CHAPTER 10

THE GANGSTER ME!

“KORANG NAK APA LAGI! MULALAH SEKARANG!” bentak P-Goon. Dengan teragak-agak, kami, OWN RULE menghampiri EXO. Kerana kedudukan kami yang dekat, Suho dapat membisikkan sesuatu kepada kami.
“Dengar, aku takkan bodoh nak gadai nyawa kawan aku ataupun orang lain even orang tu MUSUH aku,” sindirnya dalam bisikan. “Aku nak korang serang 6 orang yang sebelah kanan dan kami akan serang 7 orang di sebelah kiri termasuk P-Goon. Bebaskan Hani dan Baekhyun bila mereka tak perasan. Faham?” aku mengangguk faham dengan cadangan Suho. Boleh pakai juga otak budak ni. Aku melihat ke arah Ah In, dia mengangguk perlahan tetapi jelas kerisauan di mukanya, Nim menepuk belakangnya, “Tak apa, we can do it!” bisik Nim perlahan di telinga Ah In.
“HOI!! KORANG BINCANG APA TU? BINCANG NAK BUAT HELAH LAIN KE?” P-Goon yang sudah tidak sabar menunggu perlawanan bermula, mula menjerkah ke arah kami.
“EISHH!! SABARLAH! ORANG TENGAH SALAM LAWAN NI! KAU APA TAU!” aku membalas kasar. Ambik kau! 
“OK!OK! TAK PAYAHLAH NAK MARAH-MARAH. NAH! GAME START!” ujar P-Goon lalu membaling bola ke arah kami. Kai dengan cekap menangkap.
“AND GAME OVER!” balas Kai lalu membaling kasar bola itu ke arah P-Goon. Aku puji Kai kerana bola itu terkena tepat di muka P-Goon dan menyebabkan budak hingusan itu jatuh terbaring atas padang. Dengan itu, kami semua menyerang TOPP DOGG mengikut rancangan Suho tadi. 
“KORANG DAH MELAMPAU!” jerit P-Goon. Dah terbaring tu, diam jerlah!
“KAU TAK CAKAPKAN YANG KAMI BOLEH LAWAN BALIK! KALAU NAK CARI GADUH, TENGOK LAWANLAH!” balas Suho lalu menumbuk bertalu-talu muka P-Goon.
Melihat kekecohan tersebut, aku mengarahkan Nim untuk membuka tali yang mengikat kedua-dua Hani dan Baekhyun. Dengan mudah Nim membuka tali tersebut. Hani dan Baekhyun serentak bangun dan menyertai kami semua.
     Tengah aku sibuk menerima dan membalas tumbukan Xero, mataku sempat memandang ke arah Nim yang baru bangun daripada membuka ikatan tadi. Tidak semena-mena, Nim di serang oleh Saegoong dari belakang . Dia menumbuk tepat di muka Nim apabila Nim menoleh ke belakang. Akibatnya, kepala Nim bepusing 45 darjah.
    Tiba-tiba aku merasa perutku di tendang seseorang. Kurang ajar Xero! “Urgh!” aku mengerang kesakitan. Melihat dia yang tersenyum sinis, segera aku bangun, menendang dadanya lalu menumbuk mukanya sekuat hati. Akhirnya jatuh juga budak itu aku kerjakan. Huh! Nak lawan senior konon! Tanpa melengah masa, aku segera menolong Nim tetapi Xiumin lebih cepat. Dia mengelak serangan B Joo yang  juga salah seorang ahli TOPP DOGG dengan menepis tangan B Joo lalu menumbuk tepat di matanya. Setelah Berjaya mengelak serangan itu, Xiumin menghampiri Saegoong yang ketika itu bangga berdiri di depan Nim yang sudah jatuh di tanah. Tanpa di sedari Saegoong, Xiumin menarik kasar kolar bajunya lalu menghadiahkan sebiji penumbuk di pipi kanannya. Sampai mencium tanah Saegoong di buatnya.
    Aku menghampiri Nim dan menolongnya untuk bangun. “Aku ok, kau tolong Ah In,” ujar Nim. Aku menoleh ke arah Ah In. dia sedang di serang oleh Nakta dan Sangdo. Aku menyumpah lalu berlari ke arah mereka dan menyerang Sangdo.

