CHAPTER 17

WHO ARE YOU?

Baekhyun dan Suho memasuki bilik Chanyeol. Kelihatan empunya bilik sedang duduk di atas katil sambil leka bermain laptop. Baekhyun menerjah Chanyeol dari belakang membuatkan kawannya itu menjerit. 

    "Yah!"Marah Chanyeol seraya menutup laptopnya . Menyembunyikan laptopnya dengan pantas di bawah bantal. 

Baekhyun hanya tersengih. 

     "Apa yang kau tengok sampai leka?tak sedar kitaorang masuk"Tanya Suho dan duduk di sebelah Chanyeol. 

    "Ani~..tak ada apa-apa pun" nafi Chanyeol. Baekhyun dengan sengihannya merampas laptop Chanyeol dari bawah bantal. 

    "Profil pelajar SM HIGH??"Kening Baekhyun berkerut . Chanyeol mengigit bibir. 

    "Kenapa kau baca ni semua?"Tanya Suho pula. 

    "..Errr..esok hari jadi Hana.."balas Chanyeol. Baekhyun dan Suho saling bertukar pandangan. Mereka langsung tidak tahu.

     "So?"tanya Baekhyun tidak faham. Selama ini ,tidak kira hari jadi sesiapa di sekolah mereka,Chanyeol tak pernah ingin amik tahu.

     "Aku nak beri dia hadiah.."Suho menganguk faham begitu juga dengan Baekhyun. 

Mereka bangun dan berdiri tegak seperti askar dihadapan Chanyeol. 

     "Jom pergi beli hadiah!!!" sorak Baekhyun keanak-anakkan. Chanyeol tersenyum. Bersyukur kerana rakannya faham dan tak banyak soalan. Dia berlari menuju ke bilik air untuk menyiapkan diri. 

Suho melihat kearah jam tangan yang dipakainya. 12.00 tengah hari. 

      "Dia belum mandi?"Baekhyun tergelak. *Woahahaha..cupid cinta dah terkena pada Yeollie~*bisik hati Baekhyun.


Hana menyelak-nyelak helaian surat khabar yang baru dibelinya pagi tadi. Langsung tiada iklan kerja kosong. Dia mengurut-ngurut lembut kepalanya. 

      "Apa yang nuna baca?"Tanya Chan Sik dan duduk di sebelah kakaknya. Ibunya sudah pergi ke pasar untuk membeli barang dapur. 

      "Kerja..."Jawab Hana pendek. Chan Sik menganguk faham. Dia bangun lalu berlari anak ke biliknya. Kembali dengan sehelai kertas kuning lalu diberi ke Hana. 

Hana mengambil dan membacanya.

     "Tukang cuci?"Chan Sik menganguk. 

     "Yup,kita boleh kerja dua orang" Cadang Chan Sik. Hana diam. Memikirkan kerja yang akan dibuatnya nanti . Dia kemudian bersetuju dengan cadangan Chan Sik. Esok,dia akan pergi ke pejabat itu untuk memohon kerja. 

Puan Gong masuk dengan membawa banyak barang dapur. Terlalu banyak. Hana memandang ibunya. 

     "Banyaknya" Puan Gong memberikan senyuman bermakna dan masuk ke dalam dapur. Chan Sik juga tersenyum. Dia bangun dan membantu ibunya mengemas barang. Hana menggaru-garu kepala. 


Esoknya,Hana pergi ke sekolah seperti biasa. Di rumah dia langsung tidak menjumpai ibu serta adiknya. Sunyi begitu juga di sekolah. Dia berjalan di koridor sambil matanya meliar mencari sesusuk tubuh tetapi langsung tiada. Bagaikan tinggal dia seorang pelajar di SM HIGH itu. 

 Hana memusing seluruh sekolah. Peluh membasahi badannya. Dia memasuki makmal,bengkel,taman sains,stor,kantin dan banyak lagilah senang kata. Almaklumlah sekolah dia tu terlalu besar.

  Hana putus asa,dia duduk di bangku taman sains sambil memerhati kawasan sekeliling. Dia langsung tidak terasa asing di situ. Bagaikan dia sentiasa berada di situ. 

     "Erm...mana dorang semua pergi..kena culik makhluk asing ke apa?"Getus Hana sendirian . Dia kemudian teringat akan gelangang bola keranjang yang belum diterokai lagi. Segera dia bangun dan berlari ke tempat itu. 

