CHAPTER 7

THE GANGSTER ME!

Sebaik saja kami masuk dalam bangunan akademik,kami berenam di sergah oleh Gorila yang entah dari mana datangnya.

“Hah! AWAL kamu datang,” sindir la tu, huh!

“Cikgu buta ke? Dah lambat ni,” jawab Nim bersahaja. Gorilla membesarkan matanya apabila Nim selamba menjawab.

“TAHU PUN! Cantik muka kamu, teknik make up terbaru ke?” entah apa-apalah orang tua ni. Lebam kat muka pun nak puji.

“Cantikkan cikgu? Cikgu taknak cuba ke, manalah tau nanti berubah 100% muka cikgu dari manusia biasa ke wajah asli gorilla,. Haa.. apa-apa pun kami masuk dulu eh, dah lambat dah ni,” selamba Ah In menunduk dan meninggalkan gorilla yang menunggu masa untuk meletup. Kami menyusul sambil menahan ketawa setelah memberikan tunduk hormat kepadanya.

 

∞   ∞   ∞

          Akhirnya, waktu rehat yang dinantikan pun tiba~. Hampir semua pelajar berlari ke arah café sehingga ada yang terlanggar kami yang tengah berjalan dengan  coolnya. Namun, mereka cepat-cepat meminta maaf sebab takut di apa-apakan oleh kami. Kalau tak macam tu, sampai bilalah mereka nak belajar beradab kan? Huhu!

Kami duduk di tempat yang menjadi milik kami secara tidak sahnya apabila sampai di café. Kami berenam tidak payah bersusah payah berebut-rebut pergi ke kaunter sebab kami  ada  pelayan khas yang akan menghantar makanan ke meja kami. Tidak susah mendapatkan pelayan khas di sekolah ni, syaratnya, ACT GANGSTER, BE GANGSTER. Tu je…

“Asz, kau moody je aku tengok. Takkanlah makanan lambat kau nak moody pulak,” aku mula bersuara. Rimas pulak aku tengok dia ni moody dari pagi tadi. Period? Entah..

“Aku okay,” jawabnya ringkas. Tidak lama kemudian, 6 orang pelayan terhormat kami pun sampai,… 

“Sorrylah, lambat. Banyak sangat orang,” kata  Kim Hye Sun yang sudah 6 bulan berkhidmat dengan kami. Aku mengangguk sambil memberi isyarat supaya mereka pergi dari situ.

“Hoi! Korang!”kami segera menoleh ke arah suara tersebut. It’s Taewoon and the gang.

Aku melambai ke arah mereka, “Hah, meh join sekali!” perlahan-lahan mereka menuju ke  arah kami.

Taewoon menghentak meja menyebabkan semua mata melihat kami,
“AKU BELUM HABIS DENGAN KORANG!”

“BELUM HABIS? HABIS TU, KENAPA PULAK KORANG LARI SEMALAM? TAKUT?” Misz membalas. Kami semua menghentikan suapan kami. Hilang selera. Serentak kami berdiri bertentangan dengan mereka.

“SEMALAM TU,..,” ayat Taewoon bergantung. Nampak sangat takut!

“GAGAP? OH, AKU LUPA BUDAK LEPASAN TADIKA BARU MULA NAK BELAJAR BERCAKAPKAN. AKU FAHAM,” ayat aku menyebabkan Taewoon mara namun di halang oleh kawan-kawannya.

“MULUT KAU JAGA SIKIT EH. KALAU TAK DI SEBABKAN BUDAK-BUDAK EXO TU, KORANG DAH LENYAP AKU KERJAKAN,” Yoohwan mula tampil ke depan, cuba mempertahankan maruah mereka. Tak malu, gaduh dengan perempuan!

Mendengar nama EXO di sebut, aku cuba mencari kelibat Yixing. FOUND! Dia mula berdiri namun aku lebih cepat memberikan isyarat mata kepadanya supaya tidak masuk campur. Dia duduk kembali sambil memandang tajam ke  arah kami.

“LEPAS TU, KORANG TAKUT LAH DENGAN BUDAK-BUDAK EXO TU? SUCH A COWARD!” Taeha menendang kerusi apabila mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Ah In.

“LISTEN, KAMI TAKNAK CAKAP BANYAK. KALAU KORANG RASA BAGUS SANGAT, KITA JUMPA LEPAS-”

Hani memotong ayat Taeha dengan menyimbah makanan di atas lantai
“LEPAS KORANG CUCI CAFÉ NI? NOT BAD,” sebagai balasan SPEED memandang tajam ke  arah kami yang tersenyum sinis.

Sambil menepuk bahu Taeha, aku menyambung,
“DON’T WORRY, WE WILL. BY THE WAY, WORK HARD, OKAY! HWAITING!!!”

 

Kami berenam berlalu sambil bersorak, “GO SPEED!! GO SPEED!!”

∞   ∞   ∞

Kami berenam berehat di atas bumbung sekolah sambil menikmati sebatang rokok. Sambil itu, kami berborak-borak sehingga tidak peduli yang loceng masa rehat tamat telah berbunyi.

“Korang rasa, kita dapat graduate tak tahun ni?” Hani bertanya sambil menghembuskan asap rokok dari mulutnya.

Ah In mengangkat bahu,

“Kalau aku tak dapat graduate tahun ni, mampus aku!”

“Oh, selama ni kau tak tau mampus, sekarang baru rasa?” selamba Asz mengeluarkan kata-katanya. Ah In menjeling, “ Lebih baik kau diam macam tadi, Asz,”

“Asz, kau sebenarnya masih fikir pasal budak Lay tu lagikan?” Misz tiba-tiba  mengubah topik. Asz mengangguk. Serentak kami berlima mengeluh. Belum habis lagi dendamnya.

“Korang tak rasa apa yang aku rasa. Aku sedih lihat Ricky yang dulunya ceria, sekarang dah berubah habis. Aku dan orang tua aku dah ikhtiar macam-macam nak kembalikan dia yang dulu. Tapi satu pun tak berhasil,” kami terdiam saat Asz meluahkan perasaannya. Jatuh setitik air mata dari matanya. Ricky adalah nama panggilan untuk adiknya, Yoo Changhyun.

“WOW! Tahniah, Asz. First time aku lihat kau menitiskan air mata. LUAR BIASA!”  gurauan aku itu disambut dengan ketawa dari mereka. Sempat Asz menyumpah aku kerana mengganggu emosi sedihnya. Aku memang tak suka kalau berada dalam situasi sedih macam ni, kekok!

“Korang, nak ke sahut cabaran SPEED tadi?” Nim bertanya setelah tawanya reda.

“Aku on je,” sama jawapan  yang diberikan Misz, Asz,  Ah In dan Hani. Serentak mereka memandang aku, menunggu jawapan.

“Aku malaslah, lebam aku ni belum surut lagi. Makin teruk muka aku nanti. Aku nak jawab apa dengan parent aku?” aku memang sudah letih dengan pergaduhan Antara SPEED dan OWN RULE. Sudah 3 tahun kami  menjadi musuh namun sorang pun taknak mengaku kalah.

“Kau ni, kau jugak yang cakap ‘lagi lebam, lagi gangster, lagi badass’. Dah tu, kalau kau tak ada, siapa nak back up aku,” Ah In seperti membantah keputusan aku.

“Ala, aku bukannya taknak. Tapi malas, faham? Kita tolak cabaran dia bukan bermakna kita takutkan,”

“Eh, kau yang cakap ‘WE WILL’ kat dia orang tadi kan? So, jangan nak beralasan,” aku mengeluh saat mendengar kata-kata Hani. Macam mana aku boleh lupa.

 

∞   ∞   ∞

Sudah hampir 2 jam kami menunggu ketibaan yang  terhormat budak-budak SPEED di dalam gudang lama ni, tapi sorang pun tak muncul-muncul. Nama je SPEED, tapi…HUH!! Tak boleh pakai. Aku melihat jam dan bercadang untuk pulang tapi terhalang apabila melihat ahli-ahli EXO masuk ke dalam dan menghampiri kami. Aku mengira. Cukup 12 orang.

“Lain yang di tunggu, lain pulak yang datang,” kata Nim perlahan.

“Bagus juga. Aku nak settlekan semuanya hari ni,” balas Asz lalu menghampiri EXO diikuti kami berlima.

“Well, aku dengar ada orang nak ‘on the field’ kat sini. Taknak bantuan dari abang-abang kacak ni ke?” Suho mula bersuara. Laju Asz, berjalan ke arah Suho dan menolak kasar bahunya.

“Korang nak apa, huh?”

“Woowww, aku tawarkan bantuan tak dengar ke?” Suho tenang menjawab. Sementara itu, aku menjeling ke  arah Yixing. Dia menundukkan wajahnya.

“STOP THAT BULL! NOW IT JUST US AND YOU GUYS! PERHAP YOU KNOW WHAT I MEAN, RIGHT LAY?” Asz memandang tajam ke arah Yixing. EXO memandang kami dengan hairan seperti tidak faham apa yang di maksudkan Asz.

“Asz, stop that nonsense. Budak ni, bawak bertenang sikit!,” aku cuba menenangkan Asz, yang terlebih hormone emosinya begitu juga yang lain. “Yixing, saya cakap tak payah masuk campur urusan kamikan and which part of that you don’t understand,” aku menyambung sambil memandang tepat ke arah Yixing.

Yixing menghampiri dan cuba membela diri,

“Salah ke kalau kami nak  bantu? Just think of it as a way for me to pay what you guys have done to SPEED for me,”

“Tak payah, aku rasa budak SPEED tu pun tak jadi nak jumpa kat sini. Pengecut! Baik korang pulang sekarang,” bidas Ah In pula.

“Not that fast, Ah In!” Asz memandang Ah In. Ekspresinya jelas menunjukkan dia tidak berpuas hati, matanya beralih pula ke arah EXO, “Aku nak Tanya, siapa Luhan dan Xiumin,” kami berlima serentak memandang Asz dan mengisyaratkannya untuk tidak meneruskan hasratnya. Tapi kalau dah Bad Asz, badass jugak, tak dengar cakap betul. Xiumin dan Luhan tampil di depan Asz. Hmm, cute jugak muka gangster 2 orang ni!

“So, koranglah Xiumin and Luhan,” sambung Asz.

Xiumin menjawab tenang, “Yes, got a problem?”

“Lay, Xiumin, and Luhan,. Perfect. Mungkin korang tahu siapa Yoo Changhyun or should I make it clear to you, Yoo Ricky, you know him right?” ketiga-tiga mereka saling melihat Antara satu sama lain ketika nama Ricky di sebut. Mereka kelihatan serba salah.

“Oit! Apahal ni, baik kau jelaskan apa kau nak dari member aku?” Kris mula menyampuk.

“I want revenge!” balas Asz ringkas lalu di potong oleh Luhan, “Kejap! Apa kaitan kau dengan budak tu. Macamlah kau kakak dia,”

Asz kelihatan tersentak lalu tenang menjawab, “Aku Yoo Maria, dan ya, aku kakak dia. Dan sekarang korang patut cari alasan atas apa yang kau bertiga dah buat dengan adik aku. KORANG SEDAR TAK YANG DIA DAH LUMPUH! SEBAB KORANGLAH!” suara Asz mula membesar dan mengejutkan kami semua di situ. Ah In cuba menenangkan Asz dengan menariknya jauh sedikit dari EXO.

“Kau… kau tak tahu hal sebenar. Pasal adik kau kami betul-betul minta maaf-” belum habis Yixing menjelaskan hal sebenar, Asz bertindak menendang Yixing tepat di dadanya dan  mengakibatkan dia terjatuh.

“ASZ! PLEASE GET BACK IN TO YOUR SENSES!!” aku yang terkejut dengan tindakan Asz mula memarahinya. Asz menjeling tajam, “I do what I should have done a year ago!”

“HEI, KALAU KAU TAK TAHU HAL SEBENAR, JANGAN NAK BERTINDAK MELULULAH!” Luhan mengeluarkan kata-kata tak puas hatinya kepada Asz,sementara itu Chanyeo, Kris dan Tao membantu Lay untuk berdiri.

“AKU TAK BERTINDAK MELULU, KALAU YA KORANG BERTIGA TAKKAN SIHAT WALAFIAT MACAM SEKARANG!”  Asz masih hebat mempertahankan dirinya.

“OH YEAH? THEN, SHOW ME  AND LET’S NOT REGRET IT LATER,”

“Luhan, kau jangan nak macam-macam, perempuan tu…” Suho membantah tindakan Luhan dan juga ahli EXO yang lain.
“Luhan jangan buat keadaan jadi teruk,” Xiumin menyampuk. Begitu juga Kris, “Kalau kau nak aku tempah bilik khas untuk kau kat balai polis, then do it!”
“Luhan hyung, whatever you do, I’m on your side!” tiba-tiba Sehun menyokong tindakan Luhan menyebabkan kami memandang tajam ke arahnya. Tahu akan kesilapan dirinya, Sehun cepat-cepat menundukkan mukanya.

Asz seolah-olah menyahut cabaran Luhan. Hampir sahaja penumbuknya singgah di pipi Luhan jika aku tidak menahan penumbuk kecilnya, “Asz!! Don’t! baik kau simpan tenaga kau dan dengar penjelasan mereka. Tak susahkan,”

“Yalah, Asz. To be honest, anger is not your style,” Hani menyokong tindakan aku begitu juga Ah In, Nim dan Misz,

“Biarkanlah dia. Perempuan macam dia ni takkan dengar punya benda yang betul,” kata-kata Luhan menaikkan lagi kemarahan Asz terhadapnya. Budak cute berlagak samseng ni, nak je aku lempang! “Hei, kalau kau taknak gudang ni jadi tempat last kau singgah, lebih baik kau diam!” Ah In mula bersuara sebelum Asz membalas balik kata-kata Luhan.

“DAH! DAH! Jangan panjangkan lagi benda ni, Lay, Xiumin, Luhan aku nak korang ceritakan hal sebenar dengan minah ni. Kalau tak, tak dapatlah 2 kumpulan ni berbesan,” sampuk Chanyeol tiba-tiba sambil matanya tak putus-putus memandang Misz. “Lain  jer bunyi kau!” automatik Suho bersuara.

“Aku sokong Chanyeol! Apa lagi, explain lah,” Baekhyun turut menyokong Chanyeol, suka Hani lah tu.

“Fine, listen carefully,” Yixing menarik nafas perlahan sebelum menyambung, “Aku mengaku yang kami bertiga ni suka sangat buli Ricky. Kalau kau Tanya kenapa? Aku tak ada jawapan sebab itu dah memang hobi kami. Di sebabkan Ricky tu junior kamilah, dia senang sangat di buli. Dan satu hari tu, aku hampir dilanggar sebuah kereta ketika aku hendak lintas jalan. Nasib  baik Ricky lalu di situ dan cepat-cepat dia menarik aku dari belakang. Sejak hari tu, aku rasa bersalah sangat dan kami bertiga bercadang nak minta maaf dari Ricky. So, aku hantar mesej dekat dia dan minta dia jumpa kami bertiga…

SETAHUN LALU- YIXING

Lambat betul budak Ricky ni, kau dah mesej dia?? Xiumin yang gelisah dari tadi menunggu kedatangan Ricky mula bersuara,

Dah, dia cakap datang, aku menjawab sambil meninjau persekitaran kedai yang tidak jauh dari sekolah tinggi lelaki tempat kami belajar. Kedengaran Luhan mengeluh, Kau yakin nak minta maaf dengan budak tu,

Yes, aku taknak dah buli dia lagi. Dia dah selamatkan nyawa aku, kawan kau,

Okay, tapi daripada tunggu macam ni, lebih baik kita cari dia, aku dan Xiumin setuju dengan cadangan Luhan dan mula gerak tapi belum jauh kami melangkah, kedengaran bunyi orang bergaduh dan sesekali suara orang yang meminta tolong. Kami berhenti,

Korang dengar tak bunyi tu? Xiumin bertanya. Kami berdua mengangguk dan mencari punca suara tersebut. Macam suara Ricky, aku cuba meneka. Aku kenal suara Ricky. Kami tiba di sebatang lorong kecil yang tidak berjauhan dari lokasi kami tadi. Kami bertiga terkejut apabila melihat Ricky dibelasah beramai-ramai oleh beberapa pelajar sekolah kami sendiri. Ricky yang tersungkur di jalan sambil tubuhnya ditendang-tendang oleh beberapa pelajar lelaki tadi sempat melihat ke  arah kami bertiga berdiri. Matanya Nampak  sayu dan memerlukan bantuan.

OI!!!kuat suara aku menjerit ke  arah budak-budak lelaki tersebut. Serentak mereka menoleh ke  arah kami. Menyedari kedatangan kami yang tak di duga, mereka segera melarikan diri. Aku kenal mereka, budak-budak yang sama tahun dengan Ricky. Mereka kumpulan yang perasan samseng di sekolah tetapi akan kecut perut bila lalu  di depan kami, the 12 EXO.

Tanpa melengahkan masa, kami bertiga belari ke  arah Ricky dan membantunya berdiri. Habis koyak uniform sekolahnya. Darah mengalir dari dahi, hidung dan bibirnya.

Ricky mengarahkan kami untuk meninggalkannya di depan sekolah dan yakin dia boleh berjalan pulang sendiri. Dia menolak apabila kami hendak menghantarnya ke klinik.

Terima kasih, dah tolong aku, ucapnya sambil tangannya menahan perutnya yang sakit.

Benda kecik. Tapi, kami bertiga lebih bersalah dekat kau, aku meluahkan apa yang aku patut luahkan.

Maksud?

Sejak kau selamatkan aku hari tu, aku rasa  bersalah sangat dan aku nak minta maaf atas segala yang kami dah lakukan kat kau,

Lay betul. Kalau tak di sebabkan kau, mungkin Lay tengah koma kat hospital sekarang ni, sambung Xiumin pula dan seterusnya di sokong Luhan, Aku pun nak minta maaf, dan terima  kasih dah selamatkan budak ni,

Ala, tak pa. aku dah lama maafkan korang. Sekarang korang pulanglah, aku boleh balik sendiri,

Okay, esok, aku cari orang yang belasah kau tadi, kata-kata aku di sambut ketawa oleh Ricky, aku tekad untuk mencari budak-budak sampah tadi. Luhan dan Xiumin dahulu meninggalkan aku. Saat aku hendak melintasi jalan raya, sebuah kereta yang di pandu laju menghampiri aku. Sekelip mata, aku merasa badan aku terpelanting jauh. Aku membuka mata apabila mendengar Xiumin dan Luhan menjerit memanggil nama aku dan Ricky. Mendengar nama Ricky, aku bangun perlahan dan menoleh ke belakang. Rupanya Ricky yang menolak aku dan menyebabkan dirinya sendiri terlanggar oleh kereta tersebut. Kaki Ricky terheret oleh tayar kereta tersebut dan menyebabkan tubuhnya tergoleng di jalan raya. Semuanya berlaku sangat pantas. Manakala pemandu  kereta tersebut lari bersama keretanya.

Tiada sesiapa di situ melainkan kami. Kami bertindak menghubungi ambulans. Aku melihat ke arah Ricky yang sudah nyawa-nyawa ikan.

Ricky, kau dengar suara aku? Believe me, you’ll be save. Please hold on, aku cuba memberikan semangat kepadanya. Tidak lama kemudian, ambulans pun sampai. Tapi kami tidak ikut sekali kerana mengikut cadangan Luhan untuk terus memaklumkan kepada orang terdekat Ricky. Aku bertindak menghantar sms kepada Jonghyun, kawan baiknya menggunakan telefon Ricky sendiri. Setelah mengembalikan telefonnya, ambulans mula bergerak menghantar Ricky ke hospital. Setelah itu, kami pulang dan cuba menenangkan diri.

 

… kami bercadang untuk melawat Ricky keesokkan harinya tetapi terhalang apabila mendengar khabar angin yang kami di salahkan atas kemalangan yang terjadi ke atas Ricky,” Yixing mengeluh panjang setelah menamatkan ceritanya. Aku memandang ke   arah Asz, cuba melihat ekspresinya. Kelihatan beberapa titis air mata jatuh dari tubir matanya.

“Apapun alasan korang, korang tetap bersalah dan jangan cuba nak wujud di depan mata aku selepas ni!” laju Asz melangkah meninggalkan kami dan tanpa berlengah kami pun menyusul tanpa meninggalkan kata-kata kepada EXO. Dalam perjalanan pulang, kami semua mendiamkan diri sementara Hani memandu laju keretanya.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aIyu-ssi
Keep on subscribing, keep on reading and please keep on commenting!!! sayang u!!!

Comments

You must be logged in to comment
TashaMeez
#1
EE dia boleh tukar2 nama laH?? hahaha baru perasan sengall lah aku nie
TashaMeez
#2
TashaMeez ?? LOL kebetulan kah???
YongHasub
#3
Chapter 14: Lay watak utama ?? Daebakk... knpe d.o x de pon.. hahahanshs..update soon :)
aIyu-ssi
#4
Ekk??haha, ok,ok.. I will..tapi tnggu update eh, tngah ktandusan idea ^^
cholahola #5
Chapter 11: daebak, teruskan teruskan update, best gilaaaaa ;)