End of Holiday

Aku yang 'NATURAL'

 

Hari yang dinantikan telah tiba.Selama 4 hari aku tinggal di dalam pokok bertemankan Tao yang juga tidak mempunyai tempat tinggal.Setiap hari ada je benda yang nak disakatnya,rambut serabut la,jerawat la itu la ini lah.Sabor je le.Nasib kau ada kuasa kalau hentikan masa kalau tak dah lama aku hitamkan lagi mata kau tu biar sebijik macam panda kat Zoo.Hari ni ialah hari yang paling dibenci bagi pelajar sekolah tapi yang aku peliknya pahal dorang x sedih lak.Makin happy adalah.Disebabkan Tao sama umur dengan aku jadi dia pun pelik pahal hyung dia yang lain gembira semacam.Kelmarin bukan main hapi lagi diorang,terkinja-kinja macam kera baru jumpa saudara lama iaitu manusia 3 suku kat hospital mental.Pagi ni seperti biasa aku dikejutkan dengan alarm yang menyakitkan hati apalagi kalau bukan Kris melalak pagi-pagi buta dekat depan pintu bilik tumpang aku.

 

So baby don't cry tonight ~

 

Banyaklah kau punya nite,aku tau la dah pagi.Tak yah ah nak perli lebih-lebih.Selimut lembut bercorakkan bunga ditarik menutupi kepala,dah la malam tadi aku tak boleh tido disebabkan korang semua yang tak henti-henti melalak macam burung gagak takde halkum.Beberapa saat kemudian keadaan jadi tenang,Kris pun dah berhenti menyalak depan pintu.Mata pun apalagi ofc la lelap balik.Tapi ketenangan aku tak lama bila tiba-tiba pintu bilik ditendang oleh siapa lagi kalau bukan kungfu panda kita."IIIRAAAAAAA BANGUUUUNNN" bergegar sekejap saraf otak aku."Bangunlah pompuan,nanti kau lambat macam mana". Tao menghampiri aku yang masih pura-pura mati.Tao mula geleng kepala sambil bercekak pinggang memandang aku yang masih berbalut macam bungkusan hadiah krismas yang direject.Selimut yang bertugas memanaskan tubuh badan ditarik dan dibuang ketepi,yang tinggal hanyalah sekujur tubuh disebalik kain tebal tu.Tao menarik tangan aku supaya bangun dari posisi baring."Ish apa nak jadi dengan anak dara sorang ni.Takde siapa nak kahwin dengan kau nanti." Tao masih berusaha membangunkan aku yang sudah terjaga akibat bebelan dia.Walaupun dah bangun tapi mata masih bertutup.Tao menolak aku ke bilik mandi dan kunci pintu dari luar."Aku tau dalam 5 minit kau dah siap mandi." Adoi malasnya,kepala digaru geram.Lupa nak inform selama 4 hari aku terperap dengan dia hubungan kitorang dah jadi makin rapat.Yela gila kau 4 hari tak bercakap langsung,dia la satu-satunya tempat untuk aku bergaduh dan berborak.Tepat 5 minit kemudian Tao rempuh masuk ke bilik mandi.

 

"AAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH MATA AKU."

 

Semua member terkejar-kejar bila dengar jeritan jantan Tao."Apahal ni." Tanya Luhan dengan risau.Panda yang baru sedar jeritannya menarik perhatian hyungnya terus menutup pintu bilik mandi balik.Semua pelik,apa yang sedang disembunyikan oleh maknae mereka sampai berperangai macam ni."Ta-takde pape hyung,Tao ternampak lipas bersetubuh je tadi." Xiumin yang masih dalam proses mengunyah sarapannya terus tersedak.Terus dimarahi oleh Kris kerana buat onar pagi2 buta.Tao menghela nafas lega bila semua hyungnya kembali ke ruang tamu.Pintu bilik mandi yang berada dibelakang dia dikuak luas oleh aku.Dia tenung aku lama lepastu boleh pulak dia blush."ert." kata aku perlahan.Rambut yang masih basah diketuk kuat.Bapak sakit,dia ingat tangan dia tu lembut macam kapas ke,keras macam batu nisan adalah."Aku kata 5 minit siapkan.Tengok kau dah cemarkan mata aku dengan badan kau yang keping tu." terkelip-kelip mata aku dibuatnya.Badan keping,HELLO elok sikit badan keping okay daripada badan berbonggol."Kau kata siap mandi bukannya bersiap." Disebabkan malas nak layan kerenah diva kita yang sorang ni aku terus menuju ke ruang tamu dimana kesemua 4 orang menunggu.