 

Ketika itu,Chanyeol sedang sibuk mengantungkan belon-belon di saat akhir. Mereka semua kelam kabut mengemas barang yang bersepah di atas lantai. Suga sedang terhendap-hendap di belakang pintu gelangang bola keranjang. 

Matanya dikecilkan apabila melihat seseorang datang dekat. "Dia sampai~"bisik Suga . Apa lagi,huru hara jadinya pelajar SM HIGH bersembunyi. Semuanya sudah sedia untuk memberi kejutan seperti yang dirancang Chanyeol.

Sebaik pintu gelangang ditolak,Hana dikejutkan dengan bunyi belon pecah. SEmua pelajar SM HIGH menyerbunya sambil menyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY. Hana pula masih dengan muka poker yang tak tahu apa-apa. 

Dia melihat kek di hadapannya. 

      "Majlis apa ni?'Tanya Hana pelik. 

Ketika Chanyeol ingin mara,Chen cepat-cepat menjawab. 

      "Your birthday,princess.." 

*my birthday....Betulke ni..kenapa aku tak ingat hari jadi sendiri..entah-entah dorang sajer je nak kenakan aku..*bisik hati Hana was-was. Dia memandang semua pelajar yang mengelilinginya. 

     "Potonglah kek!" jerit Xiumin di belakang Kris. Trlompat-lompat dia memandang kek hari jadi tu. 

Hana masih dalam keadaan konfius. Dia tidak berganjak. Dia sedaya upaya cuba mengingati tetapi apa yang dia ingat hanyalah cahaya yang terang benderang menuju kearahnya dan .....hitam...Dia tidak dapat mengingat lagi. Dia melihat kearah setiap sudut gelangang. Sangat ,sangat biasa dengannya. Seperti tempat itulah menyimpan banyak kenangan memori tetapi satu pun dia tidak dapat ingat. 

Kepalanya terasa perit. Seperti dicengkam. Dia jatuh,kedengaran bunyi dia dimarah,disindir dan menangis memenuhi kotak ingatannya. Semakin cuba diingat semakin sakit kepalanya. Chanyeol merapatinya. 

