Huh?

The Love of Brutal Girl

p/s: sebenarnya tak tahu nak namakan chapter ni chapter ape so i just named it 'Huh?'

Minwoo menggerakkan belakang badannya sedikit. Dia berjalan seorang diri ke kelasnya,Dia terlupa nak ambil begnya. Dia baru sahaja habis practice dengan ahli Boyfriend yang lain. Walaupun ketika itu malam,dia langsung tak takut. Dia menolak pintu kelasnya dan membuka lampu. Tiba-tiba...

"Ngeeeee !" Nasib dia tak melatah. Dia sungguh terkejut apabila terlihat Aliah yang terkulai di atas meja.

"Apa dia ingat meja tu katil ke ape?" Minwoo berkata. Dia berjalan ke arah Aliah dan menolak kepala Aliah sedikit. Tiada respon. Dia mulai cuak. Manalah tahu bila angkat kepala kang keluar benda lain. 

"No Minwoo ! Buang segala benda yang mengarut tu !" Minwoo berkata dalam hati. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala Aliah. Dia sungguh terkejut.

"Wei.. Kau ok tak?" Minwoo menggoncangkan tubuh Aliah. Bibir Aliah berdarah,dahi dia berdarah. Patutlah rambut dia serabut. Dari segi penilaian mata Minwoo, Aliah macam kena belasah aje and benda tu lak dah berlaku lama dah.Minwoo mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Youngmin. Waktu-waktu macam ni biasanya Youngmin dan Kwangmin tak balik rumah tapi hangout dekat taman tak pon gi cari makan.

"Hello." Akhirnya ! Kwangmin angkat.

"Huh.. Nasib kau angkat. Kau dekat mana tu?" Minwoo menyoal.

"Baru nak masuk kereta dekat tempat parkir., Sal?" Kwangmin menyoal. Dia pun baru keluar dari bilik muzik. Dyorang semua tak kejut pon dia yang tidur keletihan di situ.

"Tolong aku jap. Kau naik dekat bilik art jap." Minwoo berkata.

"Kau nak bagi aku mati cepat ke?" Kwangmin menyoal.

"Aduii.. Aku okay aje atas ni. Ada emergency ni." Kwangmin mengeluh berat.

"Hurmmm.. Hishhh.. Ye la ye la.... Jap ag aku sampai." Dia mengeluh dan menutup talian. Youngmin balik dulu sebab sakit perut. Kwangmin mengunci kembali keretanya dan berlari anak ke arah lif. Dia sampai di tingkat 3,kelas art. Dia berlari ke kelasnya walaupun terasa seram. Ini semua pasal-pasal Minwoo. Kwangmin menolak pintu bilik seni.

"Huiii.. terkejut aku !" Minwoo berkata. Kwangmin tersengih.

"As..." Dia ternampak Aliah. Mata dia membulat.

"Mangkuk pontianak. Benda ape tu?" Bulu roma Kwangmin menaik.

"Tu manusia lah. Musuh aku. Kau boleh tolong aku tak?" Minwoo menyoal. Kwangmin menganguk dan memegang kepala Aliah,muka Aliah diperiksa.

"Dia kena belasah teruk ni beb." Kwangmin berkata. Dia menyentuh bibir Aliah.

"Macam kena tumbuk aje." Kwangmin berkata. Dia menggerakkan bibirnya tanda berfikir.

"Betul ke?"Minwoo menyoal. Selalunya dia tak ragui kehebatan Kwangmin dalam meneka sesuatu perkara tapi entah kenapa dia rasa ragu-ragu. 

"Habis apa kita nak buat?" Minwoo menyoal kembali,

"Bawak pergi hospital la. Jom ! Angkat dia." Kwangmin mengarah.

"Amboi.. Aku?" Minwoo menunding jari ke arah dirinya. Kwangmin memandang mata Minwoo.

"Jangan berpura-puralah depan aku." Kwangmin berkata lalu bergerak ke arah pintu.

"Boleh tak jangan tilik perasaan aku?!" Minwoo mengetap bibir. Minwoo mengeluh dan mengangkat Aliah dan bergerak bersama Kwangmin ke tempat kereta.

------- Di hospital -----

Aliah membuka matanya perlahan-lahan. Aqilah yang berada di sisi Aliah terus tersenyum.

"Kau ni .. Buat aku cuak je. Jap aku nak telefon ibu. " Aqilah keluar daripada wad yang menempatkan Aliah. Aliah bangun  perlahan-lahan. Dia melihat sekeliling.Dia rasa sangat janggal. Belakangnya rasa sakit,lehernya terasa lenguh,kepalanya terasa sakit dan berdenyut. Dia menyentuh bibirnya.

