Mari memasak bersama Chef Minwoo + checking day

The Love of Brutal Girl

Aliah bangun sebab Minwoo ketuk pintu bilik dia macam tak pernah jumpa pintu.

"Kejap lagi aku bangunlah !!" Aliah memarahi Minwoo.

"Masalahnya kejap lagi dyorang datang. Kau masak pon tak !" Minwoo berkata.

"Eishh. Bsing lah.. Ye ye aku nak mandi !" Aliah menguap. Dia turun daripada katilnya. Bukak langsir balkoni dan kemudian membuka pintu balkoni. Dia menguap besar.

"Hai.." Tiba-tiba ada suara daripada bawah. Aliah memandang rumah sebelah.

"Hai.." Aliah melambai tangan pada sorang budak perempuan yang comel tu. Dia sedang memeluk teddy bear.

"ALIAH !" Minwoo menjerit . Aliah terkejut.

"YEWWW Aku datang " Aliah sempat melambai ke arah budak itu sebelum masuk bilik air.

----- Ke dapur -------

"Nak buat lauk ape?" Aliah menyoal sambil ikat rambut. Minwoo menyerahkan apron kepada Aliah. Aliah memakai apron tersebut.

"Hurmmm.. Kau rasa apa yang sesuai?" Minwoo menyoal.

"Aku manalah memasak. Mana aku tau ." Aliah kata.

"Hish. Ade wife pon tak leh harap ." Minwoo terang-terang mengutuk.

"Amboi. Macam lah kau tu boleh diharap sangat." Aliah berkata.

"Aku.. Malas.. Nak ... Bertekak !.. Masak yang biasa aje lah.." Minwoo kata.

"Kau pergi masak nasi." Minwoo mengarah Aliah masak nasi. Terkulat-kulat Aliah pegang periuk nasi. 

"Apa yang kau tercegat tu?" Minwoo menyoal.

"Err.. Guna ape?" Aliah menyoal. Minwoo menepuk dahi. Ini memang pure brutal betul.

"Nampaknya bertimbunlah kerja aku." Minwoo berkata dalam hati. Dia berjalan ke arah Aliah dan mengambil periuk tersebut.

"Meh sini aku ajr." Aliah angguk. Minwoo menyerahkan satu buku nota kecil untuk dia salin

"Ni cup kecil . 1 cup ni bermaksud 1 pot so jadilah 1 pot nasi. Tapi 1 pot nasi tu sikit sangat. Disebabkan ramai yang nak datang,kita masak dua kali nasi sebab kita tak ada periuk nasi yang besar tu. So kita masukkan 5 cup a.k.a 5 pot beras dalam periuk ni. Ada faham?" Minwoo menyoal Aliah. Aliah mencatat apa yg dikatakan oleh Minwoo. 

"Okay sekarang nak basuh pulak. Mula-mula bukak air. Lepas tu basuh sebanyak 5 kali untuk keluarkan yang keruh. Lepastu air letak paras mana nasi tu. Macam ni." Minwoo menunjuk. Aliah menangkap gambar. Hadoii.. Dah macam fanfics untuk memasak pulak dah.

"Lepastu letakkan kat tempat yang sepatutnya,tekan natang ni and biar dia masak sendiri." Minwoo berkata. Aliah angguk.

"Apa kata kita buat sup ayam?" Minwoo menyoal.

"Aku tak masak. Kau yang masak. Ikut kaulah. Hari ni ko jadi tutor aku and aku pelajar kau,okay?" Minwoo angguk.

"Hurm ye lah.. Kau salin tau bahan-bahan yang diperlukan untuk masak sup ayam nie. Tau?" Aliah angguk tanda faham.

"1 ekor ayam , 2 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih ,halia sikit.. Jangan banyak sangat . Pastu sup bunjut.." 

"Buncit?" Aliah menyoal.

"Bunjut lah." Minwoo kata.

"Apa tu?" Aliah menyoal.

"Yang ni." Minwoo menunjuk sup bunjut.

"Uuuu.. Tak pe lah. Aku tulis buncit je lah sebab dia buncit." Aliah kata.

