Chapter 12

THE GANGSTER ME!

          “Auchh! What?” Ah In mengerang apabila Nim mencubit lengannya. Nim memuncungkan mulut ke arah handphone Asz yang berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

“Biarlah. Kenapa? Kau nak baca?” sambung Ah In lagi. As expected, Nim mengangguk. Eh, busybody betul.

“Bukan apa, korang perasaan tak, kebelakangan ni Asz lain macam sangat. Kalau dia nak jawab call mesti pergi tempat lain. Tak macam dulu, dia tak kisah jawab call depan kita,”

“Perasaan kau jer tu, Nim,” sampuk Hani sambil makan snack yang di berikan Yixing tadi.

“Aku pun sebenarnya, curious jugak ni. Baca jerlah. Mana tahu Asz dah ada boyfriend, tapi tak bagi tahu kita,” Misz menyokong Nim.

“Yang ni, aku setuju!” aku pula bersuara menyokong Nim dan Misz. Dasar, Asz. Cakap kawan, tapi ada boyfriend, tak sound-sound.

“Amboi, cepat pulak kau kalau pasal bab ni. Ok, fine aku baca,” akhirnya Ah In setuju. Bukan apa, dalam kalangan kami, hanya dia yang tahu password Asz. Selamba dia menekan skrin handphone Asz.

“Unknown nombor ni,” tuturnya sambil matanya focus dekat skrin.

“Ala, baca jer,” desak Nim. “Sabarlah!” dengan pantas kepalanya menjadi sasaran aku. “Aighh!” Nim cuba membalas tapi aku cepat mengelak. Bwahahaha!!

“MEET US TONIGHT, OR ELSE…,” setelah baca, Ah In menayangkan sms itu kepada kami. “What do you think about this? Something’s not right!” sambungnya lagi.

Mendengar kata-kata Ah In, aku, Hani, Misz dan Nim memandang satu sama lain. “Sapa tu? Salah number kot!” Ah In mengangkat bahu mendengar balasan dari Misz.

“Tak mungkin salah number. Aku tengok kat call log Asz ni, dia pernah buat panggilan dengan number ni. Bukan sesaat dua, tapi lebih dari 10 mint. Nah, tengok!” sekali lagi Ah In menunjukkan handphone Asz kepada kami.

“Ehmm, macam ni…kau try reply kat number tu,” cadang Hani yang dari tadi mendiamkan diri.

Ah In menjeling Hani, seperti tidak bersetuju dengan cadangannya. “Tadi, baca. Sekarang nak reply pulak. Kau memang nak sangat Asz jadi gorilakan?” kami ketawa kecil dengan respon Ah In. Cukup-cukuplah Cikgu Jongkook jadi  Gorila.

“Pulak, aku setuju dengan cadangan Hani. Bak sini handphone tu. Korang tengok-tengokkan Asz, nanti tiba-tiba pulak dia muncul, nahas kita,” aku menyokong  cadangan Hani lalu menyambut handphone Asz yang di hulurkan Ah In. Nasib kami baik kerana Asz belum kembali dari tandas.

“Cepat !” desak Nim dan Hani. Heish,  tak nampak ke aku sedang buat apa ni. Beberapa saat kemudian, aku memandang mereka berempat dengan senyuman yang penuh makna.

“Apa? What?!” tanya mereka serentak.

“Malam ni kat Hangang River. Jangan bagi tahu Asz. Aku dah padam semua sms tadi. So, maksudnya hanya kita berlima akan pergi nanti,” sambil menjelaskan apa maksud senyuman aku tadi, aku meletakkan kembali handphone Asz di tempat asalnya tadi. As a respons, mereka berempat menganggukkan kepala tanda setuju. Selepas tu, barulah Asz sampai. Persis macam drama dalam tv.

Kami berlagak seperti biasa apabila Asz sampai di meja kami.

“Kau buat apa dalam tandas Asz? Smoke eh??? lah kau, tak ajak!” Ah In memang pelakon yang terbaik antara kami. Dengan bakatnya itu bukan sahaja budak skema dalam kelas kami menjadi mangsanya malah kami yang kawan rapatnya sering terkena dengan kata-katanya.