"Auchh.." Dia cuba mengetap bibir tapi sakit.

"Apa jadi pada aku?" Dia berfikir di dalam fikirannya. Mencari memori yang hilang tapi gagal kerana kepalanya sakit. Kakaknya masuk semula.

"Kau ni.. Macam mana boleh jadi gini? Pelik aku." Aqilah berkata.

"Apa jadi sebenarnya?"Aliah menyoal.

"Kau gaduh dengan orang ke?" Aqilah menyoal. Aliah cuba ingat sesuatu tapi kepalanya sakit sangat. 

"Awwwww..." Aqilah menghampiri adiknya.

"Tak payah fikirlah.. Biar je. Kau rehat lah." Aqilah membaringkan Aliah.

"Kejap.. Siapa bagitahu kau aku dekat sini?"Aqilah hanya diam.

"Dah tidur." Aqilah berkata. Aliah mengangkat kening.

"Sejak bila kau baik ni? Asal baik sangat ni?" Aliah menyoal.Aqilah menghela nafasnya,dia bergerak ke arah pintu keluar.

"Sebab kau tu adik aku." Aqilah berkata sebelum keluar. Aliah mengangkat kening.

"Ei..." Dia berkata perlahan. Bulu romanya menaik. Tiba-tiba telefon Aliah berbunyi tanda ada orang call. Aliah segera angkat tanpa melihat nama pemilik nombor itu.

"Hello.." Aliah menjawab.

"Awak okay?"Suara Woohyun cemas.

"Okay. Asal?"Aliah menyoal.

"Saya dengar awak kena belasah." Woohyun memberitahu.

"Ehhh? Ye ke? Tak tahu la pulak.."Aliah membalas.

"Awak yang kena awak tak tahu?" Woohyun menyoal.

"Bila pulak?"Aliah terasa kepalanya berdenyut. Dia mengetap bibirnya walaupun sakit.

"Apa-apa ajelah.. Awak kat mana ni?" Woohyun menyoal. Dia sedikit lega mendengar suara Aliah walaupun promotion di Japan tak habis lagi. Mungkin habis dalam 2 minggu lagi. Dengan show lagi,fansign and so on.

"Hospital." Aliah membalas sepatah.

"Ohh.. Jaga diri elok-elok ok sayang?" Woohyun berkata.

"Hurmm.. K.." Aliah membalas.

"Ok.. Bye my love."Woohyun membalas.

"Ok." Aliah menutup talian. Dia mengeluh.

"Apa yang jadi?" Dia baring semula. Matanya terpejam rapat. Dia tersenyum sekejap apabila terbayangkan wajah Woohyun tapi secra drastiknya,wajah Minwoo muncul. Itu membuatkan dia terbangun semula.

"Huh? What kind of imagine tu?!!!!" Aliah melihat sekeliling. Dia menelan air liur.

"Kau cuma suka Woohyun aje !" Aliah berkata. Dia kembali baring,setelah beberapa minit,dia mulai tidur.

----- Secret -----

"Kau dah settlekan dia?" Pengikut manusia itu hanya mengangguk.

"Dah boss. Dia pon dah macam tak larat." Manusia berhati busuk itu tersenyum.

"Ini gaji kau." Pengikutnya tersenyum dan mengambil wang itu.

"Get out now." Pengikutnya keluar manakala dia tersenyum.

----- Suatu tempat -------

"Esok aku nak kau lunyaikan dia." Lelaki itu berkata.

"Tapi dia.." Lelaki itu terus mencekik leher pengikutnya.

"Ikut atau kau yang aku lunyaikan?" Pengikutnya terkedu dan menunduk.

"Maaf boss." Lelaki itu mengangguk.

"Settle esok !" Mereka membuat tabik hormat sebelum melangkah keluar.

---- Di Universiti ----

Minwoo memandang tempat Aliah. Dia mengerakkan bibirnya sebelum memandang Kwangmin yang sedang memandangnya macam nak makan. Minwoo kembali melihat ke depan. Tiba-tiba telefonnya bergetar. Mesej masuk.

W-> Woohyun

M-> Minwoo

W: BF tak buat promotion IYAH japan ke?

Minwoo memikirkan sesuatu lalu membalas.

M:Tak lagi.. Kitorang bz dengan drama tu. Debut for acting la.. kekekeke

Woohyun yang sedang menikmati kimchi segera membalas.

W: Ye lah orang tu hero lak tu.

Minwoo ketawa kecil. Dia segera membalas.

M: Tengok muka lah.

Woohyun ketawa. Sungjong yang sedang membasuh pinggan menoleh ke arah hyungnya.

W: Haiiii. Terasa ke?

Minwoo tersenyum.

M:Tak ada maknanya :P

Woohyun tersengih.

W:Btw thanks pasal Aliah.

Minwoo mengangguk.

M:Hal kecik bro.

Cepat Woohyun membalas.

W: Hal besar bagi aku.

Minwoo hanya menghela nafas.

M:Arasso.. Naaa.. Aku nak sambung belajar ni. Bubye. G promote,nanti jangan lupa bawak kimchi dengan kimbap k?

Woohyun tersedak ketika itu.

W:Ok.. Bye.. Aku nak cari air. Tersedak aku !

--- Di rumah Aliah ---

Aliah hanya duduk di dalam rumah kerana doktor bagi MC 1 minggu. Punyalah dia bosan,keluar dari bilik kang kena marah.Nak pergi tengok tv pon tak boleh. Takut jatuh tangga lah sangat...

"Bosannya." Dia melompat di atas katil. Biliknya yang baru dikemas disepahkan. Dia membuka air cond dan pergi ke balkoni.

"SAYAAAAA BOOOOOSSSSAAAAANNNN !" Aliah menjerit.

"ALiah ! Buang tabiat ke ape? MASUK !" EN.Saifuddin menjerit dari tingkat bawah. Aliah tersengih.

"Abang ! Saya nak cakap sikit ni ." Puan Faizah memanggil suaminya. En.Saifuddin mengangguk tanda dia dengar. DIa berjalan ke arah isterinya. Aliah mengintai dari tingkat atas. Wajah ayahnya nampak terkejut dan kemudiannya kusam. Dia ternampak ibunya menoleh ke biliknya,cepat-cepat dia menyorok. Dia rasa bosan lalu dia  keluar dari biliknya senyap-senyap dan berkira-kira ke bilik Aqilah. Dia terdengar Aqilah berbual. Suara Aqilah dah macam orang tak sihat.. kejap ketawa kejap tak betul. Aliah mengangkat kening sebelum ke bilik Adilah. Adilah sedang focus belajar. Dia mengeluh dan menuruni tangga tapi dia bosan jugak. Dia naik semula ke bilik Adilah.

"Dila.. Pinjam komik." Adilah menunjuk ke arah satu rak. Aliah mengangguk, Dia ambil dan keluar. Adilah menoleh ke arah raknya. Serentak mulutnya terjatuh. Habis langsung.. Tak.. tak ada rak. Adilah mengintai kakaknya. Aliah meletakkanrak itu di sebelah katilnya. Adilah hanya menggeleng. Kuat betul. Dia kembali masuk ke biliknya.

"Dila.. Qila..." Terdengar suara ibunya memanggil dari bawah. Adilah yang sedang itu segera turun.

"Panggil kakak kamu sekali."Adilah naik ke tingkat atas dan memanggil kakaknya. Setelah itu mereka bersama-sama ke ruang tamu.

"Ibu dan abah ada berita baik campur buruk jadi bairuk."Mereka mengangkat kening tanda tak paham. En.Saifuddin membisikkan sesuatu ke telinga Aqilah dan Puan Faizah membisikkan sesuatu d telinga Adilah.

"HAH???????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! " Mereka sungguh terkejut dan memandang tingkat atas.

 

p/S: Next chapter. Sorry kalau tergantung ke., Or what.. Next chapter jum !

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Emylia #1
Chapter 47: Daebakk, aku sanggup habiskan cite nih sampai pkul 12.35 pagi. Good.. Byk kali kowt gelak. Mmg kene ar ngn mood aku bace cite gegiler nih
biedom #2
Chapter 46: Daebak,,,,best story,,,
princea2899 #3
Chapter 45: Omo ... Daebak ...
fangirl
#4
Chapter 1: Awesomeee.'Woohyun tersenyum'aduhai baca perkataan ni pun da terbayang woohyun senyum. I'm melted xD
rismaKPOPERS #5
Chapter 46: finally .
DAEBAKK ARRRR !!!!!!!
Killa92 #6
Chapter 23: Menarik :)
Nursyuhada
#7
Chapter 46: yehet !!
dah habis !!! mcm manalah kalo ada org mcm ni in real life? mesti best kan? hhahah
Ayla_Qistina
#8
bca sinopsis je dh nmpk best, terus subscribe.. hohoho.. boyfriend.. dorg tgh promote kat jepun an?? lma xdgr khabar dorg.. :'(
woonicorn_syah
#9
Chapter 46: /clap2/ haha dah habis ~
Thanks sbb sudi habiskan citer ni ^_^
citer ni daebak!
Selalu buat saya gelak XD
Nursyuhada
#10
Chapter 45: Riz dah insaf?
bagus..
so sweeet diorang nih