Enemy

Aku yang 'NATURAL'

 

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.................."

 

Sepanjang perjalanan nak ke tempat yang dituju aku asyik jerit je atau lebih specific nya jerit dekat telinga pilot kita yang sorang ni.Dia pun apa lagi,acah-acah la nak campak aku ke bawah.Wah banyak mancung hidung kau,sekali aku tutup mata kau habis masuk berita 'Burung sebesar manusia accident kena langgar dengan burung gagak' ."Jangan gerak la pompuan,nanti jatuh macam mana." Dia punya la berusaha keras nak menstabilkan penerbangan kitorang.Jangan harap aku dengar cakap kau,setiap inci badan yang ada digerakkan tanpa henti."Kalau kau tak berhenti protes aku cium kau." Engak usah digomong 2 kali,terus kaku macam patung aku kat situ.Kris senyum bangga dengan kejayaan dia mendiamkan aku.Agak lama gitu,disebabkan aku dah macam cacing kepanasan walaupun malam tu sejuk terpaksa la aku menarik perhatian Kris dengan menarik cuping telinga dan dekatkan ke mulut ku yang kini biru membeku.

 

"AKU KESEJUKAN LA BENGONG..."  Melatah dia.Aku harap sangat Kungfu panda tu berada dekat sini sekarang supaya dia dapat putarkan masa sebab KRIS TERLEPAS PEGANGAN DIA DAN AKU TENGAH JATUH MENJUNAM KE BAWAH.Memang kalah vokal Ailee ko aku jerit.Kenapa la hari ni dah masuk 2 kali aku hampir mati dengan terjatuh dari tempat tinggi.Oh kepada sesiapa je yang dapat dengar suara hati anak dara ni tolonglah selamatkan aku.Aku janji akan peluk orang pertama yang aku nampak sebaik sahaja aku MENDARAT dengan selamat.Kris yang turut terbang ke bawah cuba mencapai kaki aku tapi malangnya ianya sukar kerana kesejukan malam memperlahankan pergerakan dia.Tanah semakin menghampiri pandangan,tinggal lagi beberapa meter sebelum diriku ini hancur lebur dihempas ke bumi lagi keras dan tajam.Mata dipejam dengan ketat,selamat tinggal dunia dan...tiada pape yg berlaku.Sebelah mata mengintai,pahal aku terapung ni takkan Panda tu hentikan masa lagi.Keadaan aku sekarang tak jauh dari tanah,rasanya dalam 1 meter adalah.

 

"Fuh nasib baik sempat.." Suara seorang lelaki yang agak familiar kedengaran.Lelaki tu perlahan-lahan mendukung aku dan untuk pertama kalinya aku melutut syukur kerana masih bernafas di bumi yang nyata ni.Lelaki yang mempunyai mata bak permata tu ketawa geli hati."Awak okay?" Hanya anggukan yang dapat ku berikan sebagai balasan.

 

"Thanks Luhan..." Dia membalas dengan senyuman manis.Tak lama kemudian Kris pun tiba dengan termengah-mengah macam lepas lumba terbang dengan jet perang.Dia menarik nafas sedalam yang boleh sebelum membebel dekat aku.Malangnya nasib hero aku kerana dia pun terpaksa tadah telinga dengar bebelan Kris pasal hampir bunuh aku lah,tak dapat jadi pewaris la and paling pelik sekali 'macam mana kalau aku trauma dengan pompuan,habislah sampai ke tua aku tak kawin.'Beginilah keadaan aku dengan Luhan.

 

"Dahlah tu Kris,semua dah selesai pun.Jom kita balik." Luhan tarik tangan aku supaya aku ikut dia dan Kris masih dengan tak puas hati dia.Entah kenapa aku langsung tak rasa pelik dengan semua benda yang berlaku hari ni.Macam mana aku masih boleh tenang dan tak pelik sebaik sahaja Kris menerbangkan kami berdua walaupun aku ada test vocal tadi dan bagaimana Luhan boleh menahan aku dari jatuh berkecai.Aku hanya mendiamkan diri ketika berada dalam kereta milik Luhan.Kris memandu manakala Luhan duduk di bahagian penumpang.Mereka berbincangkan sesuatu yang malas aku nak ambik tahu.Aku hanya pandang ke luar tingkap,terdetik juga dekat hati tentang keadaan mama dan papa.Agaknya apa yang mereka berdua tengah buat sekarang sebaik sahaja aku lesap.Masa terasa begitu pendek sebaik sahaja Luhan membukakan pintu untuk aku.Keluar sahaja dari kereta benda pertama yang aku nampak adalah sebatan Pokok? Kris mendahului kami dan bila tiba sahaja dihadapan pokok tu Kris seperti melukis sesuatu di atas sehelai daun.Pada mulanya tiada apa yang berlaku tapi tak lama kemudian pokok tu mula hilang dan digantikan dengan sebuah pintu .Aku melangkah masuk tanpa sebarang pertanyaan.Kami jalan dan jalan seperti tiada penghujungnya.Kemudian kami bertembung lagi dengan sebuah pintu.Luhan memluas tombol pintu,cahaya yang terhasil menyilaukan mata.Perlahan-lahan mata dibuka.Sekarang aku berada di dalam sebuah bilik yang agak besar.

