Completed

Aku yang 'NATURAL'

 

"Jemput minum.." seorang lelaki menghidangkan secawan air sebaik sahaja punggung aku labuh di atas sofa.Aku memandang manusia yang baru sahaja sebentar tadi hampir jadi malaikat maut.Dia menyorok dibelakang lelaki tu sambil kepala menunjau ke arah aku.Ingat comel la tu.Chanyeol turut berada di situ."Maaf kalau mereka berdua ni ada kacau cik..-" dengan sopannya aku berikan nama aku kepada orang yang tak dikenali tu,nampak macam baik so apa salahnya.Kan? "Cik Ira.Baek dengan Chan ni memang suka menyusahkan orang sikit,tapi hati baik." Belum sempat lelaki didepan tu menyambung percakapan Baek menarik hujung baju dan menarik dia ke arah dapur.Chanyeol turut serta conversation dorang tu.mulut terkumat kamit yang semestinya aku tak faham.Dari jauh Baek beriyaa-iya gerakkan tangan dia atas bawah siap sound effect sekali.Lelaki tu hanya menggeleng tidak percaya akan kenyataan kedua dongsengnya itu.

 

"BAEK TAK TIPU LAH HYUNG,MINAH TU BUKAN MANUSIA BIASA !"

 

FLASHBACK

"Tembaklah kalau berani.." Sekelip mata beberapa bola cahaya terbang ke arah aku.Rasanya lagi sipi je nak kena tapi yang musykilnya apahal tak kena?Punyalah lama aku diri kat situ tapi apa yang aku nampak hanyalah bola cahaya tu lalu di belah kira dan kanan.Baek tak putus-putus melemparkan bola api berwarna putih tu.Memang aku sendiri yakin yang dia dah lontar bola tu tepat ke arah muka tapi bila benda bulat tu menghampiri je mesti bola tu terpesong ke kiri or kanan.Makin lama dilihat nampaknya macam snowball pulak.

 

Baekhyun tak sedar yang aku semakin menghampiri dia.Diva tu masih sibuk lontar benda bercahaya sambil jerit tak puas hati.Selangkah,2 langkah,3 langkah dan satu jentikan tiba tepat didahi gebu milik Byun Baekhyun.Tergamam dia dekat situ,cahaya yang sedia untuk dibaling terus hilang.Dia pandang aku,aku pandang dia.Memang besat gila ah mata dia time tu,kalah mata ikan emas.Disebabkan dia nak jadi patung aku pun terpaksa hadiahkan lagi satu jentikan khas di dahi dia dengan penuh kasih sayang.

 

"AAAAAAAAAAAAHHHHHH SAKITLAH POMPUAN "

 

 

 

Adoi berdesing lubang telinga aku,apa punya nyaring la suara mamat mata sepet tu.Lagi satu berani dia panggil aku minah,punya cun aku ni dia boleh panggil minah.Lelaki tersebut geleng lagi sekali dan terus tinggal dorang berdua kat dapur dan duduk didepan aku dengan senyuman dibibir."Lupa nak perkenalkan diri,nama oppa Minseok tapi Ira boleh panggil Oppa Xiumin.Mana2 pun boleh." aku mengangguk faham,budak 2 ekor tu duduk jauh2 dari aku.Ceh sebelum ni korang yg baik hati nak temankan aku.Sekarang nak takut pulak.Coward."Ummm-" tumpuan aku beraalih semula kepada Minseok-shi."Oppa nak mintak tolong,Ira jangan bagitahu sesiapa pasal Baek ngan Yeol eh.Benda ni sepatutnya rahsia dari orang awam."Lagi satu anggukan diberi."Rumah Ira kat mne,biar oppa hantarkan."

