CHAPTER 4

THE GANGSTER ME!

SUATU MALAM DI SEBUAH APARTMENT.

Dia terbangun dari tidurnya apabila mendengar pintu rumahnya di ketuk.
“Siapalah datang malam-malam buta ni,” dia membuka pintu dan mucul beberapa muka yang memang dikenalinya. Di pandangnya mereka dari hujung kaki ke hujung rambut. Hairan dia dengan rupa mereka yang sudah seperti mangsa dera. Dia terus membenarkan mereka masuk.

“Hah, apahal. Tak dapat tunggu esok ke? Yang lain mana?”

“Eleh, orang dah tolong dia boleh pulak tanya macam tu, yang lain tak dapat serta,” jawab salah seorang dari mereka.

“Tolong? Maksud kau?” dia mula mengerutkan dahinya.

“Budak SPEED tu, kami dah kerjakan,” jawab seorang lagi yang kelihatan seperti ketua diantara mereka.

“Ni lah, korang. Aku dah cakap jangan masuk campur hal aku. Patutlah macam mangsa dera dah aku tengok korang ni!”

“Aku dah cakap dengan kau, mengaku jer dengan mereka tu yang kau ni salah seorang dari kami. Kau degil! Kalau tak mereka memang tak jentiklah kau ni,” balas  lelaki itu lagi.

“Kau cakap kami macam mangsa dera? Kau turunlah sekolah esok, ada tak muka budak-budak tu hadir. Kalau tak ada memang nazak betullah mereka akibat penangan kami,” sambung salah seorang lagi dari mereka.

“Whatever. By the way, korang ada cakap ke yang aku ni siapa?”

“Kau jangan risau. Aku nak kau sndiri yang cakap,”

“Tak ada bezanya kalau mereka tahu,”

“Kau ni macam tak pernah belajar martial art. Jangan biar mereka usik kau,”

“Kalau aku balas, boleh mati budak-budak tu,”
“Kau jangan cakap besarlah, Yixing,” jawapan Yixing di balas dengan ekspresi menyampah kawan-kawannya

KEESOKAN HARINYA DI SEKOLAH

 

Yixing berjalan masuk ke dalam bangunan akademik. Sudah 3 hari dia tidak hadir ke sekolah sejak kejadian tempoh hari. Bukan dia sengaja tidak hadir tetapi dengan muka lebam, dia tidak mampu menjawab pertanyaan dari pelajar perempuan yang menjadi peminatnya di sekolah itu.

Dari jauh dia sudah nampak kelibat ahli-ahli OWN RULE yang sedang melepak di tangga yang menuju ke kelas aliran sains dan seni.  Dia sangat mengenali ahli kumpulan tersebut walaupun baru tempoh hari mereka bertegur sapa kalau OWN RULE tidak menolongnya.

“Hai!” sapanya ringkas ketika sudah menghampiri tangga tempat ahli OWN RULE melepak dan sesekali membuli pelajar yang lalu untuk naik ke kelas mereka.

“Hei, dude. Kau dah okay?” jawab Ah  In. “Okay. Aku yang sepatutnya tanya yang korang ni okay ke tak. Dah turun sekolah, lebam pun belom surut lagi aku tengok,”

“Ala, kami memang macam ni. Dah jadi kebiasaan. Lagi lebam lagi gangster lagi badass,” balas Misz dengan riak mukanya sekali.

“Gangster sangat. Oh ya, lepas kelas nanti aku ajak korang makan nak? Sekali dengan kengkawan aku yang lain. Tanda terima kasih aku kat korang?” tawaran Yixing di terima dengan mata yang terbeliak oleh ahli-ahli OWN RULE.
“Eh, kami ikhlas tolong. Tapi kalau paksa jugak, bolehlah,” Asz terima tanpa segan  dan di setujui oleh kawan-kawannya yang lain.

 

Aku rasa segan pula ada kengkawan macam ni. Dahlah buat keputusan tak fikir dulu. Sedangkan kami masih didenda oleh gorilla untuk 2 hari lagi.

“Guys, korang ni dah kenapa? Gym tu siapa nak bersihkan?” aku soal untuk sedarkan mereka.

“Kau tu  yang kenapa. Diakan ajak  lepas kelas dan denda tu kan time budak belajar,” aku terkedu sekejap oleh jawapan Hani. Kenapa aku boleh lupa pulak ni? Sebab nak elak budak Yixing nilah otak aku boleh bercelaru sekarang.