     "Kenapa?"tanya Chanyeol risau. Hana memandang lelaki itu. Dia memejamkan matanya.

~~~~"Diamlah monyet..pergi sana jangan kacau aku!"

        "Huh,sedarlah siapa kau..jangan harap aku akan suka kat kau"

         "Jangan sentuh aku dengan tangan jijik kaulah!"

Hana menolak Chanyeol. Dia bangun ,sekarang dia tahu. Lelaki itu banyak menyakitinya. Tetapi ingatannya masih belum pulih sepenuhnya. Dia masih tertanya-tanya,kenapa lelaki itu memarahinya,adakah dia kenal lelaki itu. Persoalan itu masih belum terjawab. 

Hana pening. Kepalanya berpusing. Dia segera berlari keluar sambil Chen mengejarnya dari belakang. Chanyeol masih tidak berganjak. 

 

 Hana berlari selaju yang boleh. Masih terawang -awang perkataan sindiran,marah dan banyak lagi. Dia jatuh dan pengsan. Chen bergegas kearahnya. 

  

      "Nampaknya,Hana terlalu memaksa dirinya untuk mengingati kembali kenangan lamanya...perkara ini akan membahayakan dirinya.." terang Doktor yang telah membedah Hana pada kemalangan yang lepas. 

Puan Gong menganguk. Chen menoleh kearah Hana yang sedang diberi air oleh jururawat bertugas. 

      "Jadi saya harap jangan memaksanya untuk mengingati kenangan lepas...itu untuk kebaikannya.." 

      "Saya akan pastikan" tegas Chen. Doktor itu meminta diri. Dia keluar bersama jururawat yang memberi Hana air. 

Puan Gong mengusap rambut Hana.

      "Dah okay?"Tanya Puan Gong. Hana menganguk. 

     "Hana nak balik.." ujar Hana. Puan Gong menganguk. 

 

Chanyeol megejar doktor yang baru keluar dari wad Hana. Doktor itu berhenti dan tersenyum memandang Chanyeol. 

     "Yes?"

    "Adakah pesakit tadi okay?"Tanya Chanyeol cemas. 

    "Oh Gong Hana? erm...dia okay cuam kepalanya mengalami sedikit tekanan kerana terlalu memaksa untuk ingat kenangan lepas" Chanyeol diam. 

    "Adakah dia tak akan ingat benda yang lepas sampai bila-bila?"Tanya Chanyeol. 

    "Bergantung,..mungki boleh tetapi bukan cara memaksa...encik boleh bawa Hana ke tempat yang paling berbekas padanya ataupun beri dia barang yang baginya berharga" cadang doktor itu dan berlalu pergi. 

Chanyeol menyandarkan dirinya ke dinding. *Benda yang berbekas?...kek?*fikirnya. 


Hana dan Chan sik bersungguh-sungguh membersihkan cermin-cermin  syarikat besar itu. Badanya sakit kerana terpaksa membongkok ketika mengemop lantai. 

Chan Sik duduk di atas tangga memerhati kakaknya yang amsih tidak tahu penat mengelap. Sekarang sudah tengah malam dan mereka masih belum rehat sejak pukul 10.00 malam tadi. 

     "Nuna,rehat lah kejap" Hana tidak endah. Dia terus bersih dan membersihkan tingkap yang besar itu. 

Chan Sik mengeluh,dia baring di atas tangga itu dan tidur. 

 

Lay mengunci pintu bilik studio itu. Dia berjalan menuju ke pintu lif . Tangannya sudah kebas kerana terlalu lama bermain piano. 

     "Hana"Panggil Lay apabila melihat seorang perempuan sedang terlompat-lompat membersihkan tingkap. Hana berhenti dan menoleh belakang.

Matanya besar sebaik melihat Lay berdiri kaku. 

   

Hana menghirup kopi yang dibeli Lay dari mesin kopi berdekatan. Mereka duduk di tangga . bersebelahan tempat Chan Sik tidur.

     "Siapa korang sebenarnya?"tanya Hana selepas diam beberapa minit. 

LAY memandang Hana .

     "Oranglah apa lagi" balas Lay lurus bendul. 

Hana mengeluh,

    "Ani~I mean,friends or what?"Tanya Hana lebih jelas. Lay membulatkan mulutnya bentuk 'O'. 

    "Okay,biar aku terus terang memandangkan kita 2 orang je sekarang ni" 

    "Kitaorang ni buka rakan rapat kau..yeah,,cuma Chen maybe....kau tak pernah ada kawan dan kau suka...."kata-kata Lay terhenti apabila telefonnya berdering menandakan mesej masuk. 

Dia meminta diri sebaik selesai membaca mesej dari unknown(hihihi..tak akan tu pun nak beritahu kan)


Selepas kejadian dia pengsan hari itu,Hana lebih suka bersendiri. Dia cuma bercakap dengan Chen,Bomi dan geng BTS ajer. Chanyeol pula semakin tak tenteram. Mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang. Aish...lama -kelamaan agaknya mata dia dah kalahkan Tao agaknya. 

Chanyeol kini semakin kerap mengekori Hana secara sembunyi-sembunyi. Kira stalker lah boleh gelar dia ni. Apabila dia ingin dekat ajer dengan Hana mesti Hana akan tendang dia,pukul dia,marah dia,lari dari dia dan macam-macam lah lagi. 

