chapter 1

Who Are You ?

Hati Anne berdebar-debar sewaktu menunggu gilirannya untuk dipanggil jururawat yang bertugas. Dari tadi sehinggalah sekarang dia tidak senang duduk melihat anak kembarnya tidur dalam keadaan yang sakit. Tangan kanannya memegang dahi Lee Nara manakala tangan kirinya pula memegang dahi Lee Nana. Dilihatnya mata kedua anak kembarnya itu tertutup rapat. Wajah putih bersih di kirinya itu kelihatan memerah. Matanya melihat muka comel seterusnya ke hidung mancung milik Lee Nana. Diusapnya perlahan rambut halus keperang-perangan milik anak kecil itu. Sedetik kemudian dia beralih melihat wajah mulus Lee Nara. Mata anak kesayangannya itu juga tertutup. Wajah yang saling tidak tumpah seperti Lee Nana itu juga kelihatan suci tetapi menanggung beban dan terpaksa menahan kesakitan yang mereka alami. Hatinya pedih melihat kesakitan anak-anaknya.

 “Aigoo.. lamanya nak tunggu ni! Dah tu demam Nara dan Nana tak kebah-kebah lagi ni ” gertak hatinya.

Mahu saja dia merempuh masuk kedalam bilik doktor yang tertutup rapat itu.”sabar Anne! Sabar!!” getusnya dalam hati. Selang beberapa minit, akhirnya nama Lee Nara dan Lee Nana dipanggil oleh jururawat di klinik itu.

“Lee Nara… Lee Nana… dah boleh masuk sekarang,” panggil jururawat yang berwajah manis itu. Segaris senyuman dihulur oleh Anne kepada jururawat itu.

“Nara… Nana.. bangun sweetie….” Dia cuba untuk membangunkan kedua kembar itu daripada tidur. Tetapi tiada respon yang diterimanya.

 “Sayang.. bangun.. kita nak jumpa doktor ni” ulangnya lagi. Kelihatan Lee Nara membuka matanya perlahan-lahan. “Omma, mom ee ah pah suh yo!” Sedikit air matanya turun membasahi pipinya. Lantas disekanya air mata itu dari pipi comel Lee Nara.

“Sakit?” tanyanya.

“Dae! Omma, ah pah yo..” balas Lee Nara.

“Jangan menangis, sayang.. nanti lepas kita jumpa doktor, Nara dan Nana baiklah.” Pujuknya.

“Jinjja? Jeongmallyo? Tanya Lee Nara dengan nada ceria.

“Dae! Omma tak tipu. Mari kejutkan eonni! Doktor dah tunggu kita tu.” Katanya sambil tersenyum.

“Eonni… doktor dah tunggu kita… bangunlahh..” Lee Nara membantu ommanya membangunkan Lee Nana.

Mata Lee Nana terbuka lalu cepat-cepat mengangkat kepalanya dari pangkuan Anne. Lee Anne tersenyum melihat gelagat Lee Nara yang sedaya upaya membangunkan kakaknya itu.

PINTU bilik yang tertera nama “DR. KIM JONGIN” diketuk kemudian dibuka perlahan-lahan. Ketika berjalan menuju masuk kebilik itu terasa dirinya amat gementar. Anak-anakku hanya demam biasa, tenanglah diri!

“Masuk…”

Sambil memimpin tangan anak-anaknya, segera dia memasuki bilik itu dengan perasaan yang agak gusar tetapi dia berusaha untuk kelihatan tenang.

“Silakan…silakan duduk” pelawa doktor muda itu dengan ramah. Kesian juga dia melihat anak-anak kecil itu menahan kesakitan tetapi tidak cerewet seperti kebanyakkan budak. Mereka mampu tersenyum padanya walaupun masih dalam kesakitan.

“Terima kasih doktor” perlahan saja suara Anne mengucapkan terima kasih mewakili anak-anaknya kepada doktor muda itu yang telah mempelawa mereka duduk.

“Siapa nak doktor periksa dulu ni? Lee Nara yang mana? Mari sini, doktor nak periksa.” Tanya doktor Kai sambil tersenyum.

Tiba-tiba, Lee Nara menangis. Tangisan Lee Nara memecah kesunyian namun Anne terus hanyut dalam dunianya sendiri. Wajah doktor muda yang berada dihadapannya sekarang ini mengingatkannya pada seseorang.

“Dimana? Kenapa rasanya macam pernah tengok muka doktor ini?” bisiknya dalam hati.

 

………………………………………………………………………………………………………………

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
enriquegeum
Annyeong^^fanfic ni ala-ala novel sikittt! Hmmm.. mian2 kalau xbest! kkkk

Comments

You must be logged in to comment
ainpikahouo #1
Chapter 13: Argh kaiii <3 btw, update soon ^-^
keyqa98 #2
Chapter 13: Omggg, tak sabar for next update!! Hopefully lee anne akan kahwin dgn kai....btw kai sweet and bertanggungjawab gilaaaa ^^^
younghany
#3
Chapter 6: mak eton! bila kau mw update ff kau ne? aku tw kau sdh buat berbelas chap tapi kau malas nak taip kan? Jeballl update cepat2! kalau tidak awas kau nanti dalam kelas! ahahaha XD
AqilahJaafar #4
Chapter 6: Hmmjongin!! haha update soon
keyqa98 #5
Chapter 3: Omggg, best giler cerita ni! Update soon authir-nim! Tak sabar nak baca ^^