Nama saya WooHyun dan Hari nenek

The Love of Brutal Girl

Aliah berjalan ke arah lokernya. Macam biasalah,nak amik skateboardnya. Tanpa skateboardnya memang tak bleh lah dia balik. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi,apabila melihat siapakah gerangan yang menelefonnya itu,terus dia tak jadi nak angkat. Apabila kali keua telefon barulah dia baik hati nak angkat,tu pun sebab serabot.

"Hello." Dengan suara malas Aliah menjawab,

"Wei,ibu pesan suruh kau balik awal. Nenek nak datang hari ni.." Adilah,adik Aliah memberi arahan.Mata Aliah terus membulat. Matilah aku !!!!!

"Ye la-ye la. Tok sampai kol berape?" Aliah menyoal.

"Adalah sejam dari sekarang." Aliah mengigit bibirnya.

"Rojer rojer. Kejap lagi aku sampai !" Aliah terus mematikan talian. Dia terus memakai topi keledar keselamatan dan terus meluncur menuju ke pusat membeli belah. Bahan-bahan yang harus dibeli oleh Aliah ketika neneknya datang :

  • rambut panjang palsu

itu yang utama. Yang lain dia curi aje kakak dia dengan adik dia punya.

"Selamat datang." Peramah penjaga kedai itu berkata.

"Ha ye.. Terima kasih atas ucapan kata alu-aluan tu. Boleh saya cari rambut palsu dekat sini?"Aliah menyoal.

"Boleh. Sila ke laluan di sebelah sana. Ada macam-macam jenis rambut." Penjaga kedai itu berkata.Aliah berkira-kira untuk pergi namun kemudian dia menoleh semula.

"Tak nak follow ke?"Aliah menyoal soalan yang sedikit bengap bagi penjaa kedai itu.. Penjaga kedai itu memberi isyarat muka. Aliah hanya mengangguk. Sedang dia asyik memilih rambut palsunya tiba-tiba dia disapa satu suara.

"Hai." Aliah menoleh. Lelaki itu memandangnya sambil tersenyum.

"Handsomenya !" Aliah berkata dalam hati.

"Awak cari apa?" Lelaki itu menyoal.

"Err..."Aliah menggaru rambutnya yang tidak gatal itu.

"..Rambut palsu?" Akhirnya Aliah berkata. Entah mengapa dia berdebar. Selalunya kalau jumpa lelaki handsome macam mana pon dia memang buat muka biasa je. Muka malas nak layan tapi lelaki depan dia ni ada tarikan tersendiri.

"Ohhh..." Lelaki itu mengangguk,kemudian dia menghulurkan salah satu rambut palsu kepada Aliah.

"Ni nampak comel dengan awak."Aliah tersengih.Mukanya bertukar warna.

"Kawal muka kau tu senget !" Aliah berkata dalm hati.

"By the way.. Nama saya Woohyun. Daripada Universiti Seni." Woohyun memperkenalkan dirinya. Dia menghulurkan tangannya. Aliah tersengih lalu menyambutnya.

"Nama saa...ehh.. nama aku Aliah. You can call me whatever you want lah. Aku daripada Universiti Seni juga. Tak pernah nampak pun muka kau selama ni." Aliah berkata.

"Asal tak panggil je awak saya tadi?! Ngeeee !" Aliah mengigit bibirnya perlahan,memarahi dirinya dalam diam.Mereka mula berkongsi cerita. Walaupun baru kenal,tetapi hubungan mereka sangat akrab.Mereka tidak pernah tahu yang mereka selama ini satu kelas. Sedang asyik mereka berbual,telefon bimbit Aliah berbunyi semula. Dia mengangkatnya tanpa melihat siapakah pemanggilnya.

"Woi monyet ! Nenek nak sampai 10 minit dari sekarang !" Aqilah menjerit sedikit.

"Haaaaaaa? Okay rojer bro. Aku balik,aku balik !" Aliah mematikan talian.

"Aku kena cau dulu" Aliah berkata kepada Woohyun.

"Kenapa? Nak saya hantarkan?"Woohyun menawarkan diri.

"Sebab ada seekor harimau nak datang rumah,sekali dia datang,rumah tu boleh jadi ribut taufan tau tak? Sebab tu aku kena balik. Tak pe,aku boleh balik sendiri. Jumpa esok dekat Universiti,okay?" Aliah mengenyitkan matanya ke arah Woohyun dan berlalu pergi. Woohyun ketawa dalam hati.

