CHAPTER 23

WHO ARE YOU?

 

Hana terburu-buru menuju ke kelasnya. Dia memegang buku yang baharu dipinjamnya dari perpustakaan dengan erat. DebuKKK!!

Hana terjatuh ke atas lantai ,bukunya bertaburan. Dia mengutip dengan cepat sambil sepasang tangan juga turut membantu. Seseorang menghulurkan buku tersebut kepadanya . Hana menunduk-nunduk tanda terima kasih. Dia terpegun seketika apabila melihat orang itu ialah Chanyeol. 

Chanyeol tersenyum manis kepadanya .

    "Banyak buku yang awak bawa,nak saya tolong.." Hana diam,dia mengeleng dan memandang ke kakinya. 

 Senyuman Chanyeol bertukar suram. 

     "Awak marah kat saya ke? benci?"tanya Chanyeol dengan nada suara yang amat perlahan. Hanya mereka berdua yang boleh dengar. 

Hana menarik nafasnya dalam -dalam. Wajah lelaki itu ditatap. Jantungnya berdegup laju. *Macam ni ke keadaan aku kalau depan lelaki ini...patutke aku beritahu yang aku dah ingat semuanya...tapi,dia dah ada Sica ..aku tak boleh nak rampas,tak boleh..aish...ah!tolonglah..aku tak tahu nak cakap apa sekarang ni..damm it,sekarang aku dah mula rasa dia comel* rungut Hana sendirian di dalam hati. Dia juga berharap agar ada benda yang menganggu . Dan guest what,doa dia termakbur. 

     "Hana!"panggil Chen dan berlari anak kearah Hana dan Chanyeol. 

Chen berdiri di sebelah Hana dan memandang Chanyeol dengan pandangan tidak puas hati. Chanyeol mengenggam penumbuknya erat. 

    "Kenapa tak masuk kelas..dah lonceng dah ni...mari,oppa tolong bawakan..." ujar Chen dan mengambil buku-buku dari tangan Hana. 

Hana tersenyum.

     "Khaja" ajak Chen dan menarik tangan Hana. Mereka berdua berjalan dengan laju menuju ke kelas Hana. 

Chanyeol hanya mampu menahan segala perit di dalam hatinya. Dia menarik nafas dan menghembuskannya. Luhan dan Baekhyun yang dari tadi memerhati datang dan menepuk bahu Chanyeol. 

    "Sabar jelah.."pujuk Luhan. Chanyeol menjeling. Tangan rakannya ditepis dan dia berjalan pergi. 


Mrs Park menunggu di dalam kereta. Menunggu sesi persekolahan tamat. Kelihatan Chanyeol,Kris,Lay dan Baekhyun keluar. Mereka berjalan sama-sama. Langsung tiada senyuman yang menghiasi wajah bersih Chanyeol. Mukanya muram durjana. 

    "Yeol!"panggil Mrs Park dari kereta. Kepalanya dijenguk keluar. 

Chanyeol menoleh kearah suara itu dan melihat ibunya melambai -lambai kearahnya. 

    "Guys,aku gi dulu" ujar Chanyeol dan menuju kearah Mrs Park. 

 Chanyeol masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah ibunya. Cuma satu tempat duduk memisahkan mereka. Mrs Park menyuruh pemandunya memandu. 

     "Pack your stuff" arah Mrs Park ,Chanyeol memandang kearah ibunya.

     "For what?"tanya Chanyeol,tidak faham. 

     "We go to London ,of course" jawab Mrs Park .

      "For what?"sekali lagi Chanyeol menanyakan soalan yang sama. 

Mrs Park menoleh kearah anaknya dan mengusap-ngusap rambut lembut anaknya. 

     "Jessica kan akan operation,so,you as her fiance..mestilah kena setia di sisi dia" terang Mrs Park . Chanyeol membulatkan matanya ,tanda tidak setuju. 

    "Ani~I don't want!!!!"jerit Chanyeol bagaikan kanak-kanak. 