“Eh, tapikan kalau kau taknak tak pa jugak sebab kau mana ada tolong dia bersih kelas hari tu,” tak guna punya Misz. Aku menyumpah. Boleh pulak dia kenakan aku masa ni. Yang lain hanya tersenyum mendengar perkataan yang keluar dari mulut Misz termasuk Yixing. “Aku pun tak ingin. Dahlah aku nak gi gym. Kat mana kau letak punch bag tu?” aku tanya Misz kembali. Baik aku blah sekarang sebelum otak mereka terfikir nak perli aku balik. “Dalam stor,..  kau nak buat apa dengan benda tu?”

“Aku terlupa pulak macam mana perasaan time punch muka orang. Atau kau nak jadi punch bag aku?” aku kenakan balik LoyalNam. Nama  je loyal tapi menyakitkan hati.

“Jangan! Buruk muka aku nanti. Kena reject gorilla lah aku nanti,” habis riuh tempat itu akibat lawak bodoh Misz. Aku segera meninggalkan mereka dan menuju ke gym.

Sampai sahaja aku di gym, aku mencari punch bag dalam stor. Sejak aku semakin mahir dalam seni pertahankan diri taekwando, aku berhenti berlatih menggunakan benda alah ni melainkan untuk aku lepaskan stress.

Aku cuba menarik punch bag keluar tapi hanya sedikit ia bergerak dari tempat asalnya.

“Bagi saya benda tu. Saya tolong,” tersentak aku dengan suara Yixing dari belakang. Sejak bila pula dia masuk. “Tak payah, saya kuat,” time ni pulak aku berlagak cool.

“Ye lah, kuat sangat. Saya tengok bukan benda ni yang bergerak tapi awak,” sekarang ni aku rasa muka aku merah sangat-sangat. Aku akur dan keluar dari stor. Tidak lama kemudian Yixing keluar dari stor dengan mengangkat punch bag itu. Nampak urat-urat yang timbul di tangannya. Rasa jatuh rahang aku sekarang.

“Dah, sekarang awak boleh guna,” dia tersenyum puas hati setelah mengatur kedudukan punch bag tersebut.

“Okay, thanks,” aku mengenakan boxing gloves sambil berharap Yixing akan keluar dari sini. Sebelum mendekati punch bag sempat aku menoleh ke belakang dan seperti yang di sangka dia masih berdiri sambil tersenyum kearah aku.

“Awak taknak keluar ke? Dia menggeleng. Aku melepaskan keluhan. Biar betul budak ni. Oh, mungkin dia nak jadi punch bag aku. Hehehe. “Hurm, kalau macam tu awak tolong tahan benda ni boleh? Senanglah saya nak punch-punch nanti,” fuh, jangan puji, B.M aku memang selalu dapat 100%.

“Okay, saya tahan, Tapi jangan sampai tertumbuk muka saya sudah,” eh, aku peduli apa. kau yang nak sangatkan. Sudah muncul tanduk suci aku. BWAHAHAHA!!!

            Aku tumbuk dan tumbuk dan tumbuk!!! Akhirnya terkena juga kat muka suci si Yixing ni. Aku pura-pura terkejut dan buat muka bersalah.

“Maaf! Saya tak sengaja.  Meh saya tengok jap,” dia terduduk selepas menerima tumbukan rasmi dari aku,  Aku melutut dan membelek mukanya. Berdarah bibirnya aku kerjakan. Puas hati aku. Inilah akibatnya kalau berlagak sangat dengan orang yang dah tolong kita dari jadi mangsa buli. “Berdarahlah..,” aku membuat muka simpati. “It’s okay. Muka saya ni memang selalu jadi tempat cop penumbuk orang,” auchh,. Aku terasa sikit! Kalau ingat aku nak berasa bersalah memang taklah.

“Oh, ye ke? Kasihan awak,” balas aku ringkas. Dia memandang hairan kepada aku. Mungkin tidak menjangkakan jawapan itu dari mulut aku.

“Hoi!! Korang buat apa? Ehem, ehem ek??” serentak kami berdua terkejut akibat daripada jerkahan dari pintu masuk gym. Kami menoleh. Nim dan rakan sepenjenayah aku yang lain rupanya. Sedar dengan apa yang di sebut Nim awal tadi, aku lantas membalingkan boxing glove kearahnya sekuat hati. Dia terjerit kecil apabila balingan aku terkena kepalanya.

“Kau buat lagi siap kau!” aku memberi amaran sambil membantu Yixing untuk berdiri. “Eleh, tak takut. Eh, bibir kau kenapa Yixing?”

