chapter 2

Who Are You ?

Kringg… kring.. kring..!

Telefon berdering berulang kali, lantas pembantu rumah mengangkat dan mencari Lee Anne kerana pemilik telefon itu ingin bercakap dengannya.

“Cik Anne, bangun kejap. Cik Anna telefon, katanya nak bercakap dengan cik.” Terang pembantu rumahnya setelah mengejutkan Lee Anne dari tidur.

“Mwoh? eonnie? jinjja? betulkah eonni yang telefon? dia nak cakap dengan Anne?” soalnya kepada pembantu rumah mereka.

“Dae! Cik Anna yang telefon, katanya nak bercakap dengan cik Anne. Cepatlah jawab, kesian dia dari tadi tengah tunggu cik.” Katanya, mengingatkan Lee Anne dari lamunan tetapi dia tetap tersenyum. Melihat gelagat Lee Anne yang terpinga-pinga itu menimbulkan rasa lucu di hatinya.

“Ohhh, okayyyy! Mianhae..” bingkas Lee Anne bangun untuk mendapatkan telefon rumah dan bercakap dengan kakaknya.

“Omoooo, happylah. Eonni telefon, nak cakap dengan Anne pula tu.” Bicaranya dalam hati sebelum bercakap dengan kembarnya itu.

“Annyeong eonni…” suara ceria Lee Anne mula kedengaran.

“Dae, annyeong…” balas suara Lee Anna di hujung talian. Suara yang kedengaran sayu dan sedih itu mula membuatkan Lee Anne berasa risau.

“Eonni, how are you? Saya rindu kat eonni lah. Aigoo… sejak belajar jauh dari family ni, eonni langsung tak balik-balik. Tak rindukan omma, appa ker? Bertalu-talu soalan yang diacukan kepada kakak kembarnya itu.

Tiada balasan di hujung talian. Senyap!

“why are you so quiet, eonni? Are you still there? Eonni?”

Hanya dengusan nafas kecil Lee Anna kedengaran.

“Eonni?”

“Hmm.. eonni still here. Omma ada di rumah?”

“Ada pun, ingat eonni dah taknak cakap dengan Anne lagi.” Gurau Lee Anne. “ohhh, omma tak adalah eonni. Wae?” Sambungnya.

“Appa?”

“Eobseo! Appa pun belum balik lagi”

“Baguslah kalau macam tu. Eonni nak minta tolong kat Anne dan janji kat eonni yang Anne tak akan cakap pada sesiapa, termasuk omma dan appa. Hanya kita dua saja yang tau hal ni. Boleh tak janji dengan eonni?”

“ermmm.. apa dia eonni? “

“janji dengan eonni dulu”

“Baiklah, Anne janji! Anne tak akan bagitau kat siapa-siapa dan Anne akan simpan rahsia eonni sampai bila-bila” katanya sambil tersenyum kerana dia tahu kini kakak kembarnya berada dalam kesusahan. Melihat kesusahan orang lain pun dia tidak sanggup apatah lagi melihat kesusahan saudara kembarnya sendiri. Dia nekad berjanji demi kakak kembarnya itu. Kalau bukan dia sebagai adik yang membantu, siapa lagi yang boleh diharap?

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

 

Tiba-tiba, Lee Nara menangis. Tangisan Lee Nara memecah kesunyian namun Anne terus hanyut dalam dunianya sendiri. Wajah doktor muda yang berada dihadapannya itu mengingatkannya pada sekeping gambar di dalam simpanannya. Seiras dan dia tahu dia tidak salah orang. Nama itu adalah nama yang sama. Meskipun ditambah perkataan ‘DOKTOR’ di awalnya, tetap juga orang yang sama.

“Puan?” suara garau tetapi lembut itu menyapanya. Dengan pantas wajah doktor muda itu dipandangnya.

“Ahh? Wae doktor?” tanyanya dengan lemah lembut. Melihat wajah Lee Nara yang basah dengan air mata, segera dia menghentikan lamunannya. Terlalu leka dengan perasaannya dia lupa terhadap anak kembar yang berada disisinya sekarang.

“Syhh.. uljima.. jangan nangis sayang… doktor kan cuma nak periksa je. Doktor nak rawat Nara supaya anak omma ni cepat sembuh. Jangan nangis ya..” pujuknya. Rambut keperang-perangan Lee Nara dibelai dengan kasih sayang.

“Omma, Nara takut.”

“Kenapa takut sayang? Omma dengan eonni kan ada. Dah lah, doktor nak periksa aje tu. Tak sakit pun. Malulah kalau doktor nampak Nara nangis macam ni.”

Mendengar pujukan Lee Anne terhadap anaknya yang bersahaja itu membuatkan Kai tersenyum sendiri. Itukah caranya seorang ibu memujuk anak? Entahlah! Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana sedangkan dia sendiri pun masih belum berkeluarga. Mungkin bila dia sudah mempunyai anak, keadaanya pasti sama seperti ibu muda itu.

“Mari sayang… dekat doktor.” Kai memanggil Lee Nara kerana dia nampak anak kecil itu agak takut padanya.

“Sayang? kenapa mesti memanggil anak aku dengan panggilan sebegitu. Mengapa tidak memanggil nama saja?” Tiba-tiba perasaan gugupnya kembali. “Doktor ni seorang yang peramah sebab tulah panggil anakku dengan panggilan sayang, hishh tak baik aku berprasangka buruk kat orang” Katanya dalam hati, ingin menghilangkan perasaan gugup yang mula kembali menyerang hati.