Hana,Jungkook dan J-hope berjalan bersama-sama keluar dari bangunan kelas. Rakan mereka yang lain awal-awal lagi dan lari balik rumah. 

     "Wei,jomlah gi makan aiskrim~"ajak Jungkook sambil menarik-narik tangan J-hope. 

    "Ish,malaslah..banyak kerja rumah nak buat" J-hope menolak Jungkook jauh darinya. Hana hanya menganguk.

Dia hanya diam .Dengar,angguk,senyum dan geleng . Tu ajelah kerja dia. Entah kenapa,dia terasa tak bersemangat macam biasa. 

Tiba-tiba,satu kereta putih mercedes berhenti mengejut dihadapan dorang. J-hope terkejut dan melompat ke atas Jongkook so,jatuhlah kedua -dua lelaki itu. Hana menaikkan keningnya.Chen keluar dari kereta dan tersenyum. 

    "Jom.."ajak Chen. Jongkook dan J-hope bangun. 

Hana memandang kearah rakannya itu yang sedang buat muka comel. Tanda nak ikut. 

    "Boleh tak kalau 2 orang budak ni ikut sekali?"tanya Hana. Jongkook dan J-hope mengalihkan pandangan ke Chen . Meminta simpati. 

Chen tersenyum dan menganguk. Apalagi,berebutlah 2 orang ni masuk ke dalam kereta. Hana hanya tersenyum kecil. 


Mrs Park mengetuk-ngetuk pintu bilik air berkali-kali. 

    "Yeol...palli" 

    "Omma,sakit sangat lah perut ni...boleh tak esok aje.." jerit Chanyeol dari dalam bilik air. Alasan ajer sebenarnya.

Chanyeol bermain telefon bimbitnya di dalam bilik air. Mrs Park mengeluh. Tiba-tiba,lonceng rumah berbunyi. Mrs Park membuka pintu dan melihat Exo berdiri tegak sambil tersenyum hormat. Kali ini,Chen pun ada sekali. Ini semua sebab Lay angkut dia . Kalau tak ,memang lebih baik dia pergi pejabat. 

Mrs Park dengan hati yang tak rela menjemput kesemua rakan anaknya itu masuk.  

     "Duduklah dahulu,biar ahjumma suruh maid buatkan air" pelawa Mrs Park dan meninggalkan Exo di ruang tamu. 

Chanyeol yang mendengar suara bising rakannya ,apa lagi cepat-cepat dia keluar. 

    "Haiks,dah tak sakit perut ke?"tanya Mrs Park dengan nada perli. Chanyeol tersenyum sumbing dan berlari ke ruang tamu. 

Mulalah ,rumah itu bising dengan suara dorang yang dah macam monyet keluar hutan . Bising gila. Chen pula tak berminat nak buat bising. Dia sibuk tengok album-album lama Chanyeol dengan Exo. Dia tersenyum setiap kali muka dia muncul. Berpose dengan Chanyeol dengan nada pelik. 

Maid datang dan menyediakan minuman untuk mereka. Belum sempat Chanyeol mempelawa kawan-kawannya,air itu dah diserbu terlebih dahulu. 

Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Mrs Park sudah masuk tidur. Manakala Exo pula sibuk cari Cd untuk ditonton. Chanyeol mengambil tempat duduk di sebelah Chen. 

    "Kau masih tak nak kawan aku ke?"tanya Chanyeol serba salah. 

    "Kita bukannya budak lagi,nak gaduh-gaduh" jawab Chen dengan cool-nya. 

Chanyeol diam. Dia sedang memikirkan sesuatu. Chen sedang memegang gambar dia dan Chen berpose bersama sewaktu mengambil anugerah di sekolah rendah. Dia tersenyum. 

*Mungkin aku patut beri ajer Hana untuk kau...Ya,aku memang tak layak untuk Hana,hanya kau untuk dia...mungkin Hana bukan takdir untuk aku...*fikir Chanyeol. Dia mengalah,mungkin inilah masanya untuk dia pula yang mengalah kepada Chen yang sememangnya banyak kali mengalah dengannya. 

