Qizze

Aku yang 'NATURAL'

 

Keadaan aku sekarang tak kurang macam penjahat yang sedang disoal siasat oleh 4 orang pihak polis yang sempurna rupa parasnya.Apa masalah diorang ni pandang2 aku macam tu.Sepatutnya aku yang kena soal diorang.Keluhan dari mulut suho kedengaran.Sehun hanya memandang tepat ke arah aku dengan memeluk tubuh.Chen pula sedang menyangkung dekat sebelah dan memerhatikan aku tanpa kelip.Well dan Kai yang entah dari mana munculnya sandar pada dinding dengan riak yang series.Mesti korang tertanya kemana agaknya perompak tadi.Dia ada je tapi dah kena ikat dekat kerusi.Tak selesa duduk dibuatnya."Ira oppa nak tanya sesuatu dan oppa harap ira jawab dengan jujur." Suho bersuara dengan nada yang tegas.Dia pikir dia siapa,bapak aku.

 

"Bila hyung tanya jawab la bengong." Aku hantar jelingan maut ke arah satu2nya manusia yang bermulut bisa dalam bilik tu.Memang dah lama hidup budak pelat ni.Aku mengangguk lemah.Suho tarik nafas dalam-dalam sedalam yang boleh.Belum sempat dia tanya Kai yang tadinya dia bersuara."Apa qizze kau?" huh.Okay aku dah pening,binatang apa lak tu.Semua tumpuan ke arah Kai."Macam mana kau tau pasal qizze" Sehun tanya dengan nada tak puas hati.Kai tak pedulikan soalan Sehun.Chen terkelip-kelip kemudian dia berdiri dan melepaskan perompak tadi.

 

"Nape kau lepaskan dia?"Tanya aku pelik.Chen hanya tersengih,kemudian dia bawa perompak tu berkumpul sekali dengan kitorang.Aish muka dah la macam panda tapi pencuri pula.Spoil tul la."Tao tahu tak tentang qizze?" Tanya suho.Aii peramah betul la lelaki sorang ni.Laju je diorang berkenalan.So nama panda ni Tao.Hmm kena la dengan muka.Kembali kepada perbualan tadi.Binatang apa tu?.Tao yang sedar soalan ditujukan kepada dia hanya mengangguk.Sehun pandang ke arah hyung kesayangan dia tu."Korang yang lain macam mana?" Sehun pula tanya.Dan nampaknya semua angguk tahu kecuali aku iaitu mangsa keadaan."Pompuan kau tahu tak?" Sehun tanya.Memang la aku pompuan,takkan jantan tak siap macam kau lak.Bahu diangkat tanda tak pernah dengar.

 

"Peliknya,habis tu macam mana dia tak berhenti macam yang lain." Tao menggaru kepala yang tak gatal.Dia tengok tapak tangannya dengan pelik."Ira qizze tu dalam kata lain kuasa.Ira ada perasan apa2 yang pelik tak kat diri ira." Aku hanya menggeleng laju.Apa yang peliknya,kalau setakat boleh lompat setinggi pokok jambu tu ada la."Tak pe la,hyung rasa baik kita pulang ke ruamh masing-masing dulu.Hari pun dah senja." Sekelip mata je kai hilang,kepala yang tak gatal digaru.Budak hitam tu ada belaan ke apa.Aku hanya jadi pemerhati bila Chen,sehun dengan suho kata sesuatu dekat Tao.Pencuri tu pun hilang dan yang tinggal hanyalah kitorang bertiga.Pelbagai soalan bermain dalam minda aku.Macam mana chen boleh keluarkan petir dari hujung jari dia.Apa yang sehun buat sampai Tao terjatuh dan macam mana hujan tak membasahi aku dengan suho dan yang paling penting 'apa' sebenarnya diorang ni.Kitorang berpecah bila chen mula berjalan ke arah yang bertentang.ada pun rumah ingatkan dah kena halau.Kami masuk ke rumah masing2 dan setiba sahaja aku ke rumah aku di sambut oleh mama dengan kerut dimuka.