"Ikut suka hati kau lah asalkan kau faham. Aku nak teruskan nie. .. Seterusnya kiub ayam,garam sikit,daun sup. Ini resepi mak aku. AKu pernah try and dyorang cakap sedap." Minwoo kata.

"Okay nanti aku try. Nak rasa sedap ke tak.." Aliah menjelirkan lidahnya.

"Gerenti lah.. Sekarang tolong ambil bawang besar kat aku." Minwoo berkata. Dia memotong ayam-ayam itu. Aliah mencapai sesuatu.

"Ni eh bawang?" Aliah menunjukkan labu.

"Pandai kan kau? Besarnya bawang kau." Minwoo berkata.

"Kata bawang besar." Aliah menjawab.

"Bawang besar tu bawang merah. Yang sebelah labu tu." Minwoo berkata.

"Ohh.. Cakaplah bawang merah. Ni cakap bawang besar. Aku mana tahu natang ni labu." Minwoo hanya menggeleng. Aliah menyerahkan 2 biji bawang besar kpd Minwoo. Minwoo mengambil dan memotongnya.

"4 ulas bawang putih." Aliah mengambil bawang putih kemudian serahkan kpd Minwoo.

"Ini bukan 4 ulas. Ini 4 labu." Minwoo berkata.

"Hah? Labu bukan yang tu ke?" Aliah menunding kepada labu yang diambil tadi.

"Maksud aku.. 1 bawang putih penuh ni dipanggil 1 labu. Dalam tu anak dia yang dipanggil ulas." Minwoo mengambil 4 ulas bawang putih.

"Eh eh.. ada pulak nak beranak pinak." Aliah berkata. Minwoo hanya ketawa kecil.

"Halia.." Kali ni Aliah betul. Dia ambil halia yang betul. Lepas potong semua bawang besar,bawang putih and halia tu,Minwoo pun kisarkan.

"Kenapa kisar dia? Sakitlah dia.." Aliah berkata.

"Inilah takdir dyorang. Dimakan." Minwoo berkata. Aliah menutup matanya. Tak sanggup tengok bawang dan halia tu dikisar.

"Tak yah nak over sangat..Ambil periuk kat aku." Aliah ambil periuk kat kabinet bawah and bagi Minwoo. Minwoo pun masukkan ayam lepastu tuang air dan bahan kisar tu dalam tu. Dia pun letak atas api. Dia membuka api. Selepas itu dia memasukkan sup bunjut dan kiub ayam kedalam sup itu. Sementara tunggu didih,Minwoo memotong sotong.  Beberapa minit kemudian sup telah mendidih. Minwoo memasukkan sediit garam dan daun sup .. Beberapa minit kemudian,sup ayam dah siap.

"Dah siap.. Ambil mangkuk." Aliah angguk dan ambil manguk.Minwoo menuang  sup ke dalam mangkuk.

"Nah letak atas meja makan tu." Aliah angguk dan angkatnya secara berhati-hati. Kemudian dia pergi semula kepada Minwoo untuk tengok makanan seterusnya.

"Kau nak buat apa tu?" Aliah menyoal.

"Buat sotong masak szechuan." Minwoo menjawab.

"Szechu what?" Aliah menyoal.

"Szechuan. Sotong ala-ala CHinese style." Aliah angguk tanda faham.

"Kau bagi aku bawang besar 3 biji,bawang merah 1 biji lepastu cili kering dalam peti and then minyak bijan lepas tu keluarkan tepung jagung,sos tiram and kicap pekat." Aliah baru aje keluarkan bawang.

"Ulang?" Minwoo menyoal sambil tersenyum . Aliah angguk.

"Ambil cili kering dalam peti.." Aliah angguk and ambil cili kering dlm peti. Kemudian minyak bijan,tepung jagung,sos tiram and kicap pekat kesayangannya.

"Pandai pon." Minwoo senyum pada Aliah.

"Tak yah nak senyum. Dah macam keldai dah aku tengok." Aliah menjawab.