    "Betulke kau serius dengan Hana?"tanya Chanyeol. Chen memandang Chaneyol dengan ekor matanya . 

     " Perlu buktike?"tanya Chen semula. Chaneyol ketawa kecil dan mengeleng. 

     "Ani~...It's okay...aku...aku..mengalah,Hana tak akan pernah mencintai aku,selama-lamanya...dia bukan untuk aku,dia bukan takdir aku,dia takdir kau Chen...Jagalah dia dengan baik ya" Chanyeol suedah tidak dapat menahan sebak di dalam hatinya. Air matanya mengalir. 

Exo yang sedang sibuk berebut memilih Cd memandang kearah Chanyeol dan Chen. Masing-masing diam. Memahami apa yang berlaku. 

Chanyeol mengesat air matanya. Dia bangun dan menuju ke biliknya. Meninggalkan tetamunya begitu sahaja. Tak ada apa yang perlu disedihkan lagi. Dia yakin,yakin..Inilah perkara yang terbaik buat Hana. Walaupun bukan untuk dia. Sekurang-kurangnya dia sudah dapat membahagiakan dua orang sekaligus. 

Chanyeol membuka almarinya,bajunya dicampak keluar. Disumbat ke dalam beg. Jaket dan topi wolf yang disimpan di tempat khas direnung lama dan tersenyum tawar. Dia menyimpannya di dalam satu kotak biru laut.Dia membuka laci yang tersimpannya surat-surat cinta Hana. Diambil kesemuanya dan disimpan juga ke dalam kotak. Dia menulis sesuatu di atas penutup kotak itu. 

Setitis demi setitis air matanya jatuh . Dia mengelap dengan pantas apabila melihat Baekhyun dan D.O masuk. 

     "Kau nak pergi mana?"tanya D.O pelik. Chanyeol diam. Kedua kawannya itu duduk di sisinya dan memeluknya. 

     "Perit sangat ke?"tanya Baekhyun. 

     "Aku..aku kena pergi London.."jawab Chanyeol. Baekhyun dan D.O memandang sesama sendiri. 

     "Ke..kenapa?"tanya Baekhyun. 

 Chanyeol menceritakan semuanya. Baekhyun dan D.O diam. 

      "To..tolong jaga Hana sepanjang aku tak ada,beri dia kotak ni...cakap dengan dia ,walau apa pun ,aku nak dia tahu..aku amat mencintai dia,beritahu dia walaupun kau dah lupakan aku,aku tetap inginkan diri kau.." ujar Chanyeol dan menangis tetapi segera ditahannya. 

Dia ketawa bagi menyembunyikan tangisannya.Exo yang mengendap dari luar turut mengalirkan air mata. Chen tidak tahan. Dia berlari keluar rumah dan menunggang motornya laju . 

Chanyeol dipeluk oleh rakannya. 

     "Is that mean,hyung akan tinggal sana selamanya?"tanya Sehun. Chanyeol mengangkat bahu. 

     "Maybe.." dia tersenyum pahit dan mengemas bajunya. 

Tiba-tiba,Mrs Park yang baru tersedar dari tiduk masuk ke dalam.

     "Honey,cepat..Sica dah mengamuk..dia perlu pembedahan segera" beritahu Mrs Park tergesa-gesa.      "Malam ni.."Mrs Park menganguk dan keluar.

Chanyeol memandang rakan-rakannya.

     "Lama ke?"tanya Kris pula.

     "Aku tak tahu,appa suruh aku ambil syarikat kat sana..maybe selama-lamanya.." balas Chanyeol.

    "What?macam mana dengan sekolah"tanya Kai pula.

     "Sekolah sana" ujar Chanyeol lemah.

Masing-masing diam.


Hana bergolek-golek diatas katil kerana tak dapat tidur. Setiap kali dia tutup mata,wajah lelaki itu muncul mengacau. Dia menampar dirinya berkali-kali. Menyedarkan diri sendiri. Akhirnya ,dia bangun dan membasuh muka. Dia melihat wajahnya berdasarkan pembalikan cermin. 