 

"Hyung minah tu penganggur tepi jalan,smlm pun dia tidur kt bawah gelongsor." Adoi aku rasa macam nak cili je mulut si Diva kenit tu.Panas lak hati ni.Minseok bersimpati sekejap.Jelingan maut diaktifkan dan dilempar ke arah Bacon chibi tu.Eleh~ nak main nyorok2 lak dia,taulah giant tu besar.Baek menyorok di belakang Chanyeol yang tengah gelak sakan.Minseok berfikir sejenak dan angguk setuju dengan keputusan yang dibuat."Ira tidur sini jelah malam ni." kedengaran bunyi sumbang tak puas hati daripada Baekhyun.Nak main hempas2 kaki lak,aku patahkan nanti.Minseok mengangkat tangan kanan tanpa toleh kebelakang dan serta merta Si Diva tu jadi bisu.Lain macam je Minseok ni.Mood swing ke apa."Yeol bawa Ira gi bilik hyung,hari ni hyung tidur dengan kamu berdua." Tak yah di suruh banyak kali,laju je di Chanyeol tu tarik aku ke tangga.

 

Rumah ni boleh dikatakan tahap miskin jugak la,dinding retak,tingkap pecah tapi apa yang aku paling suka pasal rumah ni adalah persekitaran yang bersih.Sepanjang perjalanan nak ke bilik tumpang mata aku langsung tak nampak habuk mahupun kotoran di atas lantai.Bukan macam bilik aku,baju bersepah.Orang masuk takkan tahu tu bilik anak dara.Sempat gak pandang Si giant ni,aku tak tahu sama ada tu perasaan aku ke apa tapi nampak macam dia cuba jauhkan diri dari aku.Sejauh yang boleh.Kemudian dia berhenti di hadapan sebuah pintu yang agak usang,dia bergerak ketepi seperti hendak bagi laluan kepada aku untuk masuk ke bilik tu.Dia mula beredar dari situ tapi sempat ditahan oleh aku."Ke-kenapa.?" Haa~ amik ko tergagap-gagap dia.

 

"Kau berpeluh." entah macam mana boleh tergerak hati ku yang suci ini untuk megelap peluh yang terhasil di dahi dia.Sapu tangan dikeluarkan dari kocek dan digerakkan ke dahi yang kian diselaputi peluh.Nasib sampai,kalau tak terpaksa la aku suruh dia tunduk sikit."Nah.Kau perlukan benda ni lebih dari aku.Thanks Yeol." Sebaik sahaja kain berwarna merah bertukar tangan terus aku masuk ke dalam bilik.Tak lama kemudian lantai bergegar sebentar.Mana taknya,hilang je aku dari pandangan terus je si giant tu lari marathon turun ke bawah.O.M.G malunya.Bilik si minseok ni lagi bersih dari bilik aku.Sempat gak la aku bersiar-siar dalam bilik tu.Tak banyak benda yang ada,almari,katil dan sebaris bingkai gambar,Mata aku menganalisis kesemua gambar tu tapi bingkai yang berada di tengah menarik perhatian zahir  ku.Gambar seorang kanak-kanak bersama 2 orang dewasa di sisi di dalam salji.Tanpa disedari aku tersenyum bila nampak pipi chubby budak dalam gambar.Sah yang tu minseok jadi lelaki dan wanita kat sebelah tu mesti parent dia."Cantiknya ibu dia." Kulit wanita tu putih seperti ais,mata dia berwarna biru dan rambut dia yang panjang paras pinggang berwarna putih tu la yang paling menarik perhatian."Ibu dia orang overseas ke?" ayah dia kelihatan normal tahap standard bagi seorang lelaki asia.Gambar lain kebanyakkannya gambar dia bersama rakan2 sekolah.Dalam banyak2 kawan dia tu kenapa aku rasa macam kenal hampir keseluruhan eh.Imaginasi je kot.Malam semakin gelap jadi ape lagi tilam yang empuk here I come.

