chapter 12

Who Are You ?

“Aigoo, pening pula kepala ni. Ahh ni sebab Kai lah ni, asyik-asyik nak bangkitkan soal tanggungjawab kat Nana dan Nara.” Selepas keluar dari Starbuck, Lee Anne berjalan  laju agar dapat menghindarkan diri daripada Kai. Tiba-tiba semakin kabur pandangannya, terasa seperti badannya akan jatuh menyembah bumi tetapi…

“Awak tak apa-apa?”

Bulat mata Lee Anne kerana dirinya disambut oleh seorang lelaki dan dia bersyukur tidak sempat jatuh di lantai mall itu, kalau tak pasti dia akan malu!

“Da… dae! saya tak apa-apa. Thanks sebab selamatkan saya tadi.” Dilihatnya lelaki itu sangat menarik senyumannya kerana bibirnya yang agak unik, tapi kemudian dilihatnya lelaki itu seperti terkejut dan tiba-tiba kaku.

“Emm.. Mister?”

Tidak ada reaksi dan balasan dari lelaki itu. Lee Anne tidak tahu apa yang berlaku. “Rasanya muka aku tak lah buruk sangat pun, mata, mulut, hidung semuanya ada. Kah rambut aku yang serabai ni?” soalnya dalam hati.

“Anne!”

Tiba-tiba pemilik suara itu semakin dekat. Kai kini berada disebelahnya. “Anne, kenapa ni?” Dilihatnya lelaki yang kaku itu berada dihadapan mereka langsung tidak bergerak.

“Ihbayo! Hei!” Sakit hati Kai melihat Anne dilihat oleh lelaki itu dengan keadaan yang kaku.

“O…ohh. Mianhae… jeongmal mianhae.”

Melihat lelaki itu kembali sedar kealam realiti, Lee Anne kembali bersuara. “Thanks awak sebab tolong saya tadi.”

“Ani, tak apa. Salah saya kalau saya biarkan awak jatuh tadi.”

“Ehemm… I’m Kai.” Kai memperkenalkan diri tanpa dipinta. Melihat begitu beria-ianya pandangan Anne terhadap lelaki itu, dia semakin bimbang.

“I’m Ch… chen. Chen!”

 Rasanya dia pernah melihat dan mendengar nama lelaki itu, tapi dia tidak tahu dimana.

“Nice to meet u! Emm kita pernah jumpa tak sebelum ni?” Tanya Kai.

Melihat lelaki di sebelah Anne ini Chen terasa ada sesuatu diantara mereka, dan lelaki itu adalah lelaki yang pernah ditemuinya tujuh tahun dulu. Dia bersyukur Kai tidak pasti tentang dirinya. Tetapi, wanita cantik itu kelihatan tenang. Adakah wanita itu tidak mengenalinya lagi? Selama tiga tahun mereka bercinta dan tidak mungkin wanita itu lupa kepadanya, atau ingatannya sudah hilang?

“Mungkin juga pernah dan mungkin juga tak.”

Dipandang lembut wajah Lee Anne disebelahnya kemudian Kai tersenyum.

“O…oh thanks sebab selamatkan future wife saya tadi.”

Merah padam wajah Lee Anne mendengar kata-kata Kai itu. Baru beberapa minit tadi dia bertekak kerana tak ingin menjadi isteri Kai. Sekarang Kai ingin memberitahu seluruh dunia yang mereka akan berkahwin… Apa? Future wife? Wife?

“Saenggil chukkhae…” Perlahan dia berkata.

“Se…sebenar…”

“Hari dah lewat ni, mari kita balik. Kkaja!” Segera Kai memotong percakapan Lee Anne. Takut Lee Anne menidakkan apa yang dicakapkannya tadi.

“Saya pun nak pergi ni, ada urusan yang nak diselesaikan.”

“Okay! I hope… to see u again.” Segera Kai membalas, memang dia ingin Chen segera meninggalkan mereka. Takut dia melihat wanita yang ingin dikahwininya itu dirampas orang lain.

“I hope so. I’ve got to go.” Kata Chen tersenyum sambil memandang Lee Anne.

“Thanks again Chen!” ucap Lee Anne.

“You’re welcome. See u again.” Balas Chen sambil tersenyum. Ketika berpaling, dia masih dalam keadaan yang tertanya-tanya. Benarkah wanita itu langsung tidak ingat padanya lagi? Benarkah?