Asz menjeling Ah In dengan  ekspresi tidak puas hatinya, “, . Tadi aku ajak kau, kau tak nak!”

Ah In membesarkan matanya. Ternyata jeratnya terkena, “Kurang ajar kau! Jadi betullah kau SMOKE DALAM TANDAS!” suara Ah In menarik perhatian pelajar lain yang sedang berada di café ketika itu. Sepantas kilat Asz menungkup tapak tangannya di mulut Ah In. “Bisinglah kau!” gelagat bodoh Asz dan Ah In menyebabkan tercetusnya ketawa dari mulut kami, lebih-lebih lagi Nim!

        Ketika itu, tanpa mereka sedari, ahli kumpulan SPEED dari jauh melihat gelagat mereka dengan penuh dendam terutama sekali ketua mereka, Taewoon. “Happy enough? You’ll see soon. We will separate  you guys apart…soon, very soon!”

“Hyung, kau cakap dengan siapa?”

“Kau diamlah, Sungmin!”

 

∞      ∞      ∞

Kelas malam yang membosankan. Aku melihat sekeliling kelas. Hampir semua pelajar tertidur termasuk Ah In, Asz, Nim dan Misz. Aku rasa… aku pun on the way nak tidur ni. Tapi sebelum tu, mata aku tertancap ke arah Hani. Focus sungguh! Entah apa yang cikgu cakap kat depan aku pun tak faham. Tapi, aku dapat tangkap, dia ada sebut pasal gangsterisme. Hahaha, perlukah aku terasa. Aku perasan yang ada mata-mata melihat kami berenam termasuk Yoona. Do I care? Kejap! Gangsterisme? GOD! Macam mana boleh lupa? Aku tengok ke arah jam, tepat pukul 7.30 pm. Aku janji pukul 8 pm dengan budak yang text dengan Asz tadi.

        Tanpa menghiraukan cikgu di depan, aku membangunkan Ah In yang duduk di depan aku dengan menolak kepalanya ke depan. “Bangun! Cepat,” aku membisik. Hani yang duduk bersebelahan aku memandang aku dengan hairan. Dah! Jangan cakap dia lupa pulak!

“Pasal tadi? Kau lupa?” aku mengingatkannya. Hani memberikan reaksi ‘Ha ah!’  baru ingatlah tu. cepat-cepat dia mengemaskan barangnya. Ah In yang masih mamai aku arahkan untuk membangunkan NIm dan Misz yang duduk di depannya dan Asz.

“Asz, kami nak pergi tandas,” Hani memberikan alasan. Asz memberikan isyarat ‘pergilah’ dengan menggunakan tangannya. Ketika itu, dia masih nyenyak tidur. Janganlah kau sedar pulak, Asz.

        Dengan lagak selamba kami keluar dari kelas menggunakan pintu belakang. Alasan kami apabila cikgu tanya nak pergi mana, jawapannya, tandas. Nasib baik kami tidak membawa beg ke sekolah, Kalau tak mesti ada yang curiga. Kecuali Hani, dia bawa buku, tapi yang bawanya balik ke rumahnya ialah, anak orang gajinya yang juga pelajar kelas kami. Tadi, sempat Hani memberikan bukunya kepada budak itu,…namanya, Kim Nara.

Kami mempercepatkan langkah untuk keluar dari kawasan sekolah. Dari pintu gerbang, kami menggunakan kereta Hani yang di letakkan di luar sekolah. Dalam beberapa minit, kami sampai di tempat yang dijanjikan.

“Ok, dah sampai. So?” Hani memalingkan wajahnya ke arah aku.

“Keluarlah,tunggu apalagi?”

Kami berlima keluar dari kereta dan terus berjalan ke arah tebingan sungai Han. Ketika itu, ramai remaja yang sedang melepak dan tidak kurang juga ada pasangan yang sedang ehem ehem! Aku taknak sebut!

Sedang kami mencari siapa yang menghantarkan sms ke handphone Asz tadi, kami terlihat sekumpulan remaja lelaki yang sangat kami kenali sedang melepak.