 

***

 

Selepas habis dimarahi oleh Minseok,Baekhyun pun apa lagi muncung sedepa ah.Beberapa minit kemudian Chanyeol turun dari tingakt atas dengan muka yang merah."Wowowow Yeol chill.Ko dah kenapa ni?Minah tu ada wat something kat kau eh? Nak kena ajar dia tu." Baekhyun mula menggulung lengan baju ke atas seperti hendak pergi bertumbuk.Terus putus niat dia sebaik sahaja Xiumin mengguna nada yang agak tegas.Chanyeol masih berdiri dengn nafas yang tak tentu dan peluh yang semakin menebal."Uhh Chanyeol boleh tak ko tolong kawal temperature kau tu.Aku rasa macam kat dalam bilik stim lak." Chanyeol mengenggam kain dalam tangan dia dengan kuat.Seperti biasa Minseok terpaksa masuk dam menenagkan Chanyeol dan suhu ruang tamu kembali normal."Fuh nasib aku tak sempat jadi ikan bakar."

 

"Hyung betul cakap Baek,perempuan tu bukan calang-calang orang.Yeol sumpah." Xiumin angguk sambil menepuk bahu kedua dongsengnya tu.Sebagai yang paling tua dalam rumah dia tahu yang mereka berdua tidak berbohong.Daripada awal lagi dia tahu yang Ira tu bukan manusia biasa."Hyung tahu.Hyung pun terkejut juga bila dia masuk rumah ni macam tak ada pape.Kamu berdua pun tahukan sesiapa sahaja yang masuk dalam rumah ni mesti patas balik." Laju je 2 orang tu angguk." Hyung sejukkan rumah ni sesejuk yang boleh sampai air dalam cawan dia tu pun hampir beku." Minseok sangat utamakan keselamatan mereka semua kerana tiada orang luar yang sepatutnya tahu tentang mereka.Chanyeol dan Baek boleh bertahan sampai sekarang pun disebabkan qizze mereka.Sebab tu lah Baekhyun ditempatkan sebilik dengan Chanyeol sebab bilik mereka sentiasa ada haba yang mana terhasil dari qizze Chanyeol yang masih belum matang.Xiumin mengarahkan mereka berdua supaya masuk tidur.Kekunci telefon bimbit ditekan laju.Deringan pertama,deringan kedua dan - "Hello Xiumin hyung ?"

 

"Hai Lay.Hyung nak mintak tolong sikit." 

 

***

 

 

Selepas mengucapkan terima kasih kepada mereka sekeluarga,aku terus mengatur langkah ke tempat kerja.Macam semalam pelanggan tak ramai sangat.Zaman sekarang jarang dapat tengok remaja pergi kedai buku.Kebanyakkannya pelanggan yang datang hanyalaah warga tua yang tak putus2 ingin memperoleh ilmu.Tengah elok aku mengelamun ada la pulak manusia yang nak bayar."Semuanya 15,000 won.." duit bertukar tangan tapi manusia kat depan tu masih belum berganjak.Bile angkat je muka pandang manusia di depan ku ini.Oh My Guddy.Laju je aku pusing kebelakang buat2 sibuk.

 

"Haaaiiiiiii Ira~" Buat2 tak nampak.Jangan pandang belakang."Hey pandang la sini." senyap la tak guna.Jangan kacau kerja aku.Macam mana la boleh bertembung dengan dia ni.Punya jauh la aku lari dari rumah dia still boleh jumpa aku.Nasib la tak ada pelanggan kalau tak dah lama aku tempeleng mamat sekor tu.Dia still buat bising dengan menyanyi la,panggil nama Ira la,lompat macam beruk lah.Apa sebenarnya masalah dia ni.Please la bla dari sini."Yohoo~..." Aku memang dah tak boleh tahan lagi.Pusing je menghadap dia kedua-dua tapak tangan mengetuk kaunter dengan kuat sampai dia pun senyap.

 

"Kau Nak Apa Kkamjong..!"