∞    ∞    ∞

    Keadaan di padang bola keranjang itu tidak terkawal. Tiada satu pun dari mereka yang mahu mengalah. Tapi TOPP DOGG sikit demi sedikit rebah ke tanah kerana lawan mereka jauh lebih banyak daripada ahli mereka yang hanya 13 orang berbanding EXO-OWN RULE, 17 orang kalau di campur.
    
“Aku ok, kau tolong Ah In,” kata Nim kepada yang membantunya berdiri setelah di tumbuk oleh Saegoong. mengalihkan pandangannya kepada Ah In, melihat Ah In yang sedang di serang oleh kedua-dua Sangdo dan Nakta.
“Kau okay?” tiba-tiba Xiumin yang telah habis mengerjakan Saegoong datang bertanya keadaan Nim. Nim mengangguk. “Thanks,” balas Nim sambil mengelap darah di penjuru bibirnya. Tiba-tiba dia membeliakkan mata apabila melihat Saegoong di belakang Xiumin dan siap mengangkat kayu untuk di hempap  di kepalanya, “SAEGOONG!!” teriak Nim lalu menarik Xiumin daripada terkena pukulan itu dan dengan cekap dia menendang perut serta dada Saegoong. Nim menarik nafas lega apabila Saegoong tewas di kakinya. “Ambik kau!” Nim menoleh ke belakang. Matanya terpandang ke arah Xiumin yang sememangnya dekat dengan dia ketika itu. Xiumin memandangnya dari atas ke bawah seperti tidak percaya dengan apa yang telah perempuan di depannya itu buat. 
“Kenapa? Ingat aku ni lemah sangat ke?” Nim mengibas rambutnya ke belakang dan dengan berlagak dia berlalu meninggalkan Xiumin. 
“NIM!!! TOLONG AKU!” jerit Misz yang sudah hampir lemah di kerjakan Kidoh. Kidoh tersenyum sinis apabila lawannya meminta pertolongan. Senyumannya patah apabila terasa kaki seseorang menyepak kepalanya dari belakang. “!” dia menyumpah lalu menoleh ke belakang. 
“ANNYEONG!” Chanyeol melambaikan tangan dan dalam sekelip mata penumbuknya sudah sampai di muka Kidoh. Chanyeol mengelap tangannya dan mengenyitkan mata kepada Misz yang sedang terpegun melihatnya setelah Kidoh tumbang ke bumi. Nim yang ketika itu hendak menolong Misz membatalkan hasratnya dan terus menolong D.O yang ketika itu sedang ‘bergusti’ dengan Ho Joon.
“Ehemm!” dengan lagak macho, Chanyeol menghampiri Misz yang masih terpegun. 
Tiba-tiba,
“Hebatlah kau! Aku tabik!” puji Misz, menepuk kuat bahu Chanyeol lalu membuat tabik hormatnya. Apa lagi, terangkatlah bahu Chanyeol di buatnya.
“Aight! Tahulah yang aku ni hebat sangat tapi tak payahlah excited segala!” ujar Chanyeol bangga. “Tapi, tak apa ke kalau muka perempuan macam kau ni ada lebam sana-sini?” soalnya balik sambil menunjuk-nunjuk ‘cop biru’ yang wujud di wajah Misz.
“Oh, yang ni. It’s ok, orang gangster dulu selalu cakap yang lagi lebam, lagi badass, lagi gangster!” jawab Misz spontan. Chanyeol memandang hairan ke arahnya. Tak pernah pula dia dengar kata-kata macam tu! Dia samseng sejati apa?
“Kau temberang aku ek” duga Chanyeol. Misz menggeleng. Keadaan yang kecoh ketika itu tidak di pedulikan mereka lagi kerana sedang asyik berbual.