“Topp Dogg,” serentak kami berlima menyebut perlahan nama kumpulan tersebut. Kami tidak teragak-agak menghampiri mereka. Dari jauh mereka sudah melihat kelibat kami.

“Yang di jemput, tak datang. Yang tak di jemput, datang,” tutur P-Goon tenang apabila kami sudah di depan mereka. Automatik, bilangan mereka yang 13 orang itu mengelilingi kami berlima.

“Maksud kau?” tanpa rasa gentar, Ah In bersuara. Siap memeluk tubuh lagi.

“Asz?” Misz sengaja menyebut nama Asz. Takkanlah Asz nak jumpa mereka ni? But why?

Mendengar nama Asz, P-goon menganggukkan kepalanya.

Ketika itu, timbul banyak persoalan di kepala aku. Tanpa berlenggah, aku terus bersuara, “ You better make it clear, doggie,”

P-goon melihat aku, tajam.

“Ok, kalau kau nak sangat, aku bagi tahu. Listen carefully,” P-goon diam sekejap sambil melihat muka kami berlima 1 persatu.

“GISHH!! KAU JANGAN BUANG MASA LAH P-GOON!!” teriak Hani tiba-tiba. Wow, tak pernah tengok dia temper macam tu.

P-goon hanya ketawa sinis lalu menyambung, “Asz, khianat korang. Aku culik Hani hari tu pun dia yang bagi idea. Korang percaya tak? Mestilah takkan?” suara P-goon cukup sinis. Apa yang dia katakan cukup membuat kami berlima tersentak.

“Kau jangan tipulah, er! There’s no way she’ll do that to us!” Nim ketika itu cuba mempertahankan Asz. Yalah, takkanlah nak percaya dengan budak belum baligh ni.

“Aku dah cakap, korang takkan percaya. Aku tak ada bukti. Tapi korang ada otakkan. So fikirkanlah kenapa dia tak ada time kita fight malam tu,” otak aku mula mencerna kata-kata P-goon. Hari tu kebetulan Asz pulang ke rumahnya. Dan tadi ketika kami di café, Asz cukup tenang apabila kami bercakap tentang hal itu.

“Hari tu dia pulang ke rumah dia. So, dia tak joinlah dan aku memang taknak dia tahu pun kes ni,” Ah In menjawab dengan tenang tapi jelas nampak kerisauannya.

“Dan apa reaksi dia bila tahu hal ni?” satu lagi soalan sinis keluar dari mulut P-goon. Ketika itu kami  berlima saling memandang satu sama lain. Ketika Asz mula-mula tahu tentang hal tersebut, dia memang nampak betul-betul risau. Tapi reaksinya yang tenang tadi cukup mengelirukan aku.

“Dia risaulah,” jawab Hani ringkas.

“Risau ekk? Pandai dia berlakon. Kalau korang nak tahu, dia siap berjabat tangan lagi  dengan aku.,”

“P-goon, kau jangan nak fitnah Asz. Kalau ya pun, dia tidak ada alasan untuk khianat kami!” sekali lagi Ah In cuba membela Asz. Kata-kata Ah In hanya di sambut dengan ketawa dari Topp Dogg. Aku bertindak dengan menarik bahu Ah In, supaya dia berundur. Aku mahu mendengar apa lagi yang Asz sudah lakukan untuk khianat kami dari P-goon.

“teruskan,” dengan tenang aku berkata.

Mereka berempat terus hairan melihat tindakan aku, “? Kau percaya?” Hani seperti kecewa dengan tindakan aku yang seperti sudah percaya dengan kata-kata P-goon.

“Believe me, guys. I know what I’m doing,” aku cuba meyakinkan mereka dengan senyuman sinis P-Goon menceritakan dari mula bagaimana Asz mula ‘menyertai’ mereka dalam rancangan mengenakan kami sekaligus budak-budak EXO tu sekali.