 

Tersengih-sengih pulak dia.Aku leseng kang,terbang sampai korea utara padan muka kau."Tak ada ape.Saja kacau kau." Disebabkan malas nak menghadap muka dia aku pun gi la rajinkan diri ngan menyusun stok baru kat atas rak.Rasa macam mak itik lak,kat mana aku pergi kat situ jugak dia ikut."Meh sini aku tolong." dia mula merampas buku dari pegangan aku dan sesukahati dia je kacau kerja orang.Kalau gaji aku kena potong macam mana.Buku diambil semula dari dia.Dah aku malas nak layan,terus aku tolak dia keluar dari kedai tu secara paksa.Sebaik sahaja dia kat luar terus aku hempas pintu lutsinar kat muka dia.Satu keluhan keluar,bila aku pusing untuk sambung kerja nyaris2 nak kena heartattack.Macam mana...Aku pandang luar,then depan balik then luar balik.MACAM MANA MAMAT NI BOLEH ADA DEKAT DEPAN AKU SEDANGKAN TADI DIA ADA KAT LUAR."Hehehe surprise..?" Memang aku luku kepala dia.Kali ni betul punya."Adoii sakit la.." jangan nak muncung la.Tak comel pun.Dah macam coklat cadbury aku tengok.Tengah aku jeling dia,pintu depan dibuka."KYUNGSOO HYUNG~" Siapa?

 

 

Jongin lari mendapatkan lelaki yang mungkin kenalan dia.Lelaki tu hanya tersenyum menampakkan bibir yang berbentu hati.Dia ke kaunter dimana aku sudah bersedia untuk layan pelanggan."Hai kat sini ada jual buku Fizik untuk tingkatan 5 ?" baru je aku nak angguk si budak gelap tu menyampuk agi."Hyung kan baru form 2,wat pe nak form 5 nya and tak silap Kai time form 4 baru ada subject fizik.?" Lelaki yang bernama Kyungsoo tu tidak mempedulikan soalan Kai dan memberi sepenuh perhatian pada aku yang tengah sibuk ingat dimana terletaknya rak buku tingkatan 5.Lepas terima sahaja maklumat yang diingini langsung dia bergerak ke arah rak yang paling belakang.Aish nape la Si burung hantu tu tak bawak sekali budak sewel ni.Jongin masih mendagu di kaunter.Tersengih-sengih,aku terajang kang.

 

"Pahal tak ikut hyung kau tu.." Tanya aku tanpa melihat dia.Bila pandang je kedepan dia dah lesap.Bila masa pulak dia jalan,aku tak dengar bunyi pun.Keadaan jadi aman dan senyap semula,baru ingat nak sambung bacaan majalah fesyen tapi semuanya terbantut bila "KIM JONGIN JANGAN KOYAKKAN BUKU !!" Terus alert deria aku.Apa masalah budak hitam tu,tak cukup coklat nak kunyak ke apa.Tanpa melihat berfikir dua kali aku terus lari ke arah suara tu tapi belum apa ada daya graviti tarik badan aku ke bawah."AAAAAAHHH.." Ok fine aku mengaku yang aku takut,kalau korang tiba2 jatuh mendadak mesti korang jerit gak.Ingatkan malaikat maut dah datang menjemput tapi dah lama tu aku rasa pelik.Pahal tak jatuh-jatuh ni and baru aku perasan satu benda yang penting.Kenapa ada benda tengah peluk pinggang aku eh.Sebaik sahaja buka mata benda pertama yang aku nampak ialah coklat .Apa lagi buku yang paling hampir dicapai dan dihayun ke kepala dia.Macam biasa mengerang kesakitan la dia.Ada aku kesah.First of all macam mana boleh ada lubang dalam kedai ni.Perhatian aku kembali mencari dari mana datang lubang besar tu tapi bila scan tak nampak pulak lubang.Apa yang aku nampak hanyalah Kyungsoo yang tengah melutut sambil kedua belah tangan ditekapkan ke lantai dan mata dipejam seperti dia sedang fokus.Kepala yang tak gatal digaru sebaik sahaja Kyungsoo kata " Maaf.."

