CHAPTER 12

WHO ARE YOU?

Hana memandang sekeliling rumahnya. Puan Gong,Chan Sik serta ahli exo semuanya tersenyum memandangnya yang bagaikan baru kali pertama masuk. 

    "Ini rumah siapa?"Tanya Hana kepada ibunya. 

    "Rumah kamu Hana,rumah yang kamu tak nak berganjak walau apa-apa pun terjadi..rumah yang banyak memberikan kenangan manis ,pahit keluarga kita" Terang Puan Gong panjang lebar,berharap agar Hana akan ingat .

Hana tetap tidak mengingati apa-apa. Dia tetap dengan muka pokernya. Muka yang tiada perasaan. 

     "Errr....ahjumma,apa kata biar saya yang masak,ahjumma bolehlah tolong Hana benda yang dia tak ingat" Ujar D.O yang sudah gian ingin masak. Matanya menjeling kearah dapur. Puan Gong menghembus nafas lemah, dia tersenyum dan menganguk. 

D.O tersenyum. Dia menarik Lay dan Kai bersamanya. Xiumin pula mengekor daripada belakang. 

Hana mendekati bingkai-bingkai gambar yang tertayang diatas meja . Dia mengambil salah satu daripadanya.Kelihatan 4 orang ahli keluarga sedang bergambar bersama sambil senyuman terukir di wajah masing-masing. Hana memegang wajahnya . Mukanya sama dengan gadis yang berada di dalam gambar itu. 

     "Hana,mari ....omma tunjukkan bilik"Panggil Puan Gong lembut sambil membuka pintu bilik Hana. 

Hana memasuki biliknya yang sememangnya kemas dan mempunyai banyak gambar Chanyeol. Dia terasa  dirinya amat asing . Direnungnya poster yang tertampal besar di dinding atas kepala katilnya. Dia cuba mengingati wajah lelaki itu tetapi tidak berjaya. Hanya mengundang sakit kepala yang amatlah sangat. 

    "Ahjumma,so this is my room?"Tanya Hana . Perkataan omma masih tidaka dapat dibiasakan. Puan Gong hanya menganguk. Hatinya terasa sedikit perit apabila anaknya sendiri tidak memanggil dirinya sebagai 'ibu'

Exo masuk dan mulut mereka membulat besar apabila melihat banyak gambar Chanyeol menghiasi bilik gadis itu. Tiba-tiba Hana tanpa perasaan mengoyakkan gambar-gambar tersebut. Dikoyakkan dan dironyokkan lalu dibuang ke dalam tong sampah. Exo hanya memerhati dengan perasaan terkejut. 

    "Ah~laparnya ,jom makan" Ajak Hana dan keluar bilik. Exo memandang satu sama lain. 

    "Betul ni,kita kena simpan rahsia yang Hana menyukai Chanyeol,ayoyo..aku dah rasa macam dalam drama dah" ujar Kris disetujui oleh yang lain. 


Hana berjalan masuk ke dalam sekolah sambil ditemani Chen dan Sehun. Semua pelajar berbisik memandang kearahnya. 

    "Korang pergilah,aku nak pergi tandas kejap"Ujar Hana . Chen dan Sehun menganguk lalu menunjukkan laluan ke tandas.

Masa rehat sudah bermula,Hana tidak seperti biasa. Selalunya dia bergegas menuju ke kelas Chanyeol tetapi kali ini pula,dia lebih cenderung membaca buku . Rakan-rakan sekelasnya mencuri pandang kearahnya dengan perasaan hairan. 

     "Hey,kau tak pergi jumpa Chanyeol sunbae ke?"Tanya Jin yang tiba-tiba datang. Kali pertama dia bercakap dengan gadis itu. Hana menoleh kearahnya . 

      "Chanyeol?siapa tu?"Tanya Hana tidak kenal. 

V menolak lembut bahu  Hana sambil tergelak kecil. 

       "Eleh,tak payahlah buat tak tahu..poyo ah kau ni" Hana hanya menjeling. Dia tidak mahu ambil tahu dan terus membaca bukunya semula. 

V dan Jin berpandangan. Masing-masing mengangkat bahu. TIba-tiba,seorang gadis datang dan menjumpai Hana. 

       "Hana,cikgu nak jumpa.."Beritahu gadis itu dan terus pergi. V dan Jin memandang Hana. Hana bangun dan menyimpan bukunya di dalam poket jaket. 

Dia berlalu keluar kelas dan menuju ke bilik guru merujuk kepada peta yang diberi Suho semalam. Dia menaiki tangga. 

Chanyeol masih di dalam kelas. Enggan berganjak. Baekhyun dan Luhan tidak henti-henti mengajaknya keluar tetapi dia masih tidak mahu. Dia duduk di tempat cikgu  di sudut hadapan kelas sambil berbual-bual dengan rakannya. Sesekali dia menjeling keluar kelas.

  *Ish mana monyet ni,,selalunya dia dah bawa makanan..aish cepatlah,perut aku dah berbunyi ni*runggut hati Chanyeol dan pada waktu itulah Hana berjalan melintasi kelasnya. Langsung tidak memandang kearahnya. Dia sedikit terkejut. 

Hana membuat muka pou sebaik sahaja menyedari dirinya sesat. "Ish,kenapalah besar sangat sekolah ni,menyusahkan betul"Rungutnya sendirian. Dia kemudian teringat akan kelas exo. Dia berjalan kembali dan menuju ke kelas exo. 

Chanyeol mengigit bibir. "Kembali...kembali..kembalilah..."Dia bercakap sendirian. Rakan-rakannya memandang pelik. Hana muncul di hadapan kelas. Chanyeol tersenyum lebar tapi cepat-cepat dia sembunyikan. 

Hana berjalan mendekatinya. Chanyeol sudah bersedia dengan lakonanya. 

      "Mana Chen?"Tanya Hana tanpa perasaan kepada Chanyeol. Chanyeol masih tidak menjawab. Dia terkejut memandang Hana yang tidak seperti dulu. Terjerit-jerit dan terlompat-lompat menjumpainya. 

      "Yah!mana Chen?"Tanya Hana lagi sekali sambil mengibas-ngibas tangannya di hadapan Chanyeol. 

Chanyeol menunjuk ke arah belakang kelas. Kelihatan Chen sedang leka berbual dengan Tao dan Suho. Hana tersenyum,dia berterima kasih dan berlari kearah Chen.

Mereka berdua keluar kelas. Chanyeol masih tidak berhenti memerhati. Masih tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku.

   *Apa yang berlaku?ada yang tak kena ke?Chen dah couple dengan Hana ke?kenapa dia tak beritahu?kenapa aku rasa lain?*Bisik hati Chanyeol. Pelbagai soalan bermain di dalam fikirannya. 




 

 

 

 

 

Soryy kalau pendek,hihihi..update sebelum pergi sekolah..

Tu yang terburu-buru,mata asyik tengok jam ajer..

But promise akan update panjang lebar kalau cuti/ada masa..

Btw,thanks for all the readers... *give heart*

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoticsNinspirit
terfikir nak buat citer baru..tak tahu lagilah..anyways...baca sampai habis ye!!!

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 33: Siyes citer ni best. Jalan citer dia mmg menjadi. Lg2 part yg hana hilang ingatan tu
miss_almond #2
Chapter 33: SUMPAH AWESOME !!!!! tp part English tu... maybe bole diperbaiki . pape pn mmg BEST
misz_dina #3
Chapter 34: ^o^.mmg daebaklah authornim.congrats
Just_meand_you #4
Chapter 34: Best storyy lohh!
AhSongyi #5
Chapter 33: (Baru habis baca sekali lagi selepas membaca cerita ni selama 5 jam)
Weee.
Tapi kadang-kadang baca dwibahasa akak..
"Aduhai. Banyaknya kesilapan ejaan. Kalau cakap terus terangan, kecil hati karang.. Hmm.. Takpe, asalkan faham"
Hehehe. Tapi mak Hana sakit apa ekk? Tak bagitahu pun. o_o
___syuhada
#6
Chapter 33: sorry but mak hana sakit apa?
and pinggang mak siapa kat siapa tu?
secret_admire #7
Chapter 33: seriously.. citer ni memang awesome.. daebak! ^^ happy ending...
ShiningStar99 #8
Chapter 33: The ending was soooo daebakk! Thumbs up! ^^
kaiyeol567
#9
Chapter 33: Best giler ........ sian Mr Jung alone
Overdose_Kpopers
#10
Chapter 33: Oh My Gud! sweet giler chapter akhir ni...huahh nk nangis sbb gembira or lebih tepat sbb terharu..good job!