 

"Kamu kemana Ira,dah pukul 8 baru nak balik.Cepat ikut mama." Mama menarik tangan aku ke ruang tamu.Tiba je kami mama menyuruh aku duduk di kerusi kosong dan di depan aku juga terdapat seorang wanita yang aku tak kenali,dari cara pemakaian nampak macam peguam."Ni dia anak saya yang cik maksudkan tadi." Wanita tersebut angguk dan mengeluarkan sehelai kertas dari begnya."Sekarang saya akan mulakan pembacaan wasiat puan Cho.Untuk anaknya Encik Cho Taekim,puan cho mewasiatkan syarikatnya di Johor bharu.10% daripada saham syarikat akan menjadi milik encik setiap bulan.Dan untuk cucunya Cho Ira,puan cho telah mewasiatkan sekalung rantai,sebuah kotak muzik dan bila umur Ira mencecah 19 tahun dia akan dilantik menjadi CEO syarikan miraii holdings..Segala bantahan boleh dilakukan sekarang.Baiklah kalau tiada saya akan mula lakukan proses pengagihan harta." Peguam tersebut mnegeluarkan 2 kotak.Satu bersaiz kecil dan lagi satu besar sedikit.Aku ambil kotak itu bila dihulurkan."Ingat juga nenda dekat aku." Fikir aku sendirian.Tiba-tiba mama bersuara."Kenapa Ira yang dapat jadi CEO dan bukannya suami saya.Saya bantah,ira masih kecil dan tak tahu apa2 tentang perniagaan.Kalau dia jadi CEO mesti suarikat akan mengalami kerugian yang besar." Mama kata dengan tidak puas hati.

 

Apa salah ke kalau aku jadi CEO,aku ada lagi 3 tahun untuk belajar dan kerugian?Kenapa orang dalam rumah ni lebih pentingkan duit daripada anak sendiri.Aku bangun dan bersuara."Saya terima semua wasiat nenda dan kau tak ada hak nak halang aku." Bingkas mama bangun dan mula mengangkat tangan untuk menampar aku.Tapi dia berhenti bila melihat muka aku yang tidak menunjuk apa2 reaksi takut."Kau memang anak kurang ajarkan.Dah lama aku bersabar dengan perangai kau." Akhirnya dia tunjukkan belang dia yang sebenar.Duit,duit semuanya duit."Kau tu yang kurang ajar,sanggup tinggalkan anak sendiri semata-mata nak kejar kekayaan." Balas aku.Muka mama merah disebabkan berang yang teramat."Aku buat semua ni oun untuk keselesaan kau." Sungguh dayus papa kerana dia hanya melihat tanpa mengambil apa2 tindakan untuk meneangkan kami."Aku tak mintak pun duit kau.AH aku nak bla." Aku keluar dari rumah bersama dengan wasiat nenek.Aku masih boleh dengar mama memekak dalam rumah macam orang jatuh muflis.

 

Aku tak tau kemana patut aku pergi jadi aku hanya mengikut kemana sahaja yang kaki aku hendak bawa.Makin lama makin jauh hingga aku sendiri tak tahu dekat mana aku berada.Apalah malang nasib aku bila tiba2 hujan turun dengan lebatnya."Apalah punya malang hari ni.Aish mana aku nak tidur malam ni."Kata aku sendirian sambil meredah hujan untuk cari tempat berteduh.Pemberian nenda aku peluk erat.Akhirnya aku berhenti di bawah sebuah hotel.Disebabkan terlalu letih aku pun duduk dan cuba lelapkan mata.Dapat tidur sekejap pun jadi la.Ingatkan nak tidur ayam rupa-rupanya mati terus.

