CHAPTER 11

THE GANGSTER ME!

Dengan  langkah longlai aku masuk ke dalam kelas. Aku mengambil tempat duduk di sebelah Hani yang sedang membaca buku. Di belakangnya, Asz, Misz, Nim dan Ah In sedang berborak. Apa yang mereka borakkan, aku pun tak tahu. Hani melihat ke arah aku apabila perasan yang aku sudah duduk  di sebelahnya.

“Awal kau sampai? Aku rasa dah penuh buku catatan pengawas kat luar tu dengan nama kau jer,” haaa.. ini yang aku sakit hati. Mulalah Hanerd ni membebel.

“Dah tu, kau nak dia orang tulis nama siapa? Nama budak Yoona tu? memang taklah!” sengaja aku menyakitkan hatinya.

“Kau nikan! Asal aku tegur kau menjawab. Cuba kau terima dengan penuh keredhaan sikit,” marahnya balik lalu menutup buku yang di bacanya. Aku terdiam lalu mencari idea untuk menukar topik.

“Hani, kau tengok muka aku ni,. Lebam sana-sini, dah tak cantik dah Ice Princess ni,” aku mengadu sambil menunjukkan bahagian mukaku yang lebam akibat pergaduhan dengan Topp Dogg tempoh hari. Sebagai balasan, Hani mendengus kasar.

“Kau ingat kau sorang jer?? Tengok muka aku ni, macam mana nak date dengan Baekhyun nanti?” dia memperlahankan suaranya apabila menyebut nama Baekhyun. Takut Ah In dengar agaknya.

“BAEKHYUN?!!”
 Hani terkejut apabila aku menyebut kuat nama Baekhyun. Ah In merenung tajam ke arah kami berdua apabila mendengar nama Baekhyun di sebut. Manakala reaksi Nim, Asz dan Misz seperti pelajar lain yang hairan melihat kami berdua. Tanpa aku sedar, penampar Hani mendarat di bahuku. PAPP!!

“Hani… sorry!” ucap aku separuh ketawa. Memang aku sengaja sebut nama budak tu. Hani menjeling.

“Ha! macam mana dengan parent kau?” Nim tiba-tiba mengalihkan perhatian kepada aku.

“Macam mana apa?” aku bertanya kembali. Entah apa-apalah, tiba-tiba tanya pasal orang tua aku.

“Haihh~ budak ni! Kaukan anak mithali, takkan parent kau tak perasan dengan lebam kat muka kau tu,..” oh!

“To be frank, selepas hari kita bergaduh tu, aku tak tunjuk pun muka aku ngan parent aku,” aku jawab jujur. Memang pun, setiap kali mereka berdua nak jumpa aku, aku cepat-cepat cari alasan.  Mereka berdua sibuk dengan kerja, jadi no problemlah nak bohong.

“REALLY?” mereka bertanya serentak. Hani turut tertarik dengan ‘topik perbualan’ kami kali ni.

“Betullah.  Kalau mereka tahu, sekarang korang takkan dapat bercakap macam ni dengan aku,” mereka mengangguk tanda faham.

“Hani, kau lain kali hati-hati sikit kalau nak keluar tu. Taklah benda macam ni terjadi,” nasihat Asz. Asz nampak betul-betul risau apabila tahu tentang perkara itu. Dia menyesal kerana tiada bersama kami ketika itu.

Hani mengangguk. “Angguk, angguk,. Nanti buat lagi,”  aku turut masuk campur. Hani protes lalu menampar bahu aku. “EISH!!! Budak ni memang tak ada tempat lain ke nak tampar?” marah aku. SAKIT!

“Habis, kau nak aku tampar kat mana? Cakap?”

Belum sempat aku balas, Nim mencelah,

“Korang ni, dah benda nak jadi, nak buat macam mana,”

“Benda takkan jadi kalau orang dengar cakap aku,” giliran Ah In mencelah. Kami semua serentak terdiam. Terutamanya Hani. Padan muka kena sindir! Aku ketawa dalam hati.

