Dream in Reality

Aku yang 'NATURAL'

"Ira sayang nenda tak?"

Aku yang masih kecil mengangguk ya.Nenda tersenyum manis dengan perangai cucu dia yang kini sudah berumur 7 tahun.

"Nenda Ira nak dukung~"

Aku yang kecil memeluk kaki nenda yang sedang duduk di kerusi malasnya itu.Nenda mengusap rambut ku dan terus mengangkat ku ke pangkuannya yang berselimutkan dengan kain sutera kerana terlalu sejuk.

"Ira tau tak setiap kali salji dan hujan turun maksudnya ade seseorang tengah menghadapi hari yang susah. Kalau angin tiba-tiba bertiup kuat dan matahari terik sampai daun pun layu maknanya ada orang tengah marah."

Nenda memeluk ku erat apabila hujan turun dengan lebatnya secara tiba-tiba.Kilat sambar menyambar, angin bertiup dengan kuat sampai tong sampah jiran sebelah melanting.Aku memeluk nenda dengan lebih erat kerana bunyi guruh yang menakutkan.

"Nenda Ira takut.Ira nak masuk dalam rumah"

Nenda mengucup ubun-ubun rambutku dengan lembut.

"Guruh dan kilat juga ada maksudnya Ira.Sekarang ada seseorang dalam bahaya dan kilat digunakan sebagai tempat dia berlindung.Tengok sana,petir tu makin lama makin jauhkan."

Aku pandang ke arah petir yang makin lama makin hilang dari pandangan.Aku memandang Nenda dengan wajah yang teruja.Bagaimana nenda boleh tau banyak tentang maksud-maksud cuaca tu.

"Nenda lagi.Kalau tanah bergegar macam manalak"

Aku tunjukkan arah rumput yang terbentang luas di hadapan rumah kitorang.Nenda mengelengkan kepala tanda tidak tahu.Aku mencebik kerana tak dapat jawapan yang aku mahukan.

"Alololo comelnya cucu nenda ni.Meh sini nenda cubit pipi dia yang tembam tu."

Aku cepat-cepat menekup kedua belah pipiku yang tembam tu.Nenda tergelak dengan gelagat aku yang takut dicubit tu.

"Nenda tak cubit la.Kalau Ira nak tau jawapan bagi soalan Ira tu,Ira kena la usaha dan cari jawapan tu sendiri..Ahh dah malam ni,jom kita masuk tidur ya."

Nenda mengenggam tanganku sambil masuk kedalam rumah.

"Hari ni Ira nak tidur dengan Nenda"

******************************************

Memori lama ku kabur dan makin lama makin hilang.Sekarang Ira yang berumur 16 tahun berdiri di dalam satu bilik yang gelap gelita dan di depanku hanya ada satu cermin panjang yang sebentar tadi menayangkan memori lama manisku bersama dengan nenda yang telah lama hilang dari ingatanku.Aku tidak rasa sedih mahupun kecewa apabila menonton balik memori manis itu.

"Semua tu dah tak penting.Nenda yang aku kenal dan sayang dah lama mati meninggalkan aku keseorangan."

Aku memandang pantulan diriku di cermin tu.Makin lama dipandang imej yang ada kat cermin tu dah berubah jadi orang lain.Orang yang baru aku sebut,Orang yang bagi aku dah mati tapi dia semestinya masih hidup.Entah kenapa air mata yang telah lama kering mengalir semula.

"Nenda..."

Nenda berdiri di depan aku dengan senyuman diwajahnya.Senyuman yang telah lama hilang , Senyuman yang paling aku rindui datang kembali.Aku cuba memeluk nenda tapi semuanya hanyalah pantulan.

"Ira cucu yang paling nenda sayang.Janganlah Ira membenci nenda,semua yang nenda lakukan ada sebab dan untuk kebaikan Ira.Nenda tak boleh bertahan dengan lebih lama lagi,Nenda terpaksa gunakan kudrat terakhir nenda untuk berbual dengan kamu sebab nenda tahu kamu dah tak mahu jejakkan kaki ke rumah nenda lagi.Ira jangan risau sebab bila nenda sudah tiada akan ada penyelamat yang akan datang dan selamatkan kamu."

Aku tak faham apa yang nenda cuba katakan tapi ayat dan suara nenda buat aku sebak.Suara nenda serak dan ayat dia berbunyi macam nak ucapkan selamat tinggal.Air mata aku tak boleh berhenti menitis.

"Jangan sedih Ira,nenda pasti tidak akan meninggalkan kamu bersendirian.Ira ingat lagi tak gelang yang nenda pernah tunjukkan pada kamu waktu kamu kecil lagi"

Aku angguk ingat.Gelang tu berwarna silver dan dikelilingi dengan 12 diamond dan 1 batu ruby di tengah-tengah.Nenda pernah janji nak bagi gelang tu kat aku suatu hari nanti.