"Dia ada tarikan tersendiri." Woohyun berkata sebelum bergerak ke tempat parkir kereta.

------ Di rumah ----------

Aliah mencampakkan skateboard 'gegirl'nya di tepi pasu lagi. Dan berlari naik ke tingkat atas. Dia membuka pintu biliknya,lalu mencampakkan begnya di dalam almari. Biliknya yang baru sahaja dikemas oleh kakaknya pagi tadi kembali bersepah apabila dia start menjejakkan kaki ke dalam biliknya.

"NOR ALIAH BT SAIFUDDIN !!!!!" Aliah mengeluh daripada biliknya.

"Boleh tak letak skateboard ni dekat tempat lain?" Ibu Aliah,Puan Faizah menjerit daripada bawah.Aliah menuruni tangga.

"Ibu,tau tak kalau kuat marah ni boleh jadi tua? Ibu nak ke jadi tua awal? Kalau ibu jadi tua awal nanti abah lari tau."Kepala Aliah tiba-tiba ditepuk daripada belakang.

"Adoii !!! Jangan main kepala boleh tak?!" ALiah memarahi kakaknya.

"Kau ni tak abis-abis nak melawan kan? pergi letak skateboard tu kat tempat lain." Aqilah berkata sambil menunjukkan ke arah skateboard Aliah. Aliah mengambil skateboardnya dan mengeluh.

"Tu lah manusia. Orang yang baik hati macam 'orang' ni selalu dibuli. Dakulah CInderella rumah ini." Aliah berkata. Memerli kakak dan ibunya.

"Tak payah nak perasan lah."Sekali lagi kepalanya diketuk.

"Ye lah minah ! Aku nak pergi lah ni !" Aliah berjalan masuk ke dalam rumah sambil membawa skateboardnya.

"Kau nak letak mana skateboard tu?" Aqilah menyoal.

"Dalam jamban."Aliah mendaki tangga yang tinggi itu,menuju ke biliknya dan meletakkan skateboardnya di dalam almarinya. Dia membuka plastic bag rambut palsunya. Secara tiba-tiba dia tersenyum seorang.

" Ni nampak comel dengan awak " Kata-kata Woohyun masih segar di fikirannya. Dia tersengih dan memeluk rambut palsunya.

"Aku memang comel." Aliah bermonolog sendiri sambil tersengih.Tiba-tiba wajah neneknya muncul.

"Uiiii.. Cepatnya bayangan dia sampai.." Bulu roma Aliah menaik. Dia berlari menuju ke cermin biliknya dan cuba memakai rambut palsu itu.

"Naaaa.. Memang comel pon." Aliah tersengih. Dia berlari ke bilik kakanya senyap senyap dan menyeludup sedikit baju yang ada ciri-ciri keperempuanan sedikit. Dia segera menukar bajunya dan melihat dirinya di hadapan cermin.

"Ehhh? Betul ke ni aku?" Aliah meneliti wajahnya di cermin biliknya. Dia mengambil telefon bimbitnya dia menangkap sedikit gambarnya.

"Nenek !!!' Adilah menjerit kegembiraan sedangkan dalam hati macam nak menangis beribu sesalan je. Aliah tersentak dari tingkat atas.. Neneknya sudah sampai.

"Tiba masanya ! FIGHTING !" Dia membuat suara perempuan. Dia berjalan perlahan-lahan keluar daripada biliknya tetapi tidak pula dia menuruni tangga. Dia hanya menanti mereka semua ke meja makan. Kasi sentak sikit.

"Aliah mana?"Neneknya menyoal. Adilah memuncungkan mulutnya ke tingkat atas. Puan Faizah pula bergerak ke dapur untuk mencedok nasi. Alang-alang pulak ibunya itu datang tepat pada waktu makan tengah hari.

"Kak Aliah. Nenek panggil kakak ni." Lembtnya suara. Ibarat suara semut panggil manusia.Kalau nenek diorang datang,bahasa dorang memang pergghhhh.. Jaga adab betul lah. Panggil pun kakak.. Awak saya.. Perkataan monyet ke,bangang ke memang tak leh keluar lah. Kalau tak memang rasa lah lempangan berbisa. Pantang besar nenek Aliah ini ialah nampak perempuan menyerupai lelaki. Dia rasa geli. Mereka berjalan bersama-sama menuju ke meja makan.