“Gwenchana doktor, biar kakaknya dulu yang diperiksa” dia tahu yang Lee Nana tidak seperti adiknya. Lee Nana seorang kakak yang berani. “nanti bila tengok Lee Nana okay nanti dia pun nak.” Kata Lee Anne.

“Boleh! Anak-anak memang begitu. Takut dengan doktor mungkin sebab fikir mereka nak kena suntik dengan jarum agaknya” kata Kai sambil tertawa kecil.

 

…………………………………………………………………………………………………………..........

 

“Mwoh? Demam panas?” Kepala Lee Anne semakin kalut. Baru sebentar tadi doktor muda itu bahawa kedua anak kembarnya itu tidak apa-apa, sekarang mengatakan yang mereka terkena demam panas pula.

“Dae! Mereka terkena demam panas. Tak apa, puan jangan risau sangat. Nasib baik puan bawa anak puan segera kesini, demam mereka pun taklah teruk sangat lepas saya check tadi. Lepas makan ubat nanti elok lah tu. Lagi satu… antibiotik kena makan sampai habis” terang Kai sambil tersenyum.

“Baiklah doktor, terimakasih. Saya minta diri dulu …..”

Kai tersentak. Dadanya berdebar-debar. Apa sesuatu yang mengusik mindanya dan ingin saja dia bertanyakan kepada wanita itu tetapi dia tidak tahu harus memulakannya. Tapi jika dia terus diam, bila lagi peluang akan datang? Mungkin mereka tidak akan bertemu lagi.

“Hmm… chakkaman..”

Tersentak Lee Anne sebentar, nampaknya urusan mereka belum lagi selesai dan Kai enggan melepaskannya. Adakah lelaki itu tahu siapa dia? Andwae! Tapi kenapa doktor muda itu kelihatan seperti terkejut dengan kehadirannya.

“Yes? Ada apa doktor? Saya tak boleh lama kat sini, dah banyak kerja dah saya tinggalkan kat pejabat.” Katanya memberikan penjelasan. “Hisyy, kenapa pula nak bagitau dia, aku banyak kerja kat pejabat” getusnya dalam hati, rasa menyesal menebal di dalam dirinya. Siapa doktor itu mahu diberitahu segala aktivitinya.

“Emm, mianhae kalau mengganggu awak er….”

“Panggil saja saya Anne, doktor”

“Oh, Anne! Mianhae kalau saya menggangu awak tapi ada benda yang saya nak tanyakan. By the way, panggil saja saya Kai.”

“Kai? Ohhh.. okay! ermm, apa dia?”

Lee Anne nampaknya benar-benar yakin dan mengatakan dia tidak silap bahawa Kai dan lelaki dalam gambar itu adalah lelaki yang sama. Tapi semuanya sudah berlalu, nampaknya tidak perlulah dia menyatakan cerita yang telah terkubur lamanya.

“Awak apa khabar?”

“Uh? Saya? Maaf?” Peliknya, katanya perlahan.

“Saya.. saya tahu awak kenal saya.”

Lee Anne tersenyum sendiri. Wajah doktor muda itu direnungnya agak lama. Kacak! Tapi sayangnya wajah itu sudah tidak ada makna baginya lagi. Jelaslah lelaki itu sudah tersilap. Tapi tidak salah mempermainkan doktor itu dan dia berharap itu adalah kali terakhir mereka bertemu.

“Kenal? Mungkin juga ya dan mungkin juga tidak.”

Kai terasa hatinya agak pedih bila pertanyaannya dijawab dengan tak endah. Entah mengapa! Tapi dia tahu bahawa wanita di hadapannya adalah wanita yang sama yang pernah dikenalinya beberapa tahun yang lalu. Wajahnya tetap sama, tetapi lebih matang dan cantik berbanding dahulu.

“Mereka… ermm maksud saya, Nana dan Nara anak awak?

“Dae… anak saya. Wae Kai?

Kai tersenyum ikhlas dan gembira. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia sangat mengambil perhatian terhadap Lee Nana dan Lee Nara. “Comel… mereka comel macam ommanya. Untung awak dapat anak-anak yang cantik. Kembar pula tu.”

“Thanks to God! kerana beri saya anugerah yang tidak ternilai harganya,” ujar Lee Anne perlahan.

Kai hanya mampu membisu. Kata-kata Lee Anne itu terasa seperti sindiran baginya. Tapi benarkah begitu?

 

………………………………………………………………………………………………………………..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
enriquegeum
Annyeong^^fanfic ni ala-ala novel sikittt! Hmmm.. mian2 kalau xbest! kkkk

Comments

You must be logged in to comment
ainpikahouo #1
Chapter 13: Argh kaiii <3 btw, update soon ^-^
keyqa98 #2
Chapter 13: Omggg, tak sabar for next update!! Hopefully lee anne akan kahwin dgn kai....btw kai sweet and bertanggungjawab gilaaaa ^^^
younghany
#3
Chapter 6: mak eton! bila kau mw update ff kau ne? aku tw kau sdh buat berbelas chap tapi kau malas nak taip kan? Jeballl update cepat2! kalau tidak awas kau nanti dalam kelas! ahahaha XD
AqilahJaafar #4
Chapter 6: Hmmjongin!! haha update soon
keyqa98 #5
Chapter 3: Omggg, best giler cerita ni! Update soon authir-nim! Tak sabar nak baca ^^