanita itu ternyata kaya dengan kasih sayang. Beruntung siapa yang menjadi suaminya. Tapi benarkah lelaki itu beruntung? Rasa bersalah kembali menghantui dirinya. Mengingatkan semua itu hanya sebahagian daripada masa lalu, dia hanya mampu menarik nafas panjang.

“Calm down… your daughter’s name Lee Nara, right? Tanya Kai kurang pasti. Wajah suci anak kecil dihadapannya itu mirip kakaknya.

“Dae… Nara!”

Tanpa membuang masa, Kai segera memeriksa Lee Nara. Wajah mulus Lee Nara diamati. Kemudian jari halus itu diangkat dan didekatkan kewajahnya. Hatinya tiba-tiba berdenyut semacam.

“Anything wrong with my daughter, doc?” Tiba-tiba Lee Anne bersuara.

“Huh? Oh.. nothing! Demam panas Lee Nara ni nampaknya belum baik lagi. Awak dah beri dia ubat ikut aturan yang saya tetapkan tadi?”

“Dah! Elok aje dia main dengan kakaknya tadi petang. Saya ingatkan dah betul-betul sembuh.”

“Jangan bimbang… Nara tak apa-apa. Biasalah budak-budak, senang kena penyakit. Antibody badan belum kuat lagi.”

“Baiklah doktor.” Katanya menurut.

“Tapi jangan benarkan Lee Nara banyak bergerak dulu, mesti banyak berehat supaya cepat sembuh.” Ujar Kai dalam senyuman.

“Huh?”

Semakin kuat ketawa doktor muda itu. “ Tak adalah sampai Lee Nara tak boleh bergerak langsung!” Cuma jangan biarkan Lee Nara banyak bermain sekarang, dia perlukan rehat yang secukupnya. Teringat masa saya kena demam dulu. Omma saya tak kasi saya main dengan kawan-kawan. Takut main teruk jadinya. Masa tu rasa sedih sangat! Bila ingat balik kelakar pula.”

Lee Anne ikut ketawa. Tidak sangka doktor muda itu seorang yang peramah. Lelaki itu kelihatan penuh dengan adab sopan dan tahu menjaga hati orang. Tapi jika terlalu baik, mengapa harus melakukan kesilapan yang besar dalam hidup? Tidak menyesalkah dia?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
enriquegeum
Annyeong^^fanfic ni ala-ala novel sikittt! Hmmm.. mian2 kalau xbest! kkkk

Comments

You must be logged in to comment
ainpikahouo #1
Chapter 13: Argh kaiii <3 btw, update soon ^-^
keyqa98 #2
Chapter 13: Omggg, tak sabar for next update!! Hopefully lee anne akan kahwin dgn kai....btw kai sweet and bertanggungjawab gilaaaa ^^^
younghany
#3
Chapter 6: mak eton! bila kau mw update ff kau ne? aku tw kau sdh buat berbelas chap tapi kau malas nak taip kan? Jeballl update cepat2! kalau tidak awas kau nanti dalam kelas! ahahaha XD
AqilahJaafar #4
Chapter 6: Hmmjongin!! haha update soon
keyqa98 #5
Chapter 3: Omggg, best giler cerita ni! Update soon authir-nim! Tak sabar nak baca ^^