 

"Jom.."Tanpa banyak bunyi kami ber-7 gerak ke dinding.Korang mesti ingat dinding ni boleh ditembusi macam dalam cite harry potter kan.Banyak cantik,Chen lukis atau tulis sesuatu dekat dinding tu yang semestinya aku tak faham,beberapa saat kemudian ada lubang hitam sebesar pintu muncul.Kris selaku ketua yang bongkak bagi aku pun lalu dulu,diikuti Luhan,Tao,Chen dan xiumin.Lay menghulurkan tangan dia kepada aku."Kalau awak tak berani,kita boleh lalu sama-sama." Prihatinnya prince charmin aku ni.Dah la cute,baik pulak tu bukan macam yang lain.Macam mana la dia boleh tau yang aku tengah takut sekarang ni,aku rasa muka aku still sama macam semalam.Muka takde emosi.Disebabkan tak nak malukan dia aku pun sambut tangan dia.Lembut macam orangnya.Takut gak nak lalu,manalah tau ada kesan sampingan ang memudaratkan.Selangkah,2 langkah dan....kitorang lesap.Mata dipejam rapat."Kita dah sampai.." Aik sekejapnya.Mata dibuka perlahan-lahan.Lay senyum melihat reaksi aku yang baru baginya.' Comel'. Fikir Lay.Sekarang aku sedang berdiri dihadapan sebuah pagar sekolah yang kelihatan usang dan lama.Takkan dorang yang kaya ni sekolah sini kecuali Tao.Dan lagi satu,kenapa dorang tak pakai uniform sekolah.Dari awal lagi Ira perasan yang ke-6 jejaka tu tidak memakai uniform mahupun membimbing beg ataupun buku."Jom kita masuk Ira." 

 

Aku hanya mengikut dari belakang.baru aku perasan,mana ada orang selain kitorang ber-7.Betul ke hari ni sekolah dibuka.Bila aku melepasi pagar sekolah tu baru aku sedar yang pakaian kitorang dah bertukar dan halaman utama sekolah tu dipenuhi dengan pelajar dan sekolah tu sangat CANTIK.Jauh dari tanggapan aku tadi.

(Boys uniform)

(girls uniform)

 

"Terkejut?" Chen tanya.Aku hanya mengangguk.Ni la pertama kali aku nampak senyuman dia normal,yela sebab selama ni creepy semacam je."Jom kris hyung panggil.Dia nak daftarkan nama awak dengan Tao." Sama seperti tadi aku hanya ikut dari belakang tapi kali ni tumpuan aku merewang ke persekitaran aku.Wah hebatnya sekolah ni,macam mane la arwah nenda boleh tau pasal sekolah misteri ni.Sepanjang perjalanan nak ke bilik pengetua persekitaran aku langsung tak tenteram.First,jejaka depan aku ni menarik perhatian ramai pelajar tapi kebanyakkannya minah tak cukup kain.Second aku pun turut menjadi perhatian pelajar dekat situ atas sebab au sendiri pun tak tahu.Aku rasa jerawat aku x de la menyerlah sangat hari ni.Third,boleh tak sesiapa tolong tempeleng kepala si Luhan ni.Awat gatai sangat tangan dia ni,nak peluk-peluk pinggang I kenapo.Kitorang diminta tunggu diluar sementara Kris masuk ke bilik pengetua.Agak boring tapi nasib baik ada Si Tao sebagai beg peninju.Harap2 aku sama kelas dengan panda ni.Beberapa minit kemudian,Kris keluar dari bilik tersebut dan hantar kitorang ke kelas masing-masing.Aku dan Tao paling last."Korang berdua berada dalam kelas yang sama.So takyah nak risau sangat pasal kawan baru.Kalau x de lagi bagus.Ingat pasal EXO-K." Tao mengangguk faham manakala aku julingkan mata ke atas tanda annoyed.

 

Sebaik sahaja kitorang melangkah masuk aku dapat rasakan yang nyawa aku telah dipendekkan.Kerana ada anak panah terbang betul-betul ke arah aku tapi laju ditangkap oleh Tao.Aku sendiri pun tak sedar bila dia berdiri di depan aku,dia jeling satu kelas cuba untuk mencari gerangan yang berani memanah my precious cun melecun face.Pelajar dalam kelas tu mula la 'wooooooooooo' aish ceteknya akal remaja zaman sekarang.Perhatian aku dan Tao berhenti pada sekumpulan pelajar yang mukanya tahap standard pelajar otak mereng.Aku cuba menahan dia dari bergaduh pada hari pertama.Tao yang faham kerisauan aku menepuk tangan aku lembut menandakan 'jangan risau'.Dia meninggalkan aku dan bergerak ke arah kumpulan tadi.Budak yang hampir bunuh aku tadi gelak sakan dengan geng dia bila Tao mula berdiri depan mereka."Nak berlagak hero ke budak baru.Cermin diri tu sikit." Aku yang tahu apa akan berlaku lepas tu terus lari dapatkan Tao.Nasib sempat halang Tao daripada jadikan budak tu panda macam dia.