“Mana ada. Kalau kau tak percaya, kau tanya senior-senior gangster kau. Mereka gerenti tahu punya,” Misz cuba meyakinkan Chanyeol walaupun hakikatnya, dia sengaja mengenakan budak capang itu.
“Masalahnya aku tak  ada senior gangster!” balas Chanyeol kebingungan. Nampaknya dia sudah terkena dengan Misz.  Misz tersenyum dalam hati.
“Susahlah macam ni. Tapi tak apalah, tak penting pun,”
“Ha’ah! Betul, memang tak penting. Apa kata kalau kita tolong budak lain,” Misz mengangguk setuju dengan cadangan Chanyeol. “Good, lady first!” sambungnya lalu memberi laluan kepada Misz. Entah apa-apalah budak 2 orang ni.
    Beberapa minit kemudian, TOPP DOGG mengaku kalah. Mereka terus melarikan diri apabila kedua-dua kumpulan itu memberikan peluang kepada mereka.
“BERAMBUSLAH! KALAU KORANG TAKNAK HIDUP KORANG TAMAT DI SINI, BERAMBUS!” Kris menghalau dalam kelelahan. Apa lagi, macam lipas kudunglah budak-budak TOPP DOGG itu melarikan diri.
“!! MENYUSAHKAN!” sumpah lalu merebahkan diri ke bumi disertai dengan mereka yang lain. Mereka semua terbaring kelelahan sambil mata merenung ke langit yang terang, dengan bintang yang bertaburan.
“EXO, terima kasih sebab tolong kami!” ucap Ah In tiba-tiba dengan dadanya yang turun naik menahan keletihan.
“Apa? Aku tak dengar!” suara Suho kedengaran jauh sekali kerana dia baring jauh sikit dari Ah In. 
“Aku cakap  TERIMA KASIH!” Ah In sengaja menekankan perkataan terima kasih itu. Kedengaran Suho tertawa kecil, sengajalah tu.  menyakitkan hati Ah In.
“Takda apa-apalah, kami pun berterima kasih kat korang juga,” Yixing bersuara, tenang.
“Lagipun korang taklah selemah yang kami sangka,” Xiumin menyambung. Masih terbayang di matanya bagaimana Nim membelasah Saegoong.
“Ok, dah habiskan. Game overkan? So, aku nak baliklah,” mencelah sambil cuba bangun dengan tangan kirinya menahan rusuk kanannya. Itulah akibat kalau berlagak kuat sangat.
“Kau nak balik rumah?” segera Hani bangkit. mengangguk, “Dengan muka kau macam tu?” tanyanya lagi.
“Aku dah janji dengan dia orang nak tidur kat rumah,” balasnya lalu dengan kaki terhencot-hencot, dia meninggalkan EXO dan OWN RULE.
Risau dengan keadaan , Yixing segera bangun dan mengejarnya dari belakang. “, saya hantar awak balik!”
“Tak payah!” tolaknya keras.
“Ala, jomlah!”
“Tak payahlah!”
“AHH!! Nanti awak pengsan macam mana?”
“Eishh! Degillah awak ni!”
“Kenapa tidak? Sayakan fanboy awak,”
“Suka hati awaklah!” Yixing tersenyum gembira apabila kalah dengan pujukannya. Ahli EXO dan OWN RULE yang lain hanya ketawa melihat gelagat dan Yixing. Kedua-duanya keras kepala.
“Oh! Suho hyung senyumlah, maksudnya bolehlah aku tackle Na Mi sekarang!” Suho menjeling ke arah Chanyeol yang sedang tersenyum sampai ke telinga. Namun, senyumannya patah apabila menerima panahan laser dari ketua kumpulannya. Nasib baik  ketika itu, suara Chanyeol tidak begitu besar seperti selalu kalau tak malulah dia di pandang Misz.