 

***

 

Malam tu seperti biasa,untuk ke rumah tumpangan Ira terpaksa melalui rumah trio yang didudukinya semalam.Nasib baik tak bertembung,dari jauh terlihat kelibat manusia di depan pintu rumah Ira.Makin dekat kelibat tu makin jelas dan dia mula membuat U-turn tapi belum sempat pape nama dia dipanggil. "CHO IRA.." Terus terhenti langkah sebaik sahaja nama penuh dia disebut.Kelibat yang ditinggalkan sebentar tadi mengampiri dia dan akhirnya munculah bayangan kedua manusia yang paling dibenci oleh dia.Ira mendengus keras sebaik sahaja Mama dan papanya berpeluk tubuh memandang anak dara mereka dengan pandangan jijik."Jom Balik.." Mama paut pada lengan Ira dan mula menarik dia untuk pulang tapi kaki dia masih terpaku tidak mahu berganjak dari situ."Cuba sekali Ira jangan melawan cakap mama.BALIK."Dia memandang ibu bapanya dengan penuh tidak puas hati.Ni mesti berkenaan dengan syarikat dalam wasiat tempoh hari.

 

"Orang tak nak balik.." Ira menarik tangannya dari pegangan Puan Choi.Papa hanya memerhati seperti selalu,dia langsung tak menyebelahi ataupun mempertahankan satu-satunya anak dia tu.Mama mula mengangkat tangan dia ke atas."Tamparlah,memang itu yang selama ni mama nakkan." Ira kata sambil tersenyum sinis.Ayunan penampar mama laju turun ke pipi Ira tetapi tiba-tiba tangan tu berhenti.Bila dilihat dengan teliti rupanya Encik dan Puan Cho langsung tidak bergerak mahupun bernafas.Perkara sebegini pernah berlaku ketika dia mengejar....

 

"Tao..." bunyi tepukan kedengaran dari belakang.Tao aka pencuri yang 'diselamatkan' oleh mereka muncul disebalik pokok.Nampaknya kali ni dia dah tak takut dengan Ira sebab dia masih boleh tersenyum penuh makna."Pahal kau tolong aku?" Dia angkat tangan seperti penjenayah dan ketawa."Kau jangan salah faham,aku bukannya datang nak selamatkan kau.Aku datang nak jemput kau.Kan Kris gege !" oh betapa Ira bencinya dengar nama tu.Tiba-tiba dia diangakt dari belakang dan didukung seperti puteri.Kris memandang dia dengan senyuman mengejek.Membungkang mata heroin kita dibuatnya.

 

"Lets fly babe "

 

 

 

 

 

 

#12 watak utama dah keluar..Yay Akhirnya semua dah muncul.Lets the adventure begin#

  • Suho
  • Kris
  • Luhan
  • D.o
  • Sehun
  • Kai
  • Lay
  • Baekhyun
  • Chanyeol
  • Xiumin
  • Tao
  • Chen
  •  
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Irakira
Sesiapa yang baca cerita ni dialu-alukan untuk komen.

Comments

You must be logged in to comment
HaniSofiaHana #1
Chapter 19: Authornim~Jebal please update soon this story T_T :'(
amani123
#2
Chapter 19: Author tolong update cerita ni please cerita ni terlalu best
hjkyung #3
Please update~~~~ Daebakkk cite nie
KUROBARAHIME
#4
Chapter 17: SO,IRA NI ANGEL KE?
OR SAMA JENIS DENGAN EXO?BY THE WAY EXO TU EXTRAORDINARY HUMANS KE ATAU ADA NAMA LAIN?
amani123
#5
Chapter 17: update cepat pleas tak sabar nya author aaaaaaaaaaaa ira ada sayap fuyooooooooooo mesti ira terkejut
NizNisrina12 #6
Chapter 17: best!! palli update. daebak lah citer ni
mimi18 #7
Chapter 16: Ur ff so daebak..update juseyo..
This ff make my day..ㅋㅋㅋ
fna_shn #8
Chapter 16: Awak punya cerita memang tak pernah hampakan saya. Jalan cerita yang penuh dengan lawak dan misteri! Keep it up authornim! Update soon~