 

"Kau pun budak baru jugak,so apa bezannya kau dengan dia.Orang macam kau tak layak nak bazirkan tenaga kitorang." Kaku sekejap budak tu.Aku menarik Tao ke tempat duduk paling belakang.Tao pun turut tergamam.Seketika kemudian satu senyuman terukir di bibir panda kita sorang ni."Wei aku tahu qizze kau apa." aku hanya mengangkat kening makna 'apa?'. "Qizze kau mesti mulut laser kan." Lengan dicubit kuat,menjerit sakit kau.Sukahati dia je cakap mulut aku laser.Budak samseng macam tu pakai ayat je boleh tumbang la.Loceng berbunyi menandakan pelajaran pertama tapi yang aku peliknya pahal cikgu x masuk2.Bila pandang Tao dia pun pandang aku balik.Dalam 30 minit gitu kitorang habiskan masa dengan berborak."Kau betul ke x tau qizze kau apa?" aish dah bpe kali dia tanya soalan ni.MANALAH AKU TAHU.Aku habiskan hidup 13 tahun aku sebagai seorang manusia normal.Faham tak.NORMAL.Tengah rancak kitorang buang masa,pintu depan dibuka.Semua pelajar pelik termasuk kitorang.

 

"Hai semua,hari ni Cik Luna tak dapat hadir jadi saya akan gantikan kelas dia.Saya tua 2 tahun dari kamu semua.Nama saya Do Kyungsoo.Selamat berkenalan" Sekarang aku faham ape kenapa kkamjong tanya kenapa dia beli buku form 5.Sebabnya So burung hantu ni GENIUS tahap Enstein.Tapi malangnya semua benda yang dia ajar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Tiba-tiba masa terhenti,Tao senyum bangga dan mula beredar dari situ.Ponteng la tu,malas aku nak campur.Tak ada seorang pon yang sedar akan kelesapan panda dari Kelas.10 minit sebelum kelas tamat profsoo kita ni ada bagi quiz."Siap x siap x leh keluar rehat" bila bunyi loceng semua pelajar mula beredar termasuklah aku yang sepatah haram tak jawab.Putih dan suci je kertas atas meja tu.Tapi masalahnya bila aku nak jalan kaki aku x leh gerak.Aik pelik semacam ni.Kyungsoo senyum pada pelajar lain dan kaki aku masih tersekat.Bila pandang ke bawah alangkah terkejutnya tapi x sangat bila kedua belah kaki aku tertimbus dek tanah.Macam mana kaki aku leh tertanam ni."Cik kedai buku.." laju je muka diangkat.Aku tak tahu kenapa tapi senyuman Kyungsoo meremangkan bulu roma."Boleh saya tahu kenapa Cik tak jawab quiz tu?"

 

'BUSTED'

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Irakira
Sesiapa yang baca cerita ni dialu-alukan untuk komen.

Comments

You must be logged in to comment
HaniSofiaHana #1
Chapter 19: Authornim~Jebal please update soon this story T_T :'(
amani123
#2
Chapter 19: Author tolong update cerita ni please cerita ni terlalu best
hjkyung #3
Please update~~~~ Daebakkk cite nie
KUROBARAHIME
#4
Chapter 17: SO,IRA NI ANGEL KE?
OR SAMA JENIS DENGAN EXO?BY THE WAY EXO TU EXTRAORDINARY HUMANS KE ATAU ADA NAMA LAIN?
amani123
#5
Chapter 17: update cepat pleas tak sabar nya author aaaaaaaaaaaa ira ada sayap fuyooooooooooo mesti ira terkejut
NizNisrina12 #6
Chapter 17: best!! palli update. daebak lah citer ni
mimi18 #7
Chapter 16: Ur ff so daebak..update juseyo..
This ff make my day..ㅋㅋㅋ
fna_shn #8
Chapter 16: Awak punya cerita memang tak pernah hampakan saya. Jalan cerita yang penuh dengan lawak dan misteri! Keep it up authornim! Update soon~