Adik beradik Kim

Aku yang 'NATURAL'

 

Lepas balik dari shopping mall aku terus gi mandi.Yela sehari suntuk aku dance,badan berpeluh,ketiak pun dah bau macam tengik.Memang nyaman gila ah.Lepas mandi aku berkemban masuk dalam bilik.Bathroom ngan bilik tidur aku berasingan.Agak jauh jugak dari bilik aku.Jam menunjukkan dah pukul 8.30 dan seperti biasa aku dengar papa parking kereta kat dalam garaj. Novel hantu yang baru aku beli tadi dah siap dihidang kat atas katil aku untuk dibaca.Aku capai baju tidur yang berlipat kat dalam almari

(A/N Tak termasuk kasut)

.Alang-alang tengah tunggu rambut aku yang basah ni kering,aku pun meninjau ke luar tingkap sambil mengeringkan rambut.

 

"Ada orang pindah,dah lama tak nampak rumah tu bercahaya.Biarkanlah bukan ada kena mengena ngan aku pun"

 

Aku memandang ke arah rumah yang jauhnya 15 meter dari rumah aku.Tengah sedap aku berangan pintu bilik aku dibuka oleh siapa lagi kalau bukan mama or papa.

 

"Ira meh turun,jumpa jiran baru kita.Ira kenal-kenal la sekali ngan ngan anak diorang tu.Hensem betul anak diorang"

 

"Orang tak minat.Mama cakap je orang ada senggugut ke apa kew"

 

"Turun la sekejap,tunjuk muka je.Pastu Ira naik la balik.Boleh ye sayang.Please?"

 

Aku.mengeluh lemah.Ni yang aku malas ni.Mama siap merayu lagi.Aku pun jalan ke arah pintu.Mama tersenyun girang.Mama peluk bahu aku dan kami pun turun ke ruang tamu.Aku boleh dengar papa ketawa terbahak-bahak.Jiran baru aku Johan Maharaja Lawak ke apa?Setibanya kami disana aku tersenyum tawar kepada pasangan suami Isteri yang dikenali sebagai jiran baru.Aku pun cuba beredar dari situ.Yela mama sendiri yang cakap tunjuk muka pun jadi.Mama pegang tangan aku sambil gelengkan kepala.Aku dah agak dah mesti mama tak bagi aku naik.

 

 ***************************************

 

"Nilah anak dara saya.Ira perkenalkan diri kamu kat Mr.Kim ngan Mrs.Kim"

 

Mama dah macam mendesak aku lak tapi nak wat macam mana,depan jiran kenalah hormat.Aku tunduk hormat didepan pasangan Kim itu.

 

"Helo encik dan puan kim.Nama saya Cho Ira selamat berkenalan"

 

Aish tiba-tiba aku jadi peramah lak nape ni.Mama dan papa tersenyum bangga bila tengok aku perkenalkan diri.Encik dan puan Kim angguk sambil tersenyum manis.

 

"Apa khabar Ira.Berapa umur kamu?"

 

"16 puan"

 

"Toksah la panggil puan sangat.Panggil je auntie tapi lagi sedap kalau kamu panggil saya mommy je.Saya pun memang dah lama teringin nak ada anak perempuan tapi dah takda rezeki nak buat macam mana"

 

Mama ngan papa gelak dengan pernyataan auntie Kim tadi.Panggil mommy?Nak panggil mama yang betul ni pun susah.Aku melemparkan senyum palsu kepada mereka berdua.

 

"Ish awak ni kesitu pula.Ni 2 orang anak teruna awak ni nak campak mana.Auntie kim ni memang suka bergurau,Ira jangan amik hati sangat ye.Lupa kami nak perkenalkan Ira kepada anak uncle.Abang,adik tak reti-reti nak kenalkan diri ke"

 

Aku terdengar bunyi orang mendengus kat belakng. Aku pun berpaling ke belakang.Sejak bila pula diorang duduk belakang aku ni.Dah la tadi punya cantik aku tongek tunduk hormat kat mak bapa diorang.Seorang muka macam sombong semacam je jadi aku anggap yang tu abang sebab dia tinggi macam galah , lagi sorang tu lak muka dia murah dengan senyuman.Tiba-tiba yang 'si adik' tu pun bersuara.

