CHAPTER 6 (JUST EXO GANGS)

THE GANGSTER ME!

“YA!!! Zi Tao! Bangunlah, kau ni kalau dah tidur memang habis orang di himpit! ZI TAO!!!” budak ni pagi-pagi dah test pitching aku. Aku terbangun apabila terasa seseorang memeluk aku dari belakang. Aku menoleh, rupanya Tao. Sejak bila pula dia kat atas katil aku. Seingat aku dia tidur kat lantai sama dengan Kai dan Sehun. Kat atas katil ni tidur seingat aku Luhan, Xiumin, dan aku sendiri. Budak panda ni memang unpredictable. Sekarang mana pula warga emas 2 orang ni.

            Melihat Tao yang masih liat bangun, aku tarik hidungnya yang mancung dengan kuat. Rasakan!!!

“AHH! AHH!! Sakit! Sakit!” automatik Tao duduk menegak dan mengaduh kesakitan. “Tau sakit. Dah sekarang bangunkan Kai dan Sehun. Aku nak bangunkan yang lain kat bilik sebelah,”

“Ala, nantilah. 5 minit okay?” balasnya lalu menyambung tidur. Budak ni memang degil.  Aku mengeluh dan keluar dari bilik. Niat aku hendak membangunkan ahli yang lain terbatal apabila melihat mereka sudah duduk menjamu sarapan di meja makan. Siap beruniform sekolah lagi.

“Hah, Sehun, Tao dan Kai mana?” Suho bertanya seperti seorang ibu.

“Aku dah bangunkan tapi liat sangat,” aku menjawab lalu mencapai tuala dan pergi ke bilik air.

“ZI TAO!!! SEHUN!!! KAI!!!” sudah, kalau mak dah naik angin. Nampaknya Suho sudah mula memainkan peranannya.

∞   ∞   ∞

Kami semua sudah sampai di perhentian bas dan hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi bas-bas yang menuju ke sekolah kami akan sampai bermaksud kami akan berpecah ke sekolah masing-masing. Sejak hujung tahun yang lepas, kami semua berpindah ke sekolah berasingan. Baekhyun , Chen, dan Chanyeol satu sekolah, manakala Luhan dan Sehun satu sekolah. Begitu juga dengan Suho dan Kris satu sekolah serta Kai dan Tao juga satu sekolah. Yang tiada partner hanya aku, Xiumin dan D.O.

            KAMI menyembunyikan identity kami semua di sekolah tempat kami belajar dengan harapan tiada yang tahu siapa ahli EXO sebenar. Tetapi kebelakangan ni identity kami semakin di ketahui pelajar di beberapa buah sekolah terutama palajar lelaki yang merasakan diri mereka memang dah gangster sangat. Ini juga di sebabkan budak-budak SPEED yang dah bermusuh dengan EXO sejak azali Cuma ‘timing’ mereka hendak bergaduh dengan EXO tidak beberapa betul kerana aku selalu tidak dapat sertai. Disebabkan itu juga mereka tidak tahu siapa aku sehingga kejadian semalam.

Tapi, satu perkara yang kami tak dapat elakkan dari semua pelajar di sekolah-sekolah kami, iaitu secret admire. Huh, susah juga eh, jadi budak terlebih handsome ni. Budak-budak perempuan memang tergila-gilakan kami sejak kami 1 sekolah dulu dan kepopularan kami berterusan sehingga di sekolah kami kini. Tidak kurang juga budak lelaki yang terlebih hormone perempuan dalam diri mereka yang menjadi peminat kami sehingga ada yang sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan kami. EUUWW!!! Muntah hijau!

“Guys, tak boleh ke kalau kita belajar satu sekolah je? Lagi bagus,.. tak payahlah kita guna bas lain-lain. You know, aku tak sukakan perpisahan,” Tao bersuara dengan penuh emosional.

“You know, aku tak sukakan perpisahan…,” ejek  Baekhyun. Baekhyun memang terkenal dengan sikapnya yang suka meniru cara percakapan Tao. ejekan Baekhyun menyebabkan kami semua tertawa termasuk Tao.

Suho yang masih tersisa tawanya mengusap kepala Tao sambil berkata
“Tao, kitakan dah bincang pasal benda ni dulu,”

“Yalah, Tao. Kau ni kenapa dah emosional sangat? Macamlah kita takkan jumpa nanti, atau kau nak kena wrestling oleh aku eh?” si kaki perli Baekhyun menyokong kata-kata Suho tidak terkecuali dengan usikannya.