 

Terdapat beberapa..bukan kesemua muka dalam bilik tu aku pernah lihat.Chen si pelik,Tao panda,zombie Lay dan Xiumin ?? Oh betapa peningnya kepala aaku sekarang.Dorang semua saling kenal mengenali ke.Jadi kenapa sebelum ni Chen cederakan Tao dan anggap dia macam orang asing dan bukan ke Xiumin tinggal dengan 2 manusia pelik tu? Kenapa la banyak sangat teka teki yang aku kena selesaikan ni ! Kemudian Xiumin memanggil nama aku "Ira?" aku memandang dia dengan pandangan bermaksud 'Sila jelaskan apa yang sedang berlaku'.Dan semua memandang dia "Hyung kenal dia?" Chen tanya.Xiumin hanya mengangguk.Bukan Minnie seorang je yang kenal aku,KORANG semua kenal aku walaupun aku tak sure tentang si lesung pipit tu.Chen pandang aku seperti 1st time kitorang berjumpa sebelum ni.Senyuman menggerikan dia masih x hilang.

 

"Wow yeke Hyung,Ira ni kawan Chen." Kali ni tumpuan beralih pada Chen mulut tempayan.Bila masa aku jadi kawan kau huh si pelik."Kejap2 berapa orang yag kenal minah ni ?" Kris tanya.Aku tak terkejut pun bila 6/6 angkat tangan termasuk Lay.Rasa gembira lak sebab dia masih ingatkan aku.Terbeliak mata Kris bila dia tengok semua angkat tangan.Muka diraup letih.Dia tanya setiap seorang macam mana mereka boleh kenal aku.

 

"Aku jumpa dengan dia masa korang suruh aku beli susu kotak haritu.Time 2 jugak lak aq jumpa dengan Tao." -Chen

 

"Tao bertembung dengan dia masa Tao tengah cuba nak larikan diri dari orang kampung dan aritu jugak Chen hyung tembak Tao" Chen senyum bersalah bila Tao ungkit kisah lama.Sebenarnya bukan dia sengaja,masa tu diorang semua tak kenal Tao senang kata Tao masih belum jadi ahli mereka.

 

"Saya jumpa dengan dia masa nak tengah beli KFC.Kris pun ada sekali time tu." Oh betapa manisnya senyuman dia tu.

 

"1st time aku terjumpa dia dekat dalam hutan.Memang poyo gila minah tu.2nd time bila dia pengsan dekat depan hotel kitorang." - Kris

 

"Hyung jumpa dia masa dengan Kris dekat hotel.Time tu dia kesejukan jadi hyung pun tolong la dia." -Luhan

 

Semua tumpuan kembali pada ahli mereka yang terakhir.Xiumin menghela nafas panjang-panjang seperti hendak menyelam."Hyung tolong dia sebab masa tu dia tak ada tempat tinggal.Jadi hyung pun bagi dia tinggal semalam dekat rumah hyung." semua tergamam.Aku mendengus,sejak bila pulak aku tak ada tempat tinggal..Ni semua salah Si Diva kontot tu.Mulut tak ada insurans.Kalau aku jumpa lagi siap aku bersihkan eyeliner dia tu.Biar aku tahu macam mana rupa dia yang kiut sangat tu tanpa makeup."Jadi kesimpulannya semua tahu dan kenal dia siapa?" Kris tanya lagi.Pahal mamat ni banyak tanya sangat.Dia ketua ke? "Apa kta nak buat ni Minseok hyung,luhan hyung?" mereka semua berfikir sejenak."Yifan rasa lebih baik kita bunuh saje dia.Since dia pun dah tahu rahsia kita." Laju je tangan Luhan bantai kepala Kris yang x ade otak tu.Mereka bincang sesama sendiri tanpa mempedulikan aku langsung.Halo korng pikir aku ni patung kat shopping mall ke apa.Disebabkan terlampau bosan mula lah mata aku melilau pandang sekeliling.Bilik tu penuh dengan buku-buku yang tebal yang semestinya aku tak akan sentuh,Terdapat juga simbol2 yang pelik di dinding.Untuk pengetahuan korang aku ni bukanlah jenis tangan gatal suka sentuh barang orang tapi ada benda yang menarik perhatian aku.