"Bila kamu datang rumah nenda.Nenda nak kamu cari dan jaga gelang tu baik-baik bila  dah jumpa.Nenda nak kamu pakai,jangan sesekali kamu tanggalkan ia"

Suara dan pantulan nenda semakin menghilang dan benda terakhir yang sempat aku nampak ialah nenda tersenyum manis dengan air mata yang mengalir keluar dari hujung mata nenda. 

"Nenda?Nenda,NENDA!!!"

Aku mengetuk cermin tu dengan kuat dan tanpa disedari aku jatuh longlai ke lantai.

******************************************

"Sayang,Ira bangun cepat sayang"

Aku dengar suara mama panggil nama aku.Adoii ari nikan hari sabtu pahal mama kejut aku ni.Aku menepis tangan mama yang cuba nak kejutkan aku. Aku mendengus keras dan tarik selimut yang tadi paras perut sehingga ke paras kepala.Aku dapat tangkap bunyi mama mengeluh.

"Ira dah bangun ke belum.Cepat la sikit"

"Saya tengah cuba la ni,awak tak nampak ke ape"

Mama dan papa bertengkar kecil-kecilan macam biasa jadi aku tak kisah sangat.Bila mata ni dah hampir nak tertutup tiba-tiba badan aku diangkat dengan mudahnya.Nak jerit pun tak boleh sebab yang angkat aku bukkanya perogol bersiri tapi papa.Aku menjeling tajam ke arah papa.

"Apa ni,Orang nak tidur la papa"

"Kamu ada masa nak tidur,mak engku tadi call,dia cakap nenda dah takda kamu faham tak.Kita kena balik rumah nenda sekarang juga.."

Aku tergamam untuk seketika.Aku cuba cari pembohongan di mata papa dan mama tapi apa yang aku nampak hanyalah kekesalan dan kesedihan.Papa mendukung aku ke kereta dan kami sekeluarga pun bertolak pulang ke rumah nenda.Dalam kereta tiada sapa yang berani nak bersuaraAku merenung ke luar tingkap walaupun takda benda yang menarik.

45 minit kami sekeluarga tiba di rumah nenda.Ramai ahli keluarga telah tiba.Kami segera bergegas ke dalam rumah.Di ruang tamu jasad nenda dibaringkan.Muka nenda yang pucat masih lagi kelihatan manis dengan senyuman kecil yang terukir di bibir nenda.

"Ira duduk dalam bilik dulu.Nanti bila dah siap mama panggil"

Mama mengiring aku ke salah satu bilik di hujung dapur.Mama tinggalkan aku sendirian dalam bilik yang berhabuk dan dah lama tak di gunakan sendirian.Aku termenung lagi.Tiba-tiba baru aku teringat pesan nenda.

"Cari gelang tu"

Gelang,aku kena cari gelang nenda tu.Aku pun mengeledah semua tempat termasuklah bilik nenda.Langsung tiada.Aku terduduk kerana keletihan.

"Semua tempat Ira dah periksa nenda tapi takda lang-"

Aku mendongak ke atas dan mata aku berhenti pada satu tali yang terjuntai keluar.Agak lama juga aku pandang tali tu.Akhirnya aku amil keputusan untuk tarik je tali tu.

"Adoii pahal la aku pendek sangat.Cepat la kaki buat kerja kau"

Sipi je lagi nak dapat tali tu sehinggalah satu tangan yang dari mana datangnya muncul dan tarik tali tu.Aku pusing ke belakang dan sekarang di depan aku terdapat manusia yang tingginya ntah la...Tinggi gila macam gajah.Aku terpaksa mendongak untuk tengok muka manusia tu.

Lelaki,umur lingkungan 20-an,tinggi lampai,bahu lebar,rambut ala k-pop dan main point lelaki ni ialah..'beach'face.

 

 

 

#JENG JENG JENG..siapakah laki misteri itu.kalau pandai cuba la teka.dan jangan lupa untuk KOMEN :D #

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Irakira
Sesiapa yang baca cerita ni dialu-alukan untuk komen.

Comments

You must be logged in to comment
HaniSofiaHana #1
Chapter 19: Authornim~Jebal please update soon this story T_T :'(
amani123
#2
Chapter 19: Author tolong update cerita ni please cerita ni terlalu best
hjkyung #3
Please update~~~~ Daebakkk cite nie
KUROBARAHIME
#4
Chapter 17: SO,IRA NI ANGEL KE?
OR SAMA JENIS DENGAN EXO?BY THE WAY EXO TU EXTRAORDINARY HUMANS KE ATAU ADA NAMA LAIN?
amani123
#5
Chapter 17: update cepat pleas tak sabar nya author aaaaaaaaaaaa ira ada sayap fuyooooooooooo mesti ira terkejut
NizNisrina12 #6
Chapter 17: best!! palli update. daebak lah citer ni
mimi18 #7
Chapter 16: Ur ff so daebak..update juseyo..
This ff make my day..ㅋㅋㅋ
fna_shn #8
Chapter 16: Awak punya cerita memang tak pernah hampakan saya. Jalan cerita yang penuh dengan lawak dan misteri! Keep it up authornim! Update soon~