 Rambut berserabut,mata kuyu,semuanya dah macam orang putus cinta. 

     "Aish,Hana..nonono..tak boleh,arraso!kau tak suka dia...tak!!!"Hana mengingatkan dirinya sendiri. 

Chan Sik mengetuk pintu bilik air dengan kuat berkali-kali. 

      "Apa?"tanay Hana sebaik buka pintu bilik air. 

     "Chen oppa nak jumpa,palli " beritahu Chan Sik dan menolak Hana keluar rumah. 

Kelihatan Chen menunggu di luar rumah,di sebelah motornya. Hana dengan perlahan berjalan kearah Chen dengan senyuman terukir di wajah. Tanpa sempat bersapa,Chen mencampakkan topi keledar dan menyuruh naik. 

Hana tercengang. Tidak bergerak sehinggalah Chen menarik tangannya menyuruh naik. 

     "Oppa!saya belum salin baju lagi" Hana menyuruh Chen berhenti tetapi Chen hanya memekakkan telinga. Hana mencebik,melihat dirinya yang berpakaian pyjamas rabbit pink. 


Chanyeol dan ibunya serta rakannya sampai di Seoul Airport. Menunggu flight peribadi mereka sampai. Chanyeol tidak keruan. Hatinya berat ingin meninggalkan Korea. Tempat kelahirannya. Dan yang paling penting,GONG HANA.

  Mrs Park sibuk berhubung dengan suaminya di London. Sesekali dia menjeling kearah anaknya yang tidak tahu diam. Dia mengelengkan kepalanya.

 

Chen memakir motornya ikut sedap hati ajer di hadapan pintu Airport. Hana melihat keadaan sekeliling. Dia turun begitu juga Chen. 

     "Kita buat apa kat sini?"tanya Hana konfiuse. Seratus peratus. Dia memandang Chen. 

    "Chanyeol akan berlepas ke LONDON.."terang Chen .

Mata Hana membulat sebsar-besarnya. 

     "What!!!!!!!!????"jeritnya ,hampir bergegar airport itu jadinya. 





 

 

So,readers..macam mana?ok tak?

Hihihihi..dalam chappie ni,authornim tekankan sikit pasal friendship 

sebab ini ada berkaitan dengan Authornim tapi bukan maksudnya tentang berbut lelaki.. No way!!!hahhaha

See next chappie... :) *throw 1000 hearts..hahaha lolz..*

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
terfikir nak buat citer baru..tak tahu lagilah..anyways...baca sampai habis ye!!!

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 33: Siyes citer ni best. Jalan citer dia mmg menjadi. Lg2 part yg hana hilang ingatan tu
miss_almond #2
Chapter 33: SUMPAH AWESOME !!!!! tp part English tu... maybe bole diperbaiki . pape pn mmg BEST
misz_dina #3
Chapter 34: ^o^.mmg daebaklah authornim.congrats
Just_meand_you #4
Chapter 34: Best storyy lohh!
AhSongyi #5
Chapter 33: (Baru habis baca sekali lagi selepas membaca cerita ni selama 5 jam)
Weee.
Tapi kadang-kadang baca dwibahasa akak..
"Aduhai. Banyaknya kesilapan ejaan. Kalau cakap terus terangan, kecil hati karang.. Hmm.. Takpe, asalkan faham"
Hehehe. Tapi mak Hana sakit apa ekk? Tak bagitahu pun. o_o
___syuhada
#6
Chapter 33: sorry but mak hana sakit apa?
and pinggang mak siapa kat siapa tu?
secret_admire #7
Chapter 33: seriously.. citer ni memang awesome.. daebak! ^^ happy ending...
ShiningStar99 #8
Chapter 33: The ending was soooo daebakk! Thumbs up! ^^
kaiyeol567
#9
Chapter 33: Best giler ........ sian Mr Jung alone
Overdose_Kpopers
#10
Chapter 33: Oh My Gud! sweet giler chapter akhir ni...huahh nk nangis sbb gembira or lebih tepat sbb terharu..good job!