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

 

“Kerja! Kerja!” Kata Lee Anne sendiri. Kini dia sengaja menyibukkan diri dengan pelbagai kerja di pejabat ayahnya. Sejak pertemuannya dengan Kai di Starbuck itu, sejak dari situlah Kai sering menelefonnya dan ingin berjumpa dengannnya tapi seringkali juga dia mengelak.

Kring! Kring!

Telefon diatas mejanya itu segera diangkat. “Ah, neh?”

“Cik Lee, ada tetamu nak jumpa cik.” Kata setiausahanya ditalian.

“Dae, suruh masuk!”

Tok! Tok!

“Masuk!” terkejut Lee Anne melihat Kai yang ada dihadapannya itu. Kali ini Kai sudah semakin gila kerana menjejakkan kaki di pejabatnya.

“Awak?”

“Dae, saya! Cik Lee, kita perlu berbincang!

“Nak bincang apa lagi? Saya tak ada apa nak dibincangkan lagi. Eobsoe!”

“Ada! Kita perlu berbincang mengenai awak, saya dan Nana dan Nara!”

“Kalau awak nak bincang pasal tu, jawapan saya tetap sama dan saya anggap semuanya dah selesai.”

“Tapi saya anggap masalah tu belum selesai lagi.”

“Saya dah kata, saya tak nak kahwin dengan awak! No! Saya tak akan kahwin dengan awak dan satu lagi, awak tak berhak nak masuk campur dalam hal ni sebab ni hidup saya.” Dia ni tak faham bahasa ke, kan aku dah cakap tak nak kahwin.

“Dan saya sangat berhak masuk campur dalam hal ni sebab anak-anak tu, anak saya!” Kini dia duduk bersandar lalu melihat frame diatas meja Lee Anne. Kelihatan Anne berpelukan dengan Lee Nana dan Lee Nara.

“Saya tau awak tengok gambar tu… Nampak! Adakah kami kelihatan seperti tidak gembira?”

Memang mereka nampak begitu bahagia. “Sangat gembira.” Kata Kai perlahan.

“Jadi awak tak perlulah nak buang masa nak cari saya lagi dan awak tak perlu nak susahkan diri sendiri Kai.”

“Ani, ni bukan soal susahkan diri sendiri ini soal maruah saya, dan saya nak bertanggungjawab kat awak dan anak-anak kita.”

“Tapi saya tak nak! Lagipun saya tak… bukan, saya langsung tak cintakan awak. Awak pun tak suka saya. So, kita dua-dua tak ada perasaan. Awak bayangka…”

“Macam mana awak tahu saya tak sukakan awak? Saya tak pernah bagitau kat awak pun saya suka kat awak atau tak.” Tersenyum Kai membalas kata-kata Lee Anne.

“Hei, Kai! Awak jangan main-main. Saya pandang serius tentang perkara ni. Awak tak boleh nak paksa saya kahwin dengan awak dan awak tak berhak nak atur hidup saya. Hidup saya, biar saya sendiri yang tentukan!”

“Okay fine! Awak boleh hidup dengan cara awak sendiri tapi anak-anak tu biar saya yang jaga.” Aku tau kau tak akan nak berpisah dengan budak-budak tu.

“Apa? Ja… jaga?”

“Ya! Saya yang akan jaga mereka kalau awak tak nak kahwin dengan saya. Demi anak-anak saya, saya sanggup lakukan apa saja. Dengar… saya tak peduli kalau awak tak cinta atau sayangkan saya tapi awak kena kahwin dengan saya. Kita kahwin sebab kita dah ada tanggungjawab kat anak-anak kita. Cuma lepas kahwin awak kena tinggal dengan saya, dirumah saya. Itu saja!

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
enriquegeum
Annyeong^^fanfic ni ala-ala novel sikittt! Hmmm.. mian2 kalau xbest! kkkk

Comments

You must be logged in to comment
ainpikahouo #1
Chapter 13: Argh kaiii <3 btw, update soon ^-^
keyqa98 #2
Chapter 13: Omggg, tak sabar for next update!! Hopefully lee anne akan kahwin dgn kai....btw kai sweet and bertanggungjawab gilaaaa ^^^
younghany
#3
Chapter 6: mak eton! bila kau mw update ff kau ne? aku tw kau sdh buat berbelas chap tapi kau malas nak taip kan? Jeballl update cepat2! kalau tidak awas kau nanti dalam kelas! ahahaha XD
AqilahJaafar #4
Chapter 6: Hmmjongin!! haha update soon
keyqa98 #5
Chapter 3: Omggg, best giler cerita ni! Update soon authir-nim! Tak sabar nak baca ^^