Hana memandang  surat cinta yang baru diterimanya. Dia merenung surat itu bagaikan matanya boleh menembusi benda tu lepas tu baca. Bomi dan BTS datag menerjah dia. 

      "Hah!surat cinta lagi ke?"ujar J-hope seraya mengambil surat cinta yang bewarna biru itu. 

     "Ish kalau aku jumpa siapa yang berani kacau princess aku ni..siap aku pijak-pijak dia bila dah penyek" V melepaskan geram.

      "Yang kau ni beria-ria sangat ni kenapa? kau jeles ah tu" Ujar JungKook. V memuncungkan bibir. 

       "Mana ada!"Nafi V 

Hana menarik nafas. Dia mengambil surat cinta itu semula dan mengoyakkannya . 

      "Aku malas lah.."rungut Jin. Semua menoleh kearahnya yang sedang melentokkan kepala ke bahu Jimin. 

     "Malas apa?"Tanya mereka serentak. 

    "Sains..makmal.." Ujar Jin menguap. Serentak itu mereka semua mengeluh. 

     "Dah..dah..jomlah pergi Makmal nanti bisng pula Miss Yuri" ajak Bomi . 

Mereka keluar kelas. Langakh Hana terhenti ,dia terasa seprti diperhati. Dia menoleh dan tiada sesiapa. Bulu romanya meremang. 

     "Wei Hana!"Panggil Rap Monster. Hana membiarkan sahaja. Dia berlari kearah rakan-rakannya. 

 Chanyeol mengutip cebisan-cebisan kertas yang bertaburan di lantai. Dia mengengam tangannya. 

    "Hey chingu,cukuplah...kau nak buat Hana merana lagi ke?biarlah dia hidup tenang...aku suka kehidupan dia sekarang ni..dia dah ada friends sekarang..." Chanyeol menoleh dan melihat Chen tersenyum sinis. 

    "Apa masalah kau ha?"

    "Sekarang baru kau nak menyesal kan..huh.dah terlambat bro.." Chanyeol sudah tidak tahan. Dia ingin melepaskan tumbukan tetapi ditahan Kris yang baru sampai bersama yang lain. 

     "Apa hal ni?"Tanya Luhan. Cuba menenangkan suasana yang tegang. 

Chen dan Chanyeol tidak bersuara. Masing-masing dengan perasaan sendiri. 

     "Aku tak akan beri kau peluang keemasan ini..."ujar Chen akhirnya.

Baekhyun menepuk tangan tanda faham.

     "Wait Chen kau suka Hana?kenapa tak tahu?"Tanya Beakhyun. Akhirnya semua ahli exo sudah faham . Mereka masing-masing diam. 

     "Aku sokong kau Chen" ujar Luhan mengejutkan semua. 

Chanyeol memandang tajam kearah Luhan. Luhan menarik nafas. 

     " Ni pendapat hyung je.aku dah tak sanggup lagi tengok kau malukan Hana,kau tak peranh hargai dia dan sekarang kau nak balik kat dia sedangkan kau dah ada Sica. ...ap salahnya kau mengalah..." Luahn memberi pendapat. 

      "Aku setuju..yeol,sorrylah bro..aku cuma rasa ...." Kata-kata Kris terhenti apabila Chanyeol memintas. 

     "Fine!tak ada siapa yang berada di pihak aku.." Marah Chanyeol. Dia berlalu meningalkan tempat itu deangan hati yang perit,. Kawan-kawannya sendiri tidak menyokongnya. Dia tiada sesiapa lagi. 

     "Ni yang terbaik untuk dia sedar..Chen kau betulke suka hana?"Tanya Baekhyun meminta kepastian. Chen hanya tersenyum. dia berlalu pergi tanpa jawapan. 

     




 

Yeah,finally..my Internet already going fast...

:)HAPPY MOOD...

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
terfikir nak buat citer baru..tak tahu lagilah..anyways...baca sampai habis ye!!!

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 33: Siyes citer ni best. Jalan citer dia mmg menjadi. Lg2 part yg hana hilang ingatan tu
miss_almond #2
Chapter 33: SUMPAH AWESOME !!!!! tp part English tu... maybe bole diperbaiki . pape pn mmg BEST
misz_dina #3
Chapter 34: ^o^.mmg daebaklah authornim.congrats
Just_meand_you #4
Chapter 34: Best storyy lohh!
AhSongyi #5
Chapter 33: (Baru habis baca sekali lagi selepas membaca cerita ni selama 5 jam)
Weee.
Tapi kadang-kadang baca dwibahasa akak..
"Aduhai. Banyaknya kesilapan ejaan. Kalau cakap terus terangan, kecil hati karang.. Hmm.. Takpe, asalkan faham"
Hehehe. Tapi mak Hana sakit apa ekk? Tak bagitahu pun. o_o
___syuhada
#6
Chapter 33: sorry but mak hana sakit apa?
and pinggang mak siapa kat siapa tu?
secret_admire #7
Chapter 33: seriously.. citer ni memang awesome.. daebak! ^^ happy ending...
ShiningStar99 #8
Chapter 33: The ending was soooo daebakk! Thumbs up! ^^
kaiyeol567
#9
Chapter 33: Best giler ........ sian Mr Jung alone
Overdose_Kpopers
#10
Chapter 33: Oh My Gud! sweet giler chapter akhir ni...huahh nk nangis sbb gembira or lebih tepat sbb terharu..good job!