Rupa-rupanya Asz masih menyimpan dendam kepada kumpulan EXO. Di sebabkan kami tidak mahu Asz berdendam dengan EXO setelah mengetahui perkara sebenar kemalangan malang yang melibatkan adiknya itu, Asz diam-diam mula berhubung dengan Topp Dogg. Yang lebih mengejutkan lagi, SPEED turut terlibat. Daripada SPEED-lah Topp Dogg mula melaksanakan tugas mereka mengikut rancangan Asz.

Inilah yang diceritakan P-Goon kepada kami. Aku tak tahu nak percaya ke tidak. Habis sahaja P-Goon bercerita, aku memandang kawan-kawan aku sorang demi sorang. Nampak kekecewaan dan reaksi kurang percaya dari wajah mereka.

“Wuarghh!!! Aku tak kisahlah korang nak percaya ke tidak!” dengan lagak seperti sedang menguap dan bosan P-Goon bersuara lagi.

“So, what’s make you want to confess it to us? Isn’t it will trouble you guys later?” Ah In perlahan-lahan mendekati P-Goon.

“ERMM, NOPE! Korang nak tahu tak? Kawan korang tu bodoh! Kami bukan nak tolong dia balas dendam dengan EXO je, tapi kami nak musnahkan friendship korang berenam semua sekali. So, dengan tu takdelah orang yang nak ganggu reputasi Topp Dogg and SPEED. Nilah rancangan kita orang semua!” balas P-Goon  sambil di sokong kawannya yang lain. “Tak sangka eh, korang ni taklah pandai sangat!” sokong Kidoh.

Dengan perasaan marah yang membuak-buak dalam diri, Ah In menarik kasar kolar baju P-Goon. “You should know what kind of person you facing now!”

“Well done Topp Dogg, that’s what we called loyal, man,” tiba-tiba entah dari mana ahli SPEED muncul dari belakang ahli-ahli  Topp Dogg. Taewoon menepis tangan Ah In yang masih berada di kolar P-Goon.

“…And Ah In, aku rasa kau yang patut tahu apa jenis kawan yang ada kat sekeliling kau sekarang. Ye lah, mana tau ada yang tipu atau khianat kau dari belakang, just like what Asz did!” sambung Taewoon yang ketika itu hanya berada beberapa cm di depan  Ah In.

Riak wajah Hani berubah sedikit apabila mendengar kata-kata Taewoon. Mungkin dia masih berhubung dengan Baekhhyun?

“Guys, don’t you feel a little bit hotter here? I think we should do it in traditional way,” Nim yang diam dari tadi mula bersuara. Bukan dia sahaja yang merasa bahangnya kat sini, aku pun.

“Aku tak kisah. 20 lawan 5? Aku ni jenis gentle sikit tau, ada rasa hormat sikit dengan perempuan. tapi kalau korang masih degil,.. shall we?” Yoohwan yang berada di sebelah Taewoon turut masuk campur. Nim, ni kalau nak bagi cadangan tu, agak-agak ar.

Untuk sementara kami semua diam. SPEED dan Topp Dogg hanya tersenyum sumbing melihat reaksi kami yang seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Kenapa? Tak larat ke?” soal P-Goon sinis. Kemudian di sambung oleh JongKook, “Oh, baru aku ingat! Boyfriend EXO korang mana? Apa kata korang panggil dia orang sekali. You know, the more, the merrier!” ini yang buat aku makin panas ni! Kurang ajar!

“EHMM! MACAM MANA KITA BOLEH ADA KAT SINI EH? KAU GUNA KUASA TELEPORT KAU KE KAI?”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aIyu-ssi
Keep on subscribing, keep on reading and please keep on commenting!!! sayang u!!!

Comments

You must be logged in to comment
TashaMeez
#1
EE dia boleh tukar2 nama laH?? hahaha baru perasan sengall lah aku nie
TashaMeez
#2
TashaMeez ?? LOL kebetulan kah???
YongHasub
#3
Chapter 14: Lay watak utama ?? Daebakk... knpe d.o x de pon.. hahahanshs..update soon :)
aIyu-ssi
#4
Ekk??haha, ok,ok.. I will..tapi tnggu update eh, tngah ktandusan idea ^^
cholahola #5
Chapter 11: daebak, teruskan teruskan update, best gilaaaaa ;)