 

6 aksesori.Ada 3 gelang ,2 pin,dan 1 cincin tapi kesemuanya terkunci dalam kotak lutsinar.Nampak seperti tak pernah digunakan dengan habuk menebal yang menyelaputi bekas tu.Nampak macam 6 barang tu panggil aku supaya lepaskan mereka dari kotak tu."Hai.." Opocot abah kau.Kelihatan Lay disebelah aku,dia turut memandang aksesori didepan tapi perhatian dia lebih kepada pin berbentuk kepala kuda bertanduk."Cantikkan.." Tanya dia.Aku hanya mengaangguk."Semua aksesori ni milik kami ber-6 sejak kecil lagi.Malangnya sampai sekarang kami tak boleh nak buka kotak tu.Kami sendiri pun tak tahu apa fungsi barang ni tapi kami tahu ianya sangat penting." Lagi sekali dia senyum menampakkan lesung pipit manis dia."Jom mereka semua tunggu awak." Tanpa segan silunya dia memaut lengan aku.Bila tiba sahaja,dia melepaskan pegangan dan kembali ke tempat dia disebelah Tao.

 

"Lepas dengar semua keterangan dari Luhan dan Minseok gege serta Tao kami rasa yang kau bukan manusia biasa." Kris kata dengan sebelah kening dinaikkan.Rasa macam aku ni penjenayah lak.Keterangan bagai.Kalau aku bukan manusia biasa kau tu manusia pelik.Sesukahati je terbang tanpa lesen."Minggu depan sekolah akan dibuka jadi aku rasa baik kau daftar masuk sekali,pasal yuran semua tak yah risau.Sekolah tu memang tak kenakan sebarang bayaran." Untuk pertama kalinya aku bersuara selepas selamat mendarat."Apa nama sekolah tu."

 

"S.M Highschool." tergamam aku.Tu bukan ke sekolah yang nenda nak aku masuk sebelum dia meninggal.Macam mana dorang leh bersekolah dekat situ sedangkan dalam internet pun nama sekolah tu tak pernah wujud."Btw aku nak bagitahu kau sesuatu.Bila kau bersama kami maksudnya kau dalam jagaan kami.Benda yang paling penting ialah jangan sesekali kau berinteraksi dengan musuh utama kitorang.Walaupun kitorang tak kenal mahupun tahu siapa diorang aku nak kau jangan bercakap dengan sesiapa selain kitorang faham." Kris bertegas dengan wajah yang series.

 

"Pahal aku nak kena ikut cakap kau.Kau ingat kau siapa?" Kata aku dengan nada mencabar.Kris balas dengan senyuman sinis seperti ianya sesuatu yang kelakar.

 

"Aku? Aku ketua EXO-M.You better watch out Ira.We watching you." Aku mendengus keras.Kris suruh semua bersurai.Tak sangka lak bilik tu bersambung dengan bilik lain.Malam tu semua member tidur disitu termasuk aku.Sebelum kitorang beredar Kris kata sesuatu."Ingat-

 

Our enemy is EXO-K.."

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*OHOHOHOH MACAM MANA EXO-K NGN EXO-M LEH JADI MUSUH LAK NI.UNTUK TAHU APA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS NI

JANGAN LUPA BACA CHAPTER AKAN DATANG.LOVE U ALL *

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Irakira
Sesiapa yang baca cerita ni dialu-alukan untuk komen.

Comments

You must be logged in to comment
HaniSofiaHana #1
Chapter 19: Authornim~Jebal please update soon this story T_T :'(
amani123
#2
Chapter 19: Author tolong update cerita ni please cerita ni terlalu best
hjkyung #3
Please update~~~~ Daebakkk cite nie
KUROBARAHIME
#4
Chapter 17: SO,IRA NI ANGEL KE?
OR SAMA JENIS DENGAN EXO?BY THE WAY EXO TU EXTRAORDINARY HUMANS KE ATAU ADA NAMA LAIN?
amani123
#5
Chapter 17: update cepat pleas tak sabar nya author aaaaaaaaaaaa ira ada sayap fuyooooooooooo mesti ira terkejut
NizNisrina12 #6
Chapter 17: best!! palli update. daebak lah citer ni
mimi18 #7
Chapter 16: Ur ff so daebak..update juseyo..
This ff make my day..ㅋㅋㅋ
fna_shn #8
Chapter 16: Awak punya cerita memang tak pernah hampakan saya. Jalan cerita yang penuh dengan lawak dan misteri! Keep it up authornim! Update soon~