"Tak nak mengaku le tu." Minwoo mengejek. 

"Kau ni kang ada senok sekali lagi kang .." Aliah mengugut. 

"Adoi.. Gurau je lah." Minwoo berkata. Dia letakkan kuali atas api kemudian memanaskan minyak dan minyak bijan. Sementara tunggu minyak panas,dia memotong cili kering. Kemudian dia terus goreng dan kemudian asingkan cili itu. Selepas itu dia menumis bawang putih,masukkan sotong,sos tiram dan kicap pekat ke dalam kuali dan kacauya seketika.Apabila sotong tu nak empuk,dia memasukkan cili yang telah digoreng itu. Untuk memekatkan lagi kuih,dia memasukkan bancuhan tepung jagung diikuti dengan bawang besar yang dibelah empat.

"Okay now dah siap." Minwoo ambil mangkuk yang diserahkan kepadanya. Dia pindahkan sotong dalam kuali pergi ek dalam mangkuk. Aliah capai mangkuk tu dan letak atas table.

"Okay ni sayur pulak." Aliah angguk,

"Ambil kangkung.." Aliah terus pergi kat peti.

"Kangkang .. Kangkang.. Kangkang..." Aliah menyebut nama 'kangkung' itu. Minwoo yang dengar terus ketawa.

"Bukan kangkang lah.. Kangkung.. Ni dia.." Minwoo menunjukkan kangkung tiu macam mana.

"Ohh.. Macam tu rupa dia.." Aliah angguk.

"Cili merah.." Aliah serahkan cili merah pada Minwoo.

"Lepastu ikan bilis,bawang merah 2 bawang putih 6 ulas." Aliah terus bagi semua bahan pada Minwoo.

"Lepastu.." Minwoo mencapai sesuatu dalam peti.

"Ini nama dia belacan." Aliah angkat kening.

"Ceruk mana kau dapat belacan tu?" Aliah menyoal. Minwoo tunjuk otak.

"Kalau kita dah target nak masak apa,bahan kenalah beli. Ada otak kan.." Minwoo kata.

"Manalah tau tak ada akal." Aliah copy ayat Minwoo. 

"Pandai gak ko copy ayat orang eh." Minwoo berkata.

"Itu bukan copy ok.. Aku cuma meniru... Perbezaan yang ketara ok." Aliah still tak nak mengaku.

"Ngaku je lah kalah." Minwoo berkata.

"Siapa yang tengah buat competition kat sini? Hah?" Aliah menyoal.

"Selalu nak menang je kau ni kan." Aliah angguk.

"Of coz lah." Aliah memandang Minwoo yang sedang memotong kangkung kemudian dia bersihkan and toskan.

"Pastu?" Aliah menyoal.

"Cili merah,bawang merah,bawang putih,ikan bilis and belacan hingga lumat." Minwoo pon menegetuk guna lesung batu yang memang dah ada kat rumah tu. 

"Pastu macam biasa kau tumis bahan nie hingga berbau and ada kekuningan." Minwoo berkata.

"Macam gigi kau." Aliah menjawab.

"Aku gosok gigi eh." Minwoo berkata.

"Ye lah tu.. Aku boleh dengar kaviti bertukang dalam gigi kau." Minwoo angkat kening.

"Kau ingat ni iklan Colgate?" Minwoo menyoal.

"Ala.. Orang gurau tak boleh. pastu letak ape? Letak No Minwoo dalam tu?" Aliah meyoal.

"Taklah. Letak taik telinga kau pastu sedikit perise iaitu aik idung kau tu."Aliah angkat kening tanda tak faham. Bukannya geli.

"MAksudnya kacau jap garam and perasa. LAstly masukkan kankung. Jangan letak lama sangat. Nanti tak sedap.."Minwoo menutup api.

"And dah siap.." Aliah sengih.

"Yey masakan aku siap !" Aliah bersorak.

"Kejap.. Ulang?" Minwoo menyoal.

"Masakan aku." Aliah berkata.

"Eh tolong lah. Tu tangan cantik ni jugak yang buat tau tak." Minwoo berkata.