 

"Hai Ira nama oppa Joomyeon tapi Ira boleh panggil saya suho oppa kalau awak nak.Yang ni pulak sehun,adik oppa.Dia sebaya dengan Ira jadi oppa harap korang dua leh jadi kawan baik"

 

Wait wait.Maksudnya yang si pendek tu abang dan yang si tinggi sombong tu lak adik.Wah family ni memang ada masalah genetik.Aku hanya mampu tunduk tanda hormat.Tak nak aku panggil kau oppa.Aku pandang sekilas kat adik dia.Muka dia still macam orang kedekut senyuman.Mata kitorang bertembung bila dia tiba-tiba je pandang aku.Cepat-cepat aku pandang siling.Ntah apa yang menarik pasal siling ni pun aku tak tahu.

 

"Ira sekolah mana ya?"

 

Aku baru nak jawab pertanyaan auntie kim yang aku belum tentukan lagi nak masuk sekolah mana sampai la papa menyampuk.

 

"Dia ditawarkan ke sekolah Seoul High school.Alaa yang popular tu.Saya ngan Safi nak dia jadi doktor. Senang,kalau kami sakit boleh la dia tolong jaga"

 

"Wah untung dapat anak yang pandai bukan macam sehun tu.Tau main game je.Naik pening kepala saya pikir pasal masa depan dia.Suho ni pun lagi 3 tahun nak tamat sekolah."

 

Aku menjeling ke arah papa.Mandai-mandai je dia tentukan apa yang aku nak jadi.Kalau aku jadi doktor pun aku takkan jaga korang la.Ramai lagi orang kat luar sana yang perlukan khidmat aku.Aku minta diri untuk naik ke bilik.

 

"Jap Ira,tunjuk la sehun ngan Joomyeon rumah kita ni.Bawak diorang gi halaman belakang.Dengar kata hari ni bulan penuh"

 

"Orang ngantuk la.Esok-esok jela.Selamat malam"

 

*******************************************

Aku melangkah laju keluar dari ruang tamu.Cepat-cepat aku naik ke bilik.Sejujurnya aku langsung tak ngantuk. Aku pun buka tingkap sebesar yang boleh dan terus panjat keluar dan naik atas bumbung.Malam ni bukan bulan penuh biasa.Aku pernah terbaca dalam  buku pelik tapi benar yang mengatakan pada malam 12 Disember, bulan akan mengeluarkan cahaya yang berkilau-kilau tapi hanya untuk beberapa saat.Jadi kesimpulannya jangat kelip mata walau sesaat pun..

 

Tik Tok Tik Tok Tik Tok ..........

 

"Haii...."

 

Aku terkelip mata akibat terkejut dan cepat-cepat aku pandang belakang.Sorang manusia yang entah dari mana jatuhnya duduk kat belakang aku,siap bersila ngan minum cool blog lagi tapi nape aku rasa macam kenal mamat ni.

 

"Ingat saya tak.Awak ngan saya duet dance semalam. Ingat tak?"

 

Aku hanya membisu.Ntah betul ke tak orang ni.Silap-silap si jembalang yang berlakon.Aku pun memalingkan balik kepala dan pandang bulan.

 

"Awak pandang apa tu?Kalau awak tengah tunggu perubahan cahaya bulan yang setahun sekali tu je awak baru je terlepas"

 

Mamat yang aku dah lupa nama dia apa bagitau aku dengan muka selamba badak dia je.Aku kecewa dalam hati dan menyesal layan mamat kulit gelap ni.Dengan kecewanya aku perlahan-lahan turun dengan berpaut pada saluran air masuk dalam bilik.Mamat tu pun dengan muka tembok dia masuk dalam bilik aku.Tak tau adab ke.