“Kalau tak sebab aku memang kita takkan  sekolah berasingan macam ni,” aku mula merasa bersalah., “Kami pun terlibat, Lay,” aku terdengar luahan perlahan Luhan. Memang, kalau tak di sebabkan peristiwa setahun yang lalu, kami masih bersama dalam 1 sekolah.

“Sudahlah, let bygones be bygones,” tiba-tiba si maknae Sehun bersuara. Mendengar kata-kata yang baru di lafazkan oleh Sehun serentak kami semua memandangnya dengan riak ‘menakjubkan’ bercampur dengan ekspresi mengejek. Sesuatu yang baru dari Sehun. DAEBAK!

“Look, our Sehun is all grown up, siap  dengan idiom dia lagi. Kalau dulu ayat yang dia selalu sebut, ‘perkara yang lepas jangan di kenang’ tapi sekarang ‘let bygones be bygones’. Fuhh, kau dah upgrade eh??” tersembur tawa kami apabila vitamin Chanyeol mula mengusik Sehun. Tidak lama kemudian, bas yang menghantar kami ke sekolah masing-masing mula sampai satu persatu.

“Sudahlah korang, aku pergi dulu eh, bye,” aku pergi meninggalkan mereka memandangkan bas aku yang sampai dahulu.

“Oi!, gangster tak pakai la ayat ‘bye’ ni, kau jangan nak skema eh,” aku tergelak dengan usikan budak Galaxy sorang ni, Kris.

“Lay hyung!” tiba-tiba aku terdengar Baekhyun memaggil dari belakang. Apa lagi ni, memang terbatal saja niat aku nak masuk bas ni. Aku menoleh malas. “Cakap dengan budak perempuan yang aku wink-winkkan mata semalam, aku minta nombor telefon,” Baekhyun bercakap sambil mengenyit-ngenyitkan matanya ketika sebut perkataan luaar biasa dia, ‘wink-winkkan’. Huhh, perogol Bahasa. Aku menggeleng sambil berkata, “ Kkaebsong~” aku melarikan diri terus ke tempat dudukku apabila Baekhyun berteriak “YA!!!”. Fuhh, finally!

Tidak lama selepas bas bergerak, aku menerima MMS dari Chanyeol,

t_7d0d3ae070c9415eb0992668ac0a3be9.jpg

*tolong bagi gambar aku ni dengan budak yang bernama Lee Nami tu, dan sampaikan salam rindu aku dekat dia eh…  huhu ^o^*

Budak-budak ni memang… aku membalas

*gangster tak gambar camtu la! tengoklah nanti, kalau aku nak, aku sampaikan lah*--send!

Cepat betul Chanyeol membalas kalau dah part perempuan ni. Aku buka mesejnya,
*you know, the cute gangster! jangan lah.. nanti aku taknak ajar kau menari lagi baru padan muka kau*

Eleh, macamlah pandai sangat menari. Setahu aku dia ni memang suka hati dia kalau bab menari ni. Dan setahu aku lagi, aku dan Kai lah yang pakar sangat dalam bab menari ni. Kalau Chanyeol, dalam mimpi!

Aku bertindak enggan membalas mesejnya tapi tak lama lepas tu, datang lagi mesej darinya,
*Eleh, takutlah tu, sebab tulah tak nak balaskan. Haha. It’s ok. Aku tetap akan ajar kau tapi sampaikan amanah aku tu dulu,ok?*

CHANYEOL! Memang terbukti dia ni belum pernah merasa tumbukan bersih dari aku! Tengoklah nanti.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aIyu-ssi
Keep on subscribing, keep on reading and please keep on commenting!!! sayang u!!!

Comments

You must be logged in to comment
TashaMeez
#1
EE dia boleh tukar2 nama laH?? hahaha baru perasan sengall lah aku nie
TashaMeez
#2
TashaMeez ?? LOL kebetulan kah???
YongHasub
#3
Chapter 14: Lay watak utama ?? Daebakk... knpe d.o x de pon.. hahahanshs..update soon :)
aIyu-ssi
#4
Ekk??haha, ok,ok.. I will..tapi tnggu update eh, tngah ktandusan idea ^^
cholahola #5
Chapter 11: daebak, teruskan teruskan update, best gilaaaaa ;)