"Eii Meluat aku..."Aliah serahkan Minwoo mangkuk. Minwoo memasukkan kangkung ke dalam mangkuk.

"Sekarang kita ada berapa lauk?" Minwoo menyoal.

"3.. Sup.. Sotong and kangkang." Aliah berkata.

"Bukan kangkang lah. Kangkung." Minwoo berkata.

"Sama okay. Yang berbeza  hanyalah A dan U." Aliah melawan.

"Tapi maksud dia lain kan?" Minwoo mematahkan hujah ALiah.

"Sama aje. Kau tu duduk zaman kuno. Kamus dewan sekarang nie dah edisi ke lapan. Tak tengok lah tu." Aliah mereka cerita.

DING DONG .

Mereka menoleh sesama mereka.

"Cepatnya sampai." Aliah berkata.

"Betul tu. Tadi kata pukul 12. Sekarang baru 11:30." Minwoo berkata.  Mereka bersama-sama menuju ke pintu hadapan. Ada sorang mak cik dengan sorang budak.

"Eh.. Budak pagi tadi." Aliah senyum. Aliah membuka pintu itu. Minwoo hanya follow.

"Assalamualaikum." Perempuan itu tersenyum.

"Waalaikumsalam."Aliah and Minwoo serentak menjawab.

"Saya jiran kamu berdua. So sebagai tanda kejiranan,saya nak bagi awak buah magga ni. Sebab dia baru berbuah." Aliah dan Minwoo tersenyum.

"Ohh.. ah. Terima kasih.." Aliah mengambil mangga yang perempuan itu serahkan. 

"Nama akak Rizna. Panggil Riz aje. Umur akak 26 tahun." Aliah angguk.

"Saya Nor Aliah. Panggil aje Aliah/Yah . Umur saya 21 tahun and ini suami saya,No Minwoo umur pon 21 tahun." Riz memandang pelik.

"Nama saya No Minwoo atau nama Islam saya Muhammad Zain Hilmi . Boleh panggil aje saya Minwoo. Saya 21 tahun." Minwoo menunduk. Riz mengangguk tanda faham.

"Ini anak akak eh?" Aliah menyoal. Minwoo memandang Aliah.

"Aah." Riz tersenyum. Aliah menunduk.

"Adik umur berapa?" Aliah menyoal. Minwoo tersenyum.

"I'm 5 years old." Gadis itu menjawab.

"You're so cute. What is your name?" Aliah menyoal.

"My name is Nor Fariesya Azmida Bt Kamarul." Aliah senyum.

"Such a cute name. So what I can call you?" Aliah menyoal.

"You can call me Icha." Icha tersenyum.

"Okay then. You can call me Auntie Yah and Uncle Min,okay?" Icha mengangguk.

"Kami balik dulu ye? " Riz meminta diri.

"Okay.. Ada kelapangan datanglah rumah kami." Aliah berkata. Riz mengangguk kemudian berlalu.

"Peramahnya kau. Dengan aku macam tiger." Minwoo berkata sewaktu mereka masuk semula ke dalam rumah.

"Sebab dia tu baik dengan aku time first time jumpa. Kau ada baik ngan aku. Ego tahap melangit." Aliah berkata. Aliah menutup pintu.

"Sebab kau kotorkan baju mahal aku." Minwoo berkata.

"Malas lah nak bertekak. " Aliah berkata.

"Cakap lah give up."Minwoo mengejek.

"Malas dapat dosa." Aliah meletakkan mangga itu di tempat buah.

"Tipu sangat lah."Minwoo mengemas tempat dia memasak. Aliah berlalu ke ruang tamu. Dia membuka television dan membuka rancangan cartoon.

"Kau tengok ape?" Minwoo merampas remote daripada Aliah.

"Bagilah.." Minwoo terus lari. 

"MINWOO!!!" Aliah kejar Minwoo satu ruang tamu.

"Bagi !" Aliah membaling bantal tepat kena kepala Minwoo.Minwoo terjatuh.

