chapter 11

Who Are You ?

“Andwae! Awak tak boleh buat macam tu. Saya… saya tak nak kahwin dengan awak! Saya tak nak!! Saya tak nak jadi wife awak!

“Ada anak tapi tak ada husband? Come on Anne, I know awak mesti dah menderita membesarkan mereka sepanjang 7tahun ni… dan awak mesti dah banyak terima umpat keji orang selama ni. 

“Dae! memang saya banyak terima umpat keji orang… bukan sahaja orang lain tapi adik saya sendiri pernah buat macam tu. Macam yang awak tengok kejadian kat rumah keluarga awak tu. Apa yang Ji Hye cakap tu sikit sangat, saya pernah terima lebih dari itu. Awak ingat saya tak tahu sedih ke? Tak ada perasaan?  Saya…”

“Jadi kenapa awak tak nak terima saya?”

“Saya dah maafkan awak, dan saya percaya yang hidup saya mungkin tak sebaik orang lain. Tapi saya rasa sangat berbaloi buat semua tu untuk anak-anak saya. Lagipun awak tak perlulah kahwin dengan saya hanya sebab nak bertanggungjawab! “

“Tapi kalau Nana dan Nara tanya appa mereka bagaimana?”

Semakin stress Lee Anne mendengar soalan Kai. Kepalanya kini terasa berdenyut-denyut, dan pening. Seringkali juga si kembar bertanyakan soalan yang sama, dan seringkali juga dia akan memesongkan kata.

“Anne… are you okay?”

“Da… dae!” Lemah dia mengangguk.

“Awak okay tak ni? Saya tengok awak pegang kepala, macam sakit jer?”

Tersenyum Lee Anne melihat muka Kai yang serius bertukar risau. Baiknya dia! “Okay… saya okay. Emm thanks sebab sembuhkan anak-anak saya.”

“No problem, tapi awak jahat lah tak bagitahu saya pasal tu. Saya terkilan sebab ambil duit awak. Mana ada bapa yang berkira dengan anak dia sendiri. Kenapa masa tu awak tak cakap mereka anak saya? Sedangkan awak ada peluang?”

“Saya… saya tak pernah terfikir akan jumpa awak lagi. Lagipun bila dah jumpa awak saya dah lupa yang awak tu appa diorang.” Hish ketara sangat ke aku menipu?

“Atau… awak memang nak rahsiakannya? Memang tak nak bagitahu saya?”

“No! No! Mana ada. Tak! Saya tak buat macam tu pun.”

“So, Wae? Wae awak diam?”

“Kan saya dah cakap, saya lupa. Lagipun tak ada sebab awak perlu tahu. The children is mine. Only mine! Okay!”

“Anak awak? Sorang? Cik Lee Anne… Kalau tak ada saya, budak-budak tu tak adalah!”

Hish kalau orang dengar, aku juga yang malu ni! “Awak… nak ke budak- budak tu? Awak memang minta mereka lahir ke?”

“Saya memang tak minta diorang lahir tapi…”

“Itu maksudnya awak memang tak nak mereka. Jadi awak tak perlu bertanggungjawab!”

“Hei, saya belum habis cakap lah!”

“Awak nak apa lagi?”

“Saya memang tak minta diorang lahir tapi bila dah tengok diorang sekarang saya rasa gembira sangat. Rasa bersalah pun ada. Sebab tu saya nak awak kahwin dengan saya. Saya nak tebus semua kesalahan saya kat awak dan anak-anak kita!”

Anak-anak kita? “Saya nak balik sekarang, anak-anak saya dah tunggu! Bye!”

“Kalau awak nak balik, baliklah tapi antara kita masih ada yang belum selesai.”

“Tak… kita dah selesai!” Kata Lee Anne sambil menolak pintu kedai itu.

“Nanti saya hubungi awak lagi! Saya tetap akan cari awak…” saya mesti bertanggungjawab. Saya tak boleh menyerah kalah.

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
enriquegeum
Annyeong^^fanfic ni ala-ala novel sikittt! Hmmm.. mian2 kalau xbest! kkkk

Comments

You must be logged in to comment
ainpikahouo #1
Chapter 13: Argh kaiii <3 btw, update soon ^-^
keyqa98 #2
Chapter 13: Omggg, tak sabar for next update!! Hopefully lee anne akan kahwin dgn kai....btw kai sweet and bertanggungjawab gilaaaa ^^^
younghany
#3
Chapter 6: mak eton! bila kau mw update ff kau ne? aku tw kau sdh buat berbelas chap tapi kau malas nak taip kan? Jeballl update cepat2! kalau tidak awas kau nanti dalam kelas! ahahaha XD
AqilahJaafar #4
Chapter 6: Hmmjongin!! haha update soon
keyqa98 #5
Chapter 3: Omggg, best giler cerita ni! Update soon authir-nim! Tak sabar nak baca ^^