 

"Sori sebab saya awak terlepas.Saya tak sengaja"

 

Aku dapat rasakan yang dia betul-betul rasa menyesal dan bersalah.Dengan berat hatinya aku mengeluh.Nak salahkan dia pun dah tak guna.Benda dah jadi.

 

"Takpe bukan salah awak"

 

Aku jawab perlahan dengan harapan dia tak dengar malangnya dia dengar pulak.Dia garu kepala yang tak gatal sebab rasa bersalah yang tebal.Aku pandang mamat arcade tu atas bawah.Kalau pakai sneaker mesti ada bunyi kalau dia panjat bumbung tapi nape aku tak dengar pape bunyi langsung and macam mana dia naiK.Bukan ada tangga pun.Ahh makin dalam difikir makin pening kepala ni.

 

"Awak tak reti nak balik ke"

 

Aku tanya dengan nada menyindir.Dia leh tersengih lagi.

 

"Nak balik la ni tapi sebelum tu saya nak tanya.Awak tak ingat nama saya ke?Jujur?"

 

"Ye,perlu ke saya ingat.Awak bukan sesape dalam hidup saya"

 

Nilah kali pertama aku berborak ngan seseorang dengan mengeluarkan lebih daripada satu ayat.Dia wat muka seposen ngan pura-pura sedih ngan ayat aku yang tajam macam pedang yang boleh menghiris hati dan perasaa  sekalian makhluk di muka bumi ini.

 

"Ouch perit tul ayat awak.Punah hati dan perasaan saya tau tapi takpe disebabkan saya baik hati saya bagitau nama saya lagi.Kali ni jangan lupa.Awak kira beruntung sebab bukan semua orang dapat bercakap dengan saya"

 

Aku buat muka tanda annoying gila.Takde ke lelaki yang tak poyo dalam dunia ni.Semua berlagak bagus.

 

"Well my name is Jongin tapi awak boleh panggil saya kai.Aritu lupa nak tanya,nama awak siapa?"

 

Seboleh-bolehnya aku memang tak nak jawab tapi disebabkan aku meluat dengar dia panggil aku awak awak aku pun terpaksa buka mulut dan bagitau Kamjjong a.k.a kai budak hitam yang baru je aku cipta 0.1 saat tadi.

 

"Ira...."

 

******************************************

 

 

 

 

5 watak utama dah keluar..Tinggal lagi 7 #

  • Suho
  • Kris
  • Luhan
  • D.o
  • Sehun
  • Kai
  • Lay
  • Baekhyun
  • Chanyeol
  • Xiumin
  • Tao
  • Chen
  •  

watak yang seterusnya??? 

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Irakira
Sesiapa yang baca cerita ni dialu-alukan untuk komen.

Comments

You must be logged in to comment
HaniSofiaHana #1
Chapter 19: Authornim~Jebal please update soon this story T_T :'(
amani123
#2
Chapter 19: Author tolong update cerita ni please cerita ni terlalu best
hjkyung #3
Please update~~~~ Daebakkk cite nie
KUROBARAHIME
#4
Chapter 17: SO,IRA NI ANGEL KE?
OR SAMA JENIS DENGAN EXO?BY THE WAY EXO TU EXTRAORDINARY HUMANS KE ATAU ADA NAMA LAIN?
amani123
#5
Chapter 17: update cepat pleas tak sabar nya author aaaaaaaaaaaa ira ada sayap fuyooooooooooo mesti ira terkejut
NizNisrina12 #6
Chapter 17: best!! palli update. daebak lah citer ni
mimi18 #7
Chapter 16: Ur ff so daebak..update juseyo..
This ff make my day..ㅋㅋㅋ
fna_shn #8
Chapter 16: Awak punya cerita memang tak pernah hampakan saya. Jalan cerita yang penuh dengan lawak dan misteri! Keep it up authornim! Update soon~