"OHH YEahh ~~!! Strike dude." Aliah sengih.

"Ni pun strike.." Minwoo membaling bantal tepat kena muka Aliah yang membuatkan Aliah terdorong ke belakang.

"Minwoo ! " Aliah mengamuk. Mereka berkejaran macam orang gila sebab remote and tv. Habis sepah ruang tamu tu.

PIN PIN. Mereka berpandangan. Time tu mereka menarik rambut sesama mereka.

"Dyorang dah sampai?!" Aliah terjerit kecil. Mereka memandang ruang tamu mereka yang dah rupa tempat... Orang terbiar .....

"Okay . Cam ni. Kau Aliah perhatian dyorang biar aku kemas umah."Minwoo berkata.

"Masalah sekrang ni kau tengok rupa aku."Minwoo memandang rambut Aliah yang kusut masai.

"Macam lah kau tak pernah tak senonoh selama ni..Adooii.." Minwoo menepuk dahi.

"Aah kan.. Kau settle kan dalam umah . Aku settlekan dyorang ! " Minwoo angguk. Aliah segera berlari keluar daripada rumah dan mendapatkan mereka yang keluar daripada kereta.

"Besar betul rumah ni." Bahagian ibu bapa memuji.

"Tengok yang memilih lah." Bahagian nenek tunjuk peace.

"Ibu Abah.. Mama Papa.. nenek.. Nenek." Aliah dan macam ape dah.

"Eh Aliah.. Lama ibu tak jumpa kamu." Puan Faizah memeluk anaknya. Rasanya baru lusa yang lepas.

"Hehe.. Rindu eh?" Aliah menyakat.

"Abah.." En Saifuddin menahan tangisan.

"Ecececeh.. Nangis le tuw.." Aliah mencubit pipi ayahnya.

"Yah okay ni ha. Sihat walafiat. Masih berdiri. Teguh tak bercerai roboh. "Aliah sengih.

"Ye lah.. Tak nak tunjuk area rumah kamu ke?" Mama Minwoo menyoal.

"Haa.. Jom lah.." Aliah dan berbelit menipu dah. Dia mana tau pape. Minwoo aje yang tau.

"Aaaaa.. MAna Minwoo? Tak nampak pon.." Papa Minwoo berkata.

----- Minwoo -----

Minwoo menyepak bantal terakhir atas sofa. Dia memandang cermin yang dibelinya di IKEA. Dia membaiki rambutnya yang kusut itu. Dengan senyuman dia keluar daripada luar rumah.

"Mama Papa.. Ibu Abah... Nenek .. nenek.." Dialog yang sama dengan Aliah. Aliah tersengih.

"Hero sampai dah.." Nenek Minwoo ketawa kuat sampai tercabut gigi palsu.

"OOO mangkuk jamban"Aliah terkejut kerana gigi palsu tu mendarat tepat dekat kepala Aliah.

"Sorry sorry.." Nenek Minwoo mengambil gigi palsunya dan meletakkannya kembali dalam mulut. Bagi Aliah itu... AWESOME !

"Sorry.. Nenek lupa letak polident." Nenek Minwoo berkata.

"Tak pe.. Itu namanya ROCK !" Aliah berkata. kuat.

"WOWHHH!" Nenek Minwoo menyokong. Minwoo dan yang lain memandang pelik ke arah Aliah.

"Aaaa... Jom tengok ruang dalam pulak." Minwoo menghilangkan keawkwardkan suasana.

----- Dalam rumah ------

"Ni bahagian dapur..." Aliah menunjukkan kabinet biru itu. Dah jadi macam pembawa pelancong lak.

"Kamu tukar kabinet?" Nenek Minwoo menyoal.

"Aah.." Minwoo mengangguk.

"Nice.. nampak colourful. Kami nak tengok bilik boleh?" Nenek Minwoo menyoal. Minwoo dan Aliah berpandangan. Minwoo lupa nak kunci bilik tu !

"aaa.. Jomlah." Aliah senyum. Dia tak tau pape.

"Ini bilik ... Kami.." Aliah senyum dan membuka pintu bilik Minwoo. 