“Aku yang tumbuk,”

“Oh,” mereka jawab serentak. Tanpa membuang masa, mereka mengambil peralatan untuk memulakan kerja amal kami. Yixing masih termanggu.

“Awak tak da kelas?”

“Ada,”

“Then?”

“Tak, korang ni peliklah,”

“Maksud?” Ah In menyampuk.

“Dia cakap dia tumbuk aku dan orang boleh balas ‘Oh’ je?” oh, ini yang membuat dia termanggu dari tadi rupanya.

“Dah tu kau nak kami jawab apa?” tanya Hani lagi.

“At least korang tanyalah ‘kenapa kau tumbuk dia’ atau ‘apa dah jadi?’,” serentak kami berenam ketawa. Pandai pulak diabuat dialog sendiri.

“Kami tak da masalah nak tanya benda macam tu. Kenal sangat dengan perangai budak ni,” Asz membalas sambil munujukannya kepada aku. Sebelum Yixing berfikir bukan-bukan, aku menyuruhnya balik ke kelas sementara kami membersihkan gym. Sempat dia mengingatkan kami kembali tentang jemputannya tadi dan katanya kami semua wajib datang. So, maksudnya aku mesti serta jugaklah ek? FINE! Rezeki jangan di tolak, gorilla jangan di cari!

 

PETANG-DI SEBUAH RESTORAN

                Di suatu sudut di dalam sebuah restoran kelihatan 12 orang remaja lelaki sedang berbual-bual kosong.

“Lay, betul ke dia orang jadi nak jumpa kat sini?”

“Betullah. Aku dah cakap kat dia orang tadi. Sabarlah, kejap lagi sampailah tu, Kris hyung,” balas Lay cuba menenangkan kawan-kawannya yang sudah lama menunggu.

“Sabar, sabar… dari tadi dah tau,”

“Kau ada nombor telefon dia orang tak?”

“Er,… nope,” jawabnya dengan muka bersalah.

“YA!! YIXING!!” 11 orang rakannya serentak menjerit geram kepadanya.

“Dah, dah. Just leave now,” cadang Kris. Kesabarannya hampir kemuncak.

“Tapi,..” Lay cuba membantah tetapi terhalang apabila Kris dan seorang lagi kawannya, Suho menjeling ke arahnya. Akhirnya kesemua mereka meninggalkan restoran tersebut.

            Mereka berjalan beriringan untuk pulang ke rumah Lay kerana malam ini giliran mereka untuk serang rumahnya. Ketika mereka melalui sebuah lorong sempit, mereka terlihat 2 kumpulan remaja sedang bergaduh, Nampak… serius! Mereka cuba tidak mengendahkan tetapi pergaduhan ini bukan yang biasa mereka lihat. Ia melibatkan sekumpulan pelajar perempuan dan sekumpulan pelajar lelaki. Ada diantara pelajar perempuan tersebut sudah terjatuh dalam parit kecil dan sebahagiannya lagi sedang focus beradu tenaga dengan sekumpulan pelajar lelaki tadi. Mata Lay terarah kepada kumpulan pelajar perempuan itu. “OWN RULE,” bisiknya kecil. Lain pula Kris apabila perasan bahawa kumpulan pelajar lelaki itu adalah SPEED. Segera dia menjerit, “YA! SPEED!” serentak 2 kumpulan itu menoleh. Rupa mereka semua sudah seperti zombie.

            Taewoon yang terperasan Lay diantara kumpulan itu menunjukkan muka terkejutnya, “Yixing? EXO?”

Sementara itu Ah In membisikkan sesuatu kepada ,

“Itu bukan kumpulan yang…,” belum habis Ah In bertanya, DC menjawab

“Yup,.. takkanlah Yixing kawan dengan mereka?”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aIyu-ssi
Keep on subscribing, keep on reading and please keep on commenting!!! sayang u!!!

Comments

You must be logged in to comment
TashaMeez
#1
EE dia boleh tukar2 nama laH?? hahaha baru perasan sengall lah aku nie
TashaMeez
#2
TashaMeez ?? LOL kebetulan kah???
YongHasub
#3
Chapter 14: Lay watak utama ?? Daebakk... knpe d.o x de pon.. hahahanshs..update soon :)
aIyu-ssi
#4
Ekk??haha, ok,ok.. I will..tapi tnggu update eh, tngah ktandusan idea ^^
cholahola #5
Chapter 11: daebak, teruskan teruskan update, best gilaaaaa ;)