“Hani, aku tengok assignment, dah siap? Hari ni hantarkan?” MIsz cuba menukar arah perbualan. Hani mengangguk lemah lalu menunjukkan fail assignment sejarah yang telah dia siapkan sendiri untuk kumpulan kami. Ni yang aku suka pasal budak ni. Perhatian sangat dengan sikap malas kakak-kakak dia ni. Tahniah Hani, kau mendapat pujian aku.

“Hebatlah kau, sorrylah tak tolong,” puji Asz.

“Kau tak minta tolong pun dengan kami,” ujar Misz sambil membelek-belek fail tersebut.

“Tak payah, aku kenal sangat dengan korang ni. Yang penting benda ni dah siap,” balas Hani. Tak lama selepas itu, Mr. Panda masuk. Kelas berlangsung seperti biasa.

 

 

∞        ∞        ∞

“Eh, eh,. Aku dengar O.R, EXO dan Topp Dogg gaduh besar hari tu. betul ke?”

“Aku pun ada dengar pasal cerita tu,”

“Betul ke? Aku tak tahu pun,”

“Takkanlah tak tahu. Dah 4 hari dah kes ni,”

“Kat mana mereka gaduh?”

“Entah,”

“Rugilah tak tengok,”

“Ha’ah! Kalau tak boleh buat bet!”

“Kau ni  tak ada benda lain. Judi jer tahu,”

“Memang rugilah tak tengok. Kalau tak boleh aku rakam dan upload dalam youtube. Biar semua orang saksikan betapa lemahnya budak O.R tu,”

“Betul-betul. Dahlah perempuan, ada hati pula nak jadi gangster,”

            AISHH! Pagi-pagi masuk kelas dah dengar benda macam ni. Berdesing pula telinga aku dengar. Malas aku nak layan kerenah budak-budak ni. Lebih baik aku duduk diam kat tempat aku.

Malangnya, tak sampai seminit aku duduk, budak yang duduk di depan aku sibuk sebarkan cerita sensasi dia. Dia mengatur kedudukannya supaya berhadapan dengan aku.

“Yixing! Yixing! Kau ada dengar cerita tak?”

“Cerita apa?” aku menjawab malas. Aku menongkat dagu dan pandangan di halakan dengan malas ke arah Min Woo, gossip boy dalam kelas kami.

“Ala, kau ni tak update langsunglah. O.R, EXO and Topp Dogg gaduh besar hari tu, kau tahu tak?”

“Kat mana kau tahu ni,” aku pura-pura bertanya. Kalaulah dia tahu yang aku turut terlibat, berani ke dia bercakap dengan aku macam ni. Kawannya Changbum, Sanghoon dan Rockhyun turut menghampiri.

“Dah tersebar dah gambar dia orang bergaduh hari tu. fuhh! Memang hebat. Aku bangga dengan O.R. memang ideal type aku!”

“Aku setuju. Memang dramatik betul pergaduhan tu. walaupun sekadar gambar jer. Kalau aku ada time tu, memang habis P-Goon aku kerjakan. Berani dia buat macam tu dengan Hani kesayangan aku,” Geez!! bersungguh betul kau, Sanghoon. Kalau Baekhyun dengar, habis kau! Kejap! Gambar?

“Gambar? Mana-mana? Aku tak tahu pun,” habis! Kalau aku ada dalam gambar tu, memang merundum habis imej aku kat sekolah ni. Terbongkarlah identiti sebenar aku. Min Woo memberikan telefonnya, beberapa di tunjukkan.

 “Kau kenapa Yixing? Menggelabah tak tentu pasal?” tanpa menjawab pertanyaan Changbum, aku terus meneliti beberapa gambar. Ada gambar di mana P-Goon meletakkan pisau lipatnya di leher Hani, situasi Xiumin menolong Nim, membantu Kris belasah Gohn… hmmm, aku tak perasan pula time ni. Aku yang hampir pengsan di kerjakan Hansol tak pula dia tolong. Heshh, nasib baik Tao ada.

            Aku kembalikan handphone Min Woo setelah yakin yang aku tidak tertangkap dalam gambar-gambar tersebut. Yang ada hanyalah gambar di mana aku membelakangi kemera.

“Kau cari apa?” tanya Min Woo kehairanan sambil jarinya ‘swipe down’ skrin handphonenya.

“Tak, dah korang blah sekarang,” aku cuba menghalau.

“Eh, kejap. Kau tengok ni, Changbum. Tubuh badan budak ni macam Yixing, ya tak?” sepantas kilat aku menoleh ke arah Min Woo. Eish!! Janganlah mereka perasan pulak. Changbum, Rockhyun dan Sanghoon memberikan reaksi yang sama. Mereka scan aku dari atas ke bawah dan melihat pula gambar yang Min Woo tunjukkan.

“CISHH!! Korang jangan fikir macam-macam eh, blah sekarang! Heish, ada jugak orang yang kena nanti!” budak 4 orang ni, menyakitkan hati betul!

“Ehm, tak mungkin!” Rockhyun mencebik sambil memandang aku. ‘Pandang rendah, nampak!’

 

“Ehm, nahh!!” sokong Changbum dan Sanghoon sambil geleng kepala. Setelah puas menyakitkan hati aku, mereka berempat berlalu ketempat masing-masing. Aku menghela nafas berat….

 

∞        ∞        ∞

                   “Zhang Yixing!” aku tersedar dari lamunan apabila Ms. Lee memanggil namaku. Lantas aku berdiri.

“Mr. Kim nak jumpa awak kat bilik kaunseling sekarang,” Gorilla nak jumpa aku? Bilik kaunseling? Dah kenapa pulak. Pelajar lain memandang hairan kepada aku kecuali SPEED yang tersenyum dan menepuk tangan mereka kepada aku.

“Sekarang ke cikgu?”

“Tak, minggu depan. Kamu ni, sekarang lah!” tak pasal-pasal kena. Tulah, soalan bodoh sangat, Yixing. Aku menunduk kepada Ms. Lee dan terus keluar dari kelas.

 

 

∞        ∞        ∞

Aku masuk ke dalam bilik kaunseling dan orang yang pertama aku lihat ialah gang O.R. Dah apahal pulak mereka ni? Aku mengambil tempat duduk bertentangan dengan mereka.

“Hai, Yixing!” sapa Misz selamba dan di sambut dengan senyuman sinis kawannya yang lain. Tanpa membalas sapaan Misz, aku bertanya, “Korang buat masalah lagi ek?”

“Kau gila? Kau ingat kami ni tak ada hati nurani eh? Sikit-sikit nak buat hal, pleaselah,” jawab Ah In sedikit marah.

“Rileklah, aku tanya jer,” ketika itu, aku dapat merasa bahawa melihat aku dari tepi. Walaupun dia duduk sedikit jauh, tapi aku tahu, di tengok aku. Tanpa berfikir panjang, aku menoleh ke arahnya. Sangkaan aku ternyata meleset, dia sedang menguap. Eh, takkanlah pagi-pagi ni dah mengantuk kut.

“Oi! Time ni kau dah menguap? Kau ni memanglah!” Hani di sebelahnya mula meleter.

“Aku tak cukup tidurlah, kau tengok mata aku ni, kesian tak? Daripada tunggu si gorilla ni datang lebih baik aku tidur,” sadunya sambil menunjukkan matanya kepada Hani. Tak lama kemudian, dia mula meletakkan kepalanya ke meja, tapi Hani pantas bertindak menarik telinganya.

“Kau jangan nak macam-macam. Tak cukup tidur konon, aku rasa sebelum pukul 8 aku ada call kau. Berkali-kali tau tak? Kau tak jawab pun. Kau buat apa hah??” aku hanya mampu tersenyum melihat Hani meleteri .

“……… uh.,.. kau tak payah tanyalah. Adalah, busybody!” jawab teragak-agak. Nampak sangat dia menipu. Tanpa sedar, dia melihat ke arah aku yang juga ketika itu melihatnya. Should I call it, EYES CONTACT?

“APA YANG BISING-BISING NI?!” kami semua segera memandang ke arah Gorilla. Kacau daun betul, baru nak feeling-feeling tadi.

“Ha,.. sampai pun. Ada apa nak jumpa kami ni?” dengan selamba Ah-In  mengajukan soalannya.

“HEI! Ni, kamu cikgu ke saya yang cikgu?” soalnya balik.

“Eh, cikgulah yang cikgu,”

“Dah! Dah! Jangan nak buang masa. Kamu ni, dah satu, satu,” bebel Gorilla sambil mengambil tempat duduknya.

“Maksud cikgu?” terpacul soalan dari mulut aku. Entah apalah yang dia maksudkan.

“Nah, tengok ni,” Gorilla melempar beberapa keping gambar di depan kami. Automatik tangan kami mengambil satu persatu gambar itu. Gambar yang sama aku tengok kat handphone Min Woo.

“Cikgu, cikgu salah faham,” bersuara, cuba memberikan penjelasan.

“Apa yang saya salah faham. Dah terang-terang kamu semua terbabit. Benda macam ni, bukan main-main tau. Ni dah main letak pisau kat leher pulak! Kalau ada apa-apa jadi, apa kamu nak jawab?” dia tarik nafas sekejap sebelum meneruskan leterannya. “Yixing, ni kamukan? Cikgu tahu, ni kamu walaupun muka kamu tak nampak. Cikgu tak sangka budak berwajah innocent macam kamu boleh terlibat dengan gangsterisme!” I’m doomed! Macam mana dia tahu itu aku? Eish, memang pelik orang tua ni. Aku tengok muka Gorilla. Merah! Habislah!

“Err.. it..ituu,” dah kenapa pulak aku tergagap ni!

“Apa pulak Yixing, Cikgu. Budak lembik macam ni, takkan la gangster pulak. Lainlah macam kami, walaupun cute tapi kuat. Ya tak, geng?” terbatal hasrat aku nak menjawab Gorilla apabila terlebih dahulu memintas. Suka hati dia nak cakap aku ni lembik! Sempat aku menjelig tajam ke arahnya. Dia hanya tersenyum sinis.

“Betul ni?!” soal Gorilla.

“Hmm, betullah yang dia cakap tu, cikgu,” Ah-In menyokong . Apa pulak helah mereka ni, tiba-tiba nak cover aku.

Tak boleh jadi, aku kena bagi tahu hal sebenar. Apa nak jadi, jadilah!
“Cikgu, sebenarnya-” sekali lagi memotong.

“Yixing! Kau ingatkan? Go to café and buy us some snacks, later!” ni yang aku blur, bila masa pulak aku jadi kuli dia orang. “Saya?”

“Hei, ! Berani kamu buli budak depan cikgu? Cikgu disiplin pulak tu!”

“Tiba-tiba pulak saya lapar cikgu,” kedengaran cikgu Gorilla mendengus mendengar alasan .

“Dah! Apa pun, saya nak tahu kenapa benda macam ni boleh terjadi,”

“Benda apa cikgu?” dari tadi mendiamkan diri, Misz bersuara dan menanyakan soalan yang aku sendiri rasa ‘soalan bodoh’.

“Sakit betul dah kepala saya ni dengan perangai  kamu semua! Kes gaduh kamu tulah, apa lagi!” Misz mengangguk tanda faham. “Ceritakan dengan saya apa dah jadi. Oh, Yixing kamu boleh keluar sekarang, memandangkan kamu tidak ada kaitan dengan  kes ni,” aku ada kaitanlah!

“Tapi, Cikgu,”

“Keluar, jangan degil!” aku tiada pilihan. Aku bangun dan sempat menjeling ke arah sebelum keluar dari ruang itu.

∞        ∞        ∞

“Keluar, jangan degil!” arah Gorillakook kepada Yixing. Sempat Yixing menjeling ke arah aku sebelum keluar dari bilik ni.

“Cam ni ceritanya cikgu,.. ,” Hani menceritakan kepada cikgu apa yang telah berlaku kecuali tentang gang EXO. Harap-haraplah si Gorilla ni lepaskan kami. Aku dah tak larat dah nak buat kerja amal.

“Ok, kali ni, saya lepaskan kamu. Saya akan berbincang dengan pengetua di sekolah budak-budak yang culik kamu hari tu dan saya akan pastikan mereka terima akibatnya.,”

“Eh, Cikgu, tak payah. Kami dah settle benda ni dengan budak-budak tu. saya yakin mereka takkan berani tunjuk muka depan kami dah lepas ni!” Ah-In memujuk Gorilla untuk tidak memperbesarkan hal ni kalau tak, memang habislah. Semua perangai  buruk aku di sekolah ni akan di ketahui oleh orang tua aku.

“Ok, tapi kalau lepas ni terjadi lagi benda macam ni, saya takkan lepaskan budak-budak tu dan kamu semua sekali. Saya akan panggil kedua-dua orang tua kamu,  FAHAM?!” fuhhhhhh…kalau aku tahu siapa yang tangkap gambar tu, siaplah dia aku kerjakan!

 

∞        ∞        ∞

CAFÉ

“! Kalau aku tahu siapa yang tangkap gambar tu, siaplah!” aku menyumpah sambil mengambil tempat di sebuah meja bulat di tengah-tengah café itu diikuti oleh kawan aku yang lain.

“Aku pun sama! Sakit hati aku ni tau tak?” Nim turut menyatakan ketidakpuasan hatinya.

“Rileklah, benda kecil jer pun. Korang ni, macamlah baru first time,”

“Rilek, kau cakap Asz? Kau ni memang tak pernah makan batu batakan?” balas Ah-In.

“Nah, snack korang!” eh, bila masa pula budak Yixing ni sampai. Snack? Lurus bendul betul. Aku mendongak melihatnya yang berdiri di depan aku. Dia hampir berlalu sebelum aku berkata sesuatu kepadanya.

“Awak memang tak fahamkan?” dia berhenti dan menoleh.

“Maksud?”

“Siapapun yang tangkap dan sebar gambar tu dan bersubahat dengan TOPP DOGG, mereka nak menjatuhkan awak dan kami sekali tau tak? And of course, EXO sekali,” Yixing cuba berlalu  dari situ setelah aku memberitahunya kenapa aku sanggup cover dia tadi. Dia berhenti apabila aku berkata, “And, you know what, jangan fikir yang saya cover awak tadi atas sebab lain. Jangan perasan!” habis sahaja aku bercakap, Yixing menoleh dan mendekati kami sekali lagi.

“You know what? I don’t even think about that. Do you?” ni yang buat aku sentap! Dia memandang aku sambil tersenyum sinis dan terus keluar dari café. DAMN! Jatuh rahang aku dibuatnya.

“Aku tengok love story tadi do!!” Hani menyindir. Aku melihat kawan aku yang lain. Mereka tersenyum kecuali Asz.

“Aku pun sama, macam sweetkan?” ni yang lagi satu, Misz.

“Diamlah!” marah aku.

“Tengok, tengok, muka dia merah, siot!” giliran Nim pulak disambut dengan ketawa dari mereka berempat. Tiba-tiba Asz bangun.

“Asz, kau pergi mana?” tanya Ah-In.

“Aku nak kencing, kau nak ikut? Selamba Asz menjawab dan terus berlalu pergi ke tandas.

“Kurang ajar budak tu,” sumpah Ah-In di balas dengan ketawa dari kami.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aIyu-ssi
Keep on subscribing, keep on reading and please keep on commenting!!! sayang u!!!

Comments

You must be logged in to comment
TashaMeez
#1
EE dia boleh tukar2 nama laH?? hahaha baru perasan sengall lah aku nie
TashaMeez
#2
TashaMeez ?? LOL kebetulan kah???
YongHasub
#3
Chapter 14: Lay watak utama ?? Daebakk... knpe d.o x de pon.. hahahanshs..update soon :)
aIyu-ssi
#4
Ekk??haha, ok,ok.. I will..tapi tnggu update eh, tngah ktandusan idea ^^
cholahola #5
Chapter 11: daebak, teruskan teruskan update, best gilaaaaa ;)