“Jangan harap,” perlahan Suho membalas. “Dah, jom gerak,” dia bangun dan di sertai ahlinya yang lain. Chanyeol bangun dengan muka yang masam. Baekhyun yang ketika itu tahu yang bila-bila masa sahaja bom Suho akan terpercik ke arahnya hanya menjeling sekali sekala ke Hani. EXO berlalu meninggalkan OWN RULE yang masih mahu menikmati angin malam sekaligus dapat menghilangkan lelah meraka. 
Namun sebelum itu, Xiumin menghampiri Nim yang masih terbaring. Dia menjatuhkan 3 keping pembalut luka ke muka Nim. “Nah, kau cantik, sorok luka kau dengan ni,” Xiumin sudah mengejar kawan-kawannya apabila Nim bangun untuk memarahinya.
“GEEZ! Taula aku cantik, bagilah elok-elok,” bebelnya sendiri lalu memasukkan 3 keping pembalut luka itu dalam poket jeannya. Tiba-tiba dia bertembung mata dengan D.O apabila D.O menoleh ke belakang. Selamba D.O senyum kepadanya sebelum menoleh ke depan semula. Satu perasaan halus mula mengalir di arterinya. (HEBAT, SASTERA!) Nim menunduk menyembunyikan mukanya yang mula memerah.
“NIM!” jerkah Ah In.
“APA?!”
“Baliklah, kenapa? Kau nak stay kat sini?”
“Oh,.. okay, jomlah”
“Oi! Selama 5 tahun kita jadi gangster ni, baru hari ni aku rasa yang kita ni betul-betul gangster!” luah Misz dalam nada teruja. Ketika itu mereka berempat sedang berjalan kaki menuju ke apartment Ah In. Memandangkan Asz sedang berada di kediaman keluarganya, Ah In meminta Nim, Hani dan Misz untuk menemaninya di situ.
“Betul cakap kau, Misz. Dah tu ada pulak drama,” sokong Nim pula.
“Sukalah korang ek, aku yang hampir tercium bau neraka tadi korang tak risau?” Hani terasa sedikit apabila kawan sepenjenayahnya tidak langsung menanyakan keadaannya. Misz, Ah In dan Nim tertawa mendengar bebelan Hani.
“Chilllah, kawan. Kau ingat kami tak risau ke? Time budak P-Goon tu letak pisau kat leher kau, hampir pengsan kakak-kakak kau ni tau,” pujuk Ah In. Benar. Dia hampir pengsan apabila P-Goon bertindak seganas itu kepada Hani. Nasib baiklah dia dapat mengawal diri. “Budak dua orang ni bukan apa, Hani. Dia orang excited jer sebab di selamatkan budak-budak EXO tadi tu. Lebih-lebih lagi budak Song ni. Sempat pula dia jadi heroin Xiumin dengan D.O.,” Ah In merujuk kepada Nim. 
“Oh! Kau perasan ke Ah In?” tanya Nim sambil tersipu malu. Pantas Misz menolak kepalanya. “Apa ni, LoyalNam?!” marahnya  pada Misz.
“Malu-malu kucing konon,” perli Misz.
“Misz, Hani, Nim, korang jangan bermimpi nak satukan O.R dengan EXO eh, kalau tak, tahulah akibatnya nanti,” Ah In memberi amaran dengan nada yang tenang. Tapi mereka bertiga tahu yang Ah In memang maksudkan kata-katanya. “Hani, I hope this is the first and the last time for you,” Hani segera memandang Ah In yang berjalan beriringan di sebelahnya. 
“Apa ni, Ah In. Kami-,” kata-kata Hani terpotong apabila Misz menyiku lengannya. “Kau ikut jelah,” bisik Misz kepadanya. Kedengaran Hani mendengus kasar.