 

***

 

"Yang hyung gi bawah minah ni naik bilik buat apa." Satu suara berkata."Hyung kesian tengok dia kesujukan,kalau dibiarkan mesti mati budak ni." Satu lagi suara kedengaran tapi lebih lembut dari suara yang pertama.Aku dapat menangkap mamat tu mendengus keras.Perlahan-lahan aku cuba untuk buka mata dan chaya yang terang menyukarkan lagi penglihatan aku."Ahh tengok dia dah bangun.Awak okay?" Lelaki yang bersuara lembut tu menolong aku untuk bangun dari posisi baring.Mata yang ngantuk diusap.Sedikir demi sedikit penglihatan aku mula normal dan di depan aku berdirinya seorang lelaki yang rupanya agak keperempuanan."Awak okay tak?" dia tanya,mana mamat lagi satu tu? "Nama saya Xi Luhan tapi awak oleh panggil saya lulu." Ok aku dah confius,dia ada wat pembedahan tukar jantina ke apa.Nama lulu,tu bukan nama perempuan ke.Aku angguk kecil."Sampai bila kau nak duduk kat situ huh pompuan." Jap kenapa aku macam kenal suara sengau ni eh.Kepala aku pusingkan 90 darjah dan betullah jangkaan aku.Dia keluar dari toilet dan jalan menghampiri luhan.

 

 

Adoii mamat perasan hensem ni lagi,apanya malang la nasib ku ini."Ingat lagi aku tak pompuan.Nampaknya kuat betul jodoh kita kan." Dia senyum sinis.Luhan memandang kitorang silih berganti."Korang kenal antara satu sama lain ke?" laju aku geleng menidakkan pernyataan luhan."Aah kitorang rapat sangat kan~" makhluk yang bernama kris tu sakat.Laju aku turun dari katil,barang nenda diambil dan aku terus menuju ke pintu keluar tapi belum sempat pape."Kurang ajarnya kau ni.Orang dah tolong bawak kau masuk bilik ni cakap la terima ksih ke apa ke." Aku hanya menjeleng."Aku tak suruh pun korang angkat aku.Terima kasih." Laju kaki aku ke arah lif.Disebabkan terlampau lama nak tunggu aku pun buat keputusan untuk turun pakai tangga.Letih jugak lak,mana taknya.Bilik mamat tu kat tingkat 23.Tiba je kat bawah aku terus lari keluar tapi belum sempat pape aku tergelincir akibat lantai yang basah."Aaaaahhh!" Kotak muzik nenda terlepas dari pegangan dan lagi sipi hendak pecah ke tanah.Tiba2 kotak tu terapung,fenomena apa pulak kali ni.Tak semena-mena Kris muncul depan aku dan mengambil kotak yang terapung tu."Macam mana kau boleh ada kat depan aku,pintu masuk bukan dekat belakang ke?" Dia mengimbas kotak tu.Bila aku cuba nak bangun aku dapat rasakan bagai ada kuasa yang menolak aku dari belakang.Bila pusing takde pape."macam mana kau turun?" dengan selambanya dia jawab

 

 

"Aku Terbang..."

 

 

 

#8 watak utama dah keluar..Yay lagi 4 je yang tinggal #

  • Suho
  • Kris
  • Luhan
  • D.o
  • Sehun
  • Kai
  • Lay
  • Baekhyun
  • Chanyeol
  • Xiumin
  • Tao
  • Chen
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Irakira
Sesiapa yang baca cerita ni dialu-alukan untuk komen.

Comments

You must be logged in to comment
HaniSofiaHana #1
Chapter 19: Authornim~Jebal please update soon this story T_T :'(
amani123
#2
Chapter 19: Author tolong update cerita ni please cerita ni terlalu best
hjkyung #3
Please update~~~~ Daebakkk cite nie
KUROBARAHIME
#4
Chapter 17: SO,IRA NI ANGEL KE?
OR SAMA JENIS DENGAN EXO?BY THE WAY EXO TU EXTRAORDINARY HUMANS KE ATAU ADA NAMA LAIN?
amani123
#5
Chapter 17: update cepat pleas tak sabar nya author aaaaaaaaaaaa ira ada sayap fuyooooooooooo mesti ira terkejut
NizNisrina12 #6
Chapter 17: best!! palli update. daebak lah citer ni
mimi18 #7
Chapter 16: Ur ff so daebak..update juseyo..
This ff make my day..ㅋㅋㅋ
fna_shn #8
Chapter 16: Awak punya cerita memang tak pernah hampakan saya. Jalan cerita yang penuh dengan lawak dan misteri! Keep it up authornim! Update soon~