"Woaahh.. Cantiknya." Mereka semua amaze.

"Yeahh.. Dia buat american style. " Aliah senyum.

"Ohh.. So nice..Tu bilik siapa?" NEnek ALiah curious dengan satu lagi bilik yang berada bertentangan dengan bilik Minwoo. Tu bilik Aliahh! .

"Tu bilik store." Aliah berbohong.

"Ye ke?" Nenek Minwoo menyoal.

"Bukan tu ke bilik store?" Nenek Minwoo tunjuk satu lagi bilik.

"Ehh.. Bukan. Bilik tu tengah upgrade." Minwoo membohong.

"Okay then.. Kami pon dah lapar.. Jom makan?"Mereka mengangguk. Fuhh.. Selamat !

------ Di ruang makan --------

"Jemputlah makan." Minwoo berkata.

"Nice bench." Mama Minwoo puji.

"Idea Aliah." Minwoo berkata.

"You've a good taste." Aliah lupe dah siapa yang punya cadangan.

"Jemputlah melantak." Aliah menjemput mereka makan. TErsedak Puan Faizah.

"Apa?Salah eh?" Aliah menyoal. Minwoo angguk. 

"Oh.." Aliah duduk sebelah Minwoo. Nak tak nak je tu. Semua bench dah penuh. Mereka makan penuh nikmat. 

"Aliah.."Aliah mendongak.

"Minwoo.."Minwoo mendongak.

"Kitorang kalau boleh nak sangat cepat dapat cucu." Mama Minwoo berkata. Aliah tersedak. Terkluar sayur kangkung daripada hidungnya.

"Erk?" Minwoo terbatuk. Merah muka dia. Aliah menarik kangkung itu daripada hidungnya. Aww.. Panjangnya.

"Ye lah.. kitorang nak jugak timag cucu." Puan Faizah masuk campur.Minwoo dan ALiah buat-buat makan. Buat-buat tak dengar. Mereka semua menggeleng. 

"Nampaknya kena guna Plan G. "Nenek Aliah memberi isyarat kepada Nenek Minwoo. Selepas mereka makan,mereka rehat di ruang tamu. Selepas beberapa minit,dua family itu pon pulang. ALiah menutup pintu.

"GILA AKU! ANAK?" Aliah macam tak percaya. Dia terus naik ke tingkat atas. Minwoo memandang.

"Apa plan dyorang nie sebenarnya?" Minwoo geram betul. Dia pon tak fikir nak apa-apakan Aliah. Beraduh tu semesti tapi dia tak pernah fikir sejauh tu !

------------------

Gonna updte the suprise at another chapter.. See you tomorrow ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Emylia #1
Chapter 47: Daebakk, aku sanggup habiskan cite nih sampai pkul 12.35 pagi. Good.. Byk kali kowt gelak. Mmg kene ar ngn mood aku bace cite gegiler nih
biedom #2
Chapter 46: Daebak,,,,best story,,,
princea2899 #3
Chapter 45: Omo ... Daebak ...
fangirl
#4
Chapter 1: Awesomeee.'Woohyun tersenyum'aduhai baca perkataan ni pun da terbayang woohyun senyum. I'm melted xD
rismaKPOPERS #5
Chapter 46: finally .
DAEBAKK ARRRR !!!!!!!
Killa92 #6
Chapter 23: Menarik :)
Nursyuhada
#7
Chapter 46: yehet !!
dah habis !!! mcm manalah kalo ada org mcm ni in real life? mesti best kan? hhahah
Ayla_Qistina
#8
bca sinopsis je dh nmpk best, terus subscribe.. hohoho.. boyfriend.. dorg tgh promote kat jepun an?? lma xdgr khabar dorg.. :'(
woonicorn_syah
#9
Chapter 46: /clap2/ haha dah habis ~
Thanks sbb sudi habiskan citer ni ^_^
citer ni daebak!
Selalu buat saya gelak XD
Nursyuhada
#10
Chapter 45: Riz dah insaf?
bagus..
so sweeet diorang nih