"Nenek nak makan apa? Biar Aqilah cedokkan." Aqilah menawarkan diri sambil tersenyum. Puan Faizah hanya menggeleng sambil tersenyum,sebenarnya nak ketawa.

"Aliah !" Puan Faizah lembut memanggil anaknya dari meja makan.

"Ye bu.. Aliah nak turun lah ni." Aliah bergerak perlahan menuju ke tingkat bawah. Dia berjalan pantas ke meja makan kerana neneknya tidak suka menunggu orang.

"Nenek..."Aliah memangil lembut nama neneknya. Satu keluarga mendongak memandang Aliah.

"Ohok ohok." Bapa Aliah,Encik Saifuddin bangun mencari air suam.

"Bang,tolong ambik air cepat." Puan Faizah meminta tolong suaminya. Mereka suami isteri tersedak melihat perubahan mendadak anak kedua mereka itu.Aqilah yang sedang mencedok nasi terkedu seketika.Dia berdehem sedikit. Adilah tidak kelip-kelip memandang kakaknya dari atas ke bawah.

"Ehhh.. Dah besar panjang cucu nenek ni." Aliah menyalam neneknya dan memeluk neneknya. Disebabkan neneknya memandang ke arah berentangan sewaktu berpelukan, ALiah membuat isyarat mata kepada ahli keluarganya. Isyarat mata itu bermaksud:

"Sesiapa bagi tahu nenek memang habis."Aliah berkata. Mereka semua mengangkat 'thumbs up'. Tanda setuju. Selepas habis berpeluk,Aliah duduk di sebelah Aqilah manakala neneknya duduk di sebelah Adilah.Aliah ingin menyuruh Adilah menghulurkan air oren tapi dia tidak tahu mahu memanggil adiknya itu apa. Biasa kalau tak ada nenek dorang,bhasa yang mereka gunakan adalah :

"Wei gorila,bagi aku jag tu. Aku nak teguk sikit."Teguk tu maksudnya isi dalam cawan baru minum.Dah berbuih sebenarnya Puan Faizah menasihati anaknya itu tapi sorang pon buat endah tak endah je. Kalau endah pon dalam berapa saat je. Tak sampailah 3 hari ke.. 3 minit pon tak sampai sebenarnya.

"Err.. dik.. kasi.. err.. tolong... ambilkan jag tu." Akhirnya,percubaan pertama lepas.Adilah membuat isyarat mata tak nak. Aliah membulatkan matanya. Sewaktu itu nenek Aliah terperasan Aliah membulatkan matanya.

"Apa yang  kamu tengok tu,kecik besar aje mata nenek nampak." Nenek Aliah menyoal.

"Tak de lah nek,macam nampak lalat aje tadi." Aliah mengcover line. Aqilah memijak kaki Aliah

"Asal..." Ayat Aliah tergantung di situ. Neneknya mengangkat kening.

"Assalamualaikum nek.. Lupa pulak tadi nak cakap pada nenek." Nenek Aliah mengangguk tanda percaya. Mereka terusk makan dengan meja yang senyap sunyi. Kalau tak ade nenek dyorg memang dah jadi perang dunia entah ke berape dah.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Emylia #1
Chapter 47: Daebakk, aku sanggup habiskan cite nih sampai pkul 12.35 pagi. Good.. Byk kali kowt gelak. Mmg kene ar ngn mood aku bace cite gegiler nih
biedom #2
Chapter 46: Daebak,,,,best story,,,
princea2899 #3
Chapter 45: Omo ... Daebak ...
fangirl
#4
Chapter 1: Awesomeee.'Woohyun tersenyum'aduhai baca perkataan ni pun da terbayang woohyun senyum. I'm melted xD
rismaKPOPERS #5
Chapter 46: finally .
DAEBAKK ARRRR !!!!!!!
Killa92 #6
Chapter 23: Menarik :)
Nursyuhada
#7
Chapter 46: yehet !!
dah habis !!! mcm manalah kalo ada org mcm ni in real life? mesti best kan? hhahah
Ayla_Qistina
#8
bca sinopsis je dh nmpk best, terus subscribe.. hohoho.. boyfriend.. dorg tgh promote kat jepun an?? lma xdgr khabar dorg.. :'(
woonicorn_syah
#9
Chapter 46: /clap2/ haha dah habis ~
Thanks sbb sudi habiskan citer ni ^_^
citer ni daebak!
Selalu buat saya gelak XD
Nursyuhada
#10
Chapter 45: Riz dah insaf?
bagus..
so sweeet diorang nih