∞    ∞    ∞


“Suho ya!” panggil Chanyeol kasar. Suho yang berjalan di depannya menoleh dengan muka yang serius.
“Suho what?!” tanya Suho dengan nada yang separuh menjerit.
“Er.. Suho hyung…  hyung!” balas Chanyeol lalu membetulkan sebutannya. Dia menundukkan kepala apabila Suho menjelingnya. Mereka semua meneruskan perjalanan apabila Suho menoleh ke depan semula.
“Suho hyung..,” panggil Chanyeol semula. Kali ni dengan nada yang lebih baik dari tadi.
“Apa!”
“Aku rasa tak adillah kau lepas Lay macam tu jer. Kenapa dia boleh pula pergi macam tu jer dengan budak OWN RULE tu!” Chanyeol meluahkan rasa tak puas hatinya. Baekhyun menggangguk tanda setuju. “Aku setuju dengan Chanyeol!” sokongnya.
“Habis tu korang nak aku buat apa? Tarik telinga dia supaya ikut kita pulang? Agak-agak ar, nanti aku tahulah nak buat apa dengan dia dan kau Baekhyun, kau masih ada benda yang belum kau jelaskan dengan aku,” Suho memandang Baekhyun dengan penuh makna. Baekhyun berlagak seperti tidak mendengar apa yang Suho cakap. Lantas dia memeluk bahu Chen yang berada di sebelahnya, “Luka kau teruk tak?”
Chen tersenyum memandangnya,
“Kau nak kena?” Chen tahu yang Baekhyun memang tak ikhlas bertanyakan keadaannya.
    Sementara Chen menolak Baekhyun ke arah Suho, D.O memandang Xiumin yang berjalan di sebelahnya. “Geez!” D.O tersenyum sinis melihat Xiumin yang lebih ceria daripada biasa. Sedangkan baru tadi mereka berperang dengan TOPP DOGG. Takkanlah sebab TOPP DOGG mengundurkan diri, dia nak senyum terlebih-lebih pula, fikir D.O.
Xiumin menoleh apabila terdengar bunyi yang terkeluar dari mulut D.O.
“Apa?” soal Xiumin kepada D.O yang memandangnya dengan pandangan yang mengejek.
“Kau yang kenapa?” soal D.O balik.
“Aku pulak!”
“Ye lah! Kaulah!”
“Kenapa aku pulak?” Xiumin menyoal balik D.O.
“Eish, kau ni! Kau yang tersenyum-senyum tu kenapa?” ahli-ahli EXO yang lain melihat mereka berdua dengan kening yang terangkat.
“Korang berdua ni pulak dah kenapa?” soal Kris.
“Entah dengan D.O ni, aku senyum pun nak jadi masalah,” jawab Xiumin bersahaja.
“Baozi hyung, kau tu yang tersenyum-senyum entah kenapa, aku tanyalah. Takkan sebab kita menang kau nak senyum macam tu pulak. Eish,. Seramlah kau ni!” Xiumin tergelak mendengar luahan D.O. Kris hairan melihat Xiumin.
“Xiumin GILA!” sumpahnya lalu segera mempercepatkan langkahnya ke depan.
“Padan muka kau!” ejek D.O. Xiumin berpura-pura marah lalu menolak kasar kepala D.O.
“Kau budak kecil, tak tahu apa yang ada dalam hati hyung kau ni,”ujar Xiumin. D.O malas melayan kerenah hyungnya dan terus berlari ke arah Suho yang berada di depannya. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aIyu-ssi
Keep on subscribing, keep on reading and please keep on commenting!!! sayang u!!!

Comments

You must be logged in to comment
TashaMeez
#1
EE dia boleh tukar2 nama laH?? hahaha baru perasan sengall lah aku nie
TashaMeez
#2
TashaMeez ?? LOL kebetulan kah???
YongHasub
#3
Chapter 14: Lay watak utama ?? Daebakk... knpe d.o x de pon.. hahahanshs..update soon :)
aIyu-ssi
#4
Ekk??haha, ok,ok.. I will..tapi tnggu update eh, tngah ktandusan idea ^^
cholahola #5
Chapter 11: daebak, teruskan